Friday, June 30, 2023

Cerita Raya Korban

Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi (1493)]

Kos untuk masuk korban semakin meningkat. Sebagai galakan mungkin pihak pengurusan boleh buat style bayar macam sistem kutu.
Tapi kerja pengurusan bertambahlah pulak kan.

Biasanya penganjur tidak ada masalah untuk sediakan berapa banyak haiwan untuk korban. 10 ekor ke atas pun tiada masalah. Buat promosi santai-santai pun boleh dapat. Cuma masalahnya ialah tenaga kerja. Sebab itu ada tempat yang terpaksa hadkan jumlah haiwan. Sebab tenaga kerja yang terbatas.
Yang tak terbatasnya ialah masa nak menerima daging. Ramai pula masa itu. Huhu.


#iedadha #iedmubarak #adha #raya #PermaiMenulis #korban

Friday, June 23, 2023

Kantin

Berukhwah bersama sahabat di bumi Muadzam dan Bukit Ibam.
Terima kasih kerana belanja.
Nanti kita repeat dekat kantin.
Kantin Jaip ke Kantin.co Kuantan.

#kantin #PermaiMenulis #ukhuwah



Masisupa Zon

Singgah di SMA Pulau Tawar, tuan rumah MASISUPA Zon 2.
Antara ruang buat pelajar untuk menunjukkan bakat dalam acara sukan dan ilmiah.
Sambil-sambil dapat kawan dan berkenal dengan sekolah lain.
Selepas selesai peringkat zon, mereka akan bertemu di peringkat pusat.

Tahun ini, Pahang menjadi tuan rumah bagi KESSUMA.
Tentunya banyak kerja menanti geng Pendidikan. Mujur deme strong. Al Quttuz Jullanar Ainnal Fadli











#Masisupa #PermaiMenulis #media #jaip

Wednesday, June 21, 2023

Majalah Sekolah

Cerita Majalah Sekolah.

Zaman sekolah tentu banyak kenangan.
Sebahagian ceritanya dirakamkan dalam majalah sekolah.
Buat rujukan dan nostalgia masa hadapan.
Kali ini kita buka Slot majalah sekolah legend2.

Bersempena dengan keluaran terbaru "Majalah Jaip"

Majalah AZAM SMA Pulau Tawar tahun 1983.
Antara guru yang berkhidmat di SMA Pulau Tawar ketika itu adalah SS Dato' Sri Dr Haji Abdul Rahman bin Osman, Mufti Kerajaan Negeri Pahang.




#media #jaip #penerbitan #azam #PermaiMenulis #SiriMajalah

Tuesday, June 20, 2023

𝘾𝒂𝙩𝒂𝙩𝒂𝙣 𝙆𝒆-𝒅𝙪𝒂 - 𝑩𝙚𝒌𝙖𝒍 𝑴𝙖𝒌𝙖𝒏𝙖𝒏

 𝗦𝗶𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗴𝗶 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗡𝗮𝗶𝗸 𝗞𝗮𝗽𝗮𝗹 𝗟𝗮𝘂𝘁.


𝘾𝒂𝙩𝒂𝙩𝒂𝙣 𝙆𝒆-𝒅𝙪𝒂 - 𝑩𝙚𝒌𝙖𝒍 𝑴𝙖𝒌𝙖𝒏𝙖𝒏
#mekahmadinahdihati
#zulhijah

26 Disember 2005 : Selepas solat Isyak, Dewan Perwakilan Maqaz (DPM) Shoubra mengadakan majlis meraikan bakal jemaah haji peringkat Shoubra yang diadakan di markaz DPM.
DPM merupakan persatuan pelajar Malaysia di Shoubra.
Selesai program, saya pulang ke rumah.
Malam itu seluruh ahli bait kami (room mate) membantu menyediakan bekalan makanan untuk sepanjang perjalanan di atas kapal.
Langkah pertama : Memasak nasi dan lauk. Lauk hanyalah ayam goreng (beli peha ayam kuki yang dah siap bertepung dan berempah, hanya tinggal goreng sahaja).

Langkah kedua : Makanan yang telah siap dimasak. Kena sejukkan dulu. Nasi letak dalam talam dan sejukkan depan kipas. Huhu.
Makanan perlu disejukkan dahulu untuk mengelakkan cepat basi.

Langkah ketiga : Setelah sejuk, barulah dibungkus dengan foil (kerajang) Aluminium.

Saya bawa dua buah beg yang sederhana besar. Satu untuk beg pakaian dan satu lagi diisi dengan bekalan makanan.

Beria betul..kan, siapkan bekalan makanan. Sampai ada tiga langkah. Kenapanya weh ?

Sebabnya sebagai bekalan untuk dimakan dalam kapal nanti. Stok bekalan kenalah cukup untuk tiga hari perjalanan.

Dah tak ada orang menjual makanan ke kat atas kapal ?

Ada bukannya tiada. Tapi harganya mahal. Kami dinasihatkan untuk membawa bekalan makanan sendiri sebagai langkah berjimat.

Mujur sahabat-sahabat ahli bait (serumah) banyak membantu saya dalam menyiapkan bekalan tersebut.

Kalau harapkan ke saya seorang. Alamatnya selamba rock je lah bantai makan nasik arab kat café pak arab di atas kapal.

Contoh Hiasan : Makanan yang dibungkus dengan Foil Aluminium


#SiriPergiHajiNaikKapalLaut
#PermaiMenulis
#MekahMadinahDiHati
#SeputarMemoriSilam

Wednesday, June 14, 2023

Kursus Canva

Hari Selasa.
Menyertai Kursus Canva anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang.
Zaman kini, bukan lagi zaman artikel, rencana yang dikarang panjang.
Orang nak info ringkas, padat, tepat, terus faham maksud dan menarik.
Aplikasi Canva antara medium baharu yang sangat popular untuk membuat kerja-kerja editing. Mudah, ringkas dan cepat.

Nak tak nak, kita kena follow perkembangan semasa. Supaya tidak ketinggalan.



#canva #sukpahang #jaip #PermaiMenulis #media

Sasaran Kerja Utama

Cerita isnin.
Bengkel Pembinaan Sasaran Kerja Utama (SKU) My Performance.
Berpandukan Pelan Strategik Jabatan.
Cuma adjust gaya bahasa dan bentuk persembahan dari Pelan Strategik untuk dimasukkan dalam SKU.
Kita akan bekerja berpandukan SKU dan Pelan Strategik.
Barulah smart. Jangan nampak macam sibuk, tapi sebenarnya tak buat apa pun kerja utama.
Kekangan tetap ada.
Segelintir mengutamakan pekerjaan sampingan dan mengabaikan yang hakiki. Mungkin kerana pulangan dan hasilnya lebih menguntungkan.



#hrmis #myperformance #PermaiMenulis #ceritapekerja

Wednesday, June 07, 2023

Portable Office

Konsep Portable Office.
Tak semestinya nak buat kerja kena di office semata-mata.
Di mana-mana kita siapkan tugasan.
Namun ada masanya line internet tak beri kerjasama.
Sebab konsep portable, kita pindah lah ke tempat yang line internet power.



#Portableoffice
#jaip
#amilin
#PermaiMenulis
#media
#worksmart

Tuesday, June 06, 2023

Cara menghargai orang

I'm no body.
Terima kasih pada somebody yang membuatkan orang-orang biasa dianggap penting.
Suatu penghargaan yang sangat besar.

*Saya ada termasuk dalam kisah ini : https://zulkiflialbakri.com/24-coretan-pbakl-ke-40-dan-syor-penambahbaikan/

*Reruai yang ambil gambar client. Biasanya orang biasa ni Client yang snap / selfie sendiri.




#pbakl #jaip #PermaiMenulis #ilmu

Kisah Petang

Kisah lewat petang.
Terima kasih Kapten Hadios Hadi atas bantuan.
Barakallahufikum.





#tayar #PermaiMenulis #Pekan

Friday, June 02, 2023

Siri Kenangan Pergi Haji Naik Kapal Laut.

Siri Kenangan Pergi Haji Naik Kapal Laut.


Catatan Satu : VISA
#MekahMadinahDiHati

Pertengahan Disember tahun 2005- kami yang ingin menunaikan Haji mengikuti kursus haji anjuran PMRAM di H10. Sesi selama ½ hari sahaja. Huhu.
Kemudian, kami perlu mendapatkan suntikan vaksin di klinik dan memberikan Pasport kepada pihak pengurusan untuk urusan Visa.

Rumit, cerewet dan payah untuk mendapatkan Visa Haji. Bayangkan tiket dah ada, hotel dah tempah tapi visa tak dapat lagi.

26 Disember 2005 - Hampir sepanjang hari kami menunggu di kedutaan untuk mendapatkan Visa. Setelah pejabat dan kaunter tutup, barulah kami dapat pasport yang dah ada Visa Haji.
Itupun di kalangan kami terpaksa berbalah dengan staf di situ. Kerana style di sini sikit-sikit "bukrah" (esok).
Pergi Kaunter, orang kaunter cakap datang esok. Datang esok, depa akan cakap "bukrah". Begitulah ragam di sini.

Pulang dengan pasport di tangan seperti meraikan suatu kemenangan yang besar.
Mana taknya. Hari esok nak bertolak dah. Tak dapat visa tak lepas la nak pergi.

#PermaiMenulis
#SeputarMemoriSilam
#MekahMadinahDiHati
#haji
#mekah
#madinah