Wednesday, August 31, 2011

Khatam Al-Quran Masjid Daerah Lipis 1432/2011

Seperti kebiasaan yang sudah-sudah, setiap kali bulan Ramadhan al-mubarak Masjid Sultan Mahmud tidak ketinggalan membuat program tadarus Al-Quran. Untuk tahun ini peserta tadarus dibahagikan kepada dua kumpulan dan dibimbing oleh Guru Hafiz Masjid Daerah dan Imam Masjid Daerah. Sesi tadarus berjalan pada setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad bermula jam 9.00 pagi. Sebanyak dua juz akan dibaca pada setiap hari. Selain dari membaca al-Quran, peserta akan didedahkan dengan hukum-hukum tajwid dan intisari ayat yang dibaca. Alhamdulillah, Pada 25.8.2011 (Khamis) jam 6.00 petang majlis khatam al-Quran Masjid Sultan Mahmud berjaya dilaksanakan. Mudahan program ini semakin mendapat sambutan di tahun-tahun mendatang.













Peserta khatam Al-Quran Masjid Sultan Mahmud 1432H/2011



AyahKu Bersara

Setelah berkerjaya selama 31 tahun dalam perkhidmatan awam.. ayah saya mencapai umur persaraannya.. Selamat bersara buat ayah...


Lihat : http://smk-datukbahaman.blogspot.com/2011/08/majlis-persaraan-pengetua.html

Akhir-akhir Ramadhan

Lailatul Qadar

-Akhir-akhir Ramadhan kita dijanjikan dengan malam al-Qadar. Menurut hadis Rasulullah s.a.w 10 malam terakhir dan lebih specifiknya pada malam ganjil. Malam yang sangat berlipat ganjaran pahala dan keberkatannya. Satu malam bersamaan 83 tahun kira-kira 300 000 hari.


-Semua ceramah, kuliah, tazkirah, artikel bercerita mengenai keistimewaan dan fadhilat Malam al-Qadar..cuma iklan-iklan dalam tv saya tak pasti ada atau tak cerita tentang malam tersebut. Walaupun semua orang sudah tahu tentang kelebihan malam al-Qadar dan hari-hari terakhir dalam bulan Ramadhan tetapi hakikatnya...sekadar tahu sahaja... realitinya amalan semakin merosot... saf di masjid-masjid sudah berkurangan berbanding hari-hari pertama dalam Ramadhan.


ps: ada orang kata malam al-Qadar tahun ini pada malam 21 Ramadhan, Wallahua'lam.


Iktikaf

-Kita check kembali apa yang Idola kita Rasulullah buat di hari-hari terakhir dalam Ramadhan. Rasulullah sudah mula melazimi amalan beriktikaf. Iktikaf ?, maksud mudahnya duduk berkampung di masjid. Hukum beriktikaf adalah sunat, tetapi pada hari-hari terakhir Ramadhan hukumnya meningkat menjadi sunat muakkad.


-Amalan iktikaf ini mungkin biasa di masjid-masjid bandar, tetapi amalan ini nampak pelik dan janggal di kampung-kampung. Kalau kita iklankan program iktikaf di masjid-masjid orang nampak tak biasa dengannya. Padahal amalan ini menjadi kelaziman buat Rasulullah serta ulama silam.


-Ada yang bertanya, bila beriktikaf ini kita nak buat apa?....

sebenarnya iktikaf ini antara amalan yang paling mudah dalam dunia, buat la apa pun jangan yang maksiat dan melalaikan. Boleh qiamullail, baca al-Quran, berzikir, solat sunat, muzakarah ilmu, muhasabah diri, tidor pun boleh dapat pahala. Mudah sangat kan?


Qiamullail

-Program Qiamullail antara program yang wajib di masjid-masjid dan surau. Ada masjid yang anjurkan sepanjang bulan Ramadhan, ada yang 10 malam terakhir, ada yang pada hari-hari ganjil, kebanyakannya menganjurkan pada malam 27 Ramadhan (orang kita panggil malam likur?). Tetapi banyak juga masjid dan surau yang tak anjur apa-apa. Solat terawih ada pun mujur.

-Sebenarnya Qiamullail ini afdhal dibuat bersendirian. Tetapi maklumlah orang kampung dan orang awam. Tak reti lah, tak biasa lah, nak baca apa, tak ada feel lah.


