Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Sunday, September 18, 2011

MC lagi..

Sambung Cuti Lagi...

Monday, September 12, 2011

MC My Job

MC kerja..Tapi tak boleh MC dengan Allah..

Diskusi buku & Qasidah

Sekitar program diskusi buku himpunan benteng iman dan Islam pada 10.9.2011 di Masjid Sultan Mahmud. Program bermula selepas solat maghrib dengan Kumpulan al-Ahya' mengalunkan 2 buah qasidah. Selepas itu al-Fadhil Ustaz Afif mendiskusi buku himpunan secara ringkas. Majlis ditutup dengan kumpulan qasidah mengalunkan lagi 2 buah qasidah penutup. InsyaAllah program seperti ini akan dijayakan lagi di masa mendatang..

Ustaz Mohd Afif bin Yahya
 

Kumpulan Qasidah al-Ahya' dari Pulau Pinang

Rombongan menjamu selera sebelum pulang

Friday, September 09, 2011

DisKusi Buku Di Masjid Sultan Mahmud





  



DISKUSI BUKU

benteng yang kukuh-himpunan hadis peneguhan iman &islam
  
Oleh :
Ustaz Mohd Afif bin Yahya
AJK Kesatuan Ulama Pulau Pinang

Tarikh :
10 September 2011 (Sabtu)


Masa :
Selepas Solat Maghrib


Tempat :
Masjid Sultan Mahmud
Kuala Lipis

Turut Hadir : Kumpulan Maulid Al-Ahya’ ( Di bawah naungan Kelab Remaja Bestari, NGO di bawah Jabatan Mufti Pulau Pinang)

Harga Buku Diskusi : RM 10

Sunday, September 04, 2011

Syawal 1432H

Selamat Hari Raya buat semua kenalan teristimewa buat pengunjung blog ini. Mudahan madrasah Ramadhan yang dilalui sebelum daripada ini akan menatijahkan suatu perubahan positif yang berterusan dalam hidup kita. Jangan terhenti dengan tamatnya bulan Ramadhan, kemudian mula semula musim Ramadhan tahun depan tetapi hendaklah diteruskan segala amalan yang dilalui dalam madrasah Ramadhan tempohari.




Takbir Raya

Malam syawal pertama, sunat kita banyak bertakbir, bertahmid, bertasbih dan bertahlil. Orang dulu-dulu sepanjang malam mereka akan bertakbir. Sekarang amalan tersebut kurang sangat dipraktikkan. Lepas solat Isya' biasanya imam akan lead takbir, kemudian disambung lagi oleh beberapa orang tekong. Paling kuat 3 tekong yang lead, lepas tu gelisah orang ramai, gelisah nak balik rumah. Ada juga masjid yang buat lepas solat isya' diagendakan takbir raya kemudian disusuli dengan bertahlil. Kebiasaannya sekarang pagi sebelum solat raya barulah nak bertakbir, padahal nak ikutkan terhad sangat tempohnya, tak sampai setengah jam. Pasal takbir raya pula, alunan takbir tempat kita agak mendayu-dayu berbeza dengan negara-negara arab agak bersemangat dan bernada tegas.



Solat Sunat Raya

Afdhalnya dibuat di tanah lapang seperti padang atau dataran. Berpeluanglah juga perempuan yang uzur mendengar sama khutbah hari raya. Tetapi mungkin sulit hendak dilaksanakan di tempat kita.

Solat ini disunatkan kita bertakbir sebanyak 7 takbir pada rakaat pertama dan 5 takbir pada rakaat kedua dan diselangi dengan zikir. Tetapi kalau tuan Imam terlupa, dan Imam telah memulakan bacaan al-Fatihah teruskan sahaja, tak perlulah makmum beria-ria ucap subhanallah nak ingatkan imam kerana pendapat ulama' feqah bila dah mula baca al-fatihah tak disunatkan lagi untuk bertakbir. Sah solat sunat hari raya tersebut. Ini bila makmum tegur, imam dah mula baca al-fatihah, berhenti imam baca, takbir semula tak ke nampak kucar kacir.


Bagi makmum yang terlewat pula, mungkin ketinggalan beberapa takbir daripada imam memadai dia follow sahaja takbir imam, tidak perlulah dia tambah sendiri lepas daripada imam telah memulakan baca al-fatihah. Masa imam baca al-Fatihah makmum kena lah dengar bacaan imam. Lepas solat, khutbah hari raya kena lah dengar, ini lepas beri salam terus chow, tak sabar dah nak beraya. Raya sakan katakan.

Puasa sunat 6 Syawal

Jangan pula kita buat-buat lupa dalam bulan syawal kita sangat dituntut untuk berpuasa 6 hari. Tak kisah nak buat 6 hari berterusan, selang seli, atau bila-bila sahaja asalkan dalam bulan Syawal. Elok juga dibuat pada hari isnin dan khamis. Orang tua dulu-dulu biasanya syawal ke-2 mereka dah mula berpuasa enam. Kemudian syawal ke-8 mereka raya semula, raya puasa 6. Zaman sekarang agak sulit untuk kita berbuat demikian. Open house merata-rata, tak pergi rasa tak kena juga..apa pun terpulanglah kepada kebijakan kita untuk mengatur supaya lepas juga lah kita berpuasa enam syawal.



Sekadar ini dahulu..InsyaAllah ada ruang kita sambung lagi sembang pasa raya ini..

Wasalam...

Kullu 'am wan antum bikhair...TaqabbAllahu minna wa minkum...