Friday, June 09, 2006

KAWAN YANG BAIK..

Bukannya senang nak cari kawan yang baik,
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik.

Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalumenasihati kawan baiknya untuk membuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertamam yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.
Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita,
Kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita,
Kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.
Dan kalau kita dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik…kepada kawan baik kita.

Apabila datang kesusahan dan kepayahan, di situlah nyata kawan dan lawan.
Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.
Sebaik-baik sahabat adalah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.
Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman.
Dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-nyiakan teman yang diperolehinya.

Saturday, June 03, 2006

Masyarakat hari ini.
Kebejatan akhlak dan sosial di kalangan masyarakat umumnya dan umat Islam di negara kita khasnya sudah di ambang kritikal yang membimbangkan. Lebih merisaukan lagi, kelompok terpelajar seperti ‘student u’ juga terjebak ke dalam kebejatan ini.
Hampir setiap hari akhbar2 akan menyiarkan pelbagai kes yang berlainan yang muncul di negara kita.
Beberapa statistik :
-Penggunaan kondom oleh rakyat begitu banyak yang melayakkan Malaysia mendapat tempat ke4 di Asia.
-kekerapan remaja melakukan seks dalam setahun sebanyak 72 kali.
-HIV: 1 hari 19 orang dijangka akan dijangkiti HIV. Statistik menunjukkan angka 210 000 org yg telah mendapat HIV.
-anak tidak sah taraf (istilah baru sebelum ini anak luar nikah) statistik dari jan 99 – jun 04 sebanyak 70 340 orang.
-dadah : 28 minit akan muncul seorang penagih baru.
-judi : menghasilkan pendapatan negara 4 bilion setahun.
-perlecehan agama: murtad berleluasa, dikatakan seramai lebih 100 000 orang. Yang telah dan memohon untuk murtad.
-tahun 2002 : pelajar PMR yang tidak tahu mengucap seramai 24 000 orang.
Kita sedar akan perkara ini. Cuma dalam konsep dakwah adalah tidak adil untuk mengatakan mereka2 ini adalah salah. Cuma apa yang perlu dibuat dan boleh kita buat untuk mengatasi dilema ini. Mereka2 adalah jahil. Cuma untuk mencerdikkan mereka kita juga mengalami pelbagai masalah serta rintangan yang mendatang.
Kita tahu pelbagai anasir2 telah dilakukan oleh musuh2 Islam untuk melihat Islam tidak akan berkembang dan bangkit naik, mereka ada kuasa untuk membuat apa sahaja. Sekarang kita menyedari seluruh umat Islam dunia ditekan, ditindas, diancam, dibunuh, dinafikan hak mereka dan pelbagai lagi.
Kita melihat mereka sekarang dalam usaha untuk menjahilkan rakyat. Majoriti sekolah agama telah ditutup. Mereka susahkan pelajr2 yang ingin menyambung pelajarannya ke timur tengah seperti Mesir, Syria, Yaman, tak terkecuali Pakistan. Mereka melabelkan kelompok agama sebagai militan dan ganas. Mereka kecilkan skop pelajaran agama di IPTA. Pelajar2 yang terserlah keislamannya akan dibuang kolej….
Mereka merancakkan budaya Hedonisme yang melampau. Kita melihat saban bulan pelbagai aktiviti hiburan baru muncul, macam2 anugerah muncul, akademi fantasia, anugerah skrin, anugerah berita harian, anugerah era, anugerah seri angkasa, dan macam2 lagi yang tidak akan habis jika dihitung. Dan ketahuilah pelbagai perkara dan aktiviti baru lagi akn muncul…
Cuma di mana kita dalam menghadapi semua ini, sedangkan tuntutan amar ma’ruf nahi mungkar ditaklifkan ke atas kita semua.
wasalam..

Friday, June 02, 2006


Hawa Nafsu
Kita maklumi bahawa semua manusia tidak terlepas dari melakukan salah dan silap. Baik siapa pun dia, perdana menteri, menteri besar, presiden, senator, petani, cendikiawan semuanya tidak terlepas dengan anasir ini. Hanya Baginda Rasulullah s.a.w sahaja yang ma’sum dan Baginda merupakan penunjuk jalan yang benar.
Firman Allah “ Dan tidaklah ia bercakap menurut hawa nafsu semata-mata. Dia tidak bercakap melainkan mengikut wahyu yang diwahyukan”. (an-Najm 3-4)
“dan apa yang datang dari Rasulullah maka terimalah ia dan apa yang ditegah olehnya maka tinggalkanlah ia..” ( al-Hasyr 7)

Oleh kerana kita manusia di muka bumi ini tidak terlepas dari salah dan silap, maka sudah sepatutnya untuk kita mengikuti Rasulullah s.a.w yang ma’sum yang dapat memberikan penunjuk jalan yang benar kepada kita. Imam Malik pernah berkata : “setiap manusia itu pendapatnya kemungkinan diterima dan ditolak, kecuali Rasulullah s.a.w”

Namun timbul masalah setelah kita (baca umat Islam) mengatakan bahawa kita telah mengikuti Rasulullah s.a.w kenapa masih berlaku perkara-perkara negatif yang secara logiknya tidak sepatutnya berlaku kerana kita telah pun mengikuti ajaran Rasulullah s.a.w.

Antara faktor yang menyebabkan masihnya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini itu ialah kerana kita mempunyai hawa nafsu yang payah dikekang dan biasanya kita akan lebih terarah untuk mengikutinya walaupun kita tahu perkara yang dilakukan itu adalah salah.
Sabda Nabi s.a.w “tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga hawa nafsunya mengikut apa yang aku bawa”
Kita akui hawa nafsu memang payah untuk dikekang. Diceritakan kepada kita : Pada masa Allah menciptakan hawa nafsu lalu Allah bertanya kepada hawa nafsu siapakah Aku, maka hawa nafsu menjawab aku ialah aku dan kamu ialah kamu. Kemudian dimasukkan hawa nafsu ke dalam neraka selama ratusan tahun, setelah dikeluarkan ditanyakan kepadanya soalan yang sama dan dijawabnya aku ialah aku dan kamu ialah kamu, kemudian dimasukkan lagi ke dalam neraka dan setelah sampai sesuatu tempoh, hawa nafsu dikeluarkan dan perkara yang berulang berlaku. Setelah beberapa kali dimasukkan ke dalam neraka barulah hawa nafsu mengaku dengan mengatakan Allah ialah tuhan aku dan aku adalah hambanya. Dalam riwayat yang lain akhirnya hawa nafsu mengalah setelah ditimpakan kelaparan kepadanya. Nak menceritakan kepada kita bahawa kedegilan hawa nafsu yang begitu tinggi.

Hawa nafsu boleh menjadi seperti tuhan kalau kita tidak berjaya mengekangnya. Sepatutnya kita umat Islam tidak terpengaruh dengan dakyah yang dibawa oleh hawa nafsu kerana Allah telah mengurniakan akal kepada kita. Hanya mereka yang lemah sahaja akan terpengaruh dengan kehendak hawa nafsu.
Firman Allah :“ dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah” (al Qasas 50)
Masalah yang kita hadapi sekarang ialah kebanyakan daripada golongan pimpinan yang mentadbir dan memimpin mengikut hawa nafsu sesuka hati mereka tanpa berpandukan ajaran agama. Akibatnya dapat kita lihat bersama pelbagai masalah-masalah datang menimpa kita dan mereka. Negara menjadi semakin tidak aman, kita tidak merasa tenteram walaupun berada dalam rumah kita sendiri. Terlalu banyak kes-kes jenayah yang kita dengari, pembunuhan, zina, sumbang mahram, rompakan, rasuah, minum arak, masalah akhlak yang meruncing di kalangan umat Islam khususnya golongan remaja dan pelbagai masalah lagi. InsyaAllah jika kita kembali mengikut ajaran Islam masalah-masalah tersebut dapat diatasi kerana hanya Islamlah sahaja yang mampu menyelesaikannya.
Sabda Rasulullah s.a.w “ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selamanya selama mana kamu berpegang dengan keduanya iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah”


Antara kaedah untuk mengatasi hawa nafsu ialah dengan kita berpuasa, kerana lapar merupakan kelemahan kepada hawa nafsu.
Sabda Rasulullah s.a.w : dari Abdullah bin Mas'ud r. a: Diriwayatkan daripada Alqamah r. a katanya: Aku pernah berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah r.a. Kami bertemu dengan Othman r. a yang kemudian menghampiri Abdullah r.a. Setelah berbincang beberapa ketika, Othman r. a bertanya: Wahai Abu Abdul Rahman: Mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah-mudahan perempuan itu akan dapat mengingatkan kembali masa lampaumu yang indah. Mendengar tawaran itu Abdullah r. a menjawab: Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w kepada kami: Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu.

Kaedah lain ialah kita mantapkan ukhwah sesama kita. InsyaAllah dengan ukhwah yang mantap kekerapan untuk kita mengikut hawa nafsu agak kecil kerana adanya sahabat-sahabat yang berdampingan memberi nasihat, teguran serta pandangan bernas kepada kita.

Mudahan Allah mengampuni kita bersama di atas kelemahan diri kita.Cuba kita lazimi diri kita untuk bermuhasabah, mengimbau dan meneliti segala kesalahan dan kesilapan kita dan bersegeralah untuk mengubah dan mengatasinya sebelum terlambat dan menjadi tabiat kita. Ingat ! batu yang keras lama-lama lekuk juga dek terkena titisan air yang lembut.
Wasalam.