Monday, July 12, 2010

Doakan..





Kereta ayah saya selepas kemalangan pada petang 9.7.2010. Ayah dimasukkan di Wad hospital Kuantan. Mengalami patah di tulang peha.. doakan ayah saya.

Diari..

Komitmen Saya, mudahan dapat laksanakan dengan baik :

12.7. :Bicara Isra' Mikraj di Surau Taman Cahaya, Lipis
13.7. :Pg : Kedai Percetakan Kuala Lumpur
Malam :Bicara Isra' Mikraj di Surau Kuarters Guru Benta

14-17.7 : Kolokium Daie dan Imam Antarabangsa, Kuala Lumpur

PERMAI : Memotivasikan peserta dengan acuan Al-Quran

Ustaz Zarimi dengan ceramah motivasi
PERMAI : Memotivasikan peserta dengan acuan Al-Quran

JENGKA, 9 - 11 JULAI 2010 - Program MOTIVASI AL-QURAN anjuran Persatuan Alumni Pelajar-Pelajar Sekolah Agama Negeri Pahang (PERMAI) dengan kerjasama PULAPA Jengka telah berjaya dilaksanakan.Program selama 3 hari 2 malam ini telah disertai seramai 45 orang peserta di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar Jengka, Temerloh dan Maran dan beberapa pelajar yang telahmendaftarkan diri.Program ini bertujuan mendekatkan peserta dengan Al-Quran yang merupakan rahmat, petunjuk, penyembuh serta penyelamat umat manusia sepanjang zaman. Juga menerapkan motivasi melalui pendekatan Al-Quran sesuai dengan mukjizatnya sebagai perlembagaan kehidupan manusia.

sesi mesyuarat urusetia


Program ini cukup sesuai dianjurkan ketika saat begitu ramai remaja-remaja Islam yang terjebak dengan masalah soial yang kian parah. Dengan bimbingan dari urusetia dan fasilitator yang mempunyai ilmu, pengalaman dan bakat dari kalangan graduan Universriti Al-Azhar jurusan Al-Quran & Qiraat, UIA, USIM, UPSI serta beberapa universiti yang lain.

Pembentangan slot SWOT analisis


Antara program yang dianjurkan ialah ceramah 'Motivasi Bimbingan Al-Quran', SWOT Analisis, LDK, Debat Ala Parlimen, Jungle Tracking, Flying Fok dan beberapa aktiviti yagn sesuai dengan matlamat yang ada di dalam Falsafah Pendidikan Islam sebagaimana yang telah di gazetkan oleh Kementerian pelajaran malaysia.

Pengembaraan Jungle tracking


Menurut Pengarah Program, Ustaz Tajuddin bin mohd Zin, beliau berpuas hati dengan pencapaian peserta dan komitmen yag diberikan dalam setiap slot yang dijalankan. Kami pihak urusetia telah merancang program ini begitu lama sejak 2 bulan yang lepas, telah mengadakan beberapa siri perbincangan untuk memastikan setiap slot yang dijalankan menepati dengan objektif yang ingin di capai.

Taklimat oleh Pegawai PULAPA


Selain itu, kerjasama yang sangat baik dari pihak PULAPA Jengka dengan menjalankan slot Jungle Tracking dan Flying Fok dengan begitu baik sekali dan sentiasa mengawasi serta memastikan setiap peserta berada dalam keadaan selamat dalam slot tersebut.Pihak PERMAI juga amat berpuas hati dengan keadaan tempat di PULAPA Jengka kerana keadaannya yang bersih, tenang amat sesuai untuk pengajuran program seperti ini. ini kerana PULAPA Jengka telah melaksanakan konsep "5S" sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan."saya sangat bertuah kerana menyertai program ini. Program ini telah mendedahkan kepada saya rahsia-rahsia Al-Quran di samping tidak mengenepikan aspek jasmani dan mental yang perlu di jaga." kata seorang peserta dari salah sebuah sekolah di daerah Jengka.

credit for :http://syababghardhuffaz.blogspot.com/2010/07/permai-memotivasikan-peserta-dengan.html

