Tuesday, April 30, 2013

Watak Sebenar bila musim PRU - 2


Cerita 1
Ustaz Azhar Idrus seorang yang tidak perlu diperkenalkan lagi, semua orang sangat mengenalinya terutama golongan muda.  Setiap kali program kuliah yang disampaikannya lautan manusia melimpahi segenap ruang yang ada bagi menimba ilmu darinya. Sudah tentu kebanyakan surau dan masjid sangat berharap dapat menjemput Ustaz Azhar berkuliah ke tempatnya.

Rakan kami di Masjid Daerah Maran sudah lama booking tarikh dengan Ustaz Azhar, rasanya dari tahun lepas lagi. Akhirnya sepakat tarikh 23/4 kuliah Ustaz Azhar Idrus di masjid daerah Maran. Pihak masjid dan orang tempatan sangat teruja dan menunggu detik tersebut.Tetiba tanpa disangka, di saat akhir ‘orang-orang besar’ di Maran tidak senang hati dengan program tersebut. Mereka tidak membenarkan program tersebut diadakan dengan alasan dekat sangat dengan PRU. Kata mereka lagi, selepas PRU nanti ikutlah nak panggil siapa-siapa pun, semua boleh. Akhirnya program di Masjid daerah Maran terpaksa dibatalkan..

Alhamdulillah, program bersama UAI tetap dijalankan cuma berpindah ke Masjid Daerah Jengka..
Esok lusanya..pegawai-pegawai masjid Jengka dipanggil mengadap ke balai Polis untuk memberi keterangan. Masa saya kecil dahulu..pemahaman saya balai polis tempat orang jahat-jahat yang dipanggil…rupanya Pegawai Masjid yang al-Hafiz pun kena keluar masuk balai polis.

Cerita 2

Masjid daerah Bera dijadulkan akan berprogram pada 1 Mei nanti bersama Habib yang biasanya disertai dengan majlis berqasidah.. Persiapan untuk program besar ini berjalan lancar sehingga SUK mengarahkan supaya program ini dibatalkan..tak tahu alasan apa..
Namun penganjur tetap berkeras untuk melaksanakan juga program seperti yang telah dirancang.
ada sahabat saya yang sering menyampaikan kuliah di pejabat SUK..tak sangka SUK boleh cansel program agama bila time PRU ini.

Penutup
1.Semasa saya Kursus Induksi di INTAN di awal perkhidmatan sebagai pegawai dahulu , Kami telah diajar untuk membuat kerja dengan kemas, diajar membuat takwim.. Maka program-program di masjid telah dirancang awal..dimasukkan ke dalam takwim. Cuma semuanya terganggu disebabkan PM kita yang tak pandai membuat takwim dalam pentadbirannya. PM Australia bahkan India pun pandai umum awal tarikh PRU supaya menyenangkan orang ramai/ syarikat/ organisasi menyusun perancangan planner masing-masing. Semasa awal tahun ini sebelum diumumkan tarikh pembubaran Parlimen, kita nak buat program pun susah..nak panggil penceramah pun payah..penceramah bagi alasan tak boleh nak confirm  lagi sebab tunggu tarikh PRU.



2. Program-program agama pun disekat oleh pihak yang merasakan diri mereka berkuasa di dunia ini..TAHU lah nanti dekat akhirat sana..rasa berkuasa juga ke…

Wallaua’lam..

Thursday, April 25, 2013

Watak Sebenar bila musim PRU -1


Sekarang semua orang tidak sabar menunggu hari mengundi 5 Mei nanti. Dalam tempoh menunggu ini pelbagai ragam sebenar  manusia diperlihatkan. Kalau sebelum ini ada yang watak sebenarnya terlindung tetapi dalam tempoh waktu ini perwatakannya  berbeza sama sekali. Wajah yang sebenarnya telah kelihatan dek bahang PRU.

1.  Sebelum ini sahabat saya seorang yang dipanggil ustaz telah beberapa kali dijemput menyampaikan kuliah di sebuah masjid. Dia kenal rapat dengan pengerusi masjid tersebut yang memang sentiasa ada setiap kali beliau menyampaikan kuliahnya. Memang kebiasaan sekarang, kebanyakan pengerusi masjid adalah merangkap ketua kampong @ tok 4. Musim Pru ini hubungan mesra mereka berubah!

Ketika sahabat saya bersama dengan kawannya ingin bermain futsal padang di kampung tok 4 tersebut. Tok 4 telah datang dengan lagak samseng lalu men’sound’ ustaz tersebut. Dengan berdiri kira-kira 3 depa dengan ustaz tok 4 bersuara lantang tidak membenarkan ustaz dan rakannya menggunakan padang awam tersebut. Tiada lagi pangilan ustaz tetapi sudah bertukar kepada deme, antara kata tok 4 tersebut : ‘kalau deme main juga’ dia panggil polis. Dan memang betul hampir 20 orang anggota polis telah datang memantau dan menyoal siasat. Polis mendakwa tok 4 menyatakan ada pergaduhan di padang tersebut.. begitulah..

