Monday, October 30, 2023

Penilaian bos

Dah nak masuk hujung tahun.
Bagi pekerja gomen. Nak kena cukupkan jumlah kursus. Dan bos-bos akan isi markah penilaian.

Sebagai pekerja yang akan dinilai, bukan tunggu hujung tahun baru nak tunjuk perform.
Tapi sepanjang masa dan ketika kenalah perform.
Kita dibayar kut untuk kerja. Bukannya foc.

Atau pun kerja tak seberapa, tapi power membodek, sampai terkeliru dan khilaf sang bos, haha.

Bagi bos pula. Juga perlu ada ilmu dan skill dalam menilai.
Pandangan mata helang di atas tentu tak sama dengan pandangan semut di bawah.

Ok,

#gomen #kerja #work #PermaiMenulis #imtihan

Thursday, October 26, 2023

Celik Digital

Celik lawannya pejam.
Zaman kini, nak tak nak kenalah berkecimpung dalam digital.
Gerak Kerja boleh jadi cepat dan mudah.
Dan ada yang menjimatkan kos masa, tenaga dan duit.
Seperti mesyuarat dalam talian.



Ok bye.
#digital #jaip #PermaiMenulis

Sunday, October 15, 2023

Ziarah Ustazah Maisarah

Menziarahi Ustazah Maisarah binti Kadri, semalam adiknya Allahyarham Muhammad Khairul Anuar, pelajar tingkatan 2 Maahad SAS Jengka telah kembali ke rahmatullah.

Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang soleh.
Takziah buat kaum keluarga. Moga sentiasa tabah dan terus kuat.

Kami juga doakan semoga Ustazah Maisarah cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik.



#PermaiDiHati #PermaiPahang #permaiCare #GengPermai #sman

Friday, October 13, 2023

Virtual Collaboration



Kebiasaannya Kerja berkumpulan hasilnya tidak sama dengan kerja bersendirian.
Ibaratnya menyapu sampah dengan segenggam lidi tidak sama dengan hanya sebatang lidi.

Lalu, Macam mana nak dapat kumpulan dan pasukan yang hebat.

Sebab banyak je kumpulan bermasalah, itu yang ada sesetengah orang lebih selesa bekerja one man show.

Kumpulan nak power lagi, ada yang bina hubungan kerjasama dengan pihak dan agensi lain.

Zaman kini, untuk bina kerjasama, laluannya lebih mudah dan meluas. Tak perlu jumpa secara fizikal pun boleh buat kerjasama yang erat dan mantap.

Itulah yang dinamakan kerjasama maya.

kerjasama maya merujuk kepada proses atau usaha untuk berinteraksi, berkolaborasi, atau berkomunikasi dengan orang dan entiti lain secara dalam talian atau melalui dunia maya.


Kita boleh jv dan mengambil kepakaran kompeni lain di seluruh dunia tanpa perlu terbang jauh.
Yang penting ada line internet.

Jom bina pasukan hebat.

#team #media #jaip #PermaiMenulis #Pahang #skillsoft








Thursday, October 12, 2023

Makan untuk Cergas





Menyantuni set Paid Lipis berkunjung ke bandaraya.
Gambar dari View berbeza. Agar mendapat kepuasan hati.

Dalam skillsoft Percipio, menjamu atau makan-makan termasuk dalam keseronokan bekerja yang boleh memberi motivasi dan kecergasan dalam bekerja.
Jangan ketat sangat.



Tahniah dan takziah pada yang dapat bertukar.

#jaip #lipis #pekan #kuantan #PermaiMenulis #media #skillsoft #Percipio #myPerformance #hrmis