Sunday, December 25, 2011

Kem Anak Soleh 2011

20.12.2011>> Kem Anak Soleh 2011 di Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis telah berjaya diadakan. Seramai 160 orang peserta sekolah rendah telah mengambil bahagian. Program bermula pukul 8 pagi dan tamat sekitar 5.00 petang. Peserta dibimbing oleh tenaga Fasilitator dari Nisa' Lipis. Mudahan program seperti ini akan lebih giat dijayakan di masa akan datang.
Sebahagian peserta Perempuan
Peserta lelaki









 Slot bersama Ustaz Wan, Pensyarah IPG Lipis



Bersama Us Fathi..

Wednesday, December 14, 2011

...Konpip 2012...

Konpip 2012..
Doakan berjaya...
Sekitar pertemuan bersama AJK Konpip 2012..

Mantan Pengarah Konpip 2011, Sdr Anuar Azizi turut hadir memberi tunjuk ajar kepada AJK Konpip 2012


Wednesday, December 07, 2011

Kerja Orang Masjid..


Kelmarin, sahabat saya ‘ Mie’  tokey Komputer Puncak meng sms bahawa printer yang baru saya telah ada. Printer jenama Epson TX121. Semasa saya berada di kedainya untuk mengambil dan membayar printer tersebut, sahabat lain yang juga berada di situ menanyakan  kepada saya “Jadi imam pun kena pakai printer?”.. “Nak buat apa  dengan printer”..

 Sebelum daripada ini memang selalu juga orang yang menanyakan soalan-soalan seperti, Bila pegawai-pegawai masjid sekian-sekian tak ada, orang menanya ke mana dia?..jawab pegawai yang lain dia pergi kursus. Si penanya biasanya membuat reaksi  pelik sambil kata “imam pun kena pergi kursus?”. Pernah ada ustaz yang bertanya kepada saya pergi ke mana hari tu?, saya jawab ‘ada mesyuarat di bla..bla..bla . Spontan dia berkata imam pun ada mesyuarat?, bincang apa dalam mesyuarat tu?... ini ustaz yang bertanya…

Begitulah beberapa persepsi orang luar dan kadang-kadang orang dalam terhadap kerja pegawai masjid. Untuk tahu lanjut apa kerja pegawai masjid..rajin-rajin lah datang masjid, terutama mereka yang bergelar ustaz-ustaz, staf-staf pejabat agama dan semua orang yang bergelar muslim. Bukan datang sehari dua sahaja dalam seminggu..tetapi jadi pengunjung yang tegar ke rumah Allah…

Wednesday, November 30, 2011

Kembara Sahabat Masjid Junior..

Sempena cuti sekolah yang sedang berlangsung, Masjid Sultan Mahmud telah menganjurkan program Kembara Sahabat Masjid Junior ke Gunung Senyum Temerloh. Program ini antara lain ingin mendekatkan golongan remaja akrab dengan Masjid. Dalam kembara ini, selain dari meneroka alam ciptaan Ilahi peserta juga dilatih mengalunkan azan (azan dalam gua yang bergema), Penekanan tentang aspek berkumpulan (team/jemaah), Praktikal Solat Jamak Qasar berjemaah, Pengajaran tentang akidah dan syirik..
Berdoa sebelum bertolak



 Makan dulu..

di hadapan Gunung Senyum
 Perjalanan ke Gua Kolam 7

 menuju ke kolam 7

 akhi Farizal & Joney


Gua Hidang..





Gua Piala

 Piala?? , belakang piala tu gua Gudang kelawar

 Selepas Gua Piala (arah barat) perjalanan ke gua seterusnya Gua Mengerlap, Gua Kambing tergendala kerana laluan dinaiki air musim-musim hujan ini. Faktor ladang sawit yang baru disodok bersebelahan dengan Gunung Senyum juga faktor laluan air tersekat.
Patah ke arah timur, Gua Terang Bulan

 Gua Taman 2

 Makam Tok Long


Amalan syirik..Banyak duit syiling yang ditabur di kubur Tok Long, syiling sahaja..kalau not RM 100 sedap juga..
 Gua Silat

Ketuk 'gong' di Danau Impian bersebelahan dengan gua Silat 


Menuju ke Gua Tali Air

Air jernih..