Ketika sebelum musim PRU, Ustaz dihormati..menjadi guru..mengajar agama kepada orang kampung..kini anak muridnya (tok 4 tersebut) buat kurang ajar dengan tok gurunya..

* Komen saya- Macamana nak berkat dan faham ilmu yang dipelajari jika anak murid tidak beradab terhadap gurunya. Bab adab pelajar  sangat penting dalam Islam sehingga para ulama mengarang kitab berkait dengan akhlak dan adab pelajar.

Tuesday, April 16, 2013

Innalillah dan Alhamdulillah..

Malang tidak berbau, sekali lagi Masjid ini ditimpa ujian. Semalam (Isnin) Pejabat Masjid telah dipecah masuk, setelah menyelongkar dan menyelerakakkan barang-barang.

Innalillah..Si pencuri akhirnya mencuri beg projektor saya. Dikeluarkan projektor yang banyak berjasa dari tahun 2008 itu dari beg..lalu diambilnya beg projektor sahaja, Alhamdulillah ditinggalkan projektor buat saya.  

Seperti biasa, bila kejadian seperti ini berlaku, Pengawal keselamatan mesti tidak sedar dan tidak tahu menahu pun.

Kebetulan hari esok (Rabu) ada taklimat bersama-sama syarikat-syarikat yang berminat untuk masuk tender kawalan keselamatan Masjid. Lagi sedap dan memang kena pada masanya  nak bagi taklimat pada syarikat-syarikat yang masuk.

Mari kita Doakan kesejahteraan dan pengimarahan Masjid dan  surau yang merupakan rumah Allah, sekarang manusia sudah berani mencuri di rumah Mu Ya Allah..Salah siapa? Ibu yang mengandung? Guru yang mengajar? Kawan yang memperdaya? Syaitan yang menghasut? Pemimpin  yang sudah memberi pelbagai bantuan seperti BRIM, baucer yang pelbagai?

Pejabat Masjid Sultan Mahmud



Projektor ditinggalkan untuk saya, beg untuk si dia pencuri.

Menuntut ilmu di ج..م..ع ?

Menuntut ilmu merupakan suatu kefardhuan buat kita semua. Semasa saya baru tiba di Mesir dahulu, senior berpesan kepada kami..carilah ilmu sebanyak-banyaknya di negara lubuk ilmu ini. Ilmu bukan  hanya diperolehi dalam kelas sahaja..tetapi cukup meluas. Antaranya  di : جامعة, جامع, جمعية

جامعة : Di Universiti

جامع : Di Masjid

جمعية : Persatuan

Di negara kita, sememangnya Masjid merupakan tempat utama untuk pencambahan ilmu dan perkembangan agama Islam. Sekarang kami (Masjid Sultan Mahmud) cuba untuk menaik taraf pengajian ilmu di Masjid. Kebiasaannya perjalanan kuliah Maghrib hanya guru sahaja yang berkitab, semua anak murid hanya duduk mendengar. Kini kami cuba memastikan bukan sahaja guru yang berkitab tetapi yang lebih utama anak murid juga berkitab.

Setakat ini 3 kelas pengajian berkitab di Masjid Sultan Mahmud Lipis. 
i) Kuliah Bulanan Kitab Risalah Tauhid bersama Ustaz Ahmad Nafiri
(Setiap hari jumaat minggu ke 2)

ii) Kuliah bulanan Kitab Penawar bagi Hati bersama Maulana Johari bin Ali
(Setiap hari khamis minggu ke 3)

ii) Kuliah mingguan Kitab Muniyatul Musalli bersama Ustaz Abd Karim bin Nor
(Setiap hari ahad selepas solat Zohor)



 Ustaz Ahmad Nafiri

 Nota ditulis di whiteboard untuk lebih difahami


Af Qadhi daerah Lipis turut sama menadah Kitab
Us Akmal sedang membuat 'dhobit' di kitabnya.

Antara cabarannya ialah anak murid tidak mampu untuk membaca kitab jawi, kami sediakan juga kitab terjemahan rumi, itupun ada yang tidak biasa juga. Sebab puluhan tahun mereka sudah terbiasa dengan  hadir ke kuliah hanya  duduk mendengar sahaja, belum biasa menggelek kitab, membaca dan menulis nota-nota ringkas..
Doakan..pengajian Ilmu di Masjid-masjid dan surau di negara kita semakin berkembang dan mendapat sambutan.

Sedikit sedutan Pengajian Risalah Tauhid :

'Ada alam tanda ada Allah'
Kalau alam tiada - Allah tetap ada
Ada alam واجب  ada Allah
Ada Allah  ممكن (harus) ada alam


Apps PERMAI di Google Play

Sumber : http://permaipahang.blogspot.com/2013/04/kini-apps-permai-di-google-play.html

Seiring dengan kemajuan it dan fenomena gadjet, Maka PERMAI turut menyediakan bagi pengguna android Apps PERMAI yang sudah boleh dimuat turun di Google Play bermula sekarang.

