Monday, June 29, 2015

Kisah Ramadhan (KIRAM 3) : Sahur di Mesir

Keunikan dalam Islam ketika berpuasa ialah bersahur sebelum masuk waktu fajar. Mana ada ajaran agama lain yang buat begini. Ketika orang lain sedap tidur masa tu kita makan, makanan berat pula. Inilah antara keindahan Islam yang mempunyai pelbagai hikmah yang tersirat.

Serba sedikit kenangan bersahur yang ingin saya kongsikan sewaktu berada di Mesir, kami mempunyai jadual giliran memasak. Terpulang atas tukang masak untuk  memasak apa sahaja yang berkenan di hatinya. Kebetulan jika tengah memasak  stok barang-barang untuk  masakan seperti garam, gula, beras habis maka secara automatik tugas untuk membeli jatuh pada siapa yang tengah memasak.

Ada masanya si tukang masak memasak siap-siap sebelum tidur, dan ada yang bangun se awal jam 3 pagi untuk memasak. Kami ‘ahli bait’ akan makan bersama-sama dalam talam. Tunggu seorang demi seorang duduk bersila di depan talam dan barulah makan bersama-sama setelah kouta talam dirasakan sesuai untuk memulakan suapan.

Pernah terjadi, Kami semua bangun untuk bersahur tetapi tiada makanan pada pagi tersebut. Rupanya si tukang masak bercadang untuk masak di awal pagi tetapi apakan daya tidurnya lena malam tersebut.

Ketika yang lain pula, makanan telah disiapkan awal oleh tukang masak, tetapi semua ahli bait terjaga ngam-ngam azan subuh, alamat tak bersahurlah kami semua. Terus bersiap ke masjid untuk bersolat subuh. Tempoh azan dan iqamah untuk solat subuh selama setengah jam memungkinkan kami untuk sentiasa berkesempatan  bersolat subuh berjemaah di masjid yang terletak betul-betul di hadapan rumah.

Paling menarik di Mesir, terdapat penggerak sahur. Ada yang bergerak secara solo dan ada dalam kumpulan, mereka akan melaung-melaung dengan berirama untuk menggerakkan orang bangun sahur.

Begitulah antara sedikit kenangan bersahur di Mesir suatu ketika dahulu.


Sekian, Wassalamu

Saturday, June 27, 2015

Kisah Ramadhan (KIRAM 2) ; Sahur di Kedai Mamak

Pukul 4 pagi tadi saya bersama sahabat, Ustaz Hazmi dan Ustaz Arif bersahur di Restoran Alif Maju Lipis. Salah sebuah kedai mamak yang terkenal di daerah ini. Kedai mamak yang mula-mula beroperasi 24 jam di Bandar Lipis. Sepanjang Ramadhan Restoran Alif maju akan mula beroperasi bermula jam 3 petang sehingga subuh. Lebih menarik Restoran Alif Maju menaja selama 3 hari juadah iftar jamaie di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis.


 Bos Alif Maju Kuala Lipis bersama anak buahnya di iftar jamaie Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis

Baru-baru ini timbul isu yang ada kaitan dengan kedai mamak. Antaranya apabila ada menteri yang menyebut cadangan untuk menghadkan tempoh beroperasi kedai makan sehingga jam 12 malam sahaja kerana untuk membenteras gejala sosial yang melanda negara kita. Maka yang terpalit dengan perkara ini ialah kedai makan mamak kerana rata-rata kedai mamak beroperasi 24 jam. Pendapat saya yang kerdil ini, kedai makan perlu ada 24 jam, sebagaimana jadual perjalanan bas, kapal terbang yang tidak mengira waktu sama juga situasinya dengan kedai makan. Bagaimana pula dengan status  kedai 7E yang juga beroperasi 24 jam. Lebih membimbangkan kedai 7E terang-terang ada menjual minuman keras (arak).