-Istilah Qiamullail merujuk kepada solat malam, kalau kita check sumber hadis yang kuat, afdhalnya laksanakan solat sunat tahajjud. Biasa bila kami anjurkan program Qiamullail, orang tua-tua akan ingatkan..buat solat sunat tasbih ye.. tak pula sebuat buat solat tahajjud. Malam pertama kami anjurkan program Qiamullail, imam tahfiz jemputan buat solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih tak buat..esoknya banyak sangat desakan suruh buat solat sunat tasbih. Nah esoknya sang imam jemputan terus buat solat sunat tasbih. Tak bertahajjudlah pagi tu...macam-macam ragam orang, kena rai juga ragam orang, tapi tak boleh juga nak rai semua...pandai-pandai lah...


Akhirnya...

Mudahan Ramadhan ini memberi natijah yang baik..

Wasalam...


Monday, August 22, 2011

Imam Terawih jemputan..

Bila musim Ramadhan menjadi suatu fanomena sekarang masjid-masjid menggunakan khidmat imam tahfiz jemputan terutamanya masjid-masjid besar. Biasanya pihak pengurusan masjid perlu mencari pelajar-pelajar tahfiz dari awal lagi. Tambahan pula jika ingin mendapatkan pelajar yang terbaik. Kalau lambat alamatnya tak dapat. Dapat pun pelajar yang biasa-biasa sahaja.

Jemput imam tahfiz ini isunya ialah bayaran saguhati kepada mereka. Bab duit ini semua orang berkira, sampaikan ada juga imam kampong berkeras supaya masjidnya tak perlu dipanggil imam hafiz memadai dia sahaja yang mengimami solat terawih sebab bila jadi imam terawih jemputan saguhatinya..fuhh, lumayan juga la.. Ada juga AJK masjid yang tidak mahu memanggil imam hafiz ini, depa mahu imam sedia ada sahaja, kesnya sayang nak keluar duit banyak-banyak. Biar beku dalam akaun bank sahaja, seronok dapat tengok penyata jumlah duit bertimbun-timbun.

Pasal saguhati kepada imam hafiz ini pula, biasanya tak ada lah penyelarasan antara masjid-masjid kena bayar berapa. Ikut kemampuan masjid masing-masing. Tetapi kalau betul-betul tak mampu jangan jemput imam hafiz ini, kasihan mereka..kena naya. Saya bersama Hasnol pernah ada pengalaman tersebut. Menjadi imam di sebuah surau yang jauh juga dengan tempat pengajian kami, jadi kami kena tinggal menginap di situ, sahur di situ, berbuka di situ, bukan sahaja menjadi imam terawih tetapi juga menjadi bilal 5 waktu, jadi imam 5 waktu, jadi imam qiamullail. Punyalah hebat surau tersebut, sebab bukan hanya jemput kami berdua sahaja, tetapi turut jemput 2 lagi adik beradik dari Kelantan untuk turut menjadi imam di surau tersebut. Akhirnya bila tiba hari terakhir kami berkhidmat di situ, saguhati yang kami perolehi merupakan yang paling rendah dalam dunia hanya RM 50.00 seorang. Sedangkan rakan kami di masjid-masjid lain paling sikit RM500. Akhirnya tahun-tahun ke depan tiada sesiapa dah pelajar Maahad yang ingin ke surau tersebut. Nama Surau tersebut sinonim di kalangan kami, tapi sinonim yang negative lah.

Sekarang ini, saya biasa juga menguruskan imam-imam hafiz ini, saguhati yang normal RM 1000-2000. Kalau jemput yang antarabangsa seperti dari Mesir minima RM 10 000. Kadang-kadang ada juga pihak-pihak yang kata tak payah bayar banyak-banyak, terpulanglah, tapi masyhurlah nama masjid dan surau kita di kalangan link-link maahad tahfiz dan pelajar tahfiz yang masjid dan surau kita kedekut. Tahun berikutnya maas salamah lah nak dapat khidmat imam tahfiz jemputan. Ramai juga pelajar tahfiz yang datang dari Patani, kebanyakannya mereka ini orang susah, gaji guru di madrasah mereka pun hanya 2-300 sahaja sebulan, ini lah peluang kita nak tolong mereka.Jawapan yang mudah, kalau tak nak bagi banyak..suruh sahaja AJK atau pihak-pihak yang terbabit jadi imam. Kalau Tak reti jangan kecoh.

