Wednesday, May 30, 2018

Ancaman Ramadan

Jangan persiakan Ramadan yang masih berbaki. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang mengancam madrasah Ramadan. Iklan jualan murah sempena Aidil fitri juga termasuk dalam ancaman tersebut. Huhu.
Bertabahlah.

Tuesday, May 29, 2018

Iftar bemenu Ikan Patin bersama Student Madinah

Bersama Syeikh Abrar yang pulang bercuti

Berkesempatan Iftar bermenu gulai ikan patin. Musim ramadan, waktu iftar antara ruang yang boleh digunakan untuk bersua dan beramah dengan rakan taulan. 

Saturday, May 26, 2018

Buku yang mampu mempengaruhi

1. Sebahagian buku indie/ hipster ada yang menggunakan gaya bahasa yang kasar, lucah dan selamba. Biasanya kurang menekankan soal adab dan tatasila orang melayu dan Islam. 
Tetapi generasi kini minat membaca buku style begini. Hasilnya lahir pembaca yang acuan hidup dan perwatakannya dipengaruhi dengan unsur selamba, kurang beradap, bahasa kasar dan lucah.

2. Buku novel jiwang masih mendapat tempat di kalangan penggemarnya seperti suri rumah. Biasanya mengisahkan orang bercinta tak sengaja, kahwin terpaksa, orang miskin dan kaya.
Hasilnya lahir pembaca yang kuat berangan, hati kaca ? 

3. Buku genre pembangunan jiwa seperti motivasi, pengalaman hidup, dan novel. Biasanya orang yang 'baik-baik' dan 'sivik' layan buku begini. Ada yang rasa bersalah dan lagha untuk membaca buku jenis nombor 1 dan 2. 
Manusia ada pelbagai ragam. Walaupun hobi membaca buku, tetapi jenis genre bacaannya mungkin berbeza. Kita tak boleh nak paksa supaya semua hanya membaca buku jenis No. 3 sahaja. 
Pandangan saya yang lemah, dalam konteks dakwah kita juga perlu mengisi dan mengambil bahagian dalam penulisan genre no 1 dan 2 yang penggemarnya lebih ramai dari nombor 3.

Sekian.

Wednesday, May 23, 2018

Hujan lebat sebelum Iftar



Petang tadi hujan turun dengan lebat. Hj Amran selaku Katerer yang mendapat giliran memasak hari ni menyatakan kebimbangan, risau tiada orang yang datang berbuka. 
Hujan berhenti sebelum berbuka, dan alhamdulillah kehadiran ke iftar jamaie Masjid Sultan Mahmud mendapat sambutan seperti biasa. 
Terima kasih kami ucapkan kepada Puspanita Daerah Lipis yang menaja jamuan iftar jamaie malam ini. 
Bagi yang belum pernah bertandang iftar di sini, kami sangat alukan. 

Tuesday, May 22, 2018

Mesin rumput kuasa bateri


Saya baru beli mesin rumput menggunakan kuasa bateri. Sesuai untuk tebas rumput sikit-sikit di halaman yang sekangkang kera. Tetapi kalau luas macam padang, kena cari mesin rumput lain yang lebih hardcore. 
Senang nak kawal dan ringan. Paling penting mudah diusung ke mana-mana.
Petang-petang sementara menunggu waktu berbuka, boleh santai-santai memesin rumput.
Harga pun murah sahaja, beli online dengan Lazada.
Kalau ada yang nak cuba, dialukan. Testing sambil terus tebas rumput kat rumah kome.

Iftar bersama Imam Terawih Jemputan



Berbuka bersama Imam Faizal, dan dua imam jemputan solat terawih iaitu Imam Amirul dan Imam Zaki. Keduanya belajar di IAIN Medan, dan Imam Zaki berasal dari Acheh. 
Jom berbuka dan terawih di Masjid Sultan Mahmud, Lipis.

#PermaiMenulis #CatatanImamKecil #IftarMasjid

Monday, May 21, 2018

Ramadan dan misi kemanusiaan

Musim Ramadan, musim raya korban atau lain-lain musim biasanya agak ramai juga orang kita yang berkunjung ke Kemboja, Patani, Vietnam. 
Cuma pergi sebab apa? 
Jika memang Misi menghantar bantuan. Dapat pahala. 
Sebab ada juga yang bercerita pada rakan-rakan, kita pergi jalan-jalan je, sambil-sambil beri bantuan. Akhirnya orang lain tertarik nak pergi sebab nak berjalan-jalan.
Haru..

Ramadan dan Mushaf

Ramadan terasa indah bila di mana-mana kelihatan orang membaca dan membawa mushaf Al-Quran. Bukan hanya di masjid tetapi di pasar, perhentian bas, shoping mall dan lain-lain. Mungkin bunyinya janggal di sini, tetapi tidak di sebahagian negara seperti Mesir, Syria, Maghribi.

Friday, May 18, 2018

Antara moreh dan Iftar

Mana satu pilihan antara moreh dan iftar di masjid?
Jika diberi pilihan, 
Sudah tentu saya memilih iftar di masjid berbanding moreh. Kerana, jika iftar di masjid tentunya saya tidak terlepas solat maghrib berjemaah. 
Moreh, hanya makan-makan ringan selepas solat sunat terawih. "Takde" pun "takpe".
Kerana..
Terdapat masjid yang lebih mengutamakan moreh dari iftar.
Sekian.

