Monday, December 30, 2013

Mesyuarat Konpip kali ke 12

Mesyuarat eksekutif Konvensyen Pelajar Islam Pahang kali ke 12 (KONPIP).

Pihak ajk KONPIP mempelawa para dermawan yang budiman untuk memberi sumbangan derma kepada ajk bagi menjayakan program KONPIP. Program KONPIP yang melibatkan kepimpinan Badan Dakwah Sekolah Menengah Agama di negeri Pahang  memerlukan kos kewangan  hampir RM 10 000. Sebarang derma boleh disalurkan ke akaun Bank Islam : 06028010054660 - Persatuan Alumni Pelajar Sekolah Menengah Agama Islam Pahang. 

Hot rainbow aiskrim di Koperasi Masjid Sultan Mahmud


Kini Soft aiskrim dijual di koperasi Masjid Sultan Mahmud. Koperasi juga bersedia menerima tempahan aiskrim untuk program-program seperti kenduri, sukan, event jabatan dan sebagainya.

Wednesday, December 18, 2013

Projek Pra Tahfiz


Beberapa projek kelas Pra Tahfiz akan dibuka.
InsyaAllah Kelas Kafa di Masjid Sultan Mahmud akan dinaik taraf menjadi SAR KAFA TAHFIZ bermula sesi persekolahan tahun 2014.

Unit Pra Tahfiz PASTI Pahang juga merancang  membuka beberapa lagi kelas pra tahfiz. Setakat yang dimaklumkan baru ada 2 kelas Pasti pra tahfiz : Pasti Berchang Lipis, Pasti Aqliah Paya Pulai dan insyaAllah Pasti Lancang.    
 JU Pra Tahfiz Pasti Pahang
bersama Timbalan Pengarah Pasti Malaysia

Tuesday, December 10, 2013

Menjadi Fasilitator

Kebiasaan di seluruh negara pada masa cuti sekolah, pelbagai agensi akan menganjurkan program dan aktiviti kepada para pelajar khususnya. Antara yang biasa kita dengar seperti program Kem Anak Soleh, Kem al-Quran, Smart Solat dan pelbagai lagi.

Baru-baru ini saya turut menjadi fasilitator kepada program KEM BESTARI SOLAT yang dianjurkan oleh CCRC Benta (PUSPEN/ Pusat Serenti). Kelainannya para peserta hanya kepada pelatih di pusat ini sahaja. 

Ketika sesi sedang berjalan, mereka lengkap berkopiah putih, berbaju Tshirt seragam. Ada yang masih muda belia dan ada yang sudah berumur.
Selesai program, ada peserta yang sudah agak berusia berkata kepada saya ketika bersalaman 'doakan ana'.. dan kemudiannya berbual dengan menggunakan kata ganti diri 'ana'.
Semoga semua pelatih CCRC kembali insaf dan meninggalkan tabiat lama mereka..insyaAllah.



Penghujung tahun 2013, Majlis Ugama Islam (MUIP) cawangan Lipis telah menganjurkan kursus tahsin azan dan al-Fatihah kepada para bilal dan siak seluruh daerah Lipis. Saya telah ditaklifkan untuk menjadi pengisi kepada slot tahsin al-Fatihah. Alhamdulillah ramai peserta yang menguasai kaedah dan teknik bacaan al-Quran, namun masih ada yang sangat lemah sehingga dipertikaikan oleh masyarakat setempat. Kepada mereka yang masih merasa lemah dan kurang pandai berkaitan ilmu dan kaedah bacaan al-Quran, dijemput hadir bertalaqi ke kelas pengajian al-Quran yang dianjurkan pada setiap isnin-jumaat di Masjid Sultan Mahmud. Kelas dibimbing oleh Guru Hafiz Masjid Daerah yang dibiayai oleh MUIP.

Kelas Pengajian al-Quran Sempena cuti Sekolah

Sepanjang cuti sekolah, masjid Sultan Mahmud menganjurkan kelas pengajian al-Quran secara percuma kepada semua pelajar. Kelas berjalan pada setiap hari isnin- jumaat bermula jam 8.00 pagi - 11.00 pagi bagi pelajar dan 3.00 pm-6.00pm bagi dewasa.

Kelas dibimbing oleh guru Hafiz yang dibiayai oleh MUIP. Kepada semua muslimin dan muslimat jangan lepaskan peluang keemasan ini.


