Thursday, April 30, 2020

Generasi yang diimpikan Dr Yusuf Al-Qaradhawi


Ramadan adalah bulan kekuatan Umat Islam. Orang muda baik yang masih bersekolah, yang sedang pengajian di universiti, mahu pun yang telah berada di alam pekerjaan jangan pernah merasa lemah. Seganlah dengan orang yang lebih berumur tetapi kekal "steady" di bulan Ramadan.
Musim PKP banyak masa dihabiskan di rumah. Menjadi kesalahan jika keluar rumah tanpa tujuan.
Maka, "peluang" menjalani Ramadan dalam musim PKP wajar diisi dengan aktiviti dan amalan yang bermanfaat. Selain bertadarus mengaji al-Quran, penuhi masa dengan menambahkan thaqafah.
Saya sarankan, baca buku-buku yang boleh menambahkan kefahaman Islam dan menaikkan semangat kita.
Antaranya buku جيل النصر المنشود (Generasi /Pemuda Yang Diimpikan/Dijanjikan/Menang)
karya Prof Dr. Yusuf Al-Qaradhawi.
Contohi generasi muda awal yang memeluk Islam dan berjuang bersama Rasulullah SAW seperti Saidina Abu Bakar RA, Saidina Ali RA, Saidina Zubir al-Awwam dll.
Sejarah mencatatkan kebanyakan anak muda yang membuat reformasi di negara masing-masing. Imam Hasan Al-Banna di Mesir, Jose Rizal di Filipina, Dr Hamka di Indonesia, Dr Burhanuddin al-Helmi di Tanah Melayu.
Ayuh, anak muda jangan lemah !
#PermaiMenulis #GengPermai #abnaulharaki #buku #pemuda #DrYusofAlQaradhawi

Thursday, April 23, 2020

Membaca buku Anak Raja dengan Anak Papa

Sempena Hari Buku dan HakCipta Sedunia, Jom Baca Bersama pada  jam 11:00 pagi. 



Saya memilih untuk membaca buku Anak Raja dengan Anak Papa. Buku karya Mark Twain diterjemahkan oleh Pendeta Za'ba yang diterbitkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Za'ba selesai menterjemahkan buku ini pada tahun 1937. Selepas 20 tahun kemudian, barulah terjemahan ini diterbitkan. 
Menariknya, buku Anak Raja dengan Anak Papa adalah "BUKU PERTAMA" yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1958.

Ayuh, kita jadi insan yang suka membaca. Kita buktikan bahawa Malaysia 'Negara Pembaca'.

#PermaiMenulis
#PermaiBaca
#PermaiCare
#Malaysiaku
#Hapuscovid19
#StayHome
#JomBacaBersama10Minit2020
#KLBaca
#KLWBC2020
#BangsaMembacaBangsaBerjaya
#MalaysiaMembaca
#DudukRumahBacaBuku
#DudukDiRumah
#dewanbahasapustaka
#dbp

Monday, April 20, 2020

Catatlah pengalaman PKP

Musim PKP, banyak aktiviti, pengalaman dan perkara baru yang kita hadapi dan lalui. "New Normal" bak kata YAB Perdana Menteri. Ada yang tak pasal-pasal jadi chef, tukang rumah, pomen, guru, bla bla.
Pengalaman ini perlu direkodkan. Sama ada ditulis, dirakam dalam bentuk gambar dan video. Supaya menjadi rujukan buat generasi akan datang.
Kita dapat tahu semasa zaman silam pernah berlaku masjid ditutup, kurantin berdasarkan catatan bertulis semasa itu.
Contohnya kalau ditelusuri catatan sejarah Masjidil Haram, sudah 40 kali masjid itu ditutup bermula 865 hingga 1987 akibat pelbagai sebab seperti peperangan, kebakaran dan wabak penyakit, selain proses baik pulih.
Imam Ahmad dalam Musnadnya mencatat beberapa sahabat yang meninggal dunia akibat wabak penyakit, di antaranya Abu Ubaidah al-Jarrah dan Muaz bin Jabal.
Ibnu Hajar dalam kitab Inba' al-Ghumr bi Abna al-'Umr mencatat peristiwa wabak yang membawa kepada kematian di Mekah, termasuk di Masjidil Haram. 40 orang meninggal dunia setiap hari. Bahkan dalam sebulan ada sekitar 1700 orang meninggal dunia. Peristiwa tersebut menyebabkan orang-orang mengambil keputusan untuk tidak melaksanakan solat di Masjidil Haram.
Semoga wabak covid19 berakhir, tiada daya upaya melainkan dengan kehendak Allah SWT.
#PermaiMenulis #GengPermai #catatansilam