Air sudah jadi keroh, laluan seterusnya menuju ke arah timur juga tersangkut, hasrat ingin menuju ke Gua Nisan tergendala..


Kembali ke Pangkalan..

 Berehat..

Banyak lagi gua-gua yang belum diteroka, daki Gunung Senyum (6 jam), daki Gunung Jebak Puyuh (45 minit berjalan kaki dari Gunung Senyum)...InsyaAllah di masa akan datang pula. 
Masjid juga akan merancang pelbagai lagi program untuk Sahabat Masjid Junior... rugi kalau tak join...

Thursday, November 24, 2011

Cuti Sekolah


Cuti sekolah memang cukup menyeronokkan buat insan yang bergelar pelajar sekolah. Baik tadika, sekolah rendah hinggalah menengah memang sangat-sangat menanti hari cuti terutamanya cuti akhir tahun.

Pelbagai agenda dan program dirancang, sama ada bersama rakan taulan, kaum keluarga, atau pun agenda sendiri-sendiri sahaja.

Ada yang merancang untuk balik kampung, berjalan ke tempat-tempat bersejarah, bekerja sambilan mencari wang poket, menjadi pengunjung tetap perpustakaan  dan pelbagai ribu macam lagi agenda yang dirancang.

Saya tertarik karya sasterawan Negara, Dato’ A. Samad Said yang menulis buku cerita siri apresiasi remaja seperti Bendera di atas bukit, Rumah rahsia, Jangan ikut jalan ini, Yang berat sama dipikul, Mengejar tetamu di waktu senja. Ceritanya mengisahkan  kanak-kanak yang membuat pelbagai aktiviti yang menarik semasa cuti sekolah. Cukup menarik jika dapat dibaca oleh para pelajar tidak terkecuali golongan dewasa juga.

Namun, ramai juga yang menghabisi musim cuti sekolah dengan aktiviti yang tidak bermanfaat dan kadang-kadang sampai memudaratkan. Contohnya melepak di perhentian bas di kampung, dari pagi sampai ke malam, sampai menyukarkan orang untuk menunggu bas. Ada yang merempit ke hulu hilir kampung.

Juga di musim cuti ini, kebiasaannya  musim tengkujuh dan banjir di pantai timur, wajarlah ibu bapa mengawasi anak mereka dan kalau boleh tak perlulah berjalan ke tempat-tempat air terjun, pantai, sungai dan tasik. Jangan nanti datang dengan suka balik dengan duka.   

Maka supaya para pelajar  dapat mengisi waktu cuti dengan berfaedah dan berkualiti, menjadi tanggungjawab ibu bapa berperanan dalam menyusun dan memberi panduan anak masing-masing mengisi program cuti sekolah mereka. Jangan biarkan sahaja atau terlampau menurut kata-kata mereka. Ramai juga ibu bapa yang menurutkan sangat pendapat dan kehendak anaknya.

Contoh, sempena cuti sekolah pelbagai program yang disusun oleh masjid, surau, NGO, Konsulten untuk  pelajar sekolah seperti Kem ibadah, kem motivasi. Bila kita tanya kepada ibu bapa.. “tak hantar ke anak ke program ini” jawab ibu bapa “ hajat nak hantar, tapi budak-budak ini tak nak”.
Contoh lain lagi : bila habis sekolah rendah, saya sentiasa syorkan ibu bapa supaya menghantar anak mereka ke sekolah agama atau ke maahad tahfiz. Macam-macam kebaikan kita sebut kepada mereka. Ada ibu bapa yang kata “ memang saya ini hajat sangat anak ni masuk ke sekolah agama, tapi si anak yang tak nak”. Bukanlah menjadi ibu bapa yang baik bila semua pendapat dan kehendak anak dituruti.

