Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Monday, September 26, 2016

Catatan Imam Kecil : Bicara Matahari


Matahari yang sangat indah dipandang dari jauh. Tapi untuk mendekatnya tiada siapa manusia yang mampu. 
...
Nabi Ibrahim ketika belum dilantik menjadi Rasul pernah mengkagumi matahari. 

فَلَمَّا رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَٰذَا رَبِّي هَٰذَا أَكْبَرُ ۖ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِمَّا تُشْرِكُونَ
Kemudian tatkala ia melihat matahari terbit, dia berkata: "Inilah Tuhanku, ini yang lebih besar". Maka tatkala matahari itu terbenam, dia berkata: "Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan. (Al-An'am :78)
...

Ratu Balqis sebelum bertemu dengan Nabi Sulaiman juga pernah menyembah matahari.
وَجَدْتُهَا وَقَوْمَهَا يَسْجُدُونَ لِلشَّمْسِ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ فَصَدَّهُمْ عَنِ السَّبِيلِ فَهُمْ لَا يَهْتَدُونَ
Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk, (Al-Naml : 24)
...
Ketika kami mendaki naik ke bukit Tursina dan menunggu matahari terbit, kelihatan mereka dari beberapa buah negara seperti Korea yang begitu teruja menunggu matahari terbit. Kami andaikan mereka penyembah matahari gamaknya. 
Ketika mereka bersorak dan bergendang kami mengumandangkan Asmaul Husna, mengagongkan Allah SWT yang menciptakan matahari.
...
Penyanyi Hafiz pun ada menyanyikan lagu Matahari. Jom dengar..huhu

Saturday, September 24, 2016

Kelas Qiraat bersama guru SRITI

Kelas Qiraat yang dijalankan secara bulanan diteruskan untuk bulan ini di SRITI Aqliah. Sriti Aqliah kini telah menyewa bangunan baru di Seberang Temerloh. Semoga semakin berkembang maju Insya-Allah.
Bagi sesiapa yang berminat untuk join kelas ini sangat dialukan. 





Wednesday, September 21, 2016

Mujur ada Takmir

Alhamdulillah akhirnya setelah 3 tahun lebih, malam ini kami menamatkan bacaan kitab Syamail Muhammadiah di Masjid RPS Batu 9 Lipis.
...
Masjid di kampung yang line hp pun krik..krik, radio Ikim pun dengar kelam seolah dalam hujan lebat je. Jalan kecil sehala yang panjang untuk ke sana..
...
Beginilah realiti di masjid dan surau pedalaman. Pengajian agama sangat terbatas. Bukannya ada setiap hari. Ada kuliah takmir seminggu atau dua minggu sekali pun mujur dan dikira bernasib baik.
...
Bersyukur kepada Allah, semoga kita semua sentiasa rindu dan cinta dengan Rasulullah serta berusaha untuk melazimi dan istiqamah mengamalkan sunnahnya.

Monday, September 19, 2016

Terseksa di Tandas

Sangat menyulitkan bila menjadi pengguna tandas yang tiada penyangkut baju/kain. Lebih perit jika daun pintu rapat ke bingkai pintu. Kalau ada ruang alamat memang sangkut baju/tuala kat ruang antara atas pintu tu lah. Tukang buat tandas ingat user mandi sekali dengan baju seluar kut..Atau..
Krik..krik...
...
Jaga tandas awam/masjid/surau/pejabat/markaz macam tandas kat rumah sendiri.
...
Jom menderma aksesori tandas awam/masjid/surau/markaz/pejabat..
...
Kebersihan sebahagian dari Iman

