Wednesday, May 31, 2017

Kisah Ramadan (KIRAM 15) Menu berbuka yang sama

Alhamdulillah selesai iftar hari ni, setakat ni setiap hari saya iftar di tempat yang berbeza. Cuma pendapat saya, majlis berbuka puasa di tempat kita agak cerewet dan remeh penyediaannya. Saya terkenang pengalaman berbuka semasa di Mesir dahulu. 

Kami berbuka puasa di Masjid yang terletak di hadapan rumah, tak sampai 20 langkah dah sampai masjid.
Pihak masjid menyediakan tempat khas untuk kami, pak Arab yang lain kena sound kalau parking kat situ..huhu... baik betul layanan..kan.
Step 1 : masuk ke masjid, jemaah dibekalkan dengan secawan (macam bekas dadih@ yogurt) Aruz Laban yang diletakkan sekali sebutir kurma.
Setiap hari.. tanpa gagal, aruz laban yang cukup enak itu menjalar ke dalam badan kami. 
Para jemaah biasanya mencicip aruz laban di tempat solat memasing. Habis molek Aruz laban, iqamat dilaungkan dan para jemaah pun solat.
Selesai solat, berpusu jemaah ke halaman masjid untuk sambung makan berat. Kami memang dah ada port khas, hidangan telah terhidang di meja (meja konsep jepun, kena duduk bersila).
Setiap hari menunya adalah sama. Dari tahun satu hingga tahun akhir saya di Mesir, menunya tetap sama, tidak ada sebarang inovasi pun untuk perubahan..haha.
Nasi putih berlaukkan seketul daging rebus, berkuahkan kacang pul (saya tak reti nak labelkan kuah tersebut di kategori mana), disertai pelengkap hidangan iaitu roti arab (macam roti prata).
Tidak timbul pun persoalan di benak jemaah, hari esok lauk apa, lauk sedap ke tak. Sebab lauknya tetap sama.
Bayangkan..jika pak arab yang mungkin telah 30 tahun berbuka di masjid tersebut. 30 tahun dengan menu yang sama setiap hari ketika berbuka.
Semuanya makan dengan rasa gembira. Ramai juga geng pengilap kasut yang berbuka bersama kami. Nikmatnya melihat pak arab menjamu seketul daging rebus masih terbayang di ingatan saya. Jika ada ongkos, mau rasanya saya saje-saje pergi beriftar ke situ semula. Ke tempat yang tiada kompelin walaupun lauknya sama je. Hebat bukan?

Tuesday, May 30, 2017

Kisah Ramadan (KIRAM 14) Cuti yang istimewa

Cuti persekolahan dua minggu ni dalam bulan Ramadan, bermaksud pelajar sekolah dan sabit cikgunya sekali bercuti.
Saya ingin mencadangkan kepada mereka yang terbabit, menjenamakan cuti kali ini sebagai Cuti yang istimewa. 
Kebiasaan bila bercuti kita agak bebas mengatur aktiviti. Khusus bagi pelajar yang tidak perlu hadir ke sekolah, dan bebas seketika dari taklukan disiplin sekolah.Semestinya boleh bermalasan ketika bangun tidor.
Maka semasa cuti ada yang mengambil kesempatan melancong, balik kampung bahkan ada yang sempat lagi bekerja sambilan.
Tetapi cuti kali ini jauh lebih menarik. Kerana kita sedang berada dalam bulan yang sangat power baik dari segi fadhilat dan keberkatannya. 
Maka, saya ingin mencadangkan buat yang bercuti manfaatkan cuti di bulan Ramadan ini dengan memperbanyakkan amalan.
Saya teringat semasa di tahun satu Maahad Tahfiz, kami cuti penuh sebulan Ramadan.
Seronok, sebab Pelbagai aktiviti dapat disusun. 
Cuma pada tahun-tahun berikutnya sehinggalah sekarang, saya tidak lagi berpeluang menikmati cuti sebulan penuh dalam bulan Ramadan. 
Jadi, bagi saya cuti persekolahan kali ini sangat istimewa. Hargailah cuti anda.

Friday, May 19, 2017

Pelakon datang ke masjid ?

