Friday, October 30, 2015

Singgah di Bukit Fraser

Bukit Fraser terletak di negeri Pahang, di atas Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Ia merupakan kawasan pelancongan pergunungan yang menarik kerana suhunya sejuk 17~24 Celcius. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,310 meter dari aras laut. Kira-kira 104 kilometer dari bandar raya Kuala Lumpur. Bukit Fraser ini terletak di dalam Mukim Tras di Daerah Raub Pahang.
Bukit Fraser mendapat nama dari seorang pengembara British pada zaman kolonial iaitu Louis James Fraser .
Banyak bangunan dan banglo dibina mengikut cita rasa kolonial British. Dinding rumah dari batu konkrit besar yang disusun dan disimen. Warna dinding berwarna putih dengan diselang-seli warna hitam pada tiang jenang. Pagar rumah dibuat daripada pokok-pokok bunga . Lebar jalan raya agak terhad iaitu hanya dua lorong dan sukar untuk berselisih kereta. Jalan rayanya sempit, banyak selekoh berbahaya dan curam. Kini bas boleh sampai ke puncak kerana jalan naik dan turun sudah berasingan.Tiada lagi jadual untuk naik dan turun seperti dahulu.

Pekannya agak kecil dan kebanyakan aktiviti di sini tertumpu di sebuah dataran yang mempunyai sebuah menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini terletak di dalam bangunan-bangunan yang terbina pada zaman penjajahan Inggeris.Pusat peranginan ini dianggap sebagai tempat terunggul untuk aktiviti memerhati burung dan sering menjadi tuan rumah acara tahunan Pertandingan Memerhati Burung Antarabangsa Bukit Fraser. Pertandingan ini memerlukan peserta menyusuri laluan-laluan trek yang terdapat di dalam hutan di sini bagi mencari dan merekodkan jumlah pelbagai jenis burung yang boleh dilihat dalam tempoh masa yang ditetapkan. Suasana di Bukit Fraser menyerupai suasana perkampungan di pedalaman negara Scotland yang dipenuhi dengan bangunan granit kelabu dengan gaya Tudor.Harga makanan amat berpatutan malah ada makanan yang lebih murah dari sesetengah tempat pelancongan.Amat sesuai untuk mereka yang ingin berehat dari kesibukan dan mencari ketenangan.Terdapat juga kedai-kedai cenderamata yang terhad. 
Hampir keseluruhan nama tempat dan bangunan dinamakan dengan nama orang Inggeris. Rasanya hanya Masjid yang tidak menggunakan nama pembesar Inggeris. Inilah nasib menjadi negara yang dijajah suatu ketika dahulu. Sebagai renungan bersama, Kini walaupun sudah merdeka adakah pemikiran kita telah merdeka atau masih terjajah?




Tasik di Allan Water


 Banglo persendirian

 Banglo Jelai


 Masjid Sultan Mahmud, Bukit Fraser, sama nama dengan Masjid daerah Lipis


 Bunga di halaman Masjid Sultan Mahmud Bukit Fraser

 Dataran menara jam yang menjadi tumpuan pelancong. Ketika ini hujan jadi tiada pelancong yang bergambar.

 Banglo Pekan

 Terdapat banyak bunga yang cantik-cantik

Deretan rumah kedai warisan yang perlu dipelihara sebagai suatu monumen sejarah yang berharga. Gambar di Pekan Tras, Raub ketika laluan masuk ke Bukit Fraser 

Singgah di Mersing

Kami  berkesempatan singgah di bandar Mersing. Antara dapatan yang berkaitan dengan Mersing ialah : 
Mengikut sejarah, Mersing telah dibuka pada tahun 1892 oleh Dato' Bentara Luar iaitu MOHD SALLEH BIN PERANG. Tapi menurut temubual dengan Encik Hussin bin Mohamad, Dato' Bentara Luar hanya menjalankan kerja-kerja mengukur Daerah Mersing.
Cerita lisan mengenai nama Mersing yang pertama ialah sempena nama seorang Sikh iaitu Amir Singh ataupun Men Singh. Beliau dikatakan telah melarikan diri dari Pahang kerana membawa gundik Sultan Pahang.
Cerita Lisan Kedua KANGKA adalah nama yang cukup popular mengenai Mersing berasal dari bahasa Hokkien yang bererti ‘MUARA'. Sekitar 1880 an, Sungai Mersing merupakan persinggahan kapal-kapal dagang seperti Kapal Hong Yat yang membawa ikan kering. Barang dipunggah melalui jeti yang dinamakan Jalan Jeti di situ dan wujudnya masyarakat Cina sebagai pembuka nama mersing.
Mengikut Abdul Malek Munip, imigran-imigran cina yang berada di seluruh negeri johor termasuk Mersing digalakkan berhijrah daripada Maharaja Abu Bakar di bawah sistem Kang Chu, sistem itu dijalankan di Sungai Besar Johor dimana orang cina menanam gambir dan lada hitam.
Sebagai menyahut saranan Baginda imigran membuka penempatan di Kangka dengan nama Kangka Apeng dan sekarang dikenali sebagai Estet Kuala Mayang ditanami getah dan kelapa sawit.
Nadi pembangunan Mersing ialah kegiatan pertanian seperti rancangan FELDA, FELCRA dan RISDA. Pembukaan tanah itu mengubahkan sedikit-sedikit wajah Bandar mersing.
Daerah Mersing yang ada pada masa itu mempunyai petempatan yang berselerak seperti Lubok (kini dikenali sebagai Pengkalan Batu, Tenglu, Sri Pantai dan tempat-tempat lain). Kesemua tempat ini mempunyai cara yang tersendiri mendapat namanya.
Pada zaman pendaratan Jepun di Mersing, mereka telah membakar kawasan Bandar Mersing dan memusnahkan jalanraya dan jambatan konkrit yang dibawa oleh Inggeris. Pusat Pentadbiran Jepun masa itu, kini telah didirikan Bangunan Majlis Daerah Mersing.
Penduduk asal Mersing pula, pada zaman dahulu kala berasal dari negeri Terengganu. Ini dibuktikan dengan terdapatnya beberapa kampung yang mengusahakan keropok lekor ikan. Ada juga antara penduduk tempatan yang fasih bertutur dalam telor Terengganu.

Terdapat tugu kemahkotaan Sultan Johor di Bandar Mersing yang terletak berhampiran pantai. Ramai yang mengambil kenangan di tugu ini termasuklah kami. 


 Masjid Jamek yang kelihatan dari Tugu 

 Ramai yang mengambil peluang bergambar di tugu mahkota ini




Terdapat kuda dan kereta kuda yang boleh disewa di pantai ini.

 Boleh menaiki kereta kuda berkeliling di pantai.


 Sumber rezeki terbuka luas di mana-mana, yang penting berusaha dan memohon keberkatan.

 Jangan sangka pantai timur sahaja pengeluar keropok, Mersing juga antara pengeluar keropok yang sedap. 
Keropok lekor Mersing

Thursday, October 29, 2015

Masjid Jamek Mersing

Kami berkesempatan singgah di Masjid Jamek Mersing. Beberapa maklumat yang berkaitan Masjid Jamek Mersing :


Masjid ini terletak di Bandar Mersing dan telah didirikan pada 7 Syawal 1375 Hijri bersamaan 18 Mei 1956 Masihi. Upacara peletakan batu asas masjid ini kemudiannya telah disempurnakan oleh Dato’ Syed Alwi, iaitu Mufti Kerajaan Negeri Johor ketika itu pada 24 Zulhijjah 1375 Hijri bersamaan 2 Ogos 1956 Masihi.
Masjid Jamek Mersing dibina berkonsepkan seni bina Afrika Selatan. Sebuah kubah yang bersaiz besar memenuhi bahagian bumbung masjidnya yang rata. Bentuk bangunan keseluruhannya empat persegi dan terdapat dua buah anjung serta sebuah menara dibina bercantum di sisi bangunan masjid ini. Anjung tersebut dibina mengikut reka bentuk seni bina Melayu. Kemasan luarnya sangat mudah dengan hanya menampilkan reka bentuk gerbang pada kedua anjung tersebut.
Menariknya Masjid ini terletak di atas bukit, bersebelah dengan kawasan laut. Jika kita berada di kawasan masjid ini, kita dapat menyaksikan pemandangan di pantai.


