Monday, October 30, 2017

Bela Anak Ayam Kampung

Anak ayam kampung yang kami beli di bandar Jerantut. Selain ayam, ada ikan, burung, kucing. Tetapi kalau sesiapa berminat nak bela kucing, mari ambil free sahaja di masjid kami. Ada banyak jenis. Baik kucingnya. Kucing masjid.. kan. Haha.
Harganya RM 3.80 seekor. Selepas dua minggu harganya naik sehingga RM 5.80 seekor. Selain itu kami beli juga ubat untuk ayam yang diletakkan dalam air minum depa. 

Jom jadi penternak dan petani. Zaman ayam, daging, ikan mahal ni kena bela sendiri. 





 30 ekor anak ayam dalam satu kotak.

Tak pandang kamera pula

Inilah anak ayam kampung. Bagi sesiapa yang tak pernah tengok.



Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

#PermaiMenulis
#Ayam
#Haiwan

Sunday, October 29, 2017

Kad Kredit tidak berfungsi ?

Singgah Servis kenderaan. Hajat nak bayar dengan Kad Kredit. Dua tiga kali masuk kad dalam mesin (card terminal) tak lepas. Akhirnya bayar dengan duit tunai. Mujur cukup duit. Itupun keluar dari bengkel dengan wallet kosong.

Kemudian pergi isi minyak, nak guna kad juga. Situasi yang sama berlaku. Kad kena reject. Dua tiga kali cuba, tetap tidak berjaya. Nak bayar tunai, wallet dah kosong. Huhu.

Mujur ada kad kredit dari Bank yang lain pula. Guna yang tu lepas. Alhamdulillah.

Telefon khidmat servis kad kredit. Depa pun maklumkan yang memang kad kredit tak dapat digunakan pada hari tersebut. Fuhh.
Begitulah hal keadaannya.

Beberapa pengajaran :
i)              Kena sentiasa ada duit tunai sebagai backup.
ii)             Apabila Bergantung dengan sistem. Bila Sistem bermasalah habis tergendala kerja kita. Begitulah sehebat mana pun manusia mencipta alat. Tetap tidak sempurna dan berlaku kerosakan.

#PermaiMenulis
#PamMinyak

Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER


#PermaiMenulis



Friday, October 27, 2017

Ikan Tenggalan masak tempoyak

Makan malam kami hari ini. 
Ikan Tenggalan masak tempoyak 
dan peha kambing masak percik. Jika bernasib baik Ikan sungai ori boleh dapat di pasar Lipis.  
Rezeki musim hujan. Bersyukur. 

Ikan Tenggalan



Musim hujan sedap makan kek.

Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER


#PermaiMenulis
#makanan

Thursday, October 26, 2017

Hujan Lebat sabit dengan Taufan Lan ?

Maghrib ini Hujan lebat. Kilat dan petir rancak bersahutan. Bila hujan modem streamx kena tutup dan plug kena cabut. Modem rosak disebabkan petir TM tak cover.
Masjid kami masih mengalami kebocoran yang serius. Namun sentiasa menerima kehadiran para jemaah. Hujan lebat pun, hampir kebanyakan orang sudah mempunyai kenderaan berbumbung. Kalau-kalau ada yang beralasan nak disabitkan dengan hujan.
Jom masjid.




Pendekar wajah kabur, macam dalam komik-komik masa kome sekolah dulu. Komik Misteri Naga. Haha.


Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

#PermaiMenulis
#CatatanImamKecil 



Alih dari Channel Radio Ikim

Petang-petang apabila saya dalam perjalanan ke Masjid atau Surau untuk membaca kitab dalam program yang sinonim dengan nama Kuliah Maghrib. Waktu itu kesempatan digunakan untuk mendengar radio sambil memandu.
Cuma saya terpaksa untuk tidak memilih channel radio Ikim. Maafkan saya. Kerana biasanya pada waktu tersebut tengah bersiaran program tajaan. Macam-macam jenis produk mahupun perkhidmatan ada. Sekali sekala tangan nakal mengalih sebentar ke channel radio Ikim, terdengar tetamu yang menaja  mahupun Dj sedang menyebut senarai nombor-nombor telefon ajen mereka yang boleh dihubungi. Tobat serta merta alih ke channel lain.
Petang hampir ke maghrib  terdapat beberapa siaran radio seperti Pahang FM dan Nasional FM yang menyiarkan rancangan keagamaan seperti belajar mengaji dan ceramah agama. Saya biasanya menyinggah ke siaran tersebut sementara nak sampai ke destinasi tujuan.
Pandangan saya, waktu petang senjakala lebih elok kita mendengar bacaan al-Quran dan tazkirah keagamaan.
Kalau orang dulu-dulu, waktu senja ni tak bagi dah merayap keluar rumah. Pintu dan tingkap pun dan ditutup.
Namun kita faham, zaman kini waktu tersebut antara waktu rating pendengar radio agak tinggi kerana masing-masing masih bersesak di dalam kenderaan di jalan raya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja. 
Berada dalam kenderaan merupakan tempat utama untuk mendengar radio. Sudah pasti usahawan perniagaan mahu merebut peluang memasarkan produk mereka pada waktu kemuncak tersebut. Sang Dj sama ada suka atau tidak perlu lah melayan kerenah penaja. Demi kewangan dan masa depan kerjaya serta syarikat.

Bagi yang tidak suka mendengar program dan iklan tajaan, tak perlu nak marah-marah. Buat macam saya. Tukar je ke channel yang lain. Channel siaran radio  sangat banyak. Tiada masalah.


Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

#PermaiMenulis
#radio
#CatatanImamKecil

Wednesday, October 25, 2017

Makan daging kambing gurun



Balik kampung, dihidangkan dengan lauk kari kambing gurun. Biasa makan daging kambing kambung atau kambing Boer. Kali ini merasa kambing gurun pula.
Ayah saya beli RM 30 sekilo.  Kambing gurun bela je. Bukannya asal dari gurun dekat Padang Pasir arab sana. Ataupun daerah Gurun di Kedah.

Pokoknya, daging kambing memang tip top. Kalau depan mata ada terhidang daging kambing dan ayam. Sudah pasti saya akan menerjah ke menu yang berasaskan daging kambing. 

Antara Hadis Rasululllah SAW :

i) Abu Hurairah RA berkata: “Suatu ketika dihidangkan ke hadapan Rasulullah SAW semangkuk bubur dan daging (kambing). Maka Baginda mengambil bahagian lengan (dari daging tersebut), dan bahagian itulah yang paling disenangi oleh Nabi Muhammad SAW.(HR. Muslim)

ii) Abu Hurairah RA meriwayatkan, “Rasulullah SAW  pernah disuakan dengan daging. Bahagian kaki (dari daging itu atau paha) diberikan kepada Baginda. Rasulullah SAW menyukainya, maka Baginda menggigit daging itu.” 
(HR. Bukhari dan Muslim)


Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

#PermaiMenulis
#Makan
#kambinggurun


Tuesday, October 24, 2017

Membeli Pukat


Hari ini ke bandar Jerantut, mencari pukat.  Biasa di kedai ada jual pukat baru dan pukat seken (second hand). Kami beli pukat seken sahaja di kedai yang terletak dalam pasar Jerantut.
Pukat sinonim untuk menangkap ikan. Tetapi ada lagi peranan pukat. Iaitu sebagai 'pagar' untuk ternakan seperti ayam dan itik. 
Hasratnya kami ingin membela ayam kampung.
Servey anak ayam kampung  yang telah berusia 2 minggu RM 5.80- RM 5.50 seekor.
Anak ayam kampung yang baru menetas RM 3.80 seekor.
Ada siapa-siapa yang nak hadiahkan anak ayam untuk kome ?


Kalian suka makan kek ?
Jom Oder kek dengan kami

"Kek Moist Choc "

🏃Dapatkan dengan segera
🏃Tempahan juga diterima

🔛 FREE  COD : Area Taman Guru dan KUIPSAS Kuantan.
  ✅AREA LAIN dikenakan caj mengikut kawasan  Rm 1 -Rm 3   sahaja minima 3 bekas
Apa tunggu lagi ❓ 

Ambil phone dan wasap ke no : http://wasap.my/601113025900/ORDER

#PermaiMenulis
#Ayam
#Binatang