Sunday, August 21, 2022

Qadhi Syed Abdul Rahman Benyahya

Singgah di Ulu Jempul. Jumpa pula buku rare. Menariknya disusun oleh mantan Al-Fadhil Qadhi Daerah Kuantan pada tahun 1975, iaitu Syeikh Syed Abdul Rahman bin Syed Mohammad Benyahya.

Kami kongsikan biodatanya :

Syed Abdul Rahman bin Syed Mohammad Benyahya merupakan Tokoh Maal Hijrah peringkat Negeri Pahang tahun 2021.

Beliau pernah melanjutkan pendidikan di Singapura dan Hadhramaut, Yaman serta memulakan kerjaya sebagai seorang guru, sebelum bertugas sebagai Qadhi di Raub sekitar 1960-an.
Syed Abdul Rahman kemudiannya dilantik sebagai Qadhi di Kuantan dan berkhidmat sebagai Qadhi Besar Pahang bermula 1976 hingga 1982.

Syed Abdul Rahman turut aktif dalam penulisan buku agama dan kitab antaranya Qiraah Mufidah (buku mengenal huruf al-Quran dengan mudah) dan Kitab Ilmu Faraid (Harta Pusaka), selain pernah dilantik sebagai guru agama kepada bakal haji semasa dalam kapal menuju ke Mekah pada 1970, serta menjadi Hakim Tilawah al-Quran peringkat negeri dan kebangsaan.

Beliau yang dilahirkan pada 1923 di Pekan meninggal dunia pada 1991, pada usia 68 tahun.






#tokoh
#ulama
#kitab
#jaip
#qadhi
#PermaiMenulis

Pasar Karat Loken

Nak cari barang lama boleh try ke Pasar Loken, Ipoh. Pukul 6 pagi dah start. Mesin taip, keset, piring hitam, buku, majalah. Dll.
Walaupun Barang lama, tapi kualitinya power. Buat apa yang baru kalau yang lama lagi berkualiti. huhu.






#PermaiMenulis #pasarloken #karat #pasar #loken #buku #oldbooks

Saturday, August 20, 2022

Unit Komunikasi dan Media Pahang

Kenalah berjumpa dengan sifu untuk belajar. Banyak benda lagi kena upgrade. Semangat pun kena kuat.

Petang semalam sempat berkunjung ke Pejabat Unit Komunikasi dan Media Pahang di Kompleks Teruntum. Brand deme Pahang Media tu lah.

Lepas tu sempat lagi ‘ngopi’ di Watak Kopi.
Teringat zaman sekolah dulu, Naik tingkat 17 kat Teruntumuntuk urusan biasiswa dan pinjaman Yayasan Pahang. Sekarang YP dah ada kompleks bangunan sendiri di Tanjung Lumpur. Pemandangan dari tingkap pun lawa, boleh cari ilham kalau blur nak menulis.












#PermaiMenulis #PahangMedia

Thursday, August 18, 2022

Minum Di Pantai Sepat



Petang ini, minum di Pantai Sepat.
Kedai anak sedara Dato' Salehuddin (solah). Dato' lahir di Kampung Sepat, Penor.

Dato' bacth pertama pelajar tahfiz al-Quran di Masjid Negara iaitu pada tahun 1966 bersama-sama dengan 7 orang yang sangat bertuah. Iaitu
1.Datuk Hj Abu Hassan Lebai Din (Perlis)
2.Tan Sri Syeikh Hj Ismail Muhammad (Terengganu)
3. Syeikh Zainal Abidin Ahmad (Terengganu)
4. Syeikh Mohsen Shekh Ahmad (Negeri Sembilan)
5. Sheikh Osman Mohammad Noor (Kedah)
6. Sheikh Kamaruddin Hj Amri (Perak)
7. Syeikh Shafie Ayub (Selangor),

Hanya 8 orang sahaja pelajar kumpulan pertama Tahfiz Masjid Negara yang diambil dan Dato' merupakan pelajar tunggal dari Negeri Pahang.

Tahun 1969, Dato' bersama rakan-rakannya yang lain telah melanjutkan pelajaran ke Mesir. Setelah hampir 7 tahun, 1976 Dato' telah berjaya menyelesaikan pengajiannya di peringkat Ijazah di Universiti Al-Azhar.

Jawatan Dato' Salehuddin dalam perkhidmatan :

1- Qadhi daerah Maran, Pahang pada tahun 1977 hingga 1980.
2- Pengetua Darul Quran Jabatan Kemajuan lslam Malaysia bermula dari tahun 1980 hingga
tahun 1993.
3- Pengetua Institut Tahfiz al-Quran Sultan Haji Hasanul Bolkiah, Brunei bermula dari tahun
1993 hingga tahun 1999.
4- Pensyarah dan guru talaqqi al-Quran di Darul Quran Singapura bertempat di Majid Kg Siglap. Pengajaran dua kali setiap bulan dan kelas ini bermula dari tahun 2000.
5- Pengerusi Lajnah Tashih Quran Kementerian Dalam Negeri KDN. Bermula tahun 2018.
6- Hakim Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sehingga sekarang.


Anugerah Diperolehi :
1. Diatas sumbangannya yang besar dalam perkembangan al-Quran, Sultan Pahang berkenan
menganugerahkan bintang kebesaran negeri yang membawa gelaran Dato’ pada 2006.

2. Tokoh Maal Hijrah Tahun 2005 Peringkat Negeri Pahang.

3. Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 2016.
                               
Kini dalam usia 77 tahun. Dato' masih giat mengajar al-Quran dan al-Qiraat baik di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Tahun 2022,  Hanya 3 orang Permata Al-Quran dari 8 orang kumpulan pertama Tahfiz Masjid Negara  yang masih bersama dengan kita.
Semoga  Allah  SWT  menaungi
kehidupan mereka dengan rahmat, taufiq dan hidayahNya, mengurniakan umur yang panjang,
rezeki yang murah dan barakah. Amin.

#Alquran #tahfiz #maahadtahfiz #shoubra #darulquran #PermaiMenulis

Thursday, August 11, 2022

Mat Kilau dan Muallim Yunus

Selepas liputan program di Madrasah kami berziarah ke kubur pahlawan Mat Kilau.
Di tanah perkuburan ini juga letaknya kubur Muallim Yunus yang membuka kampung Pulau Tawar kira-kira tahun 1600.
Kerana kekangan masa tak sempat nak minum-minum dengan Tuan Imam Mohd Fikri PS .




#jerantut #makam #matkilau #muallimyunus #PermaiMenulis