Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Monday, May 31, 2010

KOPERASI MASJID SULTAN MAHMUD MULA BEROPERASI

Alhamdulillah akhirnya pada 28.5.2010. Projek perniagaan Koperasi Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis Berhad dapat dijalankan. Projek perniagaan ini insyaAllah bermula sedikit demi sedikit. Kata orang bermula dari tahap 'zero', tanpa sebarang pengalaman cuma mempunyai kehendak yang tinggi sahaja. Di peringkat permulaan ini, perniagaan Koperasi hanya pada hari jumaat sahaja. Perniagaan yang dijalankan pun hanya tertumpu kepada jualan makanan. Jika pada 28hb baru ini, Koperasi menyediakan menu nasi minyak, insyaAllah selepas dari ini menu yang lain pula iaitu Nasi Kebuli. Jika ingin tahu apa dia nasi Kebuli jemputlah singgah ke gerai koperasi Masjid nanti.

InsyaAllah doakan di masa-masa akan datang koperasi ini akan meningkat naik dengan projek-projeknya yang semakin bertambah. Sesuai dengan hasratnya untuk memanusiakan manusia dengan menjadikan umat Islam terlibat dalam membangunkan ekonomi umat Islam sendiri.

Ketika kami memulakan hasrat menubuhkan koperasi ini, dan selepas mesyuarat agong permulaannya bermacam-macam suara diutarakan kepada kami. Antaranya ada yang berkata : "koperasi ini tak payah jual barangan runcit, rumit dan leceh, untung pun tidak besar".

"Koperasi Masjid ini jual barangan 'ibadah' sahaja seperti kopiah, jubah, kain pelikat, minyak atar, jangan jual yang lain sebab koperasi kita ini koperasi masjid, jadi biarlah ada kaitan dengan masjid dan agama"

"ahli yang jadi agen travel: nanti koperasi buat ziarah ke indonesia, umrah.. keuntungan masuk ke koperasi"

"koperasi jangan ambil orang yang nak letak barang, kita terima komisyen sahaja, sikit sangat untungnya"

......dan bermacam-macam lagi orang yang berkata....memang nak berkata cukup senang...
apa yang koperasi mahukan ialah bukan hanya kata-kata tetapi tenaga yang berkerja membangunkan koperasi.

Saya berpendapat : Koperasi masjid akan masuk ke segenap ruang dan peluang yang ada. Islam itu bukan hanya terletak di masjid, bukan pada ibadah, bukan pada upacara agama, bukan pada perlancongan, bukan pada keperluan harian...tetapi Islam itu kesemuanya..kesemua hidup kita adalah Islam...Islam yang syumul, yang menyeluruh, meliputi semua kehidupan manusia..InsyaAllah










Saturday, May 29, 2010

Bersama Dato' Faizol al-Hafiz

22.5.2010 (Sabtu).
Masjid Sultan Mahmud telah menganjurkan program aqiqah perdana dan ceramah bulanan. Program Aqiqah bermula pada pukul 7.00 pagi dengan bertolak ke ladang kurnia setia di kampung Kuala Lanar untuk menyembelih lembu di sana. Pukul 10.00 proses melapah bermula di masjid dan seterusnya penyediaan untuk jamuan makan malam. Selepas solat maghrib, ahli jemaah berpeluang bersama dengan YH Dato' Hj Ahmad Faizol bin Ghazali al-Hafiz, johan Qari tilawah peringkat antarabangsa tahun 2003.
YH Dato' memulakan sesi tazkirahnya dengan memperdengarkan alunan bacaan ayat suci al-quran, seterusnya memberi peringatan kepada sidang jemaah berkaitan peri pentingnya hidup berdampingan dengan al Quran dan majlis ditutup dengan sekali lagi YH Dato' memperdengarkan alunan bacaan al-Quran. selepas solat Isya' sidang jemaah dijamu dengan jamuan makan malam.
YH Dato' Hj Ahmad Faizol bin ghazali al-Hafiz, Johan Qari tilawah peringkat antarabangsa tahun 2003
penglibatan kaum muslimat dalam penyediaan jamuan

proses melapah daging aqiqah






lembu aqiqah, di ladang




kenderaan pacuan 4 roda, untuk sampai ke tempat ternakan lembu di ladang kurnia setia.


Thursday, May 27, 2010

PERSATUAN ALUMNI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH AGAMA ISLAM PAHANG

Alhamdulillah, tangggal 15 Mei 2010 yang lalu, Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang telah sah didaftarkan di ROS. Saya beserta beberapa orang rakan juga telah berkesempatan mengikuti kursus pengurusan pertubuhan dan seterusnya diikuti dengan majlis penyerahan sijil pendaftaran persatuan. Mudahan dengan tertubuhnya NGO ini akan dapat menyemarakkan lagi perkembangan syiar Islamiah khususnya di negeri Pahang yang tercinta.