Inilah Geng Subuh di Masjid Daerah Lipis



Saya gelarkan sesi mengaji al-Quran selepas subuh sebagai “geng subuh”.  Walaupun tak seramai mana, tetapi projek geng subuh bagi saya sangat menarik. Kerana tradisi ulama silam akan memulakan kelas pengajian mereka selepas subuh. Jika bukan dalam bulan ramadan, selepas mengaji geng subuh akan bersarapan di Café masjid.
Suasana pun sangat nyaman dan tenteram. Tetapi kalau malamnya awak tidur lambat. Memang senak  mata menahan kantuk.
Geng subuh ada yang mengaji (talaqi) al-Quran dan ada juga yang tasmik ayat-ayat hafazan. Terpulang pada mereka nak hafal surah dan ayat mana-mana pun. Gaya bebas.
Saya petik kisah Imam al-Syatibi : Beliau akan memulakan pengajiannya selepas solat subuh dan sentiasa mendahulukan pelajar-pelajarnya yang datang awal dengan berkata : “Siapa datang awal, dia baca dahulu”
Teringat semasa saya berkhidmat di Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dulu, Kelas hafazan bersama pelajar bermula sebaik solat subuh sehinggalah jam 7.15 pagi. Kemudian bersambung semula pada jam 8.00 pagi. Sekarang saya tidak pasti jadual masanya yang terkini.
Saya pernah membaca riwayat hidup Pak Sako.  Beliau ada menceritakan sewaktu belajar di Sekolah Inggeris (Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis), setiap pagi ketika hari masih gelap, mereka terpaksa membaca Bible bersama paderi @ guru.
Semasa kecil saya pernah membaca novel Jane Eyre yang ditulis oleh Charlotte Bronte yang diterbitkan pada tahun 1847. Sewaktu Jane bersekolah di Lowood, setiap pagi, semua pelajar akan membaca Bible sehinggalah hari cerah.
“hmm”
Jika agama lain juga mengambil waktu subuh dan pagi sebagai masa yang sangat berkualiti untuk agama dan ilmu. Maka, kita selaku orang Islam adalah lebih utama untuk mengambil penting akan waktu tersebut.


#PermaiMenulis #subuh #PermaiMengaji #GengSubuh #fajar #mengaji #alquran #talaqi #tadarus #tasmik #hafaz #tahfiz #janeeyre #paksako #CatatanImamKecil #masjid #masjiddaerah


Kisah Ramadan (KIRAM 35) Berbuka puasa di Masjid dan salah faham penaja.



Alhamdulillah, Hari pertama berpuasa berbuka puasa di Masjid Sultan Mahmud. Insya-Allah setiap hari akan disediakan juadah berbuka puasa. Cuma tahun ini masih tak penuh lagi. Ada hari-hari yang masih kosong. Sama ada ekonomi merosot atau ada yang masih tidak mendapat info untuk menaja program berbuka puasa di masjid. Insya-Allah kami berusaha untuk memastikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan akan ada juadah berbuka puasa yang disediakan.
Nak jadi cerita, ada seorang hamba Allah yang tersalah faham. Bila kami lontarkan iklan penajaan  berserta tarikh yang ingin dipilih. Hamba Allah tersebut booking sampai lima tarikh. Kami pun terkejut. Sebab kos tajaan mencecah RM 8,500.00 untuk  lima tarikh tersebut.
Sehari dua sebelum Ramadan, apabila kami tanya semula barulah beliau faham. Rupanya dia ingat yang masjid mencari tukang masak untuk berbuka puasa. Jadi beliau berminatlah nak masak. Tu yang sampai lima tuh. Asalnya kami merasa lega, sebab dapat penaja. Rupanya salah faham. “huhu”



#PermaiMenulis #Kiram #ramadan #iftar #ramadankarem #puasa #bukapuasa #masjid #makan #seronok #masjiddaerah #CatatanImamKecil


Kisah Ramadan (KIRAM 34) Siapa Datang Awal Dia Baca Banyak


Seperti rutin tahun sebelumnya, program tadarus al-Quran di Masjid Sultan Mahmud berjalan seperti biasa.
Program bermula jam 8.30 pagi. Biasanya selesai  tadarus memakan masa hampir dua jam.
Kaedahnya tak perlu tunggu cukup ahli kumpulan baru nak mula baca. Tetapi siapa datang awal terus start baca.
Saya sebut pada mereka, “siapa datang awal dia akan baca banyak”. Tentu lebih banyak ganjaran yang akan diperolehi. Insya-Allah.
Biasanya, selepas selesai giliran membaca. Beberapa minit sebelum masing-masing bersurai diisi dengan tazkirah dan pesanan ringkas. Tentunya  berkisar dengan al-Quran.

98 % peserta terdiri dari kaum muslimat. “huhu”.

#PermaiMenulis #Kiram #ramadan #tadarus #ramadankarem #puasa #mengaji #alquran #PermaiMengaji