Thursday, August 30, 2012

29 Ogos-Mengenang As Syahid Sayyid Qutb

29 Ogos 1966 yang lalu,  tarikh berlakunya peristiwa tragis bagi umat Islam. Tarikh di mana as-Syahid Sayyid Qutb dihukum mati di tali gantung. 

Sayyid Qutb telah dilahirkan di Asyut, Mesir pada tahun 1906, menghafal al-Quran dan menamatkan hafazan semasa berumur 10 tahun. Beliau dididik oleh ibu bapanya dengan tegas berkaitan syakhsiah dan pengamalan Islam.

Sayyid Qutb pernah merakamkan keberkesanan ibu bapanya dalam mengasuhnya semasa kecil dalam tulisannya :

"Wahai ayahku, kutujukan tulisan ini kepada rohmu. Aku masih kecil ketika engkau menanamkan ke dalam jiwaku rasa takut kepada hari akhirat. Tidak pernah engkau mengherdikku, namun engkau mempamerkan hidupmu di depanku. Hari akhirat menjadi perhitungan dan peringatanmu, di hati dan di lidahmu. Engkau bersungguh menunaikan hak orang ke atasmu, namun engkau berlebih kurang dengan hakmu di atas orang lain, kerana engkau takut pada hari akhirat. Engkau memaafkan kesalahan orang lain, Walaupun engkau mampu membalasnya, lantaran mengharapkan ia menjadi kifarat di hari akhirat. Engkau selalu mengenepikan keperluanmu agar mendapat ganjaran akhirat. Wajahmu terbayang dalam ingatanku, setiap kali kita selesai makan malam, engkau membacakan al-Fatihah dan engkau menujukan kepada roh kedua ibubapamu di negeri akhirat. Dan kami anak-anakmu yang kecil turut bersamamu membacanya, terputus di sana sini kerana kami masih belum menghafalnya dengan sempurna".

"Kepadamu wahai ibu, kutujukan buku ini (Al-Taswir al-fanni fil Quran), ketika desa ini berkumandang dengan bacaan al-Quran dari rumah kita, sepanjang bulan Ramadhan, engkau bersungguh-sungguh mendengarnya dari balik tirai. Apabila aku yang duduk di sisimu turut menakal sebagai anak-anak yang lain, engkau segera memberi isyarat tegas dan aku segera mengerti lalu turut bersamamu menghayati alunan bacaan al-Quran walaupun aku tidak mengerti maknanya. ketika aku membesar di dalam belaianmu, engkau menghantarku ke sekolah asas di desa. Impian pertamamu padaku ialah agar aku menghafal al-Quran dan dengan anugerah Allah aku menghafalnya serta membacakannya kepadamu setiap masa"

Kisah Sayyid Qutb dengan Ikhwan bermula ketika beliau sedang berada di Amerika di atas urusan kerja (ketika itu beliau sedang berkhidmat dengan Kementerian Pendidikan Mesir). Beliau cukup terkejut melihat masyarakat Amerika yang bergembira dan berpesta meraikan kematian seorang musuh mereka iaitu Hasan al-Banna. Sayyid Qutb merasa ingin mengenali susuk lelaki tersebut. Sekembalinya dari Amerika beliau mencari jawapan 'siapa lelaki hebat' yang sangat dibenci oleh golongan kuffar tersebut. Akhirnya beliau menemui jawapannya dan bersegera beliau bernekad untuk menyambung tugas yang pernah dilalui oleh almarhum as-Syahid Hasan al Banna walaupun akhirnya beliau terpaksa membayar dengan harga nyawa beliau sendiri.

Secara rasmi beliau menyertai ikhwan pada tahun 1951. Beliau merupakan orang pertama yang memberikan baiah kepada Hasan Hudaibi selaku Musyridul am Ikhwan. Beliau telah dilantik menjadi ketua lajnah Dakwah Ikhwan.

Sayyid Qutb menulis dan bercakap dengan menjiwai sepenuhnya perjuangan Ikhwan. Ideanya telah dicurahkan di dalam buku-buku harakah dan dakwah. Karyanya telah tersebar luas ke seluruh pelusuk alam. Antara karyanya yang masyhur ialah :
Maalim fil Tariq, Tafsir fil zilal al-Quran dan puluhan lagi yang lain.

Beliau telah dipenjarakan pada tahun 1954 dan dihukum mati pada tahun 1966.

Beberapa Kalam Akhir  As-Syahid Sayyid Qutb :

Surat yang ditulis kepada adiknya Hamidah Qutb sebelum beliau digantung sampai mati :-
"Wahai adikku, barangkali sekarang ini engkau sedang melihat dengan gerun tali gantung yang akan menjerat leherku. Kita akan merasakan perjuangan kita ini sempit apabila kita memikirkan bahawa kita yang memulakan perjuangan dan kita yang akan mengakhiri perjuangan ini tetapi apabila kita memikirkan bahawa bukan kita yang memulakan perjuangan ini dan bukan kita yang menamatkannya, maka ketika itu terasalah bagaimana luasnya perjuangan kita, bagaimana luasnya keluarga kita kerana keluarga kita bukan keluarga yang diikat oleh keturunan darah tetapi keturunan kita diikat oleh kesatuan akidah La ilaha illallah Muhammad Rasulullah"

Puisi yang ditulis beberapa ketika sebelum menemui syahid :-

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianKu
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
maka di atas tulang-tulangku
yang hancur luluh
nyalakanlah obor buat umat ini
dan..
teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
kematianku adalah suatu perjalanan
mendapatkan kekasih yang sedang merindu
taman-taman syurga Tuhanku bangga menerimaku
burung-burungnya berkicau riang menyambutku
bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
dan alam ini akan disinari fajar lagi
biarlah Rohku terbang mendapatkan rindunya

Janganlah gentar berkelana di alam abadi
nun di sana fajar sedang memancar.


kini telah 46 tahun Ulama haraki ini telah meninggalkan kita. Namun gerak kerjanya akan terus disambung dari generasi ke generasi..termasuklah diri kita yang kerdil ini..insyaAllah..

P/s: salam kemerdekaan ke 55 buat sahabat-sahabat semua.

Tuesday, August 28, 2012

Bersarapan pagi di RnR Temerloh


Beberapa hari yang lalu, saya singgah bersarapan pagi di RnR Temerloh. Pagi tersebut, kedai makan banyak yang tak ready makanan lagi. Tengah sibuk memasak. Adalah 2, 3 buah sahaja yang sudah siap menyediakan menu sarapan pagi.

Biasa di mana-mana RnR kedai yang menjual makanan hanya ada makanan dan minuman perlu ke kedai yang hanya membuat minuman. Sama macam kedai makan di Mesir. Di Mesir kedai makan kebanyakannya hanya menyediakan makanan, minuman kalau ada pun air kosong dan air tin. Nak minum perlu ke kedai lain.

Di RnR Temerloh, kedai yang menyediakan perkhidmatan menjual air adalah juga 3,4 buah kedai. Satu kepunyaan orang hindu, terang-terang terpamer nama Hindunya di depan kedainya. Tapi ramai sahaja orang muslim yang order minuman di situ. Walaupun hanya bancuh air seperti  the dan  kopi O tetapi saya tak tergamak nak order minuman di situ.

Satu lagi kedai tu, pagi tersebut hanya boleh order air dalam tin dan kotak sahaja, air panas masih tengah dijerang walaupun jam sudah pukul 9.00 pagi. (sangkaan mungkin stok air panas depa telah habis disebabkan terlalu ramai orang yang singgah).

Jadi tinggallah hanya satu kedai sahaja yang menyediakan minuman, sebab ramai juga yang tidak sanggup order minuman di kedai hindu tersebut. Jadi saya pun ke situ…dan ini yang nak komentar ni :-

-Yang duduk di casher dia tak tengok siapa pelanggan yang terdahulu. Dia kira siapa yang duduk dekat depan dia sahaja. ketika saya di situ, seorang pakcik menyatakan ketidak puasan hatinya sebab orang dah potong Que dia. Air orang yang terkemudian pula dapat dahulu.
-Begitu juga dengan saya, dah 3 orang potong que saya, air depa dulu yang dapat. Saya masih menanti air saya.
-Seterusnya saya kata, “dah lama dah berdiri sini, dah 3 orang potong giliran, tak siap lagi ke air saya”. Dia pun tanya..air apa ye order tadi..saya pun sebut semula pesanan saya.
-Air saya masih tak dapat lagi, ramai pula pelanggan yang ramainya orang perempuan yang tidak pandai beratur(mungkin tak sekolah kut, sebab kat sekolah kita diajar beratur di perhimpunan pagi)..air orang lain pula yang dapat..saya tak lagi..
-Tiba-tiba, Dia buat pengumuman semua pergi order ke kedai lain..sebab stok cawan diorang dah habis..dan dia tak cakap langsung kepada saya yang paling lama berdiri tercegat di situ. Hanya cakap slow kepada orang di depan dia..tapi masih dapat didengari oleh saya.
-Saya tak sound orang kedai itu..maka hari itu, saya bersarapan di kedai tanpa air. Lebih dari 10 minit saya berdiri menunggu minuman saya..dengan tidak diberi layanan yang baik.. lastly cawan dia habis, suruh pergi ke kedai lain setelah 10 minit berdiri di situ.

-Saya meninggalkan kedai itu,  Dan saya sangat ingat nama kedai itu : PERNIAGAAN SHAARI DAN FUZIAH..kedai yang peniaganya kalau saya jadi tokeynya..dah lama saya pecat pekerja macam itu. Tiada adab layan pelanggan.

P/S : Makan di RnR ni sebenarnya tak lah sesedap mana. Contohnya bila orang luar singgah di RnR Temerloh/di Pahang, dia tahu Pahang terkenal dengan masakan ikan patin, dia order lauk ikan patin, lepas itu dia komplen tak sedap rupanya ikan patin ini, dia pelik kenapa orang kata sedap sangat ikan patin, dia makan loya dan muak sahaja…
Sebabnya..kalau nak sedap kena cari kedai makan di luar RnR..terutamanya kedai di kampung-kampung..baru sedap…kedai di Bandar, di RnR.. ikan patinnya kebanyakannya ikan patin kolam.Jadi rasanya rasa lumpur dan tanah. Nak sedap cari yang ori sungai, ikan sangkar pun ok dah juga..tapi ada juga yang bela dalam kolam..dekat-dekat nak jual..rendam seketika dalam sangkar.

Pesanan buat Penjual Makanan -
-Jangan fokus kepada keuntungan semata-mata dengan mengabaikan beberapa perkara seperti :
-Kebersihan makanan, penjual, tukang masak, dapor dan tempat makan.
-Makanan yang sudah lama pun masih dijual dengan dipanaskan semula. (boleh terkena keracunan makanan)
-Berpakaian menutup aurat- anda fasiq kalau tidak menutup aurat. Bagi pembeli kurang afdhal membeli makanan dengan orang fasiq ini.
-Menjaga solat fardhu. Lagi dahsyat woo..anda boleh menjadi calon ahli neraka dan pembeli pula membeli makanan dari calon ahli neraka.
-Beli bekalan keluaran produk muslim, seperti mee kuning ramai yang ambil stok cina yang buat. Begitu juga dengan ayam.

Sunday, August 26, 2012

AdikKu belajar Hafiz al-Quran


Kesemua adik beradik saya bersekolah menengah di sekolah yang sama, kecuali adik bongsu kami yang disekolahkan di sebuah Maahad Tahfiz swasta. Dia disekolahkan disitu dengan iringan hasrat dan impian yang besar keluarga kami.

Sekolah tahfiz tersebut baru sahaja beroperasi dan adik saya merupakan generasi pertama. Sudah tentu juga menjadi eksperimen mata-mata di luar sana untuk menilai sekolah tersebut. Bila bergelar generasi pertama di sekolah persendirian pula, sudah tentu banyak risiko, dugaan dan cabarannya. Tahniah juga saya ucapkan buat ibu bapa yang percaya untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah tersebut. Ramai juga yang tiada keyakinan lagi kepada sekolah-sekolah baru. Mereka ingin melihat hasil keluaran sekolah dahulu, barulah timbul keyakinan untuk menghantar anak ke sekolah  tersebut.

Mendengar misi dan visi sekolah tahfiz tersebut memang mengkagumkan. Namun biasalah bila baru nak mula bertapak…makan masa lah

Cuti raya ini, barulah saya berkesempatan men’tasmik’ adik saya.  Jadi di sini saya perturunkan sedikit komen berdasarkan prestasi hafazan adik saya.

-bacaan laju dan kurang menjaga tajwid. Rasanya hari-hari dia baca begitu dan ustaz yang mentasmiknya tak tegur kut.
-Tak kenal hukum hakam tajwid. Tahu baca sahaja. Bila ditanya yang ini hukum apa..dia tak tahu..kadar bacaan pun tak tahu.
-Tak pernah mengulang hafazan yang lama. Hari-hari menghafaz yang baru sahaja. Tiada waktu mengulang hafazan lama dengan guru. Kata gurunya..selepas tamat satu juz baru mengulang. Maknanya kalau 2 bulan baru habis satu juz..dua bulan lah tak pernah mengulang..hafaz yang baru sahaja.
-guru tahfiz hanya part time sahaja di situ. Bukan tonggak. Sepatutnya bila nama maahad tahfiz mestilah guru hafiznya yang merupakan tunjang utama dan banyak masa dengan anak murid. Bukan hanya dalam waktu tasmik sahaja.
-Pelajar yang selalu pula pulang bercuti. Maahad tahfiz  biasanya mempunyai jadual yang padat dan cuti juga diminimumkan. Ini kerana tiada penjaga (warden) yang boleh bagi komitmen sepenuh masa.

Saya pun bukannya pandai sangat. Tetapi dengan tunjuk ajar dari guru-guru kami… saya rasa beberapa perkara perlu ditekankan, seperti :

-guru mesti syadid dengan bacaan anak murid. Pastikan anak murid baca dengan kaedah tajwid yang betul. Bukan baca laju macam baca surat khabar.
-Mesti ada jadual waktu mengulang yang kerap dengan anak murid. Kerana menjaga hafazan yang lama lebih penting dari hafazan yang baru. Menghafaz yang baru memang mudah tetapi nak menjaga hafazan yang telah dihafaz memang payah.
-Waktu bersama al-Quran perlu maksimum bukan hanya sekadar mencelah di jadual waktu disamping pelajaran-pelajaran lain.

Saya terbaca, kisah adik Muhammad bin Ahmad Zahid al-hafiz. Ketika dalam proses hafazannya dahulu, selepas pengajiannya dengan Syeikh Husin dari Nyamar, yang sebelum dari itu telah berpindah-pindah beberapa maahad tahfiz, dalam tempoh seketika beliau tidak memasuki mana-mana pusat pengajian tahfiz, hanya dipantau oleh bapanya, sehinggalah beliau menamatkan hafazannya. Ini kerana bapanya sangat menitik beratkan pencapaian anaknya dalam bidang hafazan. Setelah tamat barulah dihantar ke sekolah swasta yang lain.

Begitu juga saya lihat pengalaman kenalan saya yang mempunyai 2 orang anak yang dihantar ke pusat pengajian tahfiz swasta sejak kecil. Juga sering berpindah-pindah tempat belajar. Ini kerana bapanya sering memantau perkembangan anaknya. Jika bermasalah di sesebuah tempat pengajian, anaknya akan ditukarkan ke tempat yang lain. Anaknya pernah mengaji di Kelantan dan kini di Kedah.

Alhamdulillah, dengan berkat para guru, saya sedikit sebanyak pernah juga terlibat dalam dunia tahfiz ini. Saya pernah seketika mengajar (pensyarah) di Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Pernah seketika menjadi trainer hafazan al-Quran di UIA Kuantan, pernah bersama rakan taulan menganjurkan bengkel al-Quran dan sekarang masih membimbing pengajian tahfiz al-Quran dewasa di Masjid kami. Dengan sedikit  pengalaman itu saya membuat sedikit komen yang membina untuk sekolah tahfiz tersebut. Demi masa depan sekolah tersebut, juga masa depan pelajarnya dan masa depan adik saya.
Waalahua’lam.

Friday, August 24, 2012

Tangan gatal di Masjid


Tangan gatal merujuk kepada orang yang tidak boleh duduk diam. Ada sahaja benda yang nak diusiknya dan sudah tentu tanganlah agen terutama untuk menyentuh sesuatu. Suka saya bercerita mengenai isu ini berkisar  dalam pagar masjid khasnya masjid kami, masjid tuan puan dan mana-mana masjid pun, isunya hampir serupa sahaja.
Masjid merupakan tempat umum yang dikunjungi oleh pelbagai orang, orang besar, orang tempatan, orang luar, pelancong tempatan, pelancong luar negeri , peminta sedekah, penjual  pendek kata semua jenis golongan manusia berkunjung ke masjid. Berbeza dengan mana-mana pejabat  yang lain termasuk pejabat agama sekalipun, pengunjungnya terbatas kepada orang-orang yang tertentu dan berkenaan sahaja.
Di masjid terdapat orang yang menguruskannya yang mungkin boleh kita sebut bahagian pentadbirannya mungkin terdiri daripada pegawai masjid dan AJK masjid. Begitu juga dimana-mana pejabat dan agensi lain terdapat mereka yang menguruskannya. Namun bezanya.. pentadbiran masjid tidak dipedulikan sangat oleh pengunjungnya dan kadangkala tidak dikenali pun oleh mereka yang mengunjunginya. Makanya seolah-olah pentadbiran masjid tiada kuasa sangat pun dalam menguruskan orang ramai yang berkunjung di masjid. Lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai tangan  gatal.
Pengunjung bertangan gatal, ada sahaja yang disentuhnya dan walaupun mereka mengusik sesuatu benda itu hanya seketika tetapi kesannya terserlah, menyusahkan orang ramai lebih-lebih lagi pentadbirannya.
Antara contoh-contoh sikap orang yang gatal tangan di masjid. (contoh berdasarkan di masjid kami)
-Melukis dan menulis sesuka hati di tandas masjid, seperti no hp awek bla..bla. Mereka ini memang siap bawa marker dalam poket mereka.
-Membuang kucing ke masjid. Mungkin jika  mereka ini berkuasa, mereka  ingin menjadikan masjid sebagai zoo atau pusat perkembangan haiwan terutamanya kucing.
-Menampal, menggantung iklan mereka sesuka hati tanpa meminta kebenaran. Rasa saya kalau saya sesuka hati menampal/ menggantung banner dip agar rumah atau pejabat mereka..amacam?
-Membawa balik tabung kutipan derma ke rumah mereka. Mungkin mereka ingin menabung..cari tabung duit kat kedai semuanya saiz kecik, yang kat masjid sahaja bersaiz besar gedabak.
-Meninggalkan pampers anak-anak mereka sekali dengan perasa dan pewarna di pampers berkenaan di meja, kerusi tempat rehat masjid, di lantai tandas dan dimana-mana yang mereka nak letak. Tak boleh nak salahkan mereka juga. Mungkin mak ayah mereka dulu yang didik mereka supaya berperlakuan begitu. Pesan ayah mak mereka, ada anak nanti buang sahaja pampers di mana-mana.
-Najis mereka tidak dijirus, mungkin rumah mereka pun begitu juga, harap baju sahaja bergaya…perangai habat..tapi ada juga yang nak kawin dengan mereka..sama-sama habat…
-Parking khas untuk pegawai…ramai juga yang berminat nak jadi pegawai masjid kut. Kadang-kadang saya terpaksa parking kenderaan di luar pagar masjid, di tepi jalan raya..Kalau saya parking di pintu pagar macamana?
-Mereka pandai guna telekong, kain pelekat, sejadah yang disediakan..tapi tak reti nak lipat, gantung balik…Kalau tanya..mereka kata cikgu kat sekolah tak pernah ajar.
-Mereka sanggup alih kerusi-kerusi batu yang berat  untuk kegunaan mereka, lepas itu tak letak balik..
-di meja ruangan niaga koperasi masjid kami, mereka baca/ belek buku-buku sampai jadi lusuh buku tersebut. Dulu-dulu masa sekolah tak pandai sangat jaga buku..al maklumlah buku teks pinjaman..buku free, bukan kepunyaan mereka pun..jadi tak payah nak jaga beria-ria..kesannya bila dewasa agak ganas dan tidak berhalus bila berdepan dengan buku.
Pintu tandas/ plus tandas/ pili air..boleh tercabut/ terkopak dek kuatnya daya tangan mereka…tak tahulah kut-kut banyak sangat makan minum produk kesihatan yang  berlambak-lambak menyebabkan mereka menjadi sangat kuat macam badang. Pili yang besi pun boleh tewas dengan mereka.
Ada banyak lagi..tangan-tangan gatal di masjid….kalian boleh tambah sendiri di list masing-masing…
Sekian…
Ps: moralnya..Jagalah bersama rumah Allah ini. Memang bukan rumah kita..tetapi rumah Allah..kita jaga rumahNya…Dia akan balas balik dengan jaga kita pula.

Wednesday, August 22, 2012

Cerita Mualaf..

Sebelum solat asar, saya didatangi oleh seorang 'saudara baru' (orang kita gelarkan mualaf) berbangsa Cina. Saya memang cam muka-muka saudara baru yang pernah bertandang ke masjid kami. Saudara baru tersebut menceritakan yang dia baru balik ke kampung, minta duit RM 50 dengan mak untuk buat tambang, tapi maknya tak bagi dan siap dimarahi lagi. Sambungnya lagi Pondok kat Kelantan dah nak buka, jadi dia tiada duit untuk balik ke Kelantan.
Saya beritahu dia yang saya kenal dan cam dia. Dia terus diam dan terus menghilangkan diri, solat asar pun tiada..

Saya masih teringat, pada pertemuan yang lepas dengannya, sahabat saya beria menemuramah. Bertanyakan nama pondok, nama gurunya, apa pelajarannya, minta baca surah al-Fatihah, minta mengucap syahadah. Namun kesemuanya dia tidak dapat. katanya tak ingat.

Mungkin orang nampak kami beria, mungkin dia betul..wallahua'lam..tetapi bagi kami yang sentiasa berdepan dengan situasi begini..agak syadid sedikit kerana hampir 98% yang bertemu meminta bantuan mereka-reka cerita dan kaki temberang.

Sedikit pedoman bila berhadapan dengan orang yang meminta bantuan yang menyatakan untuk sambung pengajian :

-minta surat pengesahan Pelajar yang terkini. (biasa depa bagi surat pengesahan Islam)
-Kita contact tempat yang depa dakwa belajar disitu, minta pengesahan.
-Tanya guru-guru, pelajaran, ayat hafazan, dan asas farhu ain.

Mudahan jika mereka betul-betul dalam kesusahan, dalam pengajian seperti dakwaan mereka..Maka Ya Allah mudahkanlah urusan mereka...
Ameen.

Tuesday, August 21, 2012

Sebotol Cuka Epal?? Namun berbeza-beza..



Beberapa bulan yang lalu, masjid kami didatangi oleh seorang pakcik yang meminta laluan untuk menjual produk yang dibawanya. Katanya terpulang pada orang ramai..nak beli atau tak..dia tak kisah. Pakcik yang katanya sudah berumur 70an masih lagi berdaya memandu jauh dari Kelantan ke KL. Produk yang dijualnya ialah cuka epal. Tidak dinafikan cuka epal sangat banyak khasiatnya. Dan ramai juga yang melaziminya merasa lebih segar dan sihat. Harga yang ditawarkan oleh pakcik tersebut ialah RM 40.00 sebotol. Ramai juga yang membelinya..

Hari semalam, saya berziarah ke rumah wan, dia menceritakan tengah mengamal cuka epal yang baru bulan lepas dibelinya. Ada ustaz yang mengajar disitu menjualnya. Harga yang dijual oleh ustaz tersebut RM 100+ sebotol. Saya melihat botol dan jenama cuka epal tersebut..

Saya sering meninjau-ninjau laman web bisnes online, antaranya web yang menjual prodok-produk seperti cuka epal, cuka kurma, pati delima, madu dsb… Ada yang mempamerkan harga dan ada yang kita kena emel kepada mereka barulah diberi senarai harga.. Harga berbeza-beza.. tetapi tak sampailah ke harga yang dijual oleh pakcik dan ustaz  (cerita pada perenggan atas tadi). Cuma bagi saya harganya juga masih tinggi.

Kerana apa saya berkata begitu..kami juga terlibat dalam bisnes ini. Bagi Cuka Epal yang sama jenama dan pengeluar yang ustaz itu jual dengan harga RM 100+ sebotol, yang pakcik itu jual RM 40 sebotol, kami hanya jual  dari RM 18-25. Ada juga yang jenama lain..lagilah murahnya..boleh jual RM 15 sebotol.

Maka, kami berpesan kepada para penjual..jangan jual  mahal sangat..berpada-padalah… kepada pembeli pula..buat kajian dahulu sebelum membeli…servey harga dulu…


Monday, August 20, 2012

Raya Eid Mubarak 1433H


Malam raya, 
selain dari kedai mamak payah nak cari kedai makan yang masih beroperasi, banyaknya dari hari kelmarin lagi telah tutup, bahang raya punya pasal. Maka kedai makan yang masih ON, confirm ramai pelanggan mengeteh. Keadaan yang sama ketika di hari pertama Ramadhan, beberapa kerat kedai makan yang dibuka memang laku.. Semasa di awal ramadhan dahulu, saya membawa imam terawih jemputan mencari tempat minum, kami mencari sehingga 12KM jauhnya baru ketemu kedai minum yang dibuka.
Pagi Raya,
Selesai solat subuh, seperti kelaziman biasa setiap tahun, pegawai masjid akan dijemput bersarapan pagi ke rumah Hj Mustafa, Tokey Cendol Center Point (CCP).
Solat raya dijadualkan pada jam 8.30 pagi. Kami mula bertakbir pada jam 8.00 pagi. Para jemaah sudah mula memenuhi ruang solat masjid. Cuma tiada yang berani menghampiri  ruang hadapan terutamanya berdekatan dengan tempat imam. Kami telah sediakan 3 mikrofon untuk melancarkan bacaan takbir secara jamaie. Takda yang berani jadi solo nampaknya.
Jam telah 8.30 pagi, tetapi ada pula  2 orang pakcik ni yang lengkap bersongkok senget dan bersamping  datang lewat tapi muncul di tempat belakang imam, bersolat sunat pula , tunggu depa habis baru mula…
Selesai solat dan khutbah, orang ramai bersalaman sebelum pulang. Sudah menjadi kelaziman bagi orang-orang dari Indonesia mereka akan serbu Imam dahulu, yang tua dan muda penuh berkerumun bersalaman dengan imam, siap cium tangan lagi.
Setelah beberapa jam selesai solat raya, masjid telah kosong sepenuhnya. Saya yang masih  merayau-rayau   didatangi oleh seorang lelaki, mula bercerita dengan dialek Kelate. Kawe ni nak kelik ke Kota Bharu, nak beraya dengan anak bini, baru je keluar lokap, nak balik xde pitih ni…Kami memang sudah amat biasa menghadapi situasi dan dialog seperti ini….mungkin ada kebenarannya..mungkin tidak..Wallahua’lam.
Selalu sangat mereka yang meminta duit datang ke masjid, kadang-kadang setiap minggu ada. Terbaru kumpulan dari  Kashmir, Afghanistan & Palestin. Mohon sumbangan untuk madrasah, rumah anak yatim, beli kitab, fakir dan fisabilllah. Kadang-kadang ada yang sampai memaksa orang menderma kepada mereka. Kalau orang tak bagi atau mereka dapat sikit, mula tensen dan mereka bising pula ke pegawai masjid.  Status mereka pun diragui..kami pesan kepada orang ramai, lebih yakin kalau salurkan sumbangan pada NGO Badan amal ‘kita’ (NGO dari Malaysia) yang ada membuat misi bantuan kemanusian ke sana. Qadhi kami bercerita, ada yang meminta derma di CH (Cameron highland), tapi menginap di hotel mewah di CH. Maka buat teman-teman sekalian..berhati-hatilah…

Salam syawal…buat semua yang mengenali saya..Taqabballauminna wa minkum...Kullu 'am wa antum bikhair. Maaf zahir & batin.

Ps : Takziah kepada Bilal Johne, yang kematian adiknya sehari sebelum 1 syawal. Mudahan rohnya bersama golongan salafussaleh.. ameen.









gambar sebelum solat raya 1433H

Thursday, August 16, 2012

Kembara Huffaz di Tanah Tinggi Cameron

Sehari sebelum imam-imam tahfiz jemputan solat terawih di Masjid Sultan Mahmud pulang ke kampung masing-masing, kami berkesempatan berziarah ke Cameron Highland.
 Hakim (Lipis), Asyraf (shah alam) & Safwan (Patani)
 Hakim & Abas (Patani)
 Safwan
 mencari kuaci bunga matahari

 Pokok menjalar, buahnya rapat ke bumi, ini buahnya tergantung..
 Bersama Imam Besar Masjid Daerah Cameron, Imam Amirul Farhan. Syukran jadi musyrif, dapat la masuk free.

 merenung jauh ke Kampung halaman..
 Baca Sejarah Cameron..

Saturday, August 04, 2012

Bila Berbuka puasa.

Bila Berbuka puasa.
Sekarang ini istilah iftar sudah meluas digunakan di tempat kita. Iftar merujuk kepada berbuka puasa. Semua orang menunggu-nunggu saat yang penuh dengan kenikmatan itu. Tidak kira orang kaya, miskin, tua, muda, lebih-lebih lagi kanak-kanak akan terbayang rasa kesyukuran dan kenikmatan di saat berbuka puasa.

Untuk iftar ini, kita berpeluang  membuat amal kebajikan yang ganjarannya sangat lumayan. Suatu galakan dari Allah supaya kita memberi makan kepada orang yang lain. Sunat untuk kita memberi makan kepada orang yang berpuasa. Sabda Rasulullah yang bermaksud :
“siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka dia mendapat ganjaran seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun.” (riwayat Ahmad, al-Tirmizi & al-Baihaqi)

Antara beberapa isu yang berkait dengan berbuka puasa ini :

-Mereka yang mengambil untung maksima (bisnes) untuk juadah iftar. Contohnya di hotel-hotel. Ada yang menawarkan dalam iklannya untuk iftar hanya RM 75. Nak melantak apanya sampai RM 75 sekali berbuka puasa. Di Masjid kami juadah berbuka puasa disediakan setiap hari. Kami hanya bayar kepada catering RM 6 untuk satu kepala. Setiap hari lebih dari 200 orang mendapat nikmat berbuka puasa percuma di masjid.

- Orang yang berniaga di bazar, ada yang tidak menjaga kualiti makanan, fikir wang semata. Itu yang makanan tak habis hari ini, esok perangat boleh jual semula. Ada pengalaman sahabat yang beli lauk yang telah hampir expired.

-Peniaga di bazar ramadhan menjual makanan untuk bagi orang berpuasa makan, tetapi awas, dalam kita membeli makanan, ada di antaranya tergolong di kalangan mereka yang fasiq. Jangan beli makanan dari air tangan orang yang fasiq. Kita sanggup berlapar sepanjang hari siang demi mengikut arahan Allah, tetapi ruginya kalau makanan yang masuk ke dalam mulut kita ketika berbuka bukan dari air tangan mereka yang soleh. Siapa  fasiq?.. Jangan beli makan dari mereka yang tidak menutup aurat, biasanya golongan perempuan yang ramai berniaga. Yang tidak bertudung, pakai baju bodyshot, pakai seluar pendek serta  yang kita perasan mereka yang tidak menunaikan kewajipan solat.

-Peniaga bazar, ramai yang tidak menunaikan kewajipan solat, apa taknya..mula berniaga sebelum asar. Dekat nak asar pembeli dah mula berkerumun..sampai lah ke waktu maghrib. Peniaga ini biasanya akan berbuka di gerai mereka sahaja. Kalau tak percaya..cuba kita aim mana-mana peniaga..tengok..dia bersolat atau tak?..Kalau confirm tak..jangan beli dengan dia. Rosak diri kita makan dari orang yang tak sembahnyang. Budak-budak hafiz boleh lupa masa jadi imam terawih nanti.

-Lebih dahsyat Catering yang menyediakan makanan di masjid-masjid, ada yang tidak menutup aurat, tidak bersembahyang. Pihak pengurusan masjid kena bertegas juga. Tahun depan kalau boleh haramkan terus catering itu dari dapat tender di masjid.

-Banyak masjid yang jadi sunyi sepi ketika waktu solat maghrib, sebabnya jemaah semua pakat-pakat solat maghrib di rumah masing-masing. Ada kesan juga tu dalam buku catatan amalan kita.

Penutupnya..Ramadhan al-mubarak jangan kita jadikan Ramadhan al-murtabak (kata Ustaz Norhamizi, pegawai JAIP). Berbuka puasa seadanya.. teringat semasa belajar dahulu, istilah ‘maidah rahman’ yang banyak digantung di banner masjid-masjid di Mesir. Maknanya depa ada menyediakan juadah berbuka puasa. Rasa keseronokannya bila berbuka di masjid. Kalau nak tahu…bagi yang belum pernah..cer try sekali….



Kenangan ketika berbuka di Masjid Amru al-As di Mesir

Wednesday, August 01, 2012

Pasal Terawih..


Bila Ramadhan, malamnya orang akan menunaikan solat sunat Terawih. Setiap kali ramadhan timbul isu, nak solat 20 rakaat atau 8 rakaat. Sebenarnya bagus dah dapat solat terawih. Sebabnya berlambak lagi manusia yang tak berterawih pun. Ramainya yang bertawaf di Mall-mall berwindows shoping untuk hari raya.
Jangan sampai bergaduh dan tidak bertegur sapa disebabkan khilaf rakaat solat terawih ini. Kalau ada masjid yang buat 8 rakaat sahaja, jika kita nak buat 20 rakaat cari masjid lain yang buat 20 rakaat. Atau solat 8 dahulu lepas tu sambung lagi dekat rumah. Kalau ada yang bising juga..senang sahaja…tawarkan dia jadi imam solat terawih untuk 20 rakaat tersebut.
Bagi masjid yang buat 20 rakaat..bagus juga. Boleh bagi alternative untuk makmum. Terpulang pada jemaah nak masuk kumpulan mana 8 @ 20 rakaat. Pihak masjid jangan marah pula kalau selepas 8 rakaat saf jadi berkurangan.
Berkaitan dengan terawih juga, suka saya sebut pasal imam terawih. Biasanya bila dekat dengan bulan Ramadhan pihak masjid mencari imam-imam hafiz yang akan membawa solat terawih ini nanti. Ada masjid yang memang telah sain kontrak dengan maahad-maahad atau dengan imam hafiz yang khas.
Ada juga imam-imam hafiz yang menawarkan diri untuk menjadi imam.
Masalah bagi pihak masjid ialah, kita tidak tahu bakal imam terawih jemputan kita. Memang ada yang buat temuduga, tapi 1 dalam sejuta rasanya. Dapat yang OK Alhamdulillah, dapat yang KO bersabar aje lah. Ada imam yang tidak lancar, ada imam yang baca berterabur, langgar hukum hakam bacaan..
Kita tidak boleh juga salahkan imam yang baca langgar hukum hakam ini. Kena salahkan guru-guru mereka. Mereka ini baca dan belajar dengan guru mereka. Guru mereka ini lah yang lepaskan sahaja anak muridnya baca dan hafaz tanpa bertajwid. Bila dah jadi tabiat payah nak ubah.. Jadi pesanan buat guru-guru hafiz, syadid sikit tasmi’ pelajar..jangan longgar sangat.

Kesimpulannya. Jom lah kita berterawih..jangan banyak alasan..last-last tak buat langsung.