Masih bercerita perihal kedai mamak, ada pula ahli persatuan mereka yang menyatakan tak sesuai istilah mamak digunakan. Ada di kalangan mereka yang berkecil hati dengan gelaran tersebut. Mereka mengesyorkan supaya dikenal mereka dengan Kedai Nasi Kandar bukan kedai mamak. Dalam Islam, kita diajar untuk memberi gelaran yang baik kepada orang lain. Cuma, dalam isu ini saya tidak mempunyai pengetahuan tentang  istilah tersebut. Insyaa Allah ada masa saya kena ‘discus’ dengan mereka yang lebih arif atau pun dengan geng ‘mamak’ sendiri.


Sekian, wassalam

Friday, June 26, 2015

Kisah Ramadhan (KIRAM 1) ; Solat terawih

Solat terawih hanya boleh dilakukan dalam bulan Ramdhan sahaja. Di tempat kita bila Ramadhan sahaja timbul isu nak 20 rakaat atau 8 rakaat. Bagi saya terpulanglah nak buat berapa pun, yang penting jangan bergaduh atau langsung tak solat terawih.

Kesempatan ini, saya ingin merakamkan secara ringkas kenangan manis ketika menjadi imam terawih

Saya pernah  menjadi imam terawih (imam tahfiz jemputan). Ketika belajar di Maahad tahfiz suatu ketika dahulu.

Ketika di Surau Kg Chendering, saya bersama sahabat ditempatkan di bilik yang dilengkapi dengan peti sejuk, Tv, Katil. Setiap pagi Tuan imam surau atau isterinya datang menghantar juadah sahur. Begitu juga ketika waktu berbuka, mereka akan menghantar juadah berbuka. Ada seorang pakcik yang setiap hari datang ke surau dengan mengayuh basikal Rally, selalu juga petang-petang dia menghantar kuih kepada kami. Di Surau ini tiada iftar jamaie setiap hari, rasanya sepanjang Ramadhan hanya sekali sahaja pihak AJK surau menganjurkan program iftar jamaie. Solat terawih yang dilaksanakan di surau ini hanya 8 rakaat sahaja. 

Pada tahun berikutnya, saya dan sahabat yang lain pula menjadi imam terawih di masjid Bukit Sekilau. Setiap hari selepas solat maghrib di Maahad Tahfiz, kami menunggu pihak masjid datang mengambil kami. Masjid ini membuat 20 rakaat. Bilal di masjid ini ialah Saudara Ahmad Yusuf, bekas pemain bola sepak negeri Pahang dan Kebangsaan. Ketika itu (tahun saya menjadi imam terawih) beliau menjadi penolong jurulatih bola sepak Pahang. Setiap hari selepas solat terawih, kami akan dibawa Saudara Ahmad Yusuf  mengeteh di kedai mamak, selepas itu barulah kami dihantar pulang ke Maahad.

Tahun selepas itu, saya tidak lagi menjadi imam terawih kerana telah berada di bumi Mesir.. Hanya jadi makmum sahaja..

Sekian.. Wassalamu


Wednesday, June 24, 2015

Mengaji di Istana Hinggap Kuala Lipis

Bila Ramadhan antara tugas luar jangka ialah mengaji al-Quran di Istana Hinggap Kuala Lipis. Walaupun di istana hinggap tetapi susah untuk cari sesiapa yang sanggup untuk bersama-sama bertilawah di sini.
Sangat berbeza bila keberangkatan Tuanku Sultan atau Tengku Mahkota, orang-orang kenamaan, ahli politik, tokey-tokey sibuk berkerumun Tuanku. Saya rasa jika mereka ini ikhlas bersama dan membantu Tuanku sewajarnya mereka lebih utama untuk berebut-rebut mengaji di istana hinggap ini. Jangan hanya buat-buat sibuk dan penting bila Tuanku turun.. itu namanya mengampu atau nak melobi. Sekian.

 Bersama pegawai masjid dan imam tahfiz 




 Kami tiba di sini pun, pihak penjaga Istana hinggap ini tidak dimaklumkan apa-apa  pun dari pihak pengurusan. Terkejut makcik ini..

