Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Wednesday, August 30, 2006

OLEH : JAKIM
PENJELASAN TERHADAP FAHAMAN SYIAH1.
TUJUAN1. 1. Buku ini bertujuan untuk memberi maklumat dan penjelasan kepada orang ramai mengenai fahaman Syiah supaya orang Islam dan masyarakat menjauhi dan tidak terpengaruh dengan fahaman ini dan menyedarkan mereka yang terbabit bahawa pegangan fahaman mereka adalah bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. 1.2. Kajian penjelasan secara sederhana ini dibuat untuk membantu masyarakat awam mudah memahaminya.
2. LATAR BELAKANG
2.1. Syiah di Malaysia merupakan satu kelompok pecahan dari umat Islam yang merangkumi lebih kurang 10% dari seluruh umat Islam di dunia. Golongan Syiah ini berpecah kepada beberapa kumpulan. Tetapi di dalam buku penjelasan ini hanya disebut tiga (3) kumpulan yang terbesar iaitu:
i. Syiah Imam Dua Belas (ja'fariyah)Kumpulan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar di Iran dan merangkumi hampir 60% daripada penduduk Iraq. Golongan ini juga menjadi kumpulan minoriti di beberapa buah negara seperti Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syria.
ii. Syiah ZaidiyahKumpulan yang dikenali dengan nama Syiah Imam Lima ini berkembang di Yaman dan hampir 40% daripada penduduk negara tersebut adalah pengikut Syiah Zaidiyah*.
iii. Syiah IsmailiyahKumpulan ini mempunyai Imam Tujuh dan pengikutnya dianggarkan seramai 2 juta orang. Kumpulan ini sekarang berpusat di India dan bertaburan di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika.
Di Malaysia terdapat tiga (3) kumpulan Syiah yang berkembang semenjak beberapa tahun yang Ialu iaitu:
i. Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra)Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia ia dikenali dengan golongan yang memiliki Kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Kelang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjidnya sendiri dan pengikutnya dianggarkan seramai 200 hingga 400 orang (tahun 1996).(1 Fakta ini dipetik dari buku "The Concise Encylopedia of Islam" oleh Cyril Glasse th.1989 hal. 364-365. Mengikut statistik Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri, Syiah di negeri Iraq ialah 49%.)
ii. Syiah Ismailiah Agha Khan.Kumpulan yang dikenali dengan nama Kedai Peerbhai ini bergerak di sekitar Lembah Kelang. Jumlah pengikut tidak diketahui tetapi bilangannya lebih kecil dari kelompok Bohra.
iii. Syiah Ja'fariyah @ Imamiah Ithna Assyariyyah (Imam Dua Belas)a) Kumpulan Syiah ini dipercayai mula bertapak di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada tahun 1979. Pengaruh ajaran dan fahaman kumpulan ini menular ke negara ini melalui bahan-bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran. b) Fahaman Syiah ini bertambah meruncing apabila beberapa orang pensyarah universiti tempatan telah memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman Syiah Ja'fariyah secara serius kepada para pelajar di Institut Pengajian Tinggi.
c) Beberapa buah kitab utama Syiah telah dijadikan bahan rujukan dan sebahagiannya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, antaranya: i) Kasyf al-AsrarOleh: Ayatullah al-Khomeini ii) AI-Hukumah al-IslamiahOleh: Ayatullah al-Khomeini iii) Al-Sabah Min al-SalafOleh: Ayatullah al Murtadza az- Zubaidi iv) AI- Usul Min al-KaftOleh: al-Sheikh Muhammad bin Yaacob al-Kulaini (thn. 1338H) v) Tahrir al- WasilahOleh: Ayatullah al-Khomeini vi) Al-MurajaatOleh: al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi vii) Peshawar NightsOleh: al-Sayyid Muhammad Rais al-Wahidin viii) Mafatih al-jittanOleh: Sheikh Abbas al-Qummi ix) Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan ljtihad)Oleh: al-Hasan bin Yusuf al- Mutahhar al-Hulliyy, diterjemahkan oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993) x) Mengapa Aku Memilih Ahlul Bait a.s?Oleh: Syeikh Muhammad Mar'i al-Amin al-Antaki - diterjemah oleh Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993) xi) Al-SahabahOleh: Haidar xii) Ahlu al-BaitOleh: Dr. Mahfuz Mohamed
Pengaruh fahaman Syiah ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, antaranya Kelantan, Johor, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Di Malaysia, pengikut kumpulan ini dianggarkan antara 300 hingga 500 orang. Antara gejala-gejala Syiah yang timbul akibat dari fahaman dan ajaran Syiah ini ialah: i. Adanya usaha menghantar pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Iran. ii. Wujudnya kes kahwin Mut'ah iii. Meluasnya penyebaran buku-buku Syiah iv. Wujudnya sokongan dari golongan tertentu kepada pengaruh Syiah terutama golongan ahli politik. v. Wujudnya kesamaran dan keraguan orang ramai terhadap ajaran dan pegangan Islam yang sebenar, contohnya dalam aspek perkahwinan, pengkebumian dan sebagainya.

