Tuesday, December 30, 2014

Ragam hujung tahun 2014

Dah 3 hari maybank (dan kebanyakan bank-bank yang lain) di Lipis kehabisan duit. Bahkan nak deposit duit pun tak boleh.. tertera di skrin 'We are sorry'. Hujung bulan banyak benda yang kena bayar, yang pastinya bayar kereta, kad kredit dll.. Bayangkan sahabat kami di Kelantan macam mana lah situasinya..Adakah pihak bank akan bertimbang rasa atau terus mengenakan cas akibat lambat bayar?
Minyak Diesel habis. Ini pun masalah besar juga. Kuda kelabuKu tak dapat nak bergerak kalau situasi begini berlanjutan.

Wednesday, December 24, 2014

Kursus Pra Tahfiz PASTI Kawasan Rompin


Semalam saya telah berkesempatan ke Stesen MARDI yang terletak di Muadzam Shah untuk membentangkan tajuk berkaitan Pra Tahfiz kepada guru-guru PASTI Kawasan Rompin. Pergi dan balik mengharungi air..alhamdulillah selamat tiba dan balik.

Laluan di  Nenasi









 Jalan Gancong, Pekan



Singgah di Masjid ini, tetapi dukacita berkunci..siapalah Pengerusi, AJK, Imam dan Bilal masjid ini.. Sampai hati tak bagi ambe masuk masjid ini.

Friday, November 21, 2014

Diskusi Hijrah bersama artis Iwan Shahman

Masjid kami berkesempatan berprogram bersama dengan artis Iwan dan al-Fadhil Qadhi Daerah Jerantut. 
Abang Iwan (panggilan al-Fadil Qadhi Jerantut) menceritakan pengalaman hidupnya semenjak kecil sehinggalah terbabit dengan dunia seni dan menjadi artis sebelum melakukan 'penghijrahan'. 

Beliau mula merantau ketika berusia 18 tahun, pernah ke Singapura, Jerman, Moscow, India dan akhirnya pada 1984 merantau dan seterusnya menetap di Malaysia. 

Setiap album yang dibuat semuanya menjadi dan selalu menjadi juara dalam mana-mana anugerah. Walaupun lagha tetapi Allah Maha pemurah memberinya rezeki yang melimpah ruah.

Sehinggalah akhirnya pelbagai ujian datang menimpa, anak isteri bercerai berai, tidak dipedulikan oleh sahabat handai sehingga pernah merasa sunyi dan keseorangan.  Akhirnya bila ujian datang, kesedaran sedikit demi sedikit timbul untuk berubah ke arah yang lebih baik. Beliau sering bermuhasabah diri sendiri, berfikir untuk apa saya dilahirkan dll...

Akhirnya kini Abang Iwan semakin tenang dalam dunia dakwahnya.. Semoga beliau terus Thabat dan istiqamah atas jalan dakwah ini.
 Abang Iwan bersama Ustaz Rasmawi Harun, Qadhi Daerah Jerantut

 Jualan CD, keuntungannya akan disalurkan untuk membiayai pondok pengajian di kampung halaman Abang Iwan di Indonesia.
Bergambar kenangan bersama Artis Iwan Syahman, esoknya selepas solat subuh sempat bersarapan dengan beliau sambil mendengar kisah-kisah menarik hasil dari pengalaman beliau dalam dunia seni dan dakwah.

Wednesday, November 19, 2014

Program Pelapis Daie Muda

Alhamdulillah pada 15-16 November 2014, kami dari team PERMAI telah berprogram Pelapis Daie Muda di SMA Batu Talam Raub. Program ini anjuran Pejabat Agama Islam Raub bersama Team kami dari Permai dan juga Icore Raub.

Semoga program seperti ini semakin rancak diadakan..

Sebelum bertolak ke SMA Batu Talam, Raub

Aktiviti street dakwah

Berprogram bersama jemaah masjid Batu Malin bersempena dengan program Pelapis Daie Muda 
 Bersama Pengerusi Masjid Batu Malin merangkap ketua kampung

 YB Dato' Hj Abd Aziz Kiram (Adun Batu Talam), Ustaz Aris bin Jamin (Al-Fadhil Qadhi Daerah Raub), Urusetia dari Pejabat Agama Islam Daerah Raub, Team Permai, Icore dan para peserta.

 Barisan urusetia bergambar kenangan..


Tuesday, November 18, 2014

Liqa' Guru Takmir Daerah Lipis

Pada 13 November 2014 telah diadakan perjumpaan buat semua guru takmir daerah Lipis bersama Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Lipis (PPMD) bertempat di Pusat Dakwah Sungai Kerpan.
Antara taklimat yang diberikan ialah elaun yang dibayar oleh JAKIM  kepada guru takmir adalah untuk 11 bulan sahaja, bermula dari bulan 1 sehingga 11. Elaun adalah berjalan semasa bulan Ramadhan. Masalah yang timbul adalah hampir kesemua kelas takmir tidak  dijalankan dalam bulan Ramadhan, sudah menjadi kelaziman di negara kita, waktu pengajian takmir adalah selepas maghrib dan dalam bulan Ramadhan boleh dikatakan hampir kesemua masjid dan surau menangguhkan sesi kuliah maghrib.