Berkaitan pelajar tahfiz pula, biasanya bila kita minta kepada marasah/ maahad untuk menggunakan khidmat pelajar depa, pihak pentadbiran madrasah/maahad kenalah pilih pelajar-pelajar yang terbaik. Pelajar yang berakhlak, bacaan kemas teratur dan lancar, bukan hanya semberono sahaja pilih. Sebab ramai juga makmum-makmum yang pandai mengaji, ini tak.. dah la tak lancar banyak pula kesalahan nyata yang budak mengaji KAFA pun boleh cam kesalahan tersebut. Akhirnya imej madrasah/maahad pun tercalar sama, orang kata ‘jangan ambil imam tahfiz dari madrasah/maahad bla bla bla, teruk bacaan pelajar diorang’.

Ada juga pelajar tahfiz yang sekolah diorang tak pilih, tapi diorang yang menawarkan diri sendiri. Sebelum ramadhan ini, saya telah dihubungi oleh seorang pelajar dari sebuah pusat pengajian di utara, menawarkan diri untuk menjadi imam terawih, setelah merujuk kepada masjid yang dia menjadi imam di situ pada Ramadhan sebelumnya, ramai orang bercerita yang kurang enak, maka kita tak ambil budak tersebut. Rupanya budak itu menawarkan diri di masjid yang lain, dan masjid tersebut menerimanya.. Jadi lah dia imam d situ, pihak pengurusan masjid mula tak puas hati, kata imam tahfiz tapi jadi imam tengok Quran besar, juz satu dah baca salah, salah baris, salah huruf..macam-macam lagi lah… Jadi ingatan juga kepada pelajar tahfiz jangan sebab nak dapat imbuhan berkejar nak jadi imam sedangkan kemampuan tidak ada.

Kesimpulan.. Masjid : tak salah nak panggil imam tahfiz bahkan digalakkan.

Madrasah/ Maahad : pilih pelajar yang terpilih sahaja.

Pelajar : Jangan terlalu mengejar imbuhan..

Wallahua’lam…

Setelah saya menulis tulisan ini, baru saya jumpa dengan tulisan saya yang menceritakan perkara yang hampir sama pada Ramadhan tahun lepas.

Lihat

http://syababgr.blogspot.com/2010/09/imam-tahfiz-jemputan.html

Thursday, August 18, 2011

Selepas Terawih..

Selepas terawih kebiasaan masyarakat kita akan membuat moreh. Aktiviti makan ringan-ringan sambil berbual-bual. Kadang-kadang tempoh bualnya itu lamanya melebihi kadar masa solat terawih yang dirasakan lama dan lambat.
Bagi masjid yang membuat terawih 20 rakaat, kadang-kadang merungut morehnya sudah tinggal sedikit, banyak dimakan oleh group 8 rakaat...macam-macam hal...
Kadang-kadang ada juga pihak yang mengambil kesempatan dengan aktiviti moreh ini.. boleh masyuk duit...Masjid kami sahaja RM 11 000 untuk moreh sahaja.
Teringat kisah semasa student dahulu, Di suatu tahun tersebut saya bersama Fauzi (mudahan Allah menempatkan rohnya bersama para syuhada as salehin) menjadi imam terawih di Masjid Bukit Sekilau. Setiap hari selepas terawih kami akan dibawa oleh En. Ahmad Yusof (ketika itu penolong jurulatih bola sepak Pahang merangkap bilal Masjid Bukit Sekilau) bermoreh di kedai mamak. Akhirnya semua menu di kedai mamak tersebut telah dirasa..roti canai, roti tisu, capati, roti tempayan, roti tampal, tosey dsb....


Bersama imam tahfiz, Hj Shaari dan Hj Mustafa 'bermoreh' di kedai makan Che Soh Benta.

Che' Soh, Tokey kedai makan merngkap Incas Imam tahfiz

Thursday, August 11, 2011

ISU SERBUAN KE GEREJA

ISU SERBUAN KE GEREJA

INI sedutan sidang akhbar 45 NGO Islam seluruh Selangor yang diadakan di bilik mesyuarat utama Masjid Negeri Shah Alam pada Isnin. Pengerusi Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Dr Dzulkhaini Husain;

Jais telah membuat serbuan ke Gereja Methodist Damansara Utama

Apa yang berlaku?

