Sunday, December 31, 2017

Orang Pos tak nak hantar barang ?

Apabila membeli barang secara online sudah tentu barang kita akan dikirim melalui syarikat penghantaran barang.
Saya rasa kini kekuatan utama  Pos Malaysia dan syarikat-syarikat lain seperti Skynet, Gdex dan lain-lain bergantung kepada operasi penghantaran barang. Jika hanya mengharapkan orang nak pos surat semata-mata tak lepas nak tampung kos operasi syarikat.
Pembeli sudah tentu mahukan barang kiriman mereka diperolehi dengan cepat dan barang tersebut dalam keadaan yang baik. Begitu juga dengan para penjual yang mahukan barang mereka dikirim dengan cepat.
Biasanya para penjual dan pembeli sudah mempunyai pengalaman dan boleh membuat perbandingan antara kualiti syarikat-syarikat yang mana baik dan yang mana tidak memuaskan.
Barang-barang yang saya beli biasanya dihantar terus  ke alamat yang saya lampirkan. Cuma baru-baru ini saya menerima panggilan dari sebuah syarikat yang menyatakan barang saya telah sampai dan saya diminta untuk mengambil barang tersebut di tempat mereka.
Saya tidak bersetuju dan saya katakan kepada pihak syarikat yang saya tidak akan mengambil barang tersebut melainkan dihantar kepada saya mengikut alamat yang tertera. Saya sebut kepada mereka, baik lagi  perkhidmatan pos Malaysia,  posmen hantar siap-siap.
Walhal mereka dibayar untuk menghantar barang tersebut dan ada runner khusus yang juga dibayar. Nampak sangat nak ambil jalan mudah. Duit nak tapi kerja nak ambil mudah.
Saya syorkan kepada para penjual, apabila ada pembeli yang mengalami masalah seperti ini, adukan kepada pihak Hq syarikat dan jika perlu tukar kepada syarikat lain yang lebih baik perkhidmatannya.
Akhirnya barang saya selamat sampai ke tangan saya dengan dihantar oleh mereka. Boleh pun.. Kan.


#PermaiMenulis
#KirimBarang
#Online
#pos
#skynet
#gdex
#poslaju


Membeli secara Online lebih jimat ?

Membeli secara online lebih menjimatkan ?
Selain harga yang lebih berbaloi, masa dan tenaga juga dapat dijimatkan.
Bayangkan dengan hanya duduk bertapa di dalam rumah tanpa mengira masa siang mahupun tengah malam  kita mampu membeli belah pelbagai barangan. 
Tak perlu mengheret kaki tawaf ke satu kedai ke kedai yang lain.
Kita juga boleh ‘survey’ harga barang yang kita inginkan. Dalam satu laman web  Contohnya Lazada, barang yang serupa tetapi mempunyai pelbagai harga yang berbeza. Mengikut kepada syarikat yang membekalkannya. Kadang-kadang perbezaan harganya sangat ketara. Maka tak rugi kita mengambil sedikit masa untuk membuat kajian harga.
Selain itu, saya sarankan juga untuk kita membuka beberapa laman web perniagaan online yang lain untuk membuat semakan harga. Google di FB dan cari syor blogger pun ok.

Antara web perniagaan online yang biasa saya rujuk ialah Lazada, 11 Street, Ali Express, Ali Baba dan Amazon. Setelah saya membuat servey biasanya saya membeli di Lazada. Kadang-kadang di Ali Express. Cuma barang dari Ali Express agak lewat sampai. Saya juga pernah membeli di Ali Baba, menariknya barang yang dibeli cepat sampai dan harganya murah. Cuma kebiasaanya Ali Baba menyediakan barang-barang yang  perlu dibeli dengan kuantiti yang banyak (beli borong). Untuk mereka yang ingin mencari barang untuk berniaga boleh la risik dekat Ali Baba.

Bagi mereka yang tidak pernah cuba membeli online, boleh la mencuba. Antara langkah untuk penjimatan. Cuma perlu dikawal juga kerana macam-macam barang ada dalam laman web tersebut.

#PermaiMenulis
#BeliOnline
#lazada
#alibaba
#jimatbelanja


Saturday, December 30, 2017

Kelas Tafaqquh Fiddin di Masjid

Yayasan Pahang ada menganjurkan program kelas Tafaqquh Fiddin yang dijalankan di masjid-masjid yang terpilih dalam negeri Pahang.
Untuk daerah Lipis, hanya sebuah Masjid yang dipilih untuk projek kelas Tafaqquh ini iaitu  masjid daerah Lipis.
Kelas dijalankan pada setiap hari sabtu dan ahad bermula jam 9.00 pagi sehingga 12 tengahari.
Mata pelajaran yang diajar merangkumi Tauhid, Feqah, Tasawuf dan Tafsir & Tajwid.
Kelas dijalankan secara percuma dan terbuka kepada sesiapa yang berminat.
Alhamdulillah tahap 1 telah pun tamat setelah semua pelajar menduduki peperiksaan pada bulan 11 yang lalu.

Selaku yang terlibat dengan pengurusan kelas di masjid, beberapa ulasan yang berkaitan :

1.   Info daripada pihak penganjur selalu berlaku kelewatan. Antaranya disebabkan masalah komunikasi yang tidak lancar di antara pihak penganjur dengan penyelia kelas.
Akibatnya :
i)              Program seperti halaqah dan konvo diketahui agak lewat dan pihak penyelia dan pelajar kelam kabut untuk menghadiri program tersebut.
ii)             Makluman tarikh dan jadual peperiksaan diketahui dengan sangat last minit.