Ayuh Install sekarang dan sebarkan kepada semua sahabat yang ada smartphone.

Doakan Permai ke arah lebih laju bergerak ke hadapan, Insya Allah.








Thursday, April 11, 2013

Berziarah ke Hospital Lipis




Kelebihan ziarah orang sakit.
Menziarahi orang sakit adalah sunat dan digalakkan oleh Islam. Perbuatan ini dapat mempereratkan lagi hubungan ukhuwwah sesama muslim dan silaturrahim sesama keluarga.
Amalan ziarah sesama Islam dituntut dilakukan pada bila-bila masa bukan hanya sekadar pada masa sakit sahaja. Amalan seumpama ini mendapat ganjaran yang besar, sebagaimana sabda Baginda Rasulullah saw dalam hadis-hadis di bawah ini:


Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]


Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]


Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi: Hasan]


Semalam, Kami sempat menziarahi Sahabat kami, Farizal aka Feza di hospital Kuala Lipis. Kaki beliau dilanggar/lenyek forklift di tempat kerjanya. Kami doakan beliau cepat sembuh dan insyaAllah sempat keluar mengundi PRU nanti :)




 Akhi NorHerman aka Mamat

 bergembira dapat duduk di hotel free..katanya..
Kami bawa minuman Gulsan, made in Turkey..boleh dapatkan di Koperasi Masjid Lipis @ di Darul Qura' Muadzam Shah.


Gambar yang disnap oleh pesakit


Mesyuarat ALK Koperasi Masjid

Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi Masjid Sultan Mahmud yang diadakan bagi membincangkan hal ehwal perjalanan koperasi Masjid. Tawaran dibuka bagi rakyat Lipis untuk memohon menjadi ahli Koperasi Masjid.



Jamuan Makan selepas habis mesyuarat.

 Pembinaan Kedai Koperasi sedang rancak berjalan. Kemungkinan selepas ini kedai koperasi Masjid di Bandar baru Lipis akan berpindah di sini. 

Monday, April 08, 2013

Jamuan Kesyukuran KONPIP ke 11

#SINAR HARIAN 23/3/2013 M/S 38 -berita konpip.

 Alhamdulillah program Konvensyen Pelajar Islam Pahang kali ke 11 Tahun 2013 telah dijayakan pada 15-17 Mac 2013 di SMA Pelangai, Bentong. Meraikan kejayaan program tersebut, suatu jamuan kesyukuran diadakan serta mesyuarat muhasabah program..
 Kek
 Bergambar kenangan..simbolik potong kek

Ini baru pemotong kek yang sebenar

 Jamuan makan


 Syukran, buat semua eksekutif..jasa kalian hanya Allah yang membalasnya...moga ukhwah berkekalan..

Wednesday, April 03, 2013

Susahnya nak bagi Masjid Kemas


 Islam mengajar kita kepada kecantikan, kebersihan dan kekemasan. Untuk mengaplikasinya pelbagai kaedah telah diterapkan, seperti mengamalkan 5s di premis dan pelbagai kempen-kempen. Sayangnya di Masjid juga sukar nak bagi kemas, tambahan tiada pekerja khusus untuk mengemas. Yang ada hanya pegawai masjid yang sangat terbatas, nak minta kepada AJK..YH Dato' dan mereka-mereka yang bergelar dan berjawatan tinggi..harapannya kepada pengunjung-pengunjung supaya dapat mengemas, membersih supaya Masjid nampak kemas dan teratur. Sebagaimana kita nak rumah kita kemas sepatutnya begitulah juga di masjid.

Selalu Jabatan & orang perseorangan pinjam sejadah untuk program-proram. Harapnya bila dipulangkan dapat letak, lipat dan susun di rak..bukan main humban sahaja. Jangan macam JKM ni, nak jaga kebajikan orang..kebajikan Masjid terlupa pula... 

Khusus untuk jemaah MUSLIMAT, kami pun tak reti nak buat macam mana lagi...



agaknya di rumah mereka pun begini juga kut...tak reti nak pakai hanger..kesin masa kecil tak belajar mengemas...

Monday, April 01, 2013

Lawatan ke Pusat Kaunseling MAINS

Saya telah berkesempatan bersama-sama unit Undang-undang keluarga Jabatan Agama Islam Pahang melawat sambil belajar ke Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Menariknya Pusat Kaunseling terletak di komplek membeli belah Terminal One, Seremban.

 Ketua Kaunselor tengah memberi taklimat kepada rombongan
 Ustaz Nasharudin din Ngah, (Pen Pengarah JAIP) wakil rombongan


Senibina Musalla style Cina..
Mimbar

 Ahli rombongan bersama Kaunselor MAINS
 Menuju ke Pusat Kaunseling di Terminal One, 
Pusat Kaunseling yang terletak di Komplek membeli belah







 Pusat Memanah bersebelahan dengan Pusat Kaunseling. RM 5 untuk 6 kali panah.

Imam Zakaria, Masjid Daerah Temerloh membidik sasaran..