Sunday, August 27, 2006

Jom Boikot
Oleh Azamin
KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Hrkh) - Setelah beberapa siri demonstrasi di depan Kedutaan Amerika Syarikat dan British, kini umat Islam melancarkan 'serangan' dan menyatakan kemarahan dengan memboikot produk terpilih yang menyumbang kepada kekejaman Israel membunuh umat Islam di Lubnan dan Palestin.
Seusai solat Jumaat, di pekarangan Masjid India di sini, lebih 500 orang berhimpun bagi memulakan usaha memulaukan barangan terpilih anjuran bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM ), Aman Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Kongres Indian Muslim Malaysia dan Persatuan Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.
Tiga produk terpilih yang diboikot ialah minuman berjenama Coke (Coca-Cola), ubat gigi Colgate dan restoran Starbucks.
Orang ramai bersama-sama melaungkan 'Boikot Coke, Boikot Colgate daan Boikot Starbucks' seiring laungan takbir 'Allahu Akbar' sambil mengangkat kain rentang dan sepanduk yang 'menyuarakan' kebencian dan bantahan terhadap produk tersebut.
Selepas beberapa ucapan, beberapa peserta perhimpunan bertindak memijak serta membakar produk Colgate, Coke sebagai satu cara simbolik dan isyarat membuktikan kemarahan mereka kepada syarikat pengeluar yang bersengkokol dengan rejim Zionis.
Koordinator Komunikasi dan Perhubungan Awam PPIM, Noor Nirwandy Mat Noor menggesa masyarakat pengguna Islam dan penganut agama lain memboikot produk Amerika-Israel bagi menghantar satu amaran jelas kepada Zionis dan sekutunya bahawa masyarakat negara ini sudah tidak dapat menerima kekejaman mereka.
"Kita ada bukti bahawa syarikat pengeluar produk-produk ini menyumbang dana dan membiayai rejim Yahudi untuk membunuh umat Islam di sana," katanya sewaktu ditemu ramah.
"Kita 'target' (sasarkan) tiga produk saja sebab kita nak dapat 'impact' (kesan) maksimum," katanya.
"Kita tidak main-main, satu isyarat jelas kepada Israel, mereka mesti 'stop' (berhenti) jika tidak umat Islam akan 'wallop' (menghukum) ekonomi mereka," katanya.
PPIM meminta umat Islam berkerjasama supaya tidak lagi membeli, menggunakan produk terbabait dan tidak lagi mengunjungi restoran Starbucks.
"Hanya dengan cara menggunakan kuasa 'purchasing power' (kuasa membeli) pengguna sahaja yang mampu menghentikan kekejaman dan memberikan tekanan kepada pembuli dunia," kata Nirwandy.
Katanya Presma memberi jaminan bahawa sejumlah 8,000 restoran di bawah naugannya tidak lagi menjual minuman Coca-Cola.
Timbalan Presiden Kimma, Amir Amsaa, pula berkata tindakan boikot ini sebagai salah satu cara simpati kepada kesengsaraan umat Islam di Lubnan dan Palestin.
"Kita mesti menarik balik barangan ini daripada dijual dan kita akan beritahu pengusaha restoran-restoran kaum India Muslim supaya tidak menjual barangan yang telah disenaraikan," katanya.
Turut menyatakan kemarahan ialah Setiausaha Kehormat PPIM, Dato' Nadzim Johan yang menyatakan bahawa kempen ini merupakan tindakan bijaksana di samping menyarankan umat Islam membeli produk alternatif yang dikeluarkan oleh umat Islam sendiri.
"Kalau tak ada produk ini, kita boleh mati ke? Tak ada pun tak pa, Malaysia banyak lagi produk lain," katanya.
"Ini boikot bijaksana, jangan bimbang kalau tak minum Coke, tak mati punya," katanya lagi.
Turut menarik perhatian seorang kanak-kanak, Shaedul Basha, 13, yang memegang 'speaker' sambil melaungkan 'Boikot Coke, Boikot Colgate' dan bertakbir 'Allahu Akbar'.

