Monday, July 24, 2017

Terjegat di Meja Cashier

Gambar Hiasan : Sumber google

Sesudah makan, saya menuju ke meja cashier. Memang kedai makan tersebut kalau nak bayar kena pergi ke meja cashier,
Meja cashier kosong, tiada siapa yang menjaganya.
Kedudukan meja cashier bersebelahan dengan kaunter dapur. Iaitu tempat tukang masak letak makanan yang telah selesai dimasak, dan waiter akan mengambil makanan tersebut untuk dibawa ke pelanggan.
Lama juga saya keseorangan berdiri terjegat di depan meja tersebut. Peliknya tukang masak yang letak makanan bukannya tak nampak saya. Paling menarik (sadis) dua orang waiter 3,4 kali dah mundar mandir sebelah saya ambil makanan di kaunter tersebut tanpa mempedulikan saya. Pandang atau bagi sebarang isyarat apa-apa pun tak.
Akhirnya saya pun pergi ke kaunter dan sound, “tak nampak ke saya tunggu lama nak bayar”
Kemudian barulah seorang brother datang ke meja untuk mengira. Saya sebut kat dia, 3-4 orang staf yang mundar mandir tu tak nampak ke saya berdiri lama kat meja tuh.
Jawapan yang mudah diberikan : Diorang tak reti kira.
Saya sambung lagi : yang depa mundar mandir 3-4 kali sebelah saya tu, tak nampak ke kite nih. Bagi la isyarat pada demo yang pandai kira.
Brother tu pun kabo : Rilek la bang..
Saya pun diam sahaja, malas nak teruskan, sebab tak de manfaat pun gayanya kalau nak beri cadangan.

Cadangan saya : Kena ada staf khas yang memang duduk di meja kaunter sahaja. Kedai Mamak biasa guna kaedah ni.  Nak pula kalau kedai makan tersebut besar dan luas. Jenuh nak panggil depa, untuk kira kat  meja kita.

Tip untuk bos memilih pekerja : Pilih lah pekerja yang serba boleh. Tenaganya boleh dimaksimakan. Moleknya pilih pekerja yang lebih baik dari kita sendiri. Insya-Allah berbaloi, tapi gaji tu pun biar berbaloi. Kalau tak depa transit sahaja.
Akhirnya bos juga yang rugi. Pekerja ramai tapi tak mahir, dan mungkin kos gaji lebih tinggi lagi sebab pakai ramai pekerja tapi tak mahir.



#PermaiMenulis
#cashier




Tip untuk Ikut Rombongan (Siri 1)

Bila pergi rombongan, sudah tentu bukan kita berseorangan. Tetapi bersama dengan rakan rombongan yang lain.
Maka banyak benda yang perlu kita perhalusi, sebab bukan kita seorang. Tapi ramai lagi ahli rombongan yang lain.
Biasanya timbul masalah bila berada di tempat menginap. Mungkin homestay, dorm.
Antaranya :
i)Bilik air dan tandas -
Jumlah bilik air yang terhad. Kena kongsi dan tunggu giliran. Biasanya kecoh pada waktu subuh.
Cadangan saya :-
Jika ramai yang menunggu giliran bilik air, tak perlu lah mandi beria macam dekat rumah sendiri. Cukup berus gigi, bersihkan apa yang patut dan berwuduk. Selepas solat subuh nanti baru la mandi.  Melainkan mandi wajib.
Bagi yang mandi wajib, dah tau nak mandi wajib. Bangunlah awal sekali. Bukannya lewat sama dengan kawan yang lain.
Ada juga rakan yang mengambil insiatif mandi lebih awal, iaitu sebelum tidur. Bangun pagi hanya sekadar basuh dan bersih sikit-sikit tak sampai 5 minit.

ii)Set penggera (alarm)
Rata-rata saya jumpa suka setting terlalu awal penggera mereka. Ada masa kena lah ukur baju di badan sendiri. Sesuaikan dengan realiti semasa.
Contohnya bila pergi rombongan, balik tempat menginap dah lewat, sepanjang hari pula dah letih berjalan. Pedooh je setting jam 4-5 pagi tuh. Setting  yang kita rasa mampu dengan kadar keadaan situasi kita.
Alhamdulillah, saya antara orang yang mudah bangun. Cuma selalu tensen dengan deringan alarm orang lain yang bingit, tetapi orang berkenaan relek je  tidur mati.
Banyak kali saya yang terpaksa bangun, dan tolong tutupkan alarm tersebut.  Isunya setting awal sangat.
Sekarang, biasanya awal-awal lagi sebelum masuk tidur saya akan taklimatkan pada kawan-kawan yang lain. Supaya tak melampau dalam setting alarm.
Insya-Allah bila kita biasa bangun awal. Tanpa alarm pun pasti akan terjaga dengan izin Allah. Sebelum tidur tu niat dan berdoalah.

iii) Iron baju
Saya galakkan bila pergi rombongan, pilih baju yang tak perlu digosok beria, Seperti T-Shirt.
Ini tidak, ada yang pakaian tu macam nak pergi masuk temuduga. Mujur tak pakai blazer dengan tali leher je.
Nak pula kaum hawa, lagi banyak  set pakaian depa. Semua nak bergosok sampai stokin, sapu tangan pun nak bergosok.
Kalau ada yang macam tuh, suruh dia sewa bilik hotel sorang-sorang. Tak payah la join rombongan beramai ni.
Konsep backpackers sangat menarik untuk kita amalkan.

iv) Plug Elektrik
Sudah tentu jumlah plug sangat terhad. Sedangkan penggunaannya sangat maksima terutama untuk cas henpon, power bank, kamera dll.
Saya cadangkan (walaupun dari segi keselamatan macam tak berapa elok), pakat bawa plug extension. Jadi jumlah plug banyak la sikit.  Moleknya beli power bank yang kapasiti besar. Cas siap-siap power bank dekat rumah.

Ada lagi?.. Boleh cadangkan untuk kebaikan kita bersama.


#PermaiMenulis
#rombongan





Wednesday, July 19, 2017

Katanya tengah memasak.


Bila tanya tengah buat apa. Jawabnya tengah masak, atau baru siap memasak. Ada orang hobinya memasak. Pada masa lapang, hari cuti akan diisi dengan aktiviti memasak.
Namun kebanyakan dari kita istilahnya terpaksa memasak. Ye lah, tak masak awak nak makan apa?
Bagi yang kewangan mantop tak de masalah, setiap hari pagi tengahari dan malam tuju sahaja ke mana-mana kedai makan untuk mengisi perut.  Masalahnya yang selalu sengkek duit. Tambah pula zaman kini kos sara hidup yang sangat membebankan. 
Tak semua kedai yang ada menu nasik bajet. Nasi berlauk sepinggan RM 4.50 sekali dengan air sirap atau teh o ais. Bagi kedai yang ada sediakan menu tersebut, memang jadi tumpuan dan serbuan terutama di kalangan pelajar. Di daerah tempat saya bertapa ini tak de lagi tular kedai nasi bajet. Huhu.
Mungkin antara sebab kenapa kedai yang ada menu roti canai jadi tumpuan. Sebab harga roti canai kosong masih lagi harga mampu milik. Sekali pakej dengan air teh o panas.

Maka, pilihan yang paling menjimatkan adalah memasak sendiri. Pakar atau tidak bukanlah soalnya. Pokoknya awak boleh makan dan kenyang dengan masakan tersebut.

Saya sendiri perlu  memasak ketika berkelana ke bumi Kinanah. Memang kebanyakan dari penuntut Malaysia di sana akan memasak sendiri. Tak adanya setiap hari awak nak mengunyah roti (eish) berintikan to’miyah, kacang fuul atau kibdah.
Masak makanan arab ke? Haha..
Kat sana baru praktik masak sup, kari, tomyam. Menariknya tak rujuk buku resepi pun. Google pulak tak menular dengan meluas lagi ketika itu. Kaedah yang diguna pakai ialah main campak-campak bahan yang ada sesuka hati. Hasilnya ada masa fuhh Alhamdulillah, ada masa kus semangat Innalillah.

Saranan saya,  memasak sendiri adalah pilihan yang terbaik. Kita dapat menentukan bahan yang digunakan berkualiti dan yang penting halalan toyyiba. Bukan semua pengusaha makanan ambil berat soal halalan toyyiba dan kebersihan. Di kepala mereka hanya untung dan duit sahaja.

Tular di media sosial ada kedai makan yang ambil semula sisa makanan dan dimasak semula. Kalau setakat lauk tak habis, esok hidang semula tu perkara biasa. Belum kira lagi perencah-perencah yang digunakan.

Biasa-biasakan memasak, lama kelamaan akan menjadi kegemaran dan hobi. Lepas tu jemput kawan-kawan makan sekali. Nikmat apabila dapat menjamu rakan taulan makan. Ganjaran di sisi Allah pun besar. Kawan-kawan pun semakin suka dengan kita, sebab dapat jimat poket depa.huhu.
Kenangan bertamu di 'Abut ketika di Mesir

Ada siapa-siapa nak jemput saya makan ?


#PermaiMenulis




Friday, July 14, 2017

Ubat dan sakit

Ketika dalam perjalanan ke kelas agama di JKR pagi tadi. Saya berbual dengan En. Rahman. Ceritanya bulan Ramadan baru ini dia ditahan wad. Mulanya sakit di dada. Ingatkan senak atau angin. Biasanya akan lega bila dah sendawa. Ini dah sejam masih  sakit lagi. Drive sendiri ke hospital dan terus kena tahan wad.  
Sekarang dia dibekalkan dengan ubat. Setiap masa kena bawa ubat tuh. Kalau tiba-tiba je sakit, letak sebiji ubat tu kat bawah lidah. 5 minit masih sakit lagi, tambah sebiji lagi. Lepas tu kalau masih sakit segera ke hospital. Pesakit jantung mesti ada bawa ubat tersebut sebagai bekalan jika berlaku apa-apa kecemasan.

Biasa tak kita dengar ada orang yang tak hendak ke hospital. Sampai berkata “Apa pun jadi biar koi mati kat rumah ni” . Punyalah tak hendaknya ke hospital. Mungkin sebab takut. Seperti ubat hospital pahit, banyak jarum tajam nak mencucuk je taunya, setiap hari ambil darah. Fuhh takut.

Atau pun ada yang terpengaruh dengan alam mistik. Sakit je rujuk pawang. Pawang pun buat ulasan sakit ni sebab kena buat dengan orang sekian-sekian.
Begitulah manusia mudah terpengaruh.
Pokoknya semua penyakit ada ubatnya. Allah yang buat penyakit dan Allah jua yang aturkan penawarnya.Kepada Allah kita berdoa. Cuma jangan berdoa sahaja tetapi tak makan ubat.


#PermaiMenulis

Thursday, July 13, 2017

Makan boleh bina dan jalin Ukhwah. Hebat bukan ?

Makan boleh bina dan jalin Ukhwah. Hebat bukan ?

Contoh : Ayam yang pelbagai jenis bangsa seperti ayam kampung, ayam hutan, ayam belanda boleh duduk berhimpun sekali menikmati bertih jagung. Kalau tak ada makanan jangan harap la depa nak dok berhimpun begitu.

Antara formula untuk menjalinkan ukhwah ialah sewaktu makan. Jika kalian menjadi penganjur sesebuah program yang melibatkan peserta. Cuba amalkan urusetia makan bersama-sama dengan peserta. Duduk semeja dengan peserta ataupun jika makan dalam talam, makan setalam dengan mereka. 
Insya-Allah tak perlulah urusetia perah otak memikirkan modul ukhwah yang gempak. Kekadang modul hanya bersifat lakonan dan bersifat buat-buat, berbanding makan bersama-sama yang bersifat santai dan natural.

Jom, makan sekali bersama saya kepada yang sudi..


#PermaiMenulis
#makan

#ukhwah