 Sesi pagi bersama pelajar
 Sesi petang bersama orang dewasa

Friday, November 15, 2013

Projek Ekonomi Masjid

Koperasi Masjid dibangunkan untuk menggiatkan projek ekonomi di Masjid kami ini. Beberapa projek telah berjalan dan akan berjalan..insyaAllah..

 Kedai Koperasi

 Dalam proses untuk jadikan mini homestay..
Pasang atap untuk buat gerai makan..

Pelbagai lagi rancangan..cuma kena ikut step dan modal..

Wednesday, November 13, 2013

Damailah Tuan Haji Ahmad Rafli

Gempar satu negara, apabila Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang, Tuan Haji Ahmad  Rafli  ditembak mati di kediamannya. Barulah macam-macam cadangan timbul dari YB Menteri, Polis, NGO dll. Semoga pihak berkuasa dan kerajaan mengambil iktibar di atas perkara ini. Kita tidak mahu ramai lagi mereka yang ingin menegakkan kebenaran ditimpa perkara yang sama.

Sudah menjadi sunnah perjuangan, mereka yang menegakkan yang haq pasti ditimpa pelbagai mehnah.  sama ada dipenjara, dibuang negeri dan dibunuh. inilah resam perjuangan yang akan ditempuhi oleh para pejuang. Bukan pejuang jika selalu dilayan di permaidani mewah, sentiasa diikuti dengan kesenangan dan kemewahan.

Almarhum Tuan Hj Rafli pernah menjadi bos saya, semasa beliau menjawat KPP Pengurusan Masjid sebelum bertukar  ke bahagian penguatkuasa. Pada zamannya setiap bulan pasti akan diadakan mesyuarat pengurusan Imam-imam daerah serta pelbagai kursus diatur buat kami. Almarhum jugalah satu-satu KPP yang pernah menelefon saya mengucapkan tahniah di atas terbitnya risalah suara masjid daerah Raub & Lipis yang diedarkan ke seluruh Pejabat agama daerah, masjid daerah dan Sekolah-sekolah Menengah agama Kerajaan negeri Pahang beberapa tahun dahulu.

Sesungguhnya seluruh warga Jabatan Agama islam Pahang khususnya terasa kehilangan almarhum. Selamat bersemadi Allahyarham Tuan Haji Ahmad Rafli, Damailah roh Tuan di sana bersama para syuhada'.

Buat sahabatku Asyraf dan Abrar, semoga tabah dan semakin bersemangat meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Almarhum ayahanda. InsyaAllah..

Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham.
Al-Fatihah..
 Kenangan bersama Allahyarham semasa Festival memasak bubur asyura di daerah Muadzam Shah

Di Seminar Pengurusan Masjid Peringkat Asean 2009-
6 orang wakil Jabatan Agama Islam Pahang, dari kiri Imam Azraie (Masjid Daerah Lipis), Imam Zainuddin (Masjid Daerah Kuantan), Imam Muhazam (Masjid Daerah Raub), Tuan Haji Rafli (KPP Bahagian Pengurusan Masjid & Surau JAIP-Ketua Rombongan), Imam Farik (Masjid Daerah Pekan), Imam Amirul (Masjid Daerah Cameron) dan Ustaz Razali Saibin dari Sabah.




Friday, November 01, 2013

Bersama Pakaian Terpakai..


Musibah menimpa  Cameron Highland apabila berlakunya banjir lumpur akibat empangan tidak dapat menampung air disebabkan hujan lebat yang turun. Ada yang meninggal dunia dan ramai yang hilang tempat kediaman. Kebanyakannya adalah warga Indonesia yang mencari rezeki di Cameron Highland.

Saya bersama sahabat menerima selori pakaian terpakai yang didermakan, asalnya untuk anak-anak yatim di KL..tetapi mungkin disebabkan berlaku lambakan longgokan pakaian maka dihantar selori kepada kami.

Kami berbincang sama ada hendak terus menghantar pakaian terpakai tersebut ke CH atau kami memilihnya dahulu.. rupanya keputusan kami membuat 'selected' dahulu pakaian-pakaian tersebut adalah keputusan yang tepat.

Ada baju yang basah, ada yang telah berkulat, baju seluar yang telah koyak rabak, zip sudah rosak, pakaian dalam perempuan yang dah lusuh..tak patut sungguh..

