Wednesday, August 30, 2017

#MekahMadinahDiHati : Catatan ke empat - Check in Kapal

#MekahMadinahDiHati
Catatan ke empat

Rombongan jemaah haji kami dikenali dengan nama Haji PMRAM. Seramai 30 orang ahli rombongan. 18 orang dari shoubra, 9 orang dari kuliah, 2 orang perempuan dan seorang pakcik dari Singapura yang belajar bahasa arab di sini.

27/12/2005 (Selasa) : Setelah selesai bersarapan. Kami berkumpul di dataran H10. Selain ahli rombongan, para sahabat turut sama memeriahkan suasana.

Jam 8.15 pagi rombongan kami bertolak dengan sebuah bas yang disewa khas menuju  ke Port Suez.
Saya mengambil kesempatan untuk melelapkan mata, tambahan pula semalam tidur lewat dan bangun awal. Sedak amat dapat tido. Fuh..

Jam 11.45 pagi bas kami tiba di Port Suez.  Barang-barang yang kami bawa diperiksa (scan). Mana tau ada yang bawa bom ke. Haha.

Kami perlu mengisi borang maklumat diri, pemeriksaan pasport & tiket di Minaa’. Alhamdulillah urusan berjalan lancar dan tiada siapa yang tersangkut.

 Kapal yang membawa kami ke Jeddah



Jam 12.30 tengahari kami Check-in ke dalam kapal.
Pintu masuk di tingkat bawah. Kami akan melalui ruangan barang-barang sebelum menaiki ke tingkat atas.
Kapal penuh dengan barang-barang yang hendak dibawa ke Mekah. Saya tertarik dengan beratus karung bawang yang dipenuhkan di bahagian barang.

Pasport diserah kepada staf. Semua jemaah Haji PMRAM  duduk di bilik Second Class.
Sebilik 4 orang. Bilik kami lengkap dengan katil dan yang paling penting ada tandas dalam bilik.
First Class saya agak sebilik seorang atau dua orang.
Bagi Kelas ketiga, hanya ada tempat duduk macam dalam bas sahaja. Bayangkan tiga hari nak kena duduk terpaku kat kerusi. Fuh. Namun ramai je geng arab yang duduk di kelas ketiga.
Tandas pun kena berkongsi macam tandas awam. Inilah ujian dan kesabaran yang perlu ditempuh untuk menjadi tetamu Allah.
Ini pun dah jauh lebih baik berbanding zaman dahulu. Allahu.

Jam 4.30 petang setelah semua urusan selesai,  Kapal pun mula bergerak meninggalkan pelabuhan. Lama betul selepas check in dalam kapal baru nak bergerak.
Kalau tidur dah bangun semula dengan segar. Tetapi tak kan saya nak tidur. Merayau la ibarat rusa masuk kampung. Pengalaman pertama naik kapal weh. Terbayang kapal Titanic pulak..haha.


#PermaiMenulis
#MekahMadinahDiHati
#Haji
#SeputarMemoriSilam

Tuesday, August 29, 2017

#MekahMadinahDiHati : Catatan ke tiga - Teksi di Mesir

#MekahMadinahDiHati
Catatan ke tiga

27 Disember 2005 (selasa) : Sebelum subuh dah keluar dari rumah. Naik teksi menuju ke H10 dari Shoubra.
Dekat rumah saya ini sangat mudah nak dapat teksi. Tak perlu nak beria call. Hampir setiap waktu sama ada pagi, siang, malam, tengah malam ada sahaja teksi-teksi berkeliaran mencari penumpang.
Gambar hiasan : Teksi di Mesir

Hendak bayang bagaimana rupanya teksi di Mesir, saya syorkan tengok filem Ketika Cinta Bertasbih II. Ada babak Mas Azzam (Kholidi) menaiki teksi bersama Anna (Oki Setiana Dewi). Kepakaran driver yang mengkagumkan dan mencemaskan. 

Untuk lihat Filem penuh : https://youtu.be/ggTyao5gcBM



Rakan serumah saya, Ustaz Azizuddin menemani saya ke H10.
H10 adalah singkatan dari Hayyu ‘Asyir. Lebih kurang seksyen 10 di tempat kita la gamaknya.

Di H10 terletaknya kompleks (apartmen) rumah melayu. Ada Kompleks untuk orang negeri Pahang, Selangor, Terengganu dan Kedah. Pahang sahaja ada tiga bangunan di situ.

Azan subuh berkumandang ketika kami sampai H10.
Kami solat subuh berjemaah di surau Rumah Pahang. Kemudian mencari sarapan sementara menunggu hari cerah.


Terdapat sebuah Mat’am (kedai makan) di rumah Pahang. Saya sering berkunjung ke situ jika berada di H10. Menu di Mat’am Pahang semestinya masakan melayu. Nasi lemak, mee goreng, teh tarik..fuhh. Menggiurkan.


#PermaiMenulis
#MekahMadinahDiHati
#SeputarMemoriSilam

Sunday, August 27, 2017

#MekahMadinahDiHati : Catatan ke dua - Bekal Makanan

#MekahMadinahDiHati
Catatan ke dua

26 Disember 2005 : Selepas solat Isyak, Dewan Perwakilan Maqaz (DPM) Shoubra mengadakan majlis meraikan bakal hujjaj peringkat Shoubra diadakan di markaz DPM.
DPM merupakan persatuan pelajar Malaysia di Shoubra yang bernaung di bawah PMRAM selaku persatuan induk.
Selesai program, saya pulang ke rumah.
Malam itu seluruh ahli bait kami (room mate) membantu menyediakan bekalan makanan untuk sepanjang perjalanan di atas kapal.
Langkah pertama : Memasak nasi dan lauk. Lauk hanyalah ayam goreng (beli peha ayam kuki yang dah siap bertepung dan berempah, hanya tinggal goreng sahaja).

Langkah kedua : Makanan yang telah siap dimasak. Kena  sejukkan dulu. Nasi letak dalam talam dan sejukkan depan kipas. Huhu.
Makanan perlu disejukkan dahulu untuk mengelakkan cepat basi.

Langkah ketiga : Setelah sejuk, barulah dibungkus dengan foil.

Foil Aluminium


Saya bawa dua buah beg yang sederhana besar. Satu untuk beg  pakaian dan satu lagi diisi dengan bekalan makanan.

Beria betul..kan,  siapkan bekalan makanan. Sampai ada tiga langkah. Kenapanya weh ?
Ingat lagi bawa bekal makanan zaman sekolah dulu, untuk jimat duit belanja. huhu.

Sebabnya sebagai bekalan untuk dimakan dalam kapal nanti. Stok bekalan kenalah cukup untuk cover tiga hari perjalanan.

Dah tak ada orang jual ke kat atas kapal ?

Ada bukannya tak ande. Tapi harganya mahal. Kami dinasihatkan untuk membawa bekalan makanan sendiri sebagai langkah berjimat.

Mujur sahabat-sahabat ahli bait (serumah) banyak membantu saya dalam menyiapkan bekalan tersebut.

Kalau harapkan ke saya seorang. Alamatnya selamba rock je lah makan nasik arab kat café pak arab di atas kapal.

Contoh Hiasan : Makanan yang dibungkus dengan Foil Aluminium


#PermaiMenulis
#MekahMadinahDiHati
#SeputarMemoriSilam



Friday, August 25, 2017

#MekahMadinahDiHati : Catatan ke satu -Visa

#MekahMadinahDiHati
Catatan ke satu

Pertengahan Disember tahun 2005- kami yang ingin menunaikan Haji mengikuti kursus haji yang dianjurkan oleh PMRAM  di h10. Sesi selama ½ hari sahaja.Huhu.
Kemudian kami perlu mendapatkan suntikan vaksin di klinik dan memberikan Pasport kepada pihak pengurusan untuk urusan Visa.

Payah nak dapat visa,merupakan isu turun temurun (agaknya lah). Bayangkan tiket dah ada, tapi visa tak dapat lagi.
Tahun ini sahaja, terdapat jemaah haji yang terpaksa delay disebabkan masalah visa.

26 Disember 2005 : Hampir sepanjang hari kami menunggu di kedutaan untuk mendapatkan pasport. Setelah pejabat dan kaunter tutup, barulah kami dapat pasport. Itupun otai-otai di kalangan kami bertaki dengan staf di situ.
Pulang dengan pasport di tangan seperti meraikan suatu kemenangan yang besar.


Mana taknya.. Hari esok nak bertolak dah. Tak dapat visa tak lepas la nak pergi.

#PermaiMenulis
#SeputarMemoriSilam
#MekahMadinahDiHati


Visa Umrah tahun lepas. Pasport yang ada visa haji dah ghaib.huhu.