 Pemandangan dalam dewan solat Masjid Jamek Mersing
 Mihrab dan mimbar Masjid Jamek Mersing

 Kubah yang berwarna biru

 Dari kawasan Masjid nampak pantai


 Suatu tangga yang menghala ke pokok-pokok mangga, saya tidak tahu mengapa. Mungkin ada kisahnya.
 Tugu kemahkotaan yang terletak di pantai. Dari sini kelihatan Masjid Jamek tersergam di atas bukit. 
Pemandangan Masjid Jamek dari pantai

Thursday, October 22, 2015

Tanah Runtuh di Kuarters Masjid

Hujan lebat pada malam 19/10/2015 menyebabkan tanah runtuh  di belakang kuarters kami di Masjid Sultan Mahmud. Akibatnya dapor  rumah sahabat saya runtuh dihentam tanah. Rumah saya masih bertahan, walaupun jika tingkap dapur dibuka seolah-olah telah berada di dalam bilik bawah tanah. 


 Gambar ditangkap dari pagar Istana, kami ni berjiran dengan Istana, berjiran je lah..




 Dapur rumah sahabat saya yang dindingnya telah runtuh ditimpa tanah.  

Buat masa ini sahabat saya menumpang di Roomstay Masjid dan dalam proses untuk mencari Kuarters untuk didiami. Saya pula masih duduk di kuarters Masjid ini walaupun bekalan air sangat mendukacitakan. 



Paip bocor di sebelah pagar istana, sudah lama katanya tapi tiada tindakan lagi dari pihak berwajib. Adakah bekalan air di rumah saya yang sangat kritikal disebabkan paip bocor ini?

Sahabat saya memang kena pindah, ada pun saya juga kemungkinan kena juga pindah. Masalah utama kami penjawat awam sukar untuk mendapatkan kuarters kerajaan yang ok. Saya lihat pihak berwajib sekarang sudah tidak berapa ambil kisah tentang kuarters penjawat awam. Di mana-mana kita lihat kuarters kerajaan sudah terabai, dibiarkan uzur sehingga mencacatkan pandangan. 
Jika di bandar yang banyak taman perumahan, kebanyakan penjawat awam lebih selesa untuk menyewa di rumah taman yang sudah tentu fizikal rumah jauh lebih baik dari kuarters kerajaan sebelum membeli sendiri rumah.
Masalah yang timbul jika di bandar kecil yang rumah sewa sangat terhad menyebabkan jika ada pun harganya sangat tinggi seperti di Lipis, Cameron Highland dsb,   

Apa yang saya pelajari sebelum ini hanyalah dokumentasi indah yang tercatat di buku yang perlu semua penjawat awam hadam, siap masuk dalam silibus peperiksaan untuk pengesahan jawatan. 
Seperti Kuarters ada kelas-kelasnya. Macam saya layak untuk kelas D dan C (jika ada). Tetapi jika di sini kelas tersebut tiada. Kelmarin saya lihat rumah kelas H (gred 16 ke bawah) di Batu 3, tetapi bos saya tak bersetuju kerana jaraknya yang jauh dengan masjid. 
Semalam kami pergi meronda ke Bukit Kerani, Kebanyakan rumah kosong di sini sudah sangat terbiar dan usang. Bagi saya sepatutnya pihak berwajib mengambil berat kuarters di Bukit kerani, Bukit Bius kerana menjadi sebahagian daripada tinggalan sejarah yang perlu dipelihara. 
Ikutkan Kuarters juga sepatutnya telah dilengkapi dengan perabut asas, ibaratnya pegawai kerajaan yang terbabit hanya perlu bawa beg pakaian sahaja. Ini untuk memudahkan pegawai kerajaan yang biasanya sering berpindah randah.

Tetapi itu semua hanyalah kenangan sejarah sahaja.


Kuarters Kelas H di Batu 3, Jalan Lipis-Benta. Bagi saya paling ok berbanding kurters-kuarters lain.


Kuarters Sungai Kerpan
Meronda di Kuarters Bukit Kerani bersama EO Pejabat Daerah dan PT Pejabat Agama.