Kaedah penyelesaian : Pihak penganjur akan berurusan terus dengan pihak penyelia kelas Tafaqquh Masjid.

2.   Para pelajar sukar memberikan komitmen untuk hadir ke kelas. Di awal program hampir 100 lebih yang mendaftar. Akhirnya yang kekal istiqamah hanyalah dalam 30 orang lebih sahaja. Alasan yang biasa diberikan seperti hari sabtu ahad penuh aktiviti seperti kenduri.
3.   Ada para pelajar yang tidak memahami sistem perjalanan kelas Tafaqquh Fiddin ini. Kelas ini sistemnya bukannya macam kuliah maghrib di masjid surau yang boleh ikut suka nak hadir atau tidak. Kalau hadir pun hanya bawa diri tanpa kitab, mendengar pengkuliah bersyarah. Tetapi kelas TFD kehadiran diambil dan ada markahnya. Ada ujian bulanan dan peperiksaan akhir. Ada tahap-tahap kelas seperti darjah dan tingkatan di sekolah.
4.   Lebih parah, ada sebahagian tenaga pengajar yang tidak memahami sistem perjalanan kelas TFD. Setiap guru dibekalkan dengan buku modul yang menerangkan perjalanan jadual kelas. Penyelarasan buku apa, tajuk-tajuk yang perlu diajar mengikut minggu. Supaya selaras di seluruh kelas TFD dalam negeri Pahang.  Bukannya tukar kitab yang lain dan mengajar seperti kuliah maghrib di masjid dan surau tanpa berpandukan silibus yang ditetapkan.
Hasilnya bila peperiksaan, para pelajar tidak dapat menjawab dengan baik kerana  belajar tajuk yang berlainan dengan silibus.

Akhirnya, bersama kita menyokong program ini. Walaupun terdapat beberapa masalah, biasalah di peringkat permulaan cuma tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut perlu diberi perhatian serius.
Komitmen yan berterusan dari para pelajar amatlah diharapkan. Sesibuk mana pun kita, jangan kita abai pengajian ilmu agama. Rugi yang tidak dapat diundur apabila kita kekal dan akhirnya mati dalam kejahilan.

#PermaiMenulis
#TFD
#Masjid
#YayasanPahang
#belajar

#ilmu
#catatanImamKecil

Mudahnya nak menulis

Menulis zaman kini serba mudah. Tidak perlu pen dan kertas. Juga boleh dilaksanakan tanpa laptop dan komputer.
Penulis zaman silam terutama para ulama menulis dengan penuh kepayahan. Pen yang dicelupkan ke botol dakwat. Mereka tulis di kertas dengan penuh tekun. Belum ada lampu elektrik yang meneman. Tetapi penulis silam mampu menghasilkan berjilid-jilid kitab yang tebal.
Zaman semakin moden. Ketika era mesin taip. penulis menaip di mesin taip. Boleh tengok cerita Mat Som karya Lat.
Saya sendiri tidak sempat menggunakan  mesin taip. Hanya ketika kecil bermain-main menaip di mesin taip ayah. Sampai terburai tali riben dakwat mesin taip tersebut.
Kerja kursus semasa tingkatan satu, saya sempat secara amaturnya menaip menggunakan mesin taip elektronik yang kebetulan ada di rumah.
Kemudian saya  menaip di keyboard komputer yang besar gedabak. Sudah tentu hanya di rumah atau di pejabat, baru boleh menaip.
Sekarang kalau kita bertanya kepada golongan yang mesra dengan microsoft word iaitu mahasiswa. Siapa yang masih membeli dan menjadi pengguna tegar PC (komputer peribadi).
Mungkin masih ada tetapi peratusannya hampir tiada. Agakan saya sahaja hasil pemerhatian tanpa membuat borang soal selidik.
Sekarang, saya percaya kebanyakan dari kita selalu menaip di screen Handphone masing-masing. Hampir setiap hari kita menaip terutamanya di Whatsapp.
Jika golongan silam yang penuh kepayahan mampu menulis sehingga berjilid-jilid kitab. Maka kita di zaman serba moden ini sepatutnya lebih lagi ?
Insya-Allah azam terus menulis.

#PermaiMenulis
#mesintaip

Tuesday, December 26, 2017

Mesyuarat di tempat yang line power

Tidak dinafikan zaman kini line internet sangat penting dalam kehidupan kita.
Termasuk juga dalam aspek pekerjaan dan pembelajaran.  Contohnya bila server down, berapa banyak jabatan tidak dapat menjalankan operasinya.
Sesi mesyuarat dan brainstorm jabatan mahupun  organisasi  juga memerlukan line internet. Kerana ada perkara dan rujukan yang dapat diakses segera dengan capaian internet.
Menjadi masalah bila buat perbincangan di tempat yang line internet lemah bahkan line telefon pun krik-krik.
Konon nak berbincang di tempat yang damai tanpa hiruk pikuk dan gangguan luar. Akhirnya kerja tak siap sebab rujukan semua perlu diakses menggunakan line internet.
Pandangan saya je ni, buatlah perbincangan dan mesyuarat di tempat yang line internetnya power. Pasti lancar cuma perlu dikawal dan diberi ingatan supaya masing-masing fokus pada perbincangan.

#PermaiMenulis
#line

#internet



Kalian suka makan kek ?
Khususnya Warga Kuantan
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER