Thursday, September 28, 2017

KETIKA RASULULLAH SAW BERSEMBUNYI DALAM GUA

Nota Hijrah 5


1.   Saidina Abu Bakar RA  terlebih dahulu masuk ke dalam gua untuk memastikan keadaan dalam gua selamat dari ancaman binatang buas dan lainnya.
2.   Lubang-lubang dalam gua ditutup dengan kain yang dikoyakkan oleh Saidina Abu Bakar RA.
3.   Ketika Rasulullah SAW baring berehat di riba Saidina Abu Bakar RA, seekor binatang berbisa  (kala jengking) telah menyengat kaki saidina Abu Bakar RA.
4.   Saidina Abu Bakar tetap tidak bergerak dan berdiam menahan kesakitan. Beliau bimbangkan tidur Rasulullah SAW terganggu.
5.   Sakitnya sengatan tersebut, sehingga air mata saidina Abu Bakar mengalir dan menitis ke muka Rasulullah SAW.
6.   Rasulullah SAW meludah ke tempat sengatan tersebut dan serta merta sakit akibat sengatan tersebut hilang.
7.   Pihak kafir Quraisy terdesak mencari Rasulullah SAW. Suatu ketika mereka sudah sampai di depan pintu gua Thur. Jika mereka tunduk sahaja ke bawah nescaya mereka akan nampak Rasulullah dan Saidina Abu Bakar.

Anak panah putih menunjukkan tempat Mushrikin Mekah berdiri. Jika mereka tunduk melihat ke bawah nescaya mereka akan nampak kelibat Rasulullah SAW dan saidina Abu Bakar RA.

Firman Allah SWT :

إِلَّا تَنصُرُوهُ فَقَدْ نَصَرَهُ اللَّهُ إِذْ أَخْرَجَهُ الَّذِينَ كَفَرُوا ثَانِيَ اثْنَيْنِ إِذْ هُمَا فِي الْغَارِ إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ فَأَنزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ وَأَيَّدَهُ بِجُنُودٍ لَّمْ تَرَوْهَا وَجَعَلَ كَلِمَةَ الَّذِينَ كَفَرُوا السُّفْلَىٰ ۗ وَكَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ الْعُلْيَا ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ


Maksudnya: "Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita." Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan Kalimah Allah ((Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana."
(At Taubah : 40)

Pengajaran dan Hikmah

1.   Kita mesti Kasih dan sayang kepada Rasulullah SAW lebih dari diri kita sendiri.
2.   Yakinlah bahawa Allah SWT akan menolong mereka yang berjuang menegakkan Islam.
3.   Perasaan takut  merupakan fitrah bagi manusia. Ada yang tertewas dengan ujian ini. Akhirnya mereka kecundang tergelincir (futur) dari medan perjuangan dan dakwah.
4.   Ada  yang hanya memilih untuk berdakwah di kelompok elit bersama kemasyhuran dan kesenangan.
5.   Jika diajak ke medan yang lebih mencabar sehingga terpaksa berkorban wang, tenaga dan masa sebahagiannya enggan dengan pelbagai alasan.
6.   Sedangkan tabiat perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW dan para Sahabat dipenuhi dengan ranjau, kepayahan dan pengorbanan.


#PermaiMenulis
#hijrah
#notahijrah
#1439



Wednesday, September 27, 2017

RASULULLAH SAW KELUAR DARI RUMAH

Nota Hijrah 4


1.   Rasulullah SAW keluar dari rumahnya sambil membaca ayat al-Quran :

وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ

Maksudnya : “Dan Kami jadikan sekatan di hadapan mereka, dan sekatan di belakang mereka. Lalu Kami tutup pandangan mereka. Dengan itu, mereka tidak dapat melihat. (Yasin : 9)

2.   Dengan kuasa Allah SWT, semua yang terlibat mengepung rumah Rasulullah SAW tidak nampak dan tidak sedar Rasulullah SAW keluar melalui mereka semua.


3.   Rasulullah SAW dan saidina Abu Bakar RA menuju ke arah selatan menghala ke negeri Yaman.  Sedangkan Madinah di arah utara.

4.   Mereka bersembunyi (transit) selama tiga hari di Gua Thur.

Pengajaran dan Hikmah

1.       Ayat al-Quran  sebagai doa yang mujarab. Doa merupakan senjata tersirat umat Islam.
2.       Ayat al-Quran juga sebagai penawar (ruqyah) dan pendinding umat Islam dari penyakit dan gangguan dari semua makhluk.
3.       Selaku hamba Allah SWT, kita kena sentiasa yakin dengan kekuasaan dan perancangan Allah.
4.       Dalam mengatur strategi berhadapan dengan pihak musuh. Terutama mereka yang memusuhi Islam. Ada masanya kita perlu menggunakan kaedah berhelah.
5.      Musuh Islam berusaha bersungguh-sungguh untuk menghancurkan Islam. Mereka sanggup berkerja siang dan malam. Sebagaimana kaum Mushrikin Mekah yang mengorbankan waktu tidur yang enak dengan berkawal sepanjang malam di luar rumah Rasulullah SAW.
6.       Wajarkah kita umat Islam terus menerus lesu dan lemah. Sedangkan musuh Islam bergiat cergas ?
7.       Maka, sudah tentu kita mesti bangkit. Bekerja untuk menguatkan Islam.
8.       Walaupun sekarang musuh Islam nampak hebat dan kuat. Namun kita sentiasa percaya dan yakin bahawa umat Islam pasti akan bangkit. Insya-Allah Islam akan kembali menguasai bumi.



#PermaiMenulis
#maalhijrah
#notahijrah

#1439

Tuesday, September 26, 2017

Persiapan Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar RA untuk berhijrah.

Nota hijrah 3


1.   Rasulullah SAW menugaskan Saidina Ali RA  menggantikan tempat tidur Rasulullah dan berselimut dengan selimut yang biasa dipakai oleh Rasulullah.
2.   Asma’ binti Abu Bakar berperanan menyiapkan bekalan makanan. Dan akan menghantar makanan ke tempat persembunyian Rasulullah dan Saidina Abu Bakar RA.
3.   Abdullah bin Abu Bakar bertugas sebagai ‘spy’. Mendapatkan berita dan perancangan pembesar Quraisy. Kemudiannya akan melaporkan kepada Saidina Abu Bakar RA.
4.   Amir bin Fuhairah, Staf Saidina Abu Bakar mengembala kambing ke tempat berhampiran gua persembunyiaan.
Tapak kaki kambing yang banyak akan dapat menghilangkan kesan tapak kaki mereka. Di samping menghantar susu kambing untuk minuman Rasulullah dan saidina Abu Bakar RA.

5.   Mereka mengupah Abdullah bin Uraiqat, seorang yang mahir mengenai jalan. Walaupun seorang mushrik namun boleh dipercayai dan profesional.

Pengajaran dan Hikmah
1.   Pentingnya mempunyai sahabat sejati yang cerdas dan sanggup berkorban apa sahaja. Sebagaimana Saidina Abu Bakar yang menyusun perancangan dibantu dengan anak-anak dan orang suruhannya. Begitu juga dengan Saidina Ali.
2.   Perancangan dan strategi sangat penting. Jangan biasakan buat kerja secara adhoc dan  on the spot.
3.   Pekerja perlulah bekerja dengan majikan secara profesional mengikut perjanjian yang telah dipersetujui. Sebagaimana kisah Abdullah bin Uraiqat.


#PermaiMenulis
#maalhijrah
#notahijrah
#1439


Monday, September 25, 2017

Rasulullah SAW mengajak Saidina Abu Bakar berhijrah.

Nota Hijrah 2

Perhatikan kaedah dan strategi pintar Rasulullah SAW.

1.   Rasulullah SAW ke rumah Saidina Abu Bakar RA pada waktu tengah hari, iaitu  waktu kebiasaan orang arab berehat dan tidur di rumah.
2.   Rasulullah berselubung / berkelubung menutup kepala dan wajahnya. Untuk mengelakkan supaya dikenali.
3.   Sesampainya di rumah saidina Abu Bakar, Rasulullah SAW meminta sesiapa yang tidak berkenaan supaya tidak berada di situ.
4.   Rasulullah mengajak Saidina Abu Bakar RA menemaninya berhijrah.

Pengajaran dan Hikmah

1.   Untuk melaksanakan sesuatu misi dan projek memerlukan perancangan dan strategi yang tersusun. Dari sebesar perkara sehinggalah isu yang remeh.
2.   Sikap teliti dan berhati-hati sangat perlu sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, ketika Baginda  berselubung dan keluar pada lazimnya waktu orang berehat di rumah.
3.   Tidak mengambil mudah dalam gerak kerja. Contohnya ketika di rumah Saidina Abu Bakar RA, walaupuan sahabat baik kepercayaannya, namun Rasulullah SAW meminta supaya sesiapa yang tidak berkenaan supaya tidak mendengar perbincangan mereka.
4.   Pemilihan sahabat untuk terlibat dalam team menjayakan misi sangat penting, demi memastikan misi menjadi mudah dan lancar.



#PermaiMenulis
#maalhijrah
#notahijrah
#1439