Sunday, September 18, 2016

Ceria Tanpa Suara

Sedang makan nasik ayam, datang seorang gadis non muslim, sambil tersenyum meletakkan sekeping nota. Oh nota tu menyatakan yang dia tidak mampu bercakap dan Ingin menjual produk persatuan depa.
Tanpa fikir lama kami terus membeli key chain kayu yang diunjuknya.
Kamu tahu yang kami tidak pernah membeli key chain seumur hidup?, semuanya dapat free je.
Kami beli juga bukan kerana nak guna key chain tu..
...
Semoga gadis non muslim tersebut tertarik dengan Islam.
...
Wajahnya yang ceria tanpa suara membuatkan kami juga gembira. Dia gembira Kami juga gembira.
...
Harapnya dengan belian yang tidak seberapa itu meringankan bebannya.
...
Carilah rezeki dengan cara yang terpuji

Selera Makan

Kelihatan dua orang anak muda oder makan nasi ayam sepinggan, tambah sepinggan lagi nasi kata mereka. Air katanya tak perlu sebab dah bawak bekal. Mereka share sahaja ayam dan lauk dari sepinggan dan minum dari air bekalan mereka sambil berborak riang.
...
Begitulah realiti kehidupan di bandar, beban kewangan cukup terasa.
...
Selera makan adalah nikmat. Pergi makan di kedai mewah jika takde selera tak habis juga menu spesel.

Sunday, September 11, 2016

Bersama Dalam World Quran Hour








Alhamdulillah,bersama team WI Daerah Lipis menjayakan program World Quran Hour di dewan kuliah Masjid Sultan Mahmud. Kami mulakan dengan adab membaca Al-Quran yang dipetik dari kitab Al-Azkar. Seterusnya membaca Surah Al-Waqiah berserta terjemahan secara berpandu. Semoga usaha kita semua diberkati. Insya-Allah.

#worldquranhour 
#permaidihati 
#PermaiMenulis 
#WI
#womeninstituition
#Lipis
#masjiddaerah
#masjidsultanmahmud
#pahang #malaysia
#Ruu355 #arafah

Thursday, September 08, 2016

Kursus Imam Wibawa 2016

Imam bukan hanya mengimamkan solat sahaja, tetapi peranannya sangat meluas terutama dalam perkembangan syiar Islam dan dalam masyarakat. Justeru untuk melahirkan imam yang hebat perlu diberi bimbingan dan latihan. Maka Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Agama Islam Pahang menganjurkan kursus Imam Wibawa bagi seluruh Imam Masjid Negeri dan  Daerah  dalam negeri Pahang.

 Kursus Imam Wibawa bagi tahun ini diadakan di Hotel Ancasa Pekan. Sebuah hotel yang masih baru beroperasi sudah tentu kemudahan fasilitinya juga menarik. 




 Imam-Imam dari Lipis bersama Al-Fadhil Imam Besar Masjid Negeri

 Pengarah Kursus Imam Wibawa, Al-Fadhil Ustaz Nik Ibrahim

 Buku rekod hafazan yang dibekalkan kepada semua Imam



 Perkongsian pengalaman dari Imam Besar Masjid Negeri

 Slot bersama Ustaz Salleh Ramli, Pensyarah Maahad Tahfiz Negeri Pahang yang membincangkan tentang buku rekod hafazan

 Slot bersama Ustaz Zainuddin Zakaria, KPQ Paid Bentong menceritakan teknik menghafaz Al-Quran
Perasmian penutup oleh YH Dato' Hj Badli Shah Alaudin, KPP Bahagian Masjid dan Surau JAIP

Gambar kenangan para Imam bersama YH Dato' KPP dan urusetia program

Tuesday, September 06, 2016

SEPUTAR MEMORI SILAM : Syafawi Al Quran ketika SMA

Hari ini bermula imtihan Syafawi Al-Quran bagi pelajar yang mengambil  Sijil Menengah Agama (SMA) yang dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang. Peperiksaan  SMA dijalankan untuk pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama di Negeri Pahang.

SMA merupakan sijil agama peringkat menengah yang menggunakan sukatan dari Al-Azhar Mesir. Mata pelajaran yang terkandung dalam SMA ialah Al-Quran, Nahu & Saraf, Balaghah, Tafsir, Mantiq, Tauhid, Fekah, Adab & Nusus, Insya’ & Mutalaah dan hadis.

