Monday, April 28, 2014

Jom ke pesta buku di PWTC

Saya mencadangkan buat sahabat sekalian supaya cuba meluangkan masa ke pesta buku antarabangsa yang diadakan pada 24 april - 4 Mei 2014. Banyak buku-buku dari pelbagai penerbit dan penulis ada dijual termasuklah buku-buku dari pustaka luar negara. Lebih menjimatkan  semua buku yang dibeli insyaAllah akan mendapat potongan harga. Jika bernasib baik akan dapat beramah mesra dengan penulis-penulis buku.

 antara buku Haraki yang dijual di Pesta buku
 Jom ke Booth Pustaka Cahaya Kasturi, untuk mendapatkan karya Dr. Zulkifli al-Bakri 
Bersua dengan Pengarah urusan Pustaka Cahaya Kasturi, Dr Zulkifli sendiri.

Thursday, April 17, 2014

Perjumpaan NGO Dakwah dengan JAIP

Baru ni saya berkesempatan menghadiri program muzakarah di antara Jabatan agama Islam dengan NGO-NGO penggerak dakwah di negeri Pahang. Selain memperkenalkan YH Dato' Pengarah JAIP yang baru menerajui JAIP, program ini disertakan dengan penyerahan sumbangan kepada rumah-rumah anak yatim yang berada di seluruh negeri Pahang. Program di akhiri dengan sesi dialog bersama dengan Pengarah dan timbalan pengarah JAIP.




 Penyerahan sumbangan kepada rumah anak yatim


 Ucapan aluan dari Dato' Timbalan Pengarah JAIP
 Salam perkenalan dari Dato' Pengarah JAIP
 Bersama anak-anak yatim
 Sesi Dialog bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah JAIP

sesi perkongsian dan pertanyaan dari hadirin

Monday, April 14, 2014

Jom, Belajar al-Quran.

Alhamdulillah, hari ini saya terlibat sebagai panel penemuduga guru al-Quran dan asrama di pejabat agama Islam Daerah Lipis. Antara khulasah yang dapat saya berikan :

1. Ada calon yang tidak membuat sebarang persediaan, memang semuanya membawa sijil-sijil, tetapi persediaan dari segi ilmu terutamanya yang berkait dengan al-Quran. Bila ditanya..ada yang menjawab..dah lama tinggal.

2. Walaupun ada calon yang baru sahaja menerima keputusan STAM, dalam silibus STAM ada mata pelajaran al-Quran, tetapi realitinya ramai yang tidak menguasai hukum tajwid dan bacaan dengan baik.

3. Kebanyakannya ingin menjadi 'GURU AL-QURAN' bukan disebabkan betul-betul mahir tetapi sekadar untuk mencari sumber kewangan dan pendapatan. Bayangkan ada yang baca merangkak-rangkak, hukum tajwid langsung tak tahu (depa kata tak ingat) walaupun hukum asas (hukum 5).

4. Walaupun ada yang telah dan sedang mengajar (ada guru tahfiz, guru KAFA) tetapi masih cukup tidak memuaskan hati saya. Saya rasa pihak Jabatan agama perlu memurnikan lagi kaedah pembelajaran al-Quran di sekolah agama. Bagi mereka yang baru menjawat jawatan guru al-Quran perlu dibuat kursus berkala untuk mereka. Supaya tidak timbul istilah ' ketam mengajar anaknya berjalan'.

5. Hampir 90% dari calon yang hadir, tidak lancar membaca al-Quran dan tidak menguasai hukum tajwid yang asas dengan baik.

Maka, walaupun kita telah tamat STAM bahkan telah memperolehi ijazah pengajian Islam, bukanlah suatu jaminan bahawa kita telah pandai membaca al-Quran. Al-Quran perlu sentiasa dipelajari secara bertalaqi dengan guru yang ahli.  Saya teringat semasa belajar di Mesir,   syeikh kami sendiri masih mempunyai halaqah (kumpulan) sesama syeikh, mereka mengulang kaji dan berbincang masalah dan isu berkait dengan al-Quran. 



antara calon yang ditemuduga

Antara kelas pengajian al-Quran yang saya jalankan. 
Sekadar berkongsi sikit-sikit..boleh lah insyaAllah

Wednesday, April 09, 2014

Ziarah ke SMA Dong..

Alhamdulillah, setelah sekian lama menunggu (sejak saya mula dipostingkan di sini)... akhirnya Masjid Lipis akan mendapat peruntukan penyelenggaraan baik pulih masjid sebanyak RM 1.5 Juta. Namun saya tidak dapat bersama dengan Bos-Bos besar  dari Jabatan (JAIP dan  JKR) semasa lawatan tapak kerana saya terlebih dahulu telah menyatakan persetujuan untuk menyampaikan taklimat  bersama  dengan kepimpinan Badan Dakwah SMA Dong, Raub. (makluman dari PAID baru pagi tadi).

Walaupun sering lalu di hadapannya,  Kali pertama dalam hidup saya menjejakkan kaki ke SMA Dong...alhamdulillah..

 Pembentangan  dari Presiden Badan Dakwah
Badan Dakwah mempunyai bilik operasi (pejabat) sendiri..
suatu permulaan yang sangat baik
Kepimpinan Badan Dakwah SMA DONG, Raub