Saya pernah terbaca cerita Dr. Riduan Mohd Nor yang terlibat dengan NGO Muslim Care yang membuat misi kemanusiaan sama ada di dalam dan luar negeri.. Beliau pernah menyebut isu ini..Katanya : ramai orang yang mengambil peluang untuk mengosongkan almari rumah masing-masing dengan pakaian yang tidak diperlukan lagi, daripada buang lebih baik bagi derma..itu yang pakaian dalam pun tergamak nak bagi.. Bila misi kemanusiaan pergi ke luar negeri seperti Palestin tak kan nak bagi baju kurung yang sudah lusuh? 
Jadi sekarang..mereka hanya memohon sumbangan derma (duit) untuk membuat misi kemanusiaan..

Lori baru sampai dari Kl

 Baju ni pun ada..


Longgokan baju..kena select yang betul-betul boleh bagi kepada orang..

beg-beg pakaian- penuh tertampal tag First Class MAS

Baju macam ni pun ada..Bro ni tong sampah tempatnya..bukan untuk bagi derma kepada orang


 Baju yang telah diselect dan diasingkan..
Selebihnya...

 jadi makanan api



Pakaian yang telah diasingkan..dipacking semula mengikut kategori seperti pakaian kanak-kanak, dewasa, baju kurung, seluar..berbanding ketika mula kami terima..habis semua bercampur aduk..


Kesimpulannya..
Kami lebih banyak mengasingkan 'sampah' yang diberikan 'penyumbang'..bukan pakaian terpakai yang disedekahkan.

Firman Allah : Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu 'membatalkan' sedekah kamu dengan rasa riak dan menyakitkan (hati orang yang menerimanya), seperti orang yang menginfakkan hartanya kerana riak kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhir. Perumpamaannya (orang itu) seperti batu licin yang diatasnya ada debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu licin lagi, mereka tidak memperoleh sesuatu apa pun dari apa yang mereka kerjakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir. (al-Baqarah :264)

Muhasabah bersama..

Thursday, October 31, 2013

Ijtimak Guru Agama Giat Mara

Saya berkesempatan menghadiri program Ijtimak Guru agama Giat Mara Malaysia di Intekma Shah Alam. Program ini julung kalinya diadakan semenjak 27 tahun penubuhan Giat Mara. Dalam Ijtimak ini, seluruh guru agama Giat Mara seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dihimpunkan dan membincangkan penambahbaikkan modul pembangunan jiwa insan.

Penasihat syariah Giat Mara, Dr Sabri dari UIAM


Sesi Pembahagian kumpulan dan LDK



 Motivasi bersama Dr Sukki Othman, dari UPM



Ucapan aluan CEO Giat Mara semasa majlis penutup Ijtimak

 Ucapan Perasmian dari Pengerusi Giat Mara Malaysia


sambil-sambil bersantai di Ijtimak..kita layan Majalah SUPER..

Friday, October 25, 2013

Liku-liku PerjalananKu


Laluan  berbukit dan bengkang bengkok  yang biasa saya lalu berkongsi laluan dengan lori yang membawa bijih dan balak. Setiap hari berpuluh lori  membawa bijih  lalu menggunakan jalan yang berstatus jalan kampung ini. Sehinggakan habis rosak teruk jalan raya. Kerja kontraktor jalan, tampal jalan hari ini esok lusa berlubang balik. Dua tiga bulan lepas tu pula datang lagi kontraktor tampal lagi...suka hati kontraktor dapat projek. Banyak projek banyaklah masyuk.. Sedangkan pengguna awam semuanya merana dek jalan yang rosak teruk dan terpaksa follow lori bijih dan balak.

Semalam ada lori bijih terbalik di area Tembeling. Terpaksa lalu ikut jalan alternatif, jalan kecil di celah-celah rumah orang kampung. Masa sepatutnya 5,6, minit jadi sejam dua tersangkut di lorong-lorong kecil, kesnya jalan kecil..terpaksa pula nak berselisih dengan lori yang memang tak sesuai langsung lalu kat jalan kecil tersebut. Tak pasal-pasal sebuah lori tersangkut pulak di lorong kecil tersebut, orang kampung dengan bantuan lori lain kena tarik lori tersebut barulah boleh kenderaan awam lain meneruskan perjalanan. 




Perjalanan terhenti di jalan alternatif, sementara menunggu lori ditarik.. (lori bijih terbalik kat jalan besar, yang ini lori lain pula) 


Jalan kecil, bila berselisih..kereta yang lowed-lowed tu habislah..