Pemegang sijil SMA layak untuk mengambil STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) ketika di tingkatan 6.  Jika ingin memohon pekerjaan sebagai guru KAFA, kelayakan mempunyai sijil SMA diambil kira. Jika hanya ada sijil SPM tetapi tidak mengambil SMA kebiasaannya sukar untuk mendapat kerja sebagai guru Kafa melainkan jika ada kelayakan agama yang lain.

Suatu ketika dahulu, pelajar Sekolah Menengah Agama perlu mengambil peperiksaan SRA (Sijil Rendah Agama) sebelum menduduki peperiksaan SMA. Disebabkan peperiksaan  SRA tersebut  diadakan dalam tahun yang sama dengan SRP (Sijil Rendah Pelajaran) maka akhirnya peperiksaan SRA dimansuhkan.

SEPUTAR MEMORI SILAM : Syafawi Al Quran ketika SMA
Saya juga pernah mengambil peperiksaan SMA. Sedikit catatan mengenainya :

-Suatu pagi semasa perhimpunan di SMA Al-Khairiah (SMAKT) di bulan pertama sesi persekolahan semasa saya dalam tingkatan 4, cikgu (saya rasa cikgu Lotepi) menyebut nama-nama pelajar yang dimintanya tunggu selepas tamat perhimpunan dan nama saya termasuk sekali dalam senarai tersebut.

-Rupanya nama-nama yang disebut itu ditawarkan oleh JAIP untuk masuk ke kelas aliran sains di SMA Al-Ihsan (SMAI). Pada masa itu, JAIP hanya membuka  kelas aliran sains di SMAI sahaja. Maka pelajar-pelajar dari SMAN  lain (Sekolah menengah Agama Negeri di bawah kerajaan negeri Pahang) yang mendapat keputusan PMR yang agak baik akan ditawarkan masuk ke SMAI untuk masuk ke kelas aliran sains tersebut.

-Saya bersama beberapa rakan dari SMAKT pun berhijrahlah ke SMAI. Ketika awal-awal di SMAI, saya perhatikan pelajar tingkatan 4 di sana sudah memulakan hafalan surah-surah pilihan yang terkandung dalam subjek Al-Quran SMA sedangkan saya satu ayat pun belum hafal lagi.

-Saya masih ingat surah-surah yang menjadi silibus SMA ketika itu sebanyak 5 surah iaitu surah Az Zumar, Ghafir, Fussilat, As-Syura dan Az Zukhruf. Saya pernah diberitahu kini surah-surah pilihan untuk SMA sudah ditukar kepada surah lain.
-Saya pun mula lah menghafal dengan perlahan-lahan, tasmi’ (memperdengarkan bacaan) dengan Ustaz Makhtar di dalam kelas. Suatu ketika Ustaz Makhtar bising kerana kelas kami agak ‘slow’ tasmi’ dengan beliau.
-Saya lihat ada pelajar yang advance dengan tasmi’ dengan ustaz di bilik guru ketika ada masa-masa kosong. Sudah pasti pelajar tersebut bersungguh dan hafalannya sudah banyak.
-Akhirnya kadang-kadang saya juga mengambil peluang tasmi’ dengan Ustaz di bilik guru, tetapi saya tidak pernah pergi seorang, mesti bersama dengan rakan-rakan..haha
Menariknya di penghujung-hujung sebelum menjelangnya peperiksaan SMA, saya telah mendapat hadiah di perhimpunan yang diberi sendiri oleh Ustaz Makhtar kerana telah menjadi pelajar yang  menghafaz terbanyak..haha.

-Saya masih ingat saya dan seorang lagi rakan yang bernama Wan Noorliza Wan Abdullah Sani menerima hadiah yang merupakan sebuah buku catatan.