Dalam pertemuan ini juga, diadakan mesyuarat kecil untuk semua ajk unit-unit 'persatuan' guru takmir daerah Lipis. Saya berada dalam unit dakwah, dan ketua kami begitu bersemangat membentangkan cadangan kertas kerjanya. Seperti program menyembelih, kursus jenazah dan kursus tahsin al-Quran. 








Wednesday, November 12, 2014

Ceramah Maal Hijrah di SK Benta

Hari ini, saya telah berprogram bersama pelajar dan guru SK Benta, Lipis. Bermula dengan majlis khatam al-Quran dan ceramah Maal Hijrah. Di akhir slot, ada sesi soalan kuiz berpandukan isi ceramah. Ada 10 hadiah yang berbeza, maka ada 10 soalan kuiz. Paling menarik satu hadiah dimenangi oleh seorang pelajar kecil berbangsa India (non muslim). Dia berjaya menjawab masjid apakah yang mula-mula didirikan oleh Rasulullah SAW.

Walaupun ketika program berlangsung, pelajar non muslim diberi pilihan sama ada untuk turut serta di dalam dewan atau berada di ruang yang lain bersama non muslim, namun ramai juga yang memilih untuk sama-sama berada di dalam dewan. Semoga Allah mengurniakan hidayah buat mereka..Amin.

Cikgu Khairi membantu menguruskan slide
menyampaikan sijil JQAF kepada pelajar tahun 6

Program Maal Hijrah Masjid Sultan Mahmud

Alhamdulillah, masjid kami telah berjaya menganjurkan program sempena dengan sambutan Maal Hijrah 1436H pada 8 & 9 November 2014. Program kami tidak lah hebat mana pun jika hendak dibandingkan dengan program-program di tempat lain yang jauh lebih hebat. Tempat kami kecilan sahaja.

Program bermula pada 8hb  dengan Kem Bestari solat untuk pelajar sekolah rendah, seramai 150 orang pelajar yang turut serta program ini.

Pada 9hb, Kem Bestari Solat untuk pelajar sekolah menengah pula, dan seramai 50 orang pelajar sekolah menengah  yang terlibat.

9hb juga, kami bergotong royong membuat bubur asyura dan diagihkan kepada orang ramai. Kemuncaknya pada malam 9hb, sesi ceramah bersama Ustaz Norhamizi Jamaluddin, Penolong Pengarah JAIP.

Semoga kita semua mendapat manfaat..insyaa Allah..

 Sekitar program Kem Bestari Solat





 Berpakaian serba hijau mengacau bubur asyura. Kelihatan Al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis turut sama mengacau bubur asyura.

 Ustaz Akmal sebagai pengerusi majlis

 Aluan daripada al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis

Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Norhamizi Jamaludin.


 Jamuan selepas ceramah.




Saturday, November 08, 2014

Skuad Sahabat Masjid

 Semalam menjamu selera di Hezbollah Food di Rest House bersama team skuad sahabat masjid. Makanan ditaja oleh tuan punya restoran yang juga merupakan ahli jemaah masjid.

 Antara sesi mesyuarat bersama team skuad sahabat masjid membincangkan program-program masjid.
Mereka bukan berjawatan besar, bukan orang kenamaan yang mempunyai banyak duit dan pengaruh, apatah lagi bukan ajk Masjid, tetapi mereka yang hatinya sentiasa ingin mengimarahkan masjid. Situasi kebanyakan  Masjid daerah di seluruh negara  yang ajk dilantik atas jawatan dan pengaruh walaupun setahun hanya boleh kira beberapa kali sahaja muncul di masjid, itupun kerana ada program-program rasmi.

Friday, November 07, 2014

Mesyuarat Daie Muda siri 1 daerah Raub

Pada 6 November 2014 saya telah berkesempatan menghadiri mesyuarat penyelarasan program Daie Muda siri 1 peringkat daerah Raub. Mesyuarat diadakan di Sma Batu Talam Raub bersempena dengan program ini yang akan diadakan di sekolah ini.
Program anjuran unit Dakwah Pejabat Agama Islam Raub ini melibatkan beberapa buah sekolah di daerah Raub dan persatuan belia kampung-kampung yang berhampiran dengan SMA Batu Talam.
Semoga program yang dijadualkan berlangsung pada 15 November nanti berjalan dengan lancar. Insyaa Allah..

 Mesyuarat dipengerusikan oleh Al-Fadhil Ustaz Amirul Farhan, Timbalan Qadhi Daerah Raub





Alhamdulillah, Ini merupakan kali ketiga kami akan berprogram di sekolah ini. Sebelum daripada ini kami pernah berprogram Hari Orientasi SMA untuk pelajar baru tingkatan satu dan program Konvensyen Pelajar Islam (KONPIP) pernah diadakan di sini.
Sebelum pulang, saya berkesempatan 'mengeteh' di gerai yang nyaman di Kampung Batu Malin