Upacara yang dilakukan dipanggil Thanksgiving Dinner iaitu satu perkataan inggeris, terima kasih Allah, terima kasih Jesus, Thanksgiving atau dalam bahasa kita kenduri kesyukuran. Itu hak masing-masing.

Perkara itu berlaku dari pukul 6.30 petang, pada 3 Ramadan yang berlaku di satu dewan yang boleh menampung 100 orang. Pintu yang ditutup dan pintu dewan ini diletakkan bunga manggar, untuk mengelirukan bahawa upacara ini untuk umum. Di dalam dewan ini, berlakulah upacara Thanksgiving yang berlarutan sehingga jam 10.30 malam.

Dengan maklumat yang diperolehi, 13 penguatkuasa JAIS dan 20 polis telah datang ke tempat itu anggaran pukul 9.00 malam. Ketika sampai ke situ pintu, ada satu ruang legar, yang mana JAIS dan polis menunggu di situ lama dan memberi isyarat mereka adalah polis dan JAIS.

Mengambil masa yang lama juga, 20 ke 25 minit sebelum pintu itu dibuka. Jadi perkataan ‘raid atau raiding’ serbu atau serbuan itu yang memberi satu gambaran pintu itu dipecahkan dan ditendang tidak berlaku.

Orang itu menunggu dengan baik di luar. Gambar pun ada. Bila pintu dibuka, dalam bilik itu ada kira-kira 100 orang dengan satu per lima adalah penganut Islam. 12 dewasa, tiga lelaki, sembilan wanita dan lapan kanak-kanak. berada dalam tempat itu.

Apa yang berlaku, pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa? Kemudian terus kepada tarian. Pada pukul sembilan lebih dilakukan pulak membaca ayat karangan mereka yang bertajuk, Alhamdulilah dan Allahuakbar?

Ini apa bersangkut paut dengan Thanksgiving (dinner) dan Methodist, mengapa ayat-ayat yang diharamkan untuk digunakan oleh bukan Islam dalam Enakmen Agama Bukan Islam (kawalan perkembangan dikalangan orang islam 1988)

Sesudah itu, pada pukul 9 15, berlaku satu prayer intersession sembayang orang Kristian di mana meminta Nabi Isa untuk memohon kerestuan tuhan mereka.

Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak?

Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?

Dua helai kertas yang menanyakan apa maksud perkataan Islam, apakah maksud perkataan Muslim? Apakah maksud perkataan Quran dan kefahaman dan keimanan.

Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?, Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad.

Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan, How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran dan Orang Islam bersalam menggunakan tangan? Inilah kuiz yang diberikan pada malam itu, yang mana sepatutnya menumpukan kepada adat istiadat Kristian.

Bila JAIS masuk ke dalam, kertas soal-soal jawab ini sudah berkecai-kecai sudah dimasukkan dalam tong sampah, jika niat baik kenapa nak masuk dalam tong sampah? Dengan itu bila masuk tong sampah, JAIS dah sita benda ini, untuk jadi maklumat hendak dibawa ke mahkamah.

Bila mereka keluar, satu persatu, tiap-tiap Kad Pengenalan (IC) dilihat dan yang kad Pengenalan Islam diambil oleh JAIS,




Tadarus Al-Quran

Tadarus al-Quran..

Sudah menjadi resam, bila tiba Ramadhan kebanyakan Masjid dan surau menganjurkan program tadarus al-Quran. Suatu aktiviti yang sangat baik dan yang paling penting merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Setiap kali bulan Ramadhan Rasulullah s.a.w akan sentiasa bertadarus bersama dengan malaikat Jibril sehingga tahun kewafatan Baginda.

Masjid kami juga tidak ketinggalan menganjurkan program Tadarus al-Quran. Untuk Ramadhan 1432 ini, program tadarus dijalankan dengan dua cara :

i) bermula jam 9.00 pagi pada setiap hari (baca kecuali hari sabtu dan ahad) dan biasanya tamat dalam pukul 11.00 pagi. Untuk kali ini sebanyak dua kumpulan telah dibentuk. Selain daripada membaca al-Quran, perbincangan berkaitan hukum tawid dan intisari ayat juga turut dibincangkan.

