Tuesday, January 20, 2015

Tabung Masjid Kena Pecah Lagi

Sabtu dan ahad baru ni, tabung di masjid kami kena pecah lagi, masih tak berpuas hati si pencuri ingin mencuba lagi pada hari berikutnya. Namun cubannya gagal dan membawa kepada penangkapannya.

Pencuri pun tak bijak mana, masjid mana ada banyak duit. Nak duit banyak cari lah kat mana-mana bank.

Kes kecurian sebegini kerap berlaku di mana-mana sahaja. Penjenayah akan sentiasa bermaharajalela walaupun pelbagai undang-undang telah dikuatkuasakan. Mungkin selagi kita tidak mahu mengaktakan undang-undang jenayah dari langit sebagai undang-undang utama dan menjadi dasar perundangan negara jangan harap undang-undang ciptaan manusia ini mampu membenteras jenayah apatah lagi untuk lawan.. undang-undang Tuhan.

Semoga, suatu hari nanti negara kita akan aman damai di bawah hukum Allah SWT.
 Tabung ini dicampak ke taman
Tabung ini dicampak ke luar pagar belah hadapan





Setelah diberkas, lakonan semula si pencuri di hadapan pihak polis


 Bersama dengan Bos syarikat kawalan keselamatan

Monday, January 12, 2015

Misi Skuad Ansar Masjid selepas banjir

Ketika solat jumaat, beratus ataupun mencecah ribuan orang akan hadir untuk berjemaah menunaikan solat jumaat di Masjid Sultan Mahmud. Jumlah itu akan ketara berkurangnya ketika solat fardhu yang lain. Daripada sejumlah ahli jemaah tetap yang biasa menunaikan solat fardhu berjemaah di Masjid ini terbentuklah suatu kelompok kecil yang digelar Skuad Sahabat Masjid 'aka' Skuad ANSAR MSM. Skuad inilah yang menolong dan bersama  dengan pegawai-pegawai masjid mengimarahkan aktiviti dan program di masjid. Mereka bukanlah AJK Masjid jauh sekali berjawatan besar, orang-orang biasa sahaja yang Allah beri secebis  kesedaran untuk membantu bersama dengan kami (pegawai masjid).

Kami berkesempatan turun di lapangan membantu mangsa banjir membersihkan rumah dan menyampaikan sedikit sumbangan daripada Masjid Sultan Mahmud.

Antara rumah pilihan kami di rumah kebajikan yang dibina oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mereka yang layak menghuninya.


Kami membantu membersihkan sampah-sarap yang berlonggok di hadapan rumah dan penghuni rumah sudah tak tahu hendak dibuang ke mana. Ketika lori kami ingin membuang sampah, pihak Alam Flora tidak mahu menerima sampah kami. Kami menelefon pegawainya dan jawapan darinya sangat mendukacitakan. Disuruhnya kami buang sampah tersebut dalam hutan.. Kenapa? sebab kami hanya dari Rumah Allah yang tak bayar kepada mereka?. Kalau kami YB, Dato DO.. mesti lain nada mesra  staf Alam Flora tersebut. Dunia sungguh, siapalah  guru yang 'training' staf Alam Flora tersebut. Nanti depa meninggal orang masjid juga yang dicari. Waris depa tak carinya YB ke..orang kaya mana ke minta urus jenazah depa.

Seterusnya kami ke rumah pakcik dan makcik ini. Tiada siapa yang pedulikan mereka..ialah orang susah yang tidak medatangkan apa-apa keuntungan dunia buat si penolong. Ralatnya sehari sebelum kami sampai, team dari Persatuan Budha sudah sampai ke rumah pakcik dan makcik ini.
Jika kami sampai lewat, mereka akan buat operasi untuk menolong pakcik dan makcik ini. 

Aduhai! Terasa lemahnya kita umat Islam, umat kita yang ditimpa musibah orang dari agama lain pula yang lebih cakna dan mendahului. Teringat di zaman Khalifah dahulu, ada seorang muslimah dianiyai (dicabul) terus Khalifah menghantar sepasukan tentera ke sana. Sekarang?
Orang boleh buat apa sahaja terhadap kita umat Islam. Termasuklah Isu hangat gadis kita berpeluk dengan artis Kpop. Siapa yang harus disalahkan??
Pendapat saya kerana kita umat Islam lemah maka terjadilah perkara seperti itu.

 Jiran-jiran dan orang dari Persatuan Budha  tanya dari mana (chinese) , Kami jawab : Team Masjid.. depa kata : Baguslah..
 Imam Faizal menyembur Waterjet..