Muzakarah Imam di Cameron Highland

Menulis buku pelawat di Masjid Daerah Cameron


Bergambar kenangan bersama al-Fadhil Qadhi Daerah Cameron



Thursday, July 08, 2010

Emegensi

Emergensi
Suatu perkara yang tidak pernah dirancang. Tetapi berlaku dengan tiba-tiba di saat akhir disebabkan dengan perkara-perkara tertentu.
Ada baik dan ada buruknya bila berlaku emegensi ini. Biasanya kita akan merancang sesuatu perkara, program atau agenda yang telah kita isikan dalam diari kehidupan kita, tetapi apabila berlakunya emegensi maka agenda yang telah dirancang terpaksa diabaikan, mungkin ditunda ke masa-masa yang akan datang atau pun terpaksa dihazaf sahaja.
Baru-baru ini berlaku beberapa program emegensi kepada saya.
Pada 27 Jun Saya bersama rakan-rakan sejawatan bertolak ke Cameron Highland untukmenghadiri Mesyuarat Imam-Imam pada keesokan harinya. Kami tiba di Cameron dalam pukul 6.00 petang dalam suasana hujan turun renyai-renyai dan ketika itu baru dikhabarkan bahawa kami perlu memberi pengisian tazkirah di masjid-masjid di daerah Cameron. Setiap orang telah diagih-agih ke Masjid-masjid yang tertentu. Saya perlu ke Masjid Kampung Raja. Tanpa sebarang persediaan maka ke Masjid Kampung Raja lah saya. Saya dibawa oleh Staf Pejabat Agama Cameron ke Masjid Kampung Raja. Masjid tersebut agak jauh dari tempat kami menginap . Kami tiba agak lewat dan saya memulakan ucapan muqaddimah sedang-sedang elok masuknya waktu Isya’. Oleh sebab saya tidak reti berceramah hanya boleh bercakap-cakap sahaja. Mudahan Cakap-cakap saya yang tidak dirancang oleh saya sedndiri tetapi telah ada dalam pengetahuan Allah mendapat manfaat buat diri saya dan siding hadirin yang mendengar.
30 Jun, lazimnya jadual saya bersama kelas pra tahfiz dewasa yang pelajarnya semuanya terdiri dari kaum hawa dan berumur lingkungan 40an ke atas. Pagi-pagi lagi saya mendapat call dari Staf Pejabat Agama Lipis, meminta saya menolong menjadi panel temuduga untuk jawatan imam, bilal dan siak masjid-masjid dalam qaryah Lipis. Jadi saya cansel kelas dan pagi itu saya bersama-sama dengan bakal imam, bilal dan siak masjid-masjid Qaryah.

1 Julai, Pagi juga saya mendapat panggilan dari Pejabat Agama Lipis meminta saya menjadi panel hakim untuk pertandingan marhaban sempena Karnival Lipis yang sedang berlangsung. Asalnya saya bercadang ke Bank Islam Temerloh untuk menyelesaikan proses akaun semasa Persatuan. Jadi agenda ke BIMB dianjak ke sebelah petang setelah selesai program marhaban tersebut.

Sebenarnya banyak lagi program emegensi yang sentiasa berlaku kepada saya. Kadang-kadang dengan program emegensi ini membuatkan kita perlu sentiasa bersedia, di samping dapat menambahkan pengalaman yang mencabar buat saya.
Bercakap di Masjid Kg Raja Cameron Highland
Barisan Panel Hakim Pertandingan Marhaban

Peserta Pertandingan Marhaban Karnival Lipis



Monday, July 05, 2010

Mini Forum Muqarrabin


Mini Forum Muqarrabin di Masjid Sultan Mahmud (1 Jul 2010)

Panel 1 : Ustaz Jamaludin bin Muhammad
Panel 2 : Ustaz Hamdan Yusi bin Yusof
Panel 3 : Ustaz Norhamizi bin Jamaludin

Panel membincangkan soal kematian, mengingatkan bahawa manusia semuanya akan mati, jadi perlunya membuat persediaan sebelum mati.

Manusia diumpamakan mempunyai 3 orang anak.

Harban, Anis dan Amsal.

Harban ketika manusia hidup mereka sangat sayang kepada Harban. Tetapi bila manusia mati anak yang bernama harban ini hanya menghantar jenazah di tangga rumah sahaja.

Siapa dia Harban?.. harta benda.

memang semua manusia suka dan sayang harta benda, tetapi apabila kita mati, harta benda tetap tinggal di rumah kita.

Anak kedua bernama Anis. Berbanding Harban, Anis masih disayangi oleh sang ayah, walaupun kadang-kadang kena marah tetapi si ayah tetap sayang akan Anis. Tetapi apabila mati, Anak yang bernama Anis hanya boleh menghantar ayahnya sampai ke kubur sahaja.

