Wednesday, May 28, 2014

Sempena Isra' Mikraj tahun 2014M


 Bila saya dijemput ke program ceramah agama/kuliah/tazkirah sempena hari kebesaran Islam, Koleksi Kertas nota ini akan dikeluarkan. Pilih yang sesuai untuk dibawa ke majlis. Nota-nota yang ditulis semenjak tahun 2008. Pesanan al-Fadhil Qadhi Fadli ketika saya di awal-awal perkhidmatan, simpan semua nota-nota ceramah (beliau menulis nota dalam buku tulis). Untuk akan datang tak perlu lagi beria membuat persediaan..sebab notanya dah ada..

 Saya ke masjid kampung Kemahang. Di sini terkenal dengan lauk Keladi Kemahang
 Mimbar lama yang berusia lebih 100 tahun di masjid Kampung Kemahang. Sudah tidak digunakan, hanya menjadi tatapan generasi sekarang.
Tuan Imam masjid Kg Kemahang sedang memberikan aluannya..

Kisah Isra' Mikraj saban tahun kita dengar. Masing-masing sudah tahu ceritanya. Cuma suka saya memetik sedikit cerita sempena Isra' Mikraj. Saya pernah mendengar kupasan yang menarik dari al-Fadhil Dr. Zulkifli Mohd al-Bakri ketika beliau menceritakan profile Prof Dr. Syeikh Yusof al-Qaradawi.

al-Qaradawi pernah bercerita ketika mudanya beliau sering mendengar ceramah-ceramah sempena Isra' dan Mikraj, kebanyakan tempat ceramah dan penceramah menceritakan jalan cerita yang sama. Sehinggalah beliau mendengar ceramah yang disampaikan oleh Imam Hasan al-Banna, al-Banna menukilkan jalan cerita yang cukup berlainan. Kebanyakan penceramah lain hanya membaca ayat pertama surah Isra', tetapi Imam Hasan al-Banna bukan sahaja membaca ayat pertama bahkan beliau membaca ayat-ayat selepas ayat pertama dalam surah Isra' dan mengaitkannya dengan realiti semasa.
Ayat-ayat selepas ayat pertama  menceritakan kisah Bani Israel. al-Banna mengaitkan al-aqsa, Palestin dengan Kaum Israel sekarang dan apa keperluan dan tindakan umat Islam dalam mendepaninya.

Begitulah Ulama Haraki..bukan semata-mata menyampaikan ceramah untuk dijadikan halwa telinga para pendengar, tetapi membangkitkan kesedaran  umat Islam untuk  bangkit menegakkan Islam dan melawan musuh-musuh Islam.

Wallahua'lam..


Tuesday, May 27, 2014

Ihtifal KAFA daerah Lipis

 Mesyuarat ajk bersama AF Qadhi 

 Persatuan guru Kafa Lipis
 Penyelia Kafa Lipis
 Ustaz Halim, dari PPD Lipis
 Ucapan aluan AF Qadhi 

 Perasmian oleh YB Dato' Abdul Rahman Mohd, ahli Parlimen Lipis
 Peserta dari sar kafa tahfiz masjid 
 Pengerusi majlis dan penjaga masa
Para Hakim di bahagian tilawah al-Quran.

Untuk acara tilawah al-Quran, seramai 30 orang peserta yang mengambil bahagian. Selama 3 jam lebih para hakim terpaku di kerusi yang disediakan untuk menghakimi peserta yang mengambil bahagian. 

Beberapa ulasan berkait tilawah al-Quran :
- Kebiasaan peserta yang dihantar merupakan pelajar yang paling terbaik di sekolah Kafa masing-masing. Masih ada peserta yang tidak lancar membaca al-Quran.
-Masih ada peserta yang langgar hukum tajwid yang asas, seperti hukum 5.

Maahad Qiraat Shoubra berwajah baru

Dah lama saya meninggalkan Maahad ni, Dulu masa zaman saya pernah islah sikit-sikit (cat baru),
yang terkini nampaknya Maahad ni semakin segar..alhamdulillah. Semoga pelajarnya juga semakin segar dan bersemangat..insyaAllah.









Wednesday, May 21, 2014

Sautul Tilawah di Majlis Tilawah al-Quran Kebangsaan 2014

Alhamdulillah majlis tilawah al-Quran peringkat kebangsaan selesai dijayakan dan tahun ini giliran negeri Pahang menjadi tuan rumah. Sepanjang majlis tilawah berlangsung, buletin Sautul Tilawah diedarkan kepada hadirin dan hadirat. Buletin yang mempunyai beberapa siri keluaran dan  di'update' pada setiap hari. 

 antara penulis buletin

















Gotong royong Skuad Sahabat Masjid Daerah Lipis

Tahniah kepada team skuad sahabat masjid yang terdiri daripada ahli jemaah Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis di atas penganjuran program gotong royong. Program diadakan antaranya untuk mengisi masa cuti umum (cuti wesak) di samping mempereratkan ukhwah dan membuat amal kebajikan.
Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati usaha kalian.


 Hamper yang ditaja

 Mesyuarat terakhir sebelum program gotong royong






Thursday, May 08, 2014

Minyak Wangi AL-Rehab (pen spray) , Pin Bunga dan Kerongsang




Minyak Wangi Al Rehab adalah minyak wangi tanpa alkohol dari Jeddah, Arab Saudi sejak tahun1975. Bau wangian yang tersendiri, lembut, bauan tahan lama serta boleh dipakai untuk solat.

KEUNIKAN:
•    Jenama Minyak Wangi No.1 Di Seluruh Timur Tengah
•    Hanya Satu Semburan, Kesan Wangian Sehingga Lebih Kurang 9 Jam.
•    Botol Semburan Seperti Sebatang Pen Yang Menarik, Mudah Dibawa Dan Harga Paling Berpatutan
•    Sesuai Digunakan Semasa Solat
•    Bauan Yang Dikenali Ramai Tanpa Berbelanja Ratusan Ringgit
•    Boleh Dipakai Di Dalam Majlis Rasmi Seperti Makan Malam, Jamuan Dan Acara-Acara Lain.  
•    Jaminan 100% Halal, Suci Dan Bersih Buatan Di Jeddah, Arab Saudi.











Pin bunga dan kerongsang yang menarik ..


juga coklat yang diadun dengan makanan sunnah dan kesihatan

Boleh dapatkan dengan saya
dengan harga yang berpatutan..