Sunday, June 21, 2015

SHOWREEL BUKAN SEKADAR RESIPI MUSIM KE 2 (2015) di TV al-Hijrah





Saksikan rancangan Bukan Sekadar Resepi di TV al-Hijrah sepanjang bulan Ramadhan. Program memasak bersama ustazah-ustazah (ustazah Norhafizah Musa, Ustazah Zawiyah dan Ustazah Isfadiah) di Masjid-masjid. Tidak terkecuali ke Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis.

Saturday, June 20, 2015

Slot Qiraat di Usrah KAFFAH

Alhamdulillah dapat bersama dalam usrah bulanan KAFFAH Pahang yang dibuat di Pasti  kg. Berkat, Maran, program tarbiah dan thaqafah   buat guru-guru KAFFAH. Slot saya ialah pengenalan ilmu Qiraat. Hasrat saya ke depan  nanti dapat mewujudkan kelas mengaji Qiraat bersama dengan team KAFFAH pahang. 

Program Usrah bulanan ini merupakan  suatu usaha yang baik dari pihak pengurusan KAFFAH Pahang, walaupun ia menuntut pengorbanan yang tinggi buat guru-guru seperti terpaksa mengorbankan hari cuti hujung minggu dan perlu melakukan perjalanan yang jauh namun inilah suatu perjuangan buat para guru KAFFAH. Semoga kita semua diberkati terutamanya dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan. 

 Sebelum kelas, top up kredit dulu



 Kelihatan Ustaz Azrol Hisham (kanan sekali), antara penggerak utama KAFFAH khususnya di Pahang dan di peringkat Malaysia.


Wednesday, June 17, 2015

Imam terawih 1436H di Masjid Sultan Mahmud

Ramadhan menjelang lagi, Insyaa Allah sepanjang Ramadhan beberapa program dijalankan di Masjid Sultan Mahmud Lipis. Antaranya solat terawih bagi Ramadhan 1436H akan dipimpin oleh dua orang pelajar Maahad Imam Syatibi Kedah (dulu dikenali Amal Aimi)- Anas dan Nordin. Setiap pagi akan diadakan sesi tadarus al-Quran, selepas solat zohor akan diadakan bacaan terjemahan al-Quran, iftar  jamaie pada setiap hari, jamuan moreh, Qiamullail dan sahur sepanjang 10 malam terakhir dll.. Semoga Ramadhan kali inimendatangkan keberkatan buat kita semua..insyaa Allah..
Bersama Anas dan Nordin di Hezboollah Food

Mesyuarat ALK Koperasi Masjid 2015

Alhamdulillah mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Masjid Sultan Mahmud Berhad dapat dijalankan. Antaranya membincangkan perjalanan koperasi. Perniagaan yang dijalankan buat masa ini ialah kedai dan roomstay di Masjid Sultan Mahmud. 




BBQ di Paid Lipis

Menjelang Ramadhan Pejabat Agama Islam Daerah Lipis tidak ketinggalan menganjurkan majlis bacaan Yasin, tazkirah  serta jamuan makan untuk staf PAID Lipis. Semoga program sebegini dapat diteruskan di masa yang mendatang. 



Tazkirah di ambang Ramadhan oleh Al-Fadhil Qadhi Daerah Lipis 
 Al-Fadhil Qadhi pakar dalam bab kambing bakar


Kelas Qiraat 7 tawaquf pada bulan Ramadhan

Alhamdulillah, 15 Jun (Isnin) Kelas pengajian Qiraat 7 yang terakhir sebelum menjelang Ramadhan di Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis Pahang. Sepanjang bulan Ramadhan nanti kelas akan ditawaqufkan. Insyaa Allah kelas pengajian akan bersambung semula selepas selesai Ramadhan nanti.. doakan.
Sesi kelmarin juga merupakan yang terakhir buat Nazhan dan Hidayatul. Keduanya merupakan pelajar di Institut Pertanian Lipis yang telah menamatkan pengajian peringkat persijilan di Institut pertanian. Kita doakan semoga mereka berjaya insyaa Allah. Ada peluang dan ruang boleh belajar  qiraat  di tempat yang lain.