Friday, August 18, 2006

Halal dan Haram
sedikit peringatan...dengan ayat yg mudah berbunyi begini:
umat Islam wajib memakan makanan yg halal....cuma?macamana yg dikatakan halal itu?adakah dengan melihat pelekat label tanda halal sudah mencukupi?jawapannye...adalah tidak...

sedikit maklumat yg boleh dikongsi bersama....
Subject: PPIMalaysia : Barangan HaramBaru-baru ini satu seminar/taklimat telah diadakan antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia dengan pihak Jabatan Agama Islam Perak khusus mendedahkan produk haram yang berada di pasaran dan meminta orang-orang Melayu/Islam berhenti menggunakannya. Berikut disenaraikan secara ringkas roduk tersebut dan serba sedikit huraiannya.
1. COLGATE
Colgate keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam ~ haram~ bercampur lemak babi. Colgate 125ml yang berada dipasaran sekarang sah diimpot dari Thailand.
2. AJI NO MOTO
Aji No Moto keluaran Thailand, Indonesia dan Vietnam ~ haram ~ bercampur lemak babi Aji No Moto juga disahkan oleh doktor mengandungi MSG (Mono Sodium> Glutamate) berlebihan yang boleh mereputkan daging dan menggugurkan rambut dengan cepat. Bagaimanapun produk Aji No Moto keluaran Jalan Kuchai Lama (Malaysia) disahkan bebas dari lemak babi.
3. COKLAT
Semua coklat yang diimpot dari luar negara mengandungi lemak babi atau pun sekurang-kurangnya mengandungi lemak binatang yang amat diragui. Sekiranya pada luar bungkusan pek coklat ada menunjukkan kod produk, KOD 164 disahkan mengandungi lemak babi.
4. FISHCAKE; FISHBALL; MEE & Kuew TIAW
Keluaran bukan Islam disahkan mengandungi ramuan campuran lemak babi supaya produk tahan lama.
5. BERUS-BERUS SONGKOK, KASUT, CAKE
Babi ternak di Malaysia tidak berbulu. Tetapi babi tunggal dikatakan berbulu. Di negeri China terdapat babi ternak yang khusus menghasilkan bulu seperti ternakan biri-biri. Berus untuk songkok, kasut dan cake disahkan adalah bulu-bulu babi dari negeri China.
6. ROTI HIGH 5 (HIGH FIVE)
Roti High 5 HARAM dimakan kerana mengandugi / dicampur / diproses dari ragi Babi. Suatu ketika dulu pernah tersebar luas berita / surat layang mengenai lemak babi dalam roti Gardenia. Ketika itu jualan Gardenia jatuh merosot dengan ketara sekali. Sebenarnya berita ini disebarkan oleh orang-orang dalaman High 5 sendiri yang iri hati dengan pencapaian/kejayaan Gardenia. Punca iri hati ini disebabkan empat tokoh utama pengurusan Gardenia adalah orang Melayu yang amat peka dengan sensitiviti umat Islam mengenai pemakanan halal / haram. Saham-saham besar Gardenia yang dikatakan bercampur dengan bisnes babi tidak membabitkan negara Malaysia. Produk keluaran Gardenia diproses berlandaskan prinsip Islam ISI 2020 yang digariskan Institut Penyelidikan Piawaian Islam (RISIS). Ini disahkan oleh Setiausaha PPIM Dr. Maamor Osman. Roti Gardenia disahkan bebas dari campuran lemak babi.
7. REMPAH KARI ALLAGAPA, BABAS, SAKHTY & CAP MATA
Keempat-empat jenama kari di atas tidak mengandungi lemak babi TETAPI 40% hasil jualannya digunakan untuk membuat / menambah / memperelok kuil-kuil di Malaysia dan juga sebagai pembiayaan untuk membunuh masyarakat Islam Gujerat India. Itu lah sebabnya kita melihat jenama kari ini berlumba-lumba menaja rancangan-rancangan hiburan TV (terutamanya lagu dan filem Hindi) supaya bersesuaian dengan selera orang Melayu yang sejak dari dulu lagi lagu dan filem Hindi ini ibarat isi dengan kuku dan sudah sebati dengan jiwa mereka.
Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian ialah nombor 786.
Orang-orang veteran India Muslim (berusia 80 tahun keatas) yang ditanya mengenai nombor ini menyatakan dengan berbagai pendapat.Tetapi apa pun jawapannya nombor ini adalah kod untuk Bismillah yang cara amalannya mereka saja yang tahu. Malangnya kod ini (786) Diselewengkan oleh puak-puak Hindu apabila mereka juga melabelkan papan iklan kedai dengan nombor tersebut untuk mengabui umat Islam. Tidak hairan lah dewasa ini kalendar orang-orang India Muslim yang menggunakan gambar Kaabah
dan ayat suci Al-Quran dicetak / ditaja oleh Palanniappa, Sakhty dan Babas. Juga perlu dingatkan pada umat Islam supaya amat peka dengan beberapa restoran baru nasi kandar yang bergiat aktif sama ada dimana-mana bandar terutama di Taiping dan Ipoh. Pastikan perniagaannya oleh orang Islam dan ayamnya halal... Di Taiping ada restoran nasi kandar, pembuat roti nan dan toseh dari pekerja H**** dan ayam dibekalkan oleh C***.8. COCA COLA Coca Cola adalah jenama minuman yang mempunyai agendanya yang tersendiri. Lebih-lebih lagi agenda menghina Umat Islam. Tahukah saudara tulisan Coca Cola itu jika dibelah dua dari bahagian belakangnya maka tulisannya boleh dibaca dan akan membawa maksud 'Laa' Allah Laa'Muhammad (Tiada Allah Tiada Muhammad) Kajian menunjukkan Negeri Perak adalah negeri kedua di Malaysia yang berjaya memboikot Coca Cola dan dikatakan jualannya di Perak merosot sehingga 60%. Syabas warga Perak!!!

9. SARDIN TIN MERAH
Kuah Sardin ini dibuat dari campuran siput babi ~ haram dimakan.
10. KENTUCKY FRIED CHICKEN
Perkara yang meragukan dalam kes KFC ini ialah cara sembelihan ayam itu sendiri. Seorang petugas menyembelih di KFC mengakui bahawa bacaan semasa sembelih hanya dibaca pada permulaan / pertama sahaja manakala yang lain-lainnya tidak sempat kerana ribuan ekor lagi menunggu / berpusing untuk disembelih. Kita tidak dapat berbuat apa- apa dengan masalah KFC ini kerana ia mendapat kelulusan penuh pihak Pejabat Agama. Tetapi perkara yang mendatangkan was-was eloklah kita tinggalkan. Keadaan ini samalah juga dengan ayam yang kita beli dan lihat sendiri sembelihannya di mana-mana pasar ayam. Sekiranya kita beli 10 ekor ayam dan selepas disembelih ayam-ayam tadi dihumban kedalam sebuah bekas / raga. Persoalannya bagaimanakah cara 10 ekor ayam itu mati. SAH ayam itu mati akibat tertindih lemas sesama mereka dan bukan menggelupur sendirian. Mati lemas ini disahkan tidak halal kerana mati katak.
11. TEH HAILAM
Orang Melayu sejak dulu lagi amat famous dengan teh Hailam. Ada yang pagi-pagi lagi mesti kena teh Hailam. Sedap katanya. Minum pula dalam cawan berbunga. TETAPI tahukah kita apakah cara tradisional teh ini dibuat??? Seorang Mualaf yang mendedahkan perkara ini memberitahu bahawa pada setiap pagi towkay kedai ketika sedang menggosok gigi dan ketika masa yang sama akan Membenamkan berus gigi kedalam bekas membancuh teh atau apa-apa jua bekas untuk teh tersebut. Itulah resepinya. Bunyinya memang lucu tetapi itulah hakikatnya.
12. TESCO IPOH
Sesiapa yang berkunjung ke Ipoh dan ingin menjamu selera diingatkansupaya berhati-hati apabila singgah makan dimana-mana warung dalamTesco. Hampir kesemua gerai-gerai makanan dipunyai oleh bukan Islam (C*** ) dan mengupah pekerja Melayu untuk RUN bisnes tersebut. Masalah utama ialah ayam digerai ini di supply oleh C***. Hanya sebuah gerai (Western Food) saja yang disahkan betul-betul halal dan dijalankan sendiri oleh seorang pemuda Melayu. RENUNGANDi pasaran sejak akhir-akhir ini kita dikaburi dengan jenama-jenama yang seolah-olah bercirikan Islam. Contoh : Bahan makanan kering yang dibungkus dengan gambar masjid diluarnya dan bunyi syarikat pembuat seperti bahasa / bunyi Arab yang kadangkala kita tak ambil kisah langsung. Di pasar raya umpamanya jenama-jenama seperti Safi, Shurah, Zaitun dan Aminah Hassan dikenalpasti barang-barang keluaran bukan Melayu / Islam. Bisnes ini sebenarnya telah bertukar tangan. Selain itu alasan paling mudah adalah mana mungkin produk Melayu boleh masuk pasar raya. Bagaimana pula dengan kicap Tamin...??? Kicap Tamin HALAL tetapi difahamkan ia terpaksa mengupah salesman C*** dengan bayaran RM7, 000.00 untuk membolehkan produk tersebutmemasuki pasar raya.
wallahua'lam

Thursday, August 17, 2006


INTEGRITI SATU KEPERLUAN
Maksud Integriti. Persoalan pertama yang perlu difahami ialah maksud perkataan integriti. Macmillan English Dictionary menafsirkan integriti pertamanya sebagai 'the quality of always behaving according to the moral principles that you believe in, so that people respect and trust you' dan keduanya sebagai 'the quality of behaving according to the rules and standards of your job or profession'. Mengikut Longman Dictionary pula, integriti dimaksudkan sebagai 'the quality of being honest and having high moral standards'. East View Dictionary memberi maksud integriti sebagai keikhlasan, keutuhan, ketulusan, kejujuran, atau 'complete honesty and goodness'. Kamus Dwibahasa terbitan DBP mengertikan integriti sebagai kejujuran dan ketulusan. Buku Pelan Integriti Nasional, Kerajaan Malaysia (2004), Putrajaya, telah menafsirkan integriti sebagai satu kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Kepentingan Integriti Integriti adalah satu kualiti penting yang perlu ada pada setiap individu dan organisasi. Kita hanya boleh melihat dan menafsirkan integriti melalui pandangan mata kasar kita iaitu melalui perkara-perkara fizikal yang dilaksanakan. Melalui pengalaman berurusan seharian dengan individu lain, kita akan dapat mengenalpasti tahap keintegritian yang wujud pada individu tersebut. Sebagaimana yang kita telah sedia maklum, kehidupan seharian kita amat perlu kepada muamalat atau pergaulan sesama makhluk di bumi. Sebagai contoh, apabila kita berurusan di pejabat, terdapat segelintir pegawai pejabat yang tidak memberi layanan yang baik kepada tetamu mereka. Terdapat juga pegawai yang sering mencuri tulang ketika waktu pejabat. Perkara ini juga berkaitan dengan masa yang sering tidak ditepati terutamanya ketika menghadiri temujanji atau mesyuarat. Seringkali terdapat pegawai yang hadir ke mesyuarat lewat sepuluh minit, dua puluh minit, malah setengah jam. Malah, dewasa ini gejala yang sedang heboh diperkatakan di kalangan pegawai-pegawai kerajaan dan swasta ialah masalah rasuah yang semakin meruncing. Hal ini bukan sahaja boleh menyakitkan hati sesetengah pihak tetapi juga boleh menjatuhkan reputasi serta merugikan syarikat, organisasi malah negara. Ketika di jalan raya, setiap pengguna jalan raya perlulah memainkan peranan masing-masing untuk mengelak sebarang kemalangan yang tidak diingini. Hal ini termasuklah etika ketika ingin memotong kenderaan lain, meletakkan kenderaan, dan ketika memandu di atas jalan raya itu sendiri. Perkara ini penting untuk diambil perhatian kerana jika kita tidak menjaga integriti kita ketika memandu, kita bukan sahaja membahayakan diri kita sendiri, tetapi juga membabitkan orang lain yang tidak