Lebih menyayat hati, ada pula orang kampung tak sedar, ambulan nak lalu..jadi dengan jalan kecil yang berselisih kena pula cuba bagi ruang ambulan lalu..ramai pulak kereta ambil kesempatan follow ambulan.. yang belah bertentangan (belah saya) tengok aje lah..

Cerita lebih menarik, selepas melalui jalan berbatu (dalam proses nak turap jalan) sepanjang lebih kurang 2KM, baru je naik jalan tar tayar kereta saya pecah, di tengah-tengah hutan pulak tu..tak ada rumah area situ..
Memang tayarnya dah boleh ditukar..cuma saya baru bercadang untuk menukarnya di luar negeri (KL) sebab harganya yang lebih murah..




Terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustaz Tajuddin (pensyarah IPG), Ustaz Johne (Pegawai masjid) dan dua orang brother RELA yang menolong saya.. Brother RELA memang rutinnya meronda sebab katanya banyak 'budak nakal' di situ..Ahamdulillah sampai ke rumah lebih kurang pukul 11.30 malam. Kalau tiada apa-apa berlaku mungkin dalam pukul 7 malam dah sampai ke rumah..

Esoknya..di kedai tayar..Rezeki kedai tayar..hampir 2k maa..terpaksalah, dah nak guna..kalau tak patah kaki nak bergerak..
Begitulah kisahnya..
Perancangan Allah terhadap hambanya..pasti tersirat hikmah dan pengajaran..

Sekian..




Wednesday, October 09, 2013

Mereka yang pernah dihantar ke Sekolah Agama..Kini?


Para penjaga inginkan yang terbaik buat anak-anak mereka. Walaupun mereka jahil tetapi mereka akan memastikan anak-anak mereka akan menjadi lebih baik dari mereka. Ramai ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama demi mencapai hasrat tersebut. Namun tidak semua impian mereka tercapai. Walaupun dihantar ke tempat acuan yang terbaik namun ada juga yang rosak dan tidak menjadi.

Kisah i :
Beberapa tahun yang lalu, saya bersama beberapa rakan sedang duduk minum-minum di sebuah medan selera yang membarisi beberapa unit kedai makan. Pada mulanya kami tidak perasan dan saya percaya watak yang hendak saya ceritakan pun tidak perasan sampai ke akhirnya. Di hujung meja kelihatan si ibu dan anak gadisnya. Ibunya elok lengkap bertudung labuh dan memang dahulunya saya sentiasa melihat kelibatnya bertudung labuh setiap hari  menghantar anak-anaknya (sebaya dengan saya) ke sekolah agama. Tetapi yang memelikkan penampilan anak gadisnya yang ‘free hair’, walhal dahulunya sama-sama dengan rakan saya (kini bergelar Ustaz) yang sedang minum itu dalam sekelas di sebuah sekolah agama harian.  
 
Kisah ii :
Semasa saya belajar di Maahad Tahfiz dahulu, sering kami keluar makan minum di medan selera berhampiran dengan tempat belajar. Pekerja-pekerja di kedai makan itu silih bertukar ganti, biasanya student kolej yang kerja part time untuk mendapatkan income tambahan bagi menampung kehidupan harian mereka.  Pernah suatu ketika ketika kami sedang makan  minum, seorang sahabat kami merasa  macam kenal dengan seorang  waiter baru kedai tersebut. Seorang perempuan muda (sebaya dengan kami) yang ‘free hair’ juga.. Katanya macam sama sekolah menengah agama dengan dia dahulu. Sampai akhir tingkatan 4,  budak  perempuan tu kandas  Sijil Menengah Agama (SMA) . Tingkatan 5 dia tukar ke sekolah menengah biasa.. 4 tahun pergi sekolah  bertudung labuh dan belajar agama ..setahun sahaja sekolah menengah biasa kemudian masuk ke Kolej..berubah terus penampilan..

Kisah iii
Sepasang suami isteri yang merupakan tokey kedai makan pernah menceritakan perihal anak gadis kebanggaan mereka semasa saya duduk-duduk bersarapan bersama rakan-rakan. Kata mereka lepas habis sekolah menengah agama anak mereka ambil  Sijil Tinggi Agama (STAM)di Pekan kemudian menyambung di peringkat ijazah di UIA. Katanya boleh pegi ke Mesir tapi anak dia tak pergi..belajar U dalam sahaja. Baru-baru ini si gadis tersebut melangsungkan perkahwinan dan disebabkan ibu bapa mereka beberapa kali mengajak saya ke kenduri tersebut dan kebetulan saya berkelapangan untuk menghadirinya. Apa yang saya lihat si gadis lulusan STAM tersebut tidak bertudung (free hair jugak)..