 Walaupun Skuad ANSAR Masjid berada di sini, team dari Persatuan Budha ini tetap datang dan menolong kami..
 Kelihatan, Wanita ini yang sudah berumur  dari Persatuan Budha.. bertungkus lumus bersama dengan kami membersihkan rumah pakcik dan makcik ini.

 Lumpur terlalu banyak, Tak boleh 'support' dengan waterjet.. Kami guna water pump sedut air dari sungai.. Baru puas hati..

Kelihatan Ustaz Amir dari BAKA IPD Lipis dan  turut bersama kami Imam Zakaria dari Masjid Daerah Temerloh.



 Khemah tempat Pakcik dan makcik berteduh 

Selesai misi, kami singgah sebentar di Majlis kenduri Staf Pejabat agama yang kebetulan ayahnya merupakan antara ahli jemaah masjid yang prihatin.

Semoga, Allah memberi kekuatan untuk terus menggerakkan skuad Ansar Masjid ini. Harapan kami jentera team ini akan semakin berkembang.Doanya semoga dipermudahkan.

Saturday, January 10, 2015

Banjir di Kampungku

Hujan yang lebat dan berterusan pada penghujung bulan 2014 mencipta sejarah banjir besar dalam negara kita khususnya di negeri pantai timur. Sebelum ini catatan sejarah  menunjukkan antara banjir-banjir besar yang pernah berlaku di negara kita adalah pada tahun 1926, 1971, 1988. Tahun 2013 pula merupakan banjir terburuk yang telah berlaku di daerah Kuantan.

Sepanjang umur saya, belum pernah lagi rumah kami di kampung saya yang terletak di persisiran sungai Pahang  berlaku banjir yang besar. Tak pernah lagi air banjir sampai ke lantai rumah, tetapi kali ini bukan setakat lantai tetapi tingkap pun tenggelam.

Namun menurut ayah, paras air banjir di kampung pada tahun 1971 lebih tinggi berbanding tahun 2014. 
Apa pun bersyukur semuanya selamat, semoga ada hikmah yang tersirat di sebalik kejadian musibah yang dahsyat ini.


















Minggu Pertama Bulan 1 tahun 2015 di Masjid Sultan Mahmud

 Bila musim hujan, atap masjid yang masih bocor menyebabkan 'wayer' elektrik terkena air. akibatnya  suis dan plug masjid terbakar. Masih menunggu RM 400K peruntukan dari PM untuk membaik pulih pendawaian elektrik.
 Semasa Ramadhan yang lalu, proses membaik pulih atap masjid yang bocor telah dijalankan dengan peruntukan sebanyak RM 150K, namun masalah bocor masih lagi berlaku. Bulan Diesmber 2014 baru ini musim hujan dan mengakibatkan kebocoran masjid semakin serius. Minggu ini pihak kontraktor datang membaiki dan masih di bawah seliaan pihak kontraktor kerana dalam jaminan lagi.
Penunjuk arah yang baru menggantikan penunjuk lama yang telah usang. Harapnya tiada lagi yang tersesat dalam masjid yang serba kecil ini. :)

Thursday, January 08, 2015

Misi Kemanusiaan Ke Kelantan

Saya berkesempatan bersama beberapa orang ahli jemaah Masjid Sultan Mahmud (Skuad Ansar Masjid) menyertai misi kemanusiaan di negeri Kelantan yang mengalami musibah banjir yang agak dahsyat baru-baru ini. Kami hanya mampu bawa air mineral, telekong, tuala, selimut, ubat-ubatan, pakaian terpakai, makanan. Tumpuan kami ke Klinik kesihatan (sebab jarang orang pergi ke situ dan bersama kami ada Pegawai perubatan (Dr.)

 Kenderaanku yang problem (tak boleh nak start), disebabkan kerap meredah air

Di Dabong


 Menunaikan solat di Masjid Dabong

 Klinik Kesihatan Dabong turut tenggelam




 Singgah makan bekalan di Gua Ikan, di sini terdapat air bukit (mata air) yang jernih



 Di Laloh



 Dalam keadaan sesak, masih ada yang nak potong Que. Semoga mereka semua insaf. Disebabkan tindakan mereka, keadaan lalu lintas jadi semakin kucar kacir dan menyebabkan laluan trafik terhenti terus.




 Di Klinik Kesihatan Manek Urai

 Di Rumah Dr di Kuarters Klinik Manek Urai. Rumah Nurse (misi) di sini tenggelam tetapi setakat kami hadir ke sini, belum menerima sebarang bantuan.

Dalam perjalanan pulang, jem yang panjang di Bukit 7, disebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Semoga di masa yang akan datang Allah memberi kelapangan, ruang dan peluang untuk saya membantu orang lain yang berada dalam kesusahan..insyaa Allah.