Thursday, April 16, 2020

Cerita Fulan Masuk Hospital

Sudah berhari-hari Fulan berasa tidak berapa sihat. Hendak ke hospital berat sekali, pujuk hatinya esok lusa baiklah.

Akhirnya Fulan ke hospital juga, itupun setelah mendengar tazkirah zohor di Radio Pahang FM. Mungkin isi ceramah tersebut membuka hidayah untuk Fulan ke hospital.

Hasil pemeriksaan doktor mengejutkan Fulan. Fulan ditahan dan dimasukkan ke wad. Kerana tidak menjangkakan akan ditahan di wad, Fulan hanya sehelai sepinggang. Mujur wad menyediakan pakaian khas untuk pesakit di wad.

Fulan 'curi-curi dengar' kata doktor kepada "misi", tetapi istilah tahap dewa yang depa gunakan memustahilkan Fulan untuk memahaminya. Lihat raut wajah mereka gayanya "kes berat". Fulan diam sahaja.

Fulan macam terdengar mereka sebut 14 hari. Fikir Fulan 14 hari lagi "aku" hidup.

Mengenangkan hanya tinggal 14 hari umur Fulan, maka Fulan berfikir dia mesti berbuat sesuatu, paling kurang tak mati sia-sia kata hati Fulan.

Fulan merangka jadual hariannya selama 14 hari di wad. Fulan akan mengaji al-Quran 1 juz selepas setiap solat fardu. Sehari dapat 5 juz. 6 hari insya-Allah khatam. Dalam tempoh 14 hari, dapat dua kali khatam.

Seterusnya Fulan akan mengisi masa dengan menulis. Menulis kisah hidupnya, suka duka dari masa kecil sehinggalah ke saat Fulan ditahan wad. Tulisan ini untuk tatapan keluarga dan sahabat handai selepas ketiadaan Fulan nanti. Disebabkan zaman sekarang yang semakin moden, Fulan memilih untuk menulis (menaip) di telefon bimbitnya.

Hari demi hari, Fulan konsisten dengan rutin barunya dan menjadi "new normal" baginya.
Lidahnya basah dengan Kalamullah dan wirid-wirid.
Tangannya pula lincah menaip karya beliau yang semakin banyak patah perkataannya.

Hari ke 12, Fulan telah khatam al-Quran kali kedua sepanjang tinggal di wad. Baki dua hari lagi Fulan mengulang surah-surah yang dihafalnya. Fulan juga tidak tinggal membaca surah al-Mulk dan surah al-Ra'du.

Masuk hari ke 14, Fulan membuat perenggan penutup untuk tulisannya. Fulan membaca sepintas lalu dan beliau berpuas hati dengan hasil tulisannya itu.

Fulan sudah bersedia. Lewat petang Doktor melawatnya dan berkata "awak sudah sihat dan boleh keluar wad"
Fulan terpinga-pinga, katanya " bukan doktor kata tunggu 14 hari ke"
Jawab doktor "ye kamu kena kurantin selama 14 hari di sini"
Fulan berasa selama ini dia silap faham, sekarang Fulan telah faham, Fulan punyalah gembira sampaikan semua orang yang ditemuinya semuanya disapa.

