Tuesday, February 21, 2017

Kami Mahu Rumah

Rumah merupakan suatu keperluan untuk manusia.  Ia bukannya perkara yang boleh dianggap remeh tetapi perlu dipandang serius terutamanya di pihak pemerintah.

Dewasa ini isu gelandangan semakin ketara di Negara kita. Mereka yang menjadi gelandangan sudah pasti  bukannya mahu menjalani kehidupan sebegitu. Namun keadaan memaksa untuk mereka berbuat demikian. Sewa rumah yang semakin tinggi di tambah dengan harga barang keperluan yang sudah pasti sentiasa menaik.

Golongan muda kini terdesak mencari rumah sendiri. Namun lebih kasihan ada di kalangan penduduk Negara kita yang telah puluhan tahun menyewa rumah orang dek kerana tidak mampu untuk membeli rumah sendiri.

Berbanding zaman dahulu, walaupun susah tetapi ketika itu mereka masih mempunyai tanah untuk dibuat rumah sendiri. Biarpun rumah yang dibina ala-ala pondok namun masih beruntung kerana mempunyai tempat berteduh sendiri.

Tanah-tanah  banyak yang telah dibuka, dijadikan taman-taman perumahan. Namun apabila melihat  kepada harga jualannya, kebanyakan dari orang kita terutamanya bangsa melayu dan bumiputera  tidak mampu untuk membelinya. Pemaju pula lebih berminat membina rumah kategori mewah berbanding rumah kos murah.

Memang zaman kini lebih mencabar. Walaupun pihak kerajaan ada menyediakan alternatif  seperti rumah PPRT, Rumah Prima dan sebagainya namun ianya masih belum menyeluruh dan sangat terhad. Orang yang memohon terlalu ramai dan sudah pasti bukan semua yang terpilih. Lebih malang mereka yang sepatutnya layak tetapi tidak dapat disebabkan birokrasi dan kronisme yang masih diamalkan di Negara kita.  Akhirnya kelompok-kelompok tertentu sahaja yang terpilih.

Semua pihak perlu memainkan peranan dalam menangani isu rumah yang semakin kritikal terutamanya pihak yang memerintah. Tangani isu ini berpandukan nilai Agama dan kemanusiaan bukan hanya kerana meraih sokongan politik atau mendapat keuntungan dari projek perumahan yang dijalankan. Percayalah atas nama agama dan kemanusiaan isu ini akan dapat diselesaikan dengan harmoni.

#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil





Tuesday, February 07, 2017

Ziarah Mangsa Banjir di Taman Fah Choon

Ziarah mahabbah bersama mangsa banjir di Taman Fah Choon, Kuala Lipis. Sebanyak 21 buah rumah yang terlibat . Kami Menyampaikan sedikit sumbangan dari jemaah Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis. Semoga mereka semua tabah dengan ujian yang menimpa.
#Ziarah
#masjiddaerah 
#masjidsultanmahmud 
#banjir
#kualalipis
#pahang
#PermaiDiHati
#catatanimamkecil







Sunday, February 05, 2017

Depan Sungai Pahang di Bera


Meronda selepas musibah banjir tahun 2017 surut. Laluan ini yang berdepan dengan Sungai Pahang. Tok Mengkarak antara tokoh ulama silam berasal dari daerah ini. Di sini juga terletaknya tasik terbesar di Malaysia (tak termasuk tasik kenyir, kategori lain dah).
YAA Ketua Hakim Syar'ie Pahang sekarang berasal dari sini dan memakai laqob Al-Birry.