Siapa dia Anis?...Anak Isteri.

Anak Isteri akan menghantar jenazah sampai ke kubur sahaja. setelah jenazah dikebumikan semuanya akan pulang ke rumah. Tinggallah jenazah bersendirian di kubur.

Anak ketiga bernama Amsal. Semasa si ayah hidup, dia tidak dipedulikan, tidak disayangi. Tetapi apabila si ayah meninggal dunia, anak yang bernama Amsal inilah yang akan menemani si ayah, menemani di dalam kubur dan menemani sampai bila-bila.

Siapa dia Amsal?...Amal Soleh.

Inilah yang diperlukan oleh semua manusia. Kejarlah berbuat amal soleh selagi usia kita masih berbaki. Kita tidak tahu bila kita akan dipanggil Ilahi.

Piala Akhirat



Ceramah Oleh Dr. Zulkifli bin Muhamad al-Bakri (24 Jun 2010)
Bertajuk : Piala Akhirat
Sempena dengan Piala Dunia yang sedang berlangsung maka Masjid Sultan Mahmud menganjurkan ceramah yang bertajuk Piala akhirat.
Beberapa perkara yang disebut oleh al-Fadhil Dr.
Piala -bahasa melayu
Cup - bahasa inggeris
= ka'sa' dalam bahasa arab.
Firman Allah dalam surah Al-Naba' ayat 34.
وكاسا دهاقا
"dan gelas-gelas (cup) yang penuh berisi minuman"
Beberapa kritiria yang melayakkan manusia mendapat cup di akhirat nanti :
1. Menjaga solat dengan sebaik-baiknya.
2.Sentiasa melazimi solat di masjid, rindu dan cinta akan masjid.
3.Membantu membina masjid walaupun hanya menyumbang 1 sen berserta keikhlasan.
4.berwudhu' dengan sempurna.
5. Benar-benar menunaikan Rukun Islam keseluruhannya.
6. Menjaga puasa Ramadhan.
7. Melaksanakan ibadah haji yang mabrur.
8. Menjaga amalan yang berkait dengan hati :
-membenarkan iman dengan sentiasa memakrifahkan kalimah laailahaillaAllah.
-takut kepada Allah.
- Menguatkan ikhlas sebagai pperkara utama dalam kehidupan.
-buang sifat mazmumah :riak, takabbur, hasad dengki.
Sangat banyak ciri-ciri untuk mendapat 'cup' di syurga nanti..
Semua manusia ingin menuju ke syurga. Lalu macamana hendak masuk syurga?
kita perlu ada target untuk ke syurga..untuk capai target itu kita perlu mencirikan diri kita dengan ciri ahli syurga..
Mudahan kita semua mendapat manfaat..ameen

Ceramah berkaitan dakwah kepada nonmuslim




Ceramah di Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis. (8 Jun 2010)

Oleh : Hj Mohd Tawil bin Hj Sakir
Berasal dari Negeri Johor. Merupakan mantan guru dan pernah bertugas di negeri Sabah selama 36 tahun. Berpengalaman dalam arena dakwah kepada nonmuslim khususnya masyarakat di Sabah.
Antara kandungan ceramahnya :
Jika kita berdakwah kepada orang kristian tanyakan beberapa soalan :
1. Kamu (orang kristien) punya alkitab. Adakah kamu guna keseluruhannya atau macamana?
2.Apakah hukumnya orang kristian tidak percaya satu ayat dari alkitab?
3. Siapa nama tuhan kamu?
4. Tunjukkan ayat dalam alkitab yang menyatakan tuhan kamu ialah jesus.
5. Adakah kamu yakin bahawa kristian adalah agama yang benar?
6. Tunjukkan ayat dari alkitab yang menyatakan bahawa agama kamu adalah benar.
7. Semasa Jesus hidup dahulu, pernahkah dia kata sembahlah aku?
8. Apakah pandangan kristian terhadap Islam.
Penganut kristian diajar oleh paderi mereka :Jangan banyak tanya tetapi jadilah penganut yang taat. Terdapat lebih kurang 154 versi kitab kristian dan 800 jenis aliran kristian seluruh dunia.
Maka kita perlu mempergiatkan dakwah kita, kerana mereka sangat berusaha untuk menarik orang islam masuk ke dalam agama mereka.