Kata Tok Siak :
Setiap dari kita ada masalah. Soalnya bagaimana kita menghadapinya. Ada yang menjadikan masalah sebagai peluang dan motivasi untuk berubah dan bangkit.
Macam Fulan telah berjaya khatam Al-Quran dan tulisannya itu akhirnya dicadangkan oleh orang untuk dibukukan dan dijual. Untungkan, menjadi penulis buku tanpa sengaja.

Apa pandangan kalian ?

#PermaiMenulis #PermaiBerkarya #GengPermai #Krp #CeritaFulan #karyapkp #tiadakaitandengansesiapa
#karyakreatif


*gambar kenangan ayah sedang membaca al-Quran ketika di wad Hoshas pada bulan November 2017, ayah meninggal dunia penghujung bulan Disember 2017.

Wednesday, April 08, 2020

Aktiviti Kelab Remaja Permai dari Rumah musim PKP









Alhamdulillah ini antara sebahagian aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Remaja Permai Care sepanjang tempoh PKP.
Insya-Allah macam-macam lagi aktiviti menarik menanti.
Kita ada sharing moment bersama abang, kakak, ustaz, ustazah. Usrah Online, Study Group dan macam-macam lagi. Terbuka kepada para remaja sekalian. Ayuh ! sertai Kelab Remaja Permai.
Hubungi :
http://wasap.my/60179304768
http://wasap.my/60139191223

*Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah. (Imam As-Syahid Hasan al-Banna)

#Krp #PermaiDiHati #PermaiMenulis #PermaiStayHome

Sunday, April 05, 2020

Bila semua nak pegang stering

Cerita anak dengan ayah beserta keldai tunggangan. Dalam kisah Johar juga ada dihikayatkan kisah ini. Begitu juga dengan Lokman al-Hakim. Wallaua'lam.
Ringkasnya ayah naik keldai anak jalan kaki, orang ramai kata sepatutnya anak yang naik ayah jalan kaki. Bila anak naik ayah jalan kaki, bunyi pula kata-kata tak patut anak biarkan ayah jalan kaki. Akhirnya depa pun naik dua-dua atas keldai, orang bunyi lagi kata mereka menzalimi keldai. Akhirnya dua-dua jalan kaki.

Moralnya, setiap orang akan ada pandangan sendiri. Persepsi pun tak sama. Hendak dapatkan suatu kata putus memang sukar. Maka hormatilah Struktur. Struktur yang terdiri daripada pimpinan dan yang dipimpin. Jika orang tak "respek" / thiqah pada struktur tersebut. Maka jadilah ibarat semua nak jadi nakhoda kapal yang bebas pegang stering. Maka apa jadi pada kapal tersebut ?


#PermaiMenulis #GengPermai #struktur #nakhoda

Friday, April 03, 2020

Jawab soalan susah

Kata Bro Amirul Amin target soalan KBAT dulu, walaupun susah tapi markahnya besar.
Saya teringat zaman kanak-kanak dulu, ketika itu saya membaca Komik Penyiasat Remaja (Sekolah Detektif Q). Kyuu terpilih memasuki sekolah penyiasatan tersebut walaupun hanya menjawab satu soalan sahaja ketika ujian. Tetapi soalan yang dijawab oleh Kyuu adalah soalan yang terpayah sekali. Soalan lain Kyuu tidak sempat jawab kerana Kyuu masuk lewat ke dewan peperiksaan, tinggal minit-minit akhir sahaja.

Tapi kalau dalam peperiksaan sebenar, jangan buat macam Kyoo ni, komik boleh lah.

Usahakan untuk menjawab sebaiknya. Kalau tak tahu ?
Ini kaedah yang senior ajar semasa di Mesir dulu, jangan biarkan kertas jawapan kosong, tak tahu tulis je lah apa-apa yang tahu. Biar pun jawab merepek.

Tetapi saya percaya, kita semua inginkan yang terbaik..buat para pelajar, teruskan berusaha. Musim covid19 kalian masih ada ruang untuk menimba ilmu.



Kelab Remaja Permai Care ada menyediakan peluang tersebut. Moh ! Sertai.

#PermaiMenulis #krp #online #covid19 #pkp