-Seperti tahun sudah dan tahun sebelumnya, hanya kaum muslimat sahaja yang ‘berani’ mengambil bahagian.

ii) tadarus beramai-ramai selepas solat zohor pada setiap hari (baca kecuali sabtu dan ahad) dengan bimbingan Imam dan guru hafiz. Hanya satu muka sahaja dan intisari ringkas ayat yang dibaca.

-program ini baru dijalankan setelah kami menghazaf program tadarus selepas subuh yang disasarkan kepada kaum lelaki kerana tidak mendapat sambutan. Apabila diajak pelbagai jawapan seperti nak jaga cucu (padahal neneknya yang jaga), nak hantar anak ke sekolah (tak kan nak hantar anak pukul 6.15 am). Walhal Sebenarnya mereka malu tak reti nak baca al-Quran, kata Ustaz Amran : tu lah dulu kecik-kecik tak nak belajar sekarang dah …(sambung sendiri) .

Maka program tadarus beramai ini dimulakan pada tahun ini untuk memberi juga peluang orang ramai untuk sama-sama bertadarus. Senang sahaja ikut sahaja pembimbing baca, tak perlu baca sorang-sorang. Kalau tak reti kumat kamit mulut pun tak ada orang kisah dan yang istimewanya tak ada orang perasan yang kita ni tak reti baca al-Quran…

Maka..jangan lepaskan peluang kita bertadarus al-Quran. Sebenarnya banyak juga masjid dan surau yang tidak membuat program tadarus ini terutamanya di kampung-kampung. Bahkan banyak juga yang tidak membuat sebarang aktiviti Ihya’ Ramadhan pun hanya sekadar solat terawih 8 rakaat sahaja. Peruntukan Ihya’ MUIP, Majlis Daerah dsb beria pula hendaknya….

Wednesday, August 10, 2011

Iftar Jamaie Masjid

Senarai Penganjur Berbuka Puasa Masjid Sultan Mahmud

10.8.2011 : JKR Lipis
11.8.2011 : Pejabat Kesihatan Lipis
12.8.2011 : Pert.Kebajikan Anak Yatim al-Ikhsan Lipis
13.8.2011 : Hospital Lipis
14.8.2011 : India Muslim Lipis (Masjid Lama)
15.8.2011 : Pejabat Daerah Lipis
16.8.2011 : Pas Kawasan Lipis
17.8.2011 : PUSPANITA Lipis
18.8.2011 : Pejabat Pelajaran Lipis
19.8.2011 : Polis Diraja Lipis
20.8.2011 : Skuad Sahabat Masjid
21.8.2011 : UMNO Bahagian Lipis
22.8.2011 : Lombong Emas Penjom
23.8.2011 : Skuad Sahabat Masjid
24.8.2011 : Institut Pertanian Lipis
25.8.2011 : Skuad Sahabat Masjid
26.8.2011 : Masjid Sultan Mahmud (duit tabung masjid)
27.8.2011 : Skuad Sahabat Masjid
28.8.2011 : Skuad Sahabat Masjid
29.8.2011 : Skuad Sahabat Masjid

* Biasanya masjid daerah penuh penajanya, Masjid Sultan Mahmud ini lain sikit politik pengurusan Ihya' Ramadhannya..Apa pun yang kosong akan ditampung oleh Skuad Sahabat Masjid. Jadi InsyaAllah setiap hari ada disediakan juadah beruka puasa...

Thursday, August 04, 2011

Aqiqah Perdana 4

Aqiqah Perdana
Masa : 7.00pm-11.00pm
Masjid yang sentiasa bersedia menerima kehadiran jemaah



Selepas Maghrib, program dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Ustaz Hasan Basri, Johan Qari daerah Lipis

Ceramah berkaitan Ramadhan oleh Ustaz Norhamizi Jamaludin, Pegawai JAIP
Ina Naim pun ada jugak..


Kak Anom, matron Hospital Jerantut jadi MC
YH Dato' DO Lipis menyampaikan hadiah perkahwinan kepada Imam Faizal

Gerai jualan ada juga

Persembahan Ustaz Suhaimi



Bergambar kenangan selepas program..

Aqiqah Perdana 3

Aqiqah Perdana
Tarikh : 30 Julai 2011
Per : Gotong royong memasak dan makan tengahari


Serba hijau muda..