Begitulah beberapa kisah sewaktu di kedai makan..
Sekian

Wednesday, October 02, 2013

Aneka Ragam Pegawai Masjid-1


Sesi temuduga khas untuk pegawai masjid.

Ceritanya begini : Kebanyakan setiap masjid mempunyai dua orang  imam yang dibayar elaun oleh JAKIM, (masjid daerah pun hanya ada dua imam, sama macam masjid kampung sahaja). Imam 1 terpaksa melepaskan jawatannya kerana diamanahkan oleh partinya untuk bertanding PRU baru ini. Natijah dari PRU tersebut beliau telah kalah.
Oleh sebab jasanya dari awal lagi membangunkan masjid tersebut dan memang kebanyakan orang tahu yang  masjid tersebut naik bangunnya atas imam tersebut, maka orang ramai pun mencadangkan kembali imam tersebut memegang semula jawatannya. 
Namun ada pihak-pihak yang tidak senang duduk, berusaha untuk tidak menaikkan imam tersebut. Memang di dunia ini walaupun kehendak orang ramai tetapi kalau orang-orang besar jawatan kat dunia ini tak nak..susahlah nak dapat  jawatan si imam tersebut. Walau pun kini beliau masih setia menjadi imam sukarela sebab masjid tersebut tiada imam. Namun jawapan dari pihak atasan untuk beliau masih sepi..
Masalah lagi, imam 2 masjid tersebut uzur, terbaru kena serangan jantung menyebabkan banyak masa berulang alik ke  hospital..
Rumitnya, bila tiba hari jumaat tiada siapa yang nak baca khutbah. Kalaulah Pengerusi dan ajk masjid bertanggungjawab..depa sendiri yang cover..ini tak..kenalah ambil orang-orang dari pejabat agama dan masjid daerah.. Susahkan pula orang di masjid daerah..Sudahlah pegawainya pun dah ciput..ada pula yang kena cover masjid tersebut..
Inilah yang berlaku apabila tidak profesional dalam memilih pegawai masjid. Warna politik yang diambil kira- kena sama warna dengan Tok 4.. baru boleh..akhirnya susahkan pula pihak lain.. 
Temuduga yang terbaru pula, yang datang tak mudahlah surat sokongannya. Semua YB Dun dan Parlimen derect ke Pengarah JAIP dan TYDP MUIP menyatakan sokongannya weh..



Mesyuarat ajk Koperasi Masjid, antaranya membincangkan untuk penstrukturan semula ajk. Mana-mana ajk yang tiada fungsi dan peranan perlu digugurkan. Biar jumlah ajk sedikit dan tidak popular yang penting mempunyai komitmen yang tinggi.. InsyaAllah koperasi Masjid akan semakin cergas dan aktif.. Ameen.

Thursday, September 26, 2013

Program Motivasi di SMA Padang Tengku


PROGRAM MOTIVASI DI SMA PADANG TENGKU

22 September 2013 : PERMAI telah berprogram bersama pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Lipis. Program diadakan  bertujuan untuk meningkatkan semangat dan motivasi pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM hujung tahun nanti.

Sesi Ceramah 

LDK bersama Fasi






Peserta Lelaki, bergambar bersama GPK

Peserta perempun
Barisan Fasilitator bersama GPK SMA Padang Tengku
Fasilitator muslimat bersama guru-guru SMA Padang Tengku
 ps : dalam berprogram, ada pula cubaan tetamu  nak bertandang ke rumah..tapi ikut siling la pulak..
Cuba teka..apa tuh?



Thursday, September 19, 2013

JEMAAH WANITA MENGGANAS DI MASJID SULTAN MAHMUD?

JEMAAH WANITA MENGGANAS DI MASJID SULTAN MAHMUD?

PLUSH BARU DIPASANG PADA PERTENGAHAN RAMADAN 1434H.. SEKARANG?

PLUG BARU DIPASANG PADA PENGHUJUNG RAMADAN 1434J... SEKARANG?

PINTU RAK TERCABUT & TELEKONG TIDAK DISIMPAN KEMBALI

TELEKONG BERLONGGOK DI SEBELAH PENYIDAI
Adakah ini tabiat sebenar perempuan..Ganas gilerr...merosakkan / menyelerakkan  Harta Rumah Allah..