Sabda Rasulullah yang bermaksud : Tiadalah seorang anak yang dilahirkan melainkan ia dilahirkan di atas fitrah. Maka ibu bapanya bertanggungjawab menjadikan anaknya yahudi, nasrani atau majusi.

Wallahua’lam..

Thursday, November 17, 2011

Lama & Baru


Sedar tak sedar masa berlalu, sekarang sudah di penghujung tahun 2011. Cepat sungguh masa berlalu.
Bila hujung tahun ini, biasanya Ibu bapa mula mencongak-congak duit pembelajaran si anak. Ada yang mula nak masuk  tadika, masuk sekolah rendah dan sekolah menengah. Walaupun khabarnya yuran persekolahan percuma dan pelajar dapat 'wang ihsan' RM 100 seorang, namun bebanan tetap ada.

Banyak yang nak dibeli dan ditukar baru. Sekarang ini pakaian sekolah sahaja sudah macam-macam. Hari sekian pakai baju ini, hari sekian baju yang lain pula. Ada baju kokorikulum, baju melayu untuk hari jumaat, baju korporat untuk hari-hari tertentu, baju kelas Kafa. 

Bagi kebiasaan untuk kebanyakan budak-budak sekolah, tradisinya baju sekolah, kasut, beg, perkakas menulis semuanya serba baru bila masuk musim persekolahan yang baru. Pastinya buku-buku sudah tentu ditukar yang baru.

Namun dalam kemeriahan budak-budak sekolah mendapat habuannya yang baru, ada juga kelompok budak sekolah yang tidak dapat mengecapinya. Contoh terdekat, mulanya kawan saya pelik melihat anak ketiganya, perempuan darjah 2 sering mencari buku-buku lama untuk dibawa ke sekolah. Setelah ditanya, anaknya menjawab nak bagi ke kawan sekolah, sebab kawannya tak ada buku. Ketika mula melihat budak perempuan tersebut, kawan saya menyangka budak tersebut anak orang asal (asli) -Minta maaf kalau yang berkenaan terasa. Dengan rambut yang kusut masai, pakaian sekolah yang comot dan tidak bergosok.Tapi anaknya menyatakan bahawa kawannya adalah orang melayu.
Kawan saya pergi ke rumah budak perempuan tersebut, memang keluarga yang susah. Tapi sebenrnya ada lagi keluarga yang miskin tapi tak susah macam itu, Pandangan kawan saya, Keluarga tersebut jauh dari kehidupan beragama, entah solat atau tak. Ayahnya bekerja sebagai tukang kebun tapi tak bertanggungjawab. Masanya banyak dihabiskan di kedai kopi, duit entah habis melayang ke mana. Cuma walaupun 'miskin' tapi gitar, tv, Vcd terpampang di rumah.
Ringkas cerita, budak tersebut kini duduk di rumah kawan saya, dia hantar pergi mengaji di kelas agama, makan pakai budak tersebut  ke sekolah suah terurus. Dapatlah merasa baju sekolah yang baru.  

Namun bila dah dapat yang baru jangan lupa pada yang lama. Kadang-kadang yang baru ini tak boleh diharap juga. 


Dalam sibuk-sibuk nak guna printer, printer saya yang baru (boleh la dianggap baru, beli awal tahun 2011) buat hal pula.

printer baru..-




Mujurlah ada printer lama, sebelum ada yang baru, printer ini lah yang sering dibawa merta-rata..Temerloh, Raub, Lipis, Kuantan, Maran semua dia dah pergi dah. Cuma bila ada yang baru, dia berehat lama dalam kotak.  




Penutupnya..
Dalam perjuangan Islam, ukurannya bukan orang ini dah lama atau masih baru dalam perjuangan. Orang lama tak boleh bangga diri, kata dah lama berjuang, sudah banyak mehnah ujian yang berjaya dihadapi.  begitu juga dengan orang baru, yang kaya dengan idea canggih merasakan diri hebat berbanding orang lama yang tidak punya sebarang idea dan cadangan hanya menurut sahaja.
Dalam beramal, ada orang lama dah beramal tapi tak dapat apa-apa.
Sekian... Wasalam.

Monday, November 14, 2011

PROGRAM CUTI SEKOLAH (Bulan Disember 2011)




PROGRAM CUTI SEKOLAH (Bulan Disember 2011)
PENGAJIAN TALAQI AL-QURAN PERMAI
MASJID SULTAN MAHMUD KUALA LIPIS PAHANG

Pengenalan
Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w bermula dari Surah al-Fatihah hinggalah Surah al-Nas. Membacanya dikira ibadah dan mendapat pahala. Al-Quran mesti dibaca dengan betul mengikut kaedahnya dan menjadi suatu kesalahan jika al-Quran itu dibaca dengan salah.

Maka al-Quran mesti dipelajari supaya kita dapat membacanya dengan betul. Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w yang menerangkan tentang kelebihan belajar al-Quran. Antaranya :
i)                    Sabda Rasulullah :
“Sebaik-baik di kalangan kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”. (Riwayat al-Bukhari)

ii)                   Sabda Rasulullah kepada Abu Zar :
“Wahai Abu Zar!. Jika kamu  pergi di suatu pagi untuk belajar satu ayat dari kitab Allah adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan solat sunat 100 rakaat dan jika kamu belajar 1 bab daripada ilmu yang mana kamu dapat beramal dengannya ataupun tidak adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan solat sunat 1000 rakaat”.
(Riwayat Ibnu Majah)

iii)                 Sabda Rasulullah kepada Abu Hurairah :
“Wahai Abu Hurairah ! Belajarlah al-Quran dan ajarkanlah ia kepada manusia dan berkekalan atas yang demikian itu sehingga datang kepadamu kematian. Sesungguhnya jika datang kepadamu kematian pada hal engkau berada dalam keadaan demikian maka malaikat akan menziarahi kuburmu sepertimana orang-orang yang beriman akan menziarahi Baitullah al-Haram”. (Riwayat al-Dailami)

iv)            Daripada Anas ra. Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia."
Kemudian Anas berkata lagi, "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al- Quran dan mengamalkan isinya). Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.

Justeru bagi memanfaatkan cuti sekolah,  Program Pengajian Talaqi al-Quran Permai  ini dirangka bagi tujuan melahirkan para pelajar yang mampu membaca, mentadabbur dan menguasai hukum tajwid al-Quran dengan berkesan.


Modul Perlaksanaan
Pengenalan Kaedah  Rasm Uthmani, Hukum Tajwid, Talaqi musyafahah, Hafazan surah pilihan,

Sasaran Peserta (Terhad)
Pelajar lelaki & perempuan berumur 10 – 17 tahun.

Cadangan Masa Pengajian (isnin-khamis)
-Selepas solat subuh
-Pukul 8.30 am-10.00 am
-Selepas solat asar
-Selepas solat maghrib
*masa pengajian tertakluk kepada perubahan semasa dan turut bergantung kepada bilangan pelajar.
Pengajian dijangka bermula  5 Disember 2011.

Tempat Pengajian
Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis.



Monday, November 07, 2011

Rindu Kaabah ; Nostalgia Haji 05/06-2

Arafah-Muzdalifah.


Perjalanan ke Arafah
Dalam Khemah di Arafah, bersama Fazli Ibrahim (kedah) & Hafiz Hamid (Penang)
Bergambar kenangan sebelum meninggalkan perkhemahan di Arafah
Menunggu bas untuk ke Muzdalifah

Di Muzdalifah, 

Rindu Kaabah ; Nostalgia Haji 05/06-1

Perjalanan Pergi :
Kapal yang telah bersedia untuk belayar ke Tanah Suci..



Kapal DAHAB..
Berniat ihram di atas kapal, minum teh di kantin Kapal. 
Urusniaga masih dalam mata wang Pound Mesir.


Telah sampai di Pelabuhan di Saudi, kapal tengah parking, (parking memakan masa berjam-jam)..
mengambil gambar kenangan di Dewan Makan kapal.