-Akhirnya peperiksaan syafawi Al-Quran pun tiba, dan rupanya hanya guru-guru dari SMAI sahaja yang menjadi panel. Panel saya ketika syafawi Al-Quran ialah Ustazah Rafiqah dan Alhamdulillah saya boleh menjawab soalan hafazan al-Quran tersebut.

Tamat cerita saya..

Kini saya doakan semoga pelajar yang menduduki peperiksaan Syafawi Al-Quran SMA dapat menjawab dengan baik. Jangan ada yang tidak cakna akan peperiksaan SMA. Mungkin ada yang kata bukan guna untuk masuk U pun, tetapi insya-Allah nilai SMA sangat tinggi selaku pelajar sekolah Menengah Agama dan bukan semua pelajar ada Sijil Menengah Agama.

Buat pelajar tingkatan 1,2 dan 3 yang akan menduduki peperiksaan SMA di masa akan datang, hafallah al-quran semampu yang kita boleh. Surah-surah pilihan hafal dan lancar dengan bersungguh-sungguh.

Pesan Imam Ibn Al-Jazari : Insan tidak mulia, melainkan apa yang dia hafal dan diketahuinya, begitulah penanggung Al-Quran, sebaik-baik ummah.

#permaimenulis #permaidihati #jomsupport #syafawialquran #sma #exam #peperiksaan #jaip #sman #smakt #smai





Monday, September 05, 2016

Seputar Memori Silam : Terkenang ke UPSR



Hari ini kebanyakan pelajar tahun 6 menduduki peperiksaan UPSR. Saya mendoakan semoga para pelajar boleh menjawab kertas peperiksaan dengan jayanya dan akan mendapat keputusan yang cemerlang. Insya-Allah.

Antara program-program penghujung sebelum peperiksaan ialah solat hajat atau pun rombongan? Walaupun ada yang buat rombongan kononnya bertujuan  untuk mengelakkan  pelajar stress  namun bagi pendapat saya yang kuno ini lebih elok dibuat selepas peperiksaan.

Sebelum UPSR pelbagai kelas tambahan telah dirangka oleh guru demi untuk memastikan kejayaan anak muridnya. Ada yang buat kelas petang, kelas malam, kelas tambahan pada hari cuti dan pelbagai lagi.

Saya terkenang semasa saya tahun 6 dahulu. Izinkan saya membuat sedikit throwback..haha

‘Seputar Memori Silam :  terkenang ke UPSR’

-Saya tidak pernah merasa duduk dalam darjah 5, pindah ke sekolah kebangsaan terus masuk darjah 6 mengikut umur saya. Ketika itu belum ada peperiksaan lompat tahun.

-Pelajaran yang saya suka adalah Alam dan Manusia, cuma pelajaran tersebut bukan keutamaan dan tidak menjadi subjek peperiksaan dalam UPSR.

-Pelajaran yang saya jem krem adalah Bahasa Inggeris, lukisan dan muzik, kerana itu saya tidak pernah mendapat A dalam mata pelajaran tersebut. Saya masih ingat kegarangan  Teacher yang mengajar bahasa inggeris  dan saya selalu kena rotan disebabkan salah pada soalan yang terlalu mudah..huhu.

-Sejak awal tahun  lagi, sekolah telah mengadakan kelas tambahan pada setiap hari sabtu untuk pelajar tahun 6. Pernah saya tidak hadir, Saya masih ingat yang saya  dipanggil ke bilik Guru Besar bersama dengan beberapa rakan yang lain dan itulah kali pertama dan terakhir saya masuk ke bilik Guru Besar. Kami dipanggil kerana tidak hadir ke kelas tambahan tersebut. Akhirnya setiap seorang dirotan oleh Tuan Guru Besar.

-Pihak sekolah juga membuat kumpulan mentor menti, beberapa orang dalam suatu kumpulan bersama dengan guru yang telah ditetapkan. Tetapi projek mentor menti kumpulan saya tidak dapat berjalan dengan lancar, kerana tidak berapa lama selepas itu Guru mentor saya (cikgu Zamani) sambung belajar. Kini beliau merupakan pensyarah di IPG Lipis.