Saya rasa sebahagian besar dari penduduk di negara kita pernah menonton filem. Baik di rumah sendiri, di kedai makan, di pawagam dan di mana-mana je lah..huhu..
Tenaga yang menjayakan sesebuah filem dan drama digelar sebagai pelakon. Ada pelakon utama dan ada yang sekadar mampu berpuas hati sebagai pelakon tambahan.
Pelakon biasanya boleh dan dilatih untuk  membawa pelbagai jenis watak mengikut skrip. Seorang pelakon yang hebat boleh menjadi  penjahat, ketua ganster, ustaz, taiko, over, gedik..what ever apa-apa lah..boleh belaka..

Dalam sesi wawancara,   hos akan menanyakan soalan-soalan hot pada pelakon antaranya adakah benar dia bercintan dengan heroin filem, adakah kat luar perangai dia serupa dengan watak di dalam filem.. Jawapan standart (macam dah jadi ijmak pelakon).. Itu hanyalah lakonan semata-mata..

Sekarang saya nak bawakan kamu semua berkenalan dengan sejenis lagi bangsa pelakon. Pelakon bangsa ni tak jumpa kat pawagam. Nak jumpa biasanya boleh cari kat masjid, mungkin syura mereka memutuskan masjid tempat depa kut?

Pelakon yang dimaksudkan ialah mereka yang datang ke masjid, surau dan tempat awam yang lain. Mereka datang dengan maksud untuk mengutip derma. Saya tidak katakan semua pengutip derma adalah pelakon, sebab memang ada yang betul, benar lagi sohih, dan  saya juga adalah pengutip derma jugak..huhu..

Saya datangkan beberapa contoh skrip :
Antara Cerita mereka (pegawai masjid biasanya berpengalaman dengan skrip-skrip begini)  :
Mencari kerja dekat sini, tapi rupanya kena tipu, tak de orang yang dicari, jadi sekarang duit dah habis..
Datang tadi tumpang lori, datang nak ziarah ayah angkat kat kampung, dekat hospital..
Menghidap penyakit kronik, perlu duit untuk pembedahan..

Dan banyak lagi..tak larat nak cerita semua..haha..

Kenapa kami tahu mereka hanya berlakon?

Pepatah ada menyebut ; sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh jua.

Pihak pegawai masjid pun tak lah lurus sangat, depa pun ada juga buat siasatan, nak pulak zaman teknologi sekarang.. sudah tentu ada link dengan masjid-masjid lain, penguatkuasa setiap daerah dan negeri. Jadi mudah sangat nak kantoi zaman le ning.. So berhati-hatilah pelakon di masjid. Apa kata insaf dan bertaubatlah. 

#PermaiMenulis
#PelakonMasjid
#CatatanImamKecil





Tuesday, May 16, 2017

Sempena Hari guru

Hari guru dimeriahkan dengan kunjungan pelbagai pihak ke sekolah. Hasrat mereka semestinya untuk meraikan para guru. Hari ini saya berkesempatan menziarahi Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Tapi sebenarnya datang makan tengahari je dekat situ..huhu., Alang-alang dapatlah bersua dengan para pensyarah yang kebanyakannya adalah rakan sepengajian suatu ketika dahulu. Bahkan ada yang sebelum ini anak murid kini telah bergelar pensyarah di situ.



 Bersua dengan YH Dato' Mahmud bin Mohd Nawawi, Pengurus Besar Yayasan Pahang 

Makan tengahari di Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Para Alumni Maahad Tahfiz bersama YH Dato' Hj Zulkifle bin Ali Al-Hafiz, CEO Maahad Tahfiz Negeri Pahang

Dalam perjalanan pulang ke Lipis saya mendengar rancangan Bayan Linnas di Radio Ikim. Slot bersama Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan  Datuk Dr. Zulkifli al-Bakri yang turut mengupas berkaitan guru dan ilmu.

Terlintas di fikiran saya, ketika Dr Zulkifli al-Bakri bertandang ke masjid kami pada tahun 2015 seusai musim haji. Al-Fadhil Dr. Zulkifli begitu semangat untuk mendiskusikan bukunya yang baru terbit diberi judul Tinta Nasihat untuk penuntut Ilmu.
Saya petik dari buku tersebut : ‘Muliakan guru, kasihi dan hormati beliau walaupun pada satu masa nanti anda akan menjadi seorang yang jauh lebih hebat daripada mereka’.

Saya ingin mencadangkan buat penuntut ilmu baik para guru mahupun pelajar  supaya membaca buku ini (Tinta Nasihat untuk penuntut Ilmu) sebagai pedoman. Begitu juga kitab Ta’lim al-Muta ‘allim susunan Imam Zarnuji yang sering dibaca di madrasah dan pondok.

Kita semua perlu menjadi guru. Walaupun bukan sebagai  guru yang khusus         ( yang  memang dipanggil sebagai cikgu) , tetapi tugas mengajar perlu dilakukan. Kita perlu ajar dan kongsikan apa yang kita tahu kepada orang lain. Insya-Allah ilmu kita juga akan semakin berkembang.

Catatan lain berkait hari guru :
Baca :


#PermaiMenulis

#HariGuru

Selamat Hari Guru

    Sambutan hari guru disambut meriah  di merata tempat. Ada sekolah yang buat sukaneka, murid lawan guru. Ada yang buat persembahan, guru dan murid sama-sama buat persembahan. Agaknya kalau kelas PDP (pengajaran dan pembelajaran) berjalan seperti biasa, mau mogok para guru (yang sebenarnya guru tenang je, murid la yang tensen). Masa ni la nak tengok cikgu pakai baju sekolah..kate di anak murid..huhu.

      Cuma untuk menjayakan sambutan hari guru, jangan sampai ada guru atau pelajar yang tertekan dek kerana terpaksa bertungkus lumus membuat persiapan program tersebut. Matlamat awal buat sambutan  untuk menggembirakan semua pihak, tapi kalau sampai stress lain la pulak jadinya.

      Cadangan saya, sambutan hari guru dibuat dengan  santai  tidak terlalu cerewet tanpa menyusahkan pihak guru dan pelajar. Paling penting para guru gembira, murid gembira.. barulah syok program.

        Pada hari guru juga, sudah menjadi trend yang bagi saya sangat baik untuk diteruskan, iaitu kunjungan silaturahim dari alumni sekolah, pimpinan masyarakat ke sekolah, bersua dengan para guru. Tak kisahlah nak bagi kek ke, nak berselfie ke..haha, yang penting kunjungan tersebut atas maksud yang ikhlas untuk sama-sama meraikan para guru. Kembang hati guru rasa diraikan, sambil-sambil dapat juga merasa makan kek percuma. (gurau sahaja).

Selamat Hari Guru

Bonus : Catatan saya sebelum ini (2013) berkaitan hari guru :


#PermaiMenulis
#SelamatHariGuru




Monday, May 15, 2017

Mengaji lancar weh !

Antara tip untuk lancar mengaji al-Quran depan guru :
Sebelum baca depan guru kena baca sendiri beberapa kali, atau minta rakan semak bacaan. Dah yakin barulah baca depan guru. Insya-Allah akan lebih lancar. Saya perhatikan kebanyakan yang tidak lancar disebabkan mereka tidak melancar dahulu. Datang jumpa guru, itulah kali pertama dia baca ayat tersebut. Itu yang banyak sangkut. 

Super Hero ke?

Seorang panglima yang hebat masih memerlukan suatu pasukan yang tersusun rapi. Contohnya : Khalid Al-Walid RA, merupakan sahabat Rasulullah SAW, beliau merupakan seorang panglima agung yang tiada tolok bandingannya. Strategi perang beliau yang bijak memungkinkan pasukan Islam mencapai kemenangan di medan perang. Namun Khalid Al-Walid RA  tidak bergerak sendirian, beliau sangat memerlukan ‘team’  untuk menjayakan pelan strateginya.
Situasi yang sangat berbeza dengan cerita Super Hero. Biasanya dunia kanak-kanak tidak dapat lari dengan ‘ketaksuban’ terhadap Super Hero yang tertentu. Misalnya Super Man, Super Boy, Bat Man, Kluang Man, dll. Seorang sahaja boleh menyelamatkan satu dunia. Walaupun terdapat juga Super Hero dalam berkumpulan tetapi tidak lah berapa popular..huhu.
Maka, realiti untuk jadi hebat memerlukan suatu pasukan yang hebat. Super Hero yang One Man Show biasanya tidak tahan lama.. Percayalah…

#PermaiMenulis
#panglima
#superhero

#realhero