-Pada hari-hari tertentu, jadual kami pelajar tahun 6 ditambah, jadi kami akan balik lewat sedikit pada hari-hari tersebut. Saya rasa pukul 2 baru kami pulang.

-Cuti pertengahan tahun, Seminggu kami berkampung di SMKT dan ABS. Saya rasa program anjuran PPD Temerloh menghimpunkan pelajar-pelajar tahun 6 dalam daerah Temerloh. Saya ditempatkan di SMKT (Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh). Kami dibahagikan kumpulan. Setiap kumpulan akan belajar dalam kelas yang berasingan. Dalam kumpulan Saya, Saya  seorang sahaja dari SKTL (Sekolah Kebangsaan Tanjung Lalang). Asalnya ada seorang lagi  tetapi dia tidak dapat hadir kerana demam campak. Namanya John Berry AL Lainon Berry. Saya merasa la duduk di asrama SMKT seminggu, makan dalam tray dan Kelas diadakan siang dan malam.
- Masuk ke fasa berikutnya (mungkin semakin dekat dengan peperiksaan) pihak sekolah membuat kelas tambahan pada hari malam pula tetapi tidak semua pelajar yang terlibat. Hanya beberapa kelas sahaja dari 6 kelas yang ada. Saya terlibat sama, sama ada saya pelajar harapan?..haha atau pun pelajar yang lemah.

-Kisah hari pertama kelas malam tersebut, selepas habis kelas semua pelajar balik dengan berjemput. SKTL ketika itu bukan berada dalam bandar lagi seperti sekarang. Depan, kiri dan kanan SKTL masih hutan dan ada taman perumahan lama  yang terbengkalai di sebelah sekolah. Akhirnya tinggal  saya seorang, ayah saya ketika itu ada program jadi agak lewat datang menjemput.  Henpon (telefon bimbit) pula  belum masyhur lagi. Saya pun dihantar balik oleh Jaga Sekolah, saya masih ingat lagi dengan menaiki motor RXS, Abang Kama bersama dengan kawannya dan saya di tengah. Naik motor bertiga sehinggalah sampai ke rumah saya.

-Pihak sekolah juga  ada sekali  menganjurkan program kelas tambahan pada hari sabtu dan ahad di Kem Tentera Batu 3. Para pelajar  bermalam di kem dan merasa la menaiki truck askar sebagai pengangkutan dari kelas ke asrama penginapan. Cuma saya seorang yang tidak menghadirinya..huhu

-Akhirnya pada bulan Julai, UPSR pun bermula. Hanya 4 mata pelajaran sahaja iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Matematik dan Bahasa Inggeris.

-Cikgu semuanya berpesan malam peperiksaan tidur awal dan saya memang ikut betul pesanan tersebut..haha.

Tamat dahulu Seputar Memori Silam.

#Jika saya menjadi Guru Besar, Sekolah di bawah kelolaan saya tidak ada kelas-kelas tambahan pada hari cuti, waktu malam..haha, seronok kan..

#Permaidihati
#Permaimenulis







Sunday, September 04, 2016

Kursus Mutawif bersama Azhari Holiday

Kami ingin mempelawa sesiapa yang berminat untuk bersama kami mengerjakan ibadah Umrah di tanah suci Mekah. Insya-Allah kami akan memberi perkhidmatan yang sehabis baik dan kita sama-sama akan mengerjakan ibadah di tanah suci. 

Azhari Holiday telah mengadakan kursus kepada bakal mutawif. Pelbagai tip telah diperolehi di samping kami dapat bertemu semula, ada yang hampir 10 tahun tidak bertemu. Alhamdulillah.






 Dinner di Ana Ikan Bakar, terlalu ramai pelanggan di sini.


 Kenangan setelah tamat kursus Mutawif



 Kami adalah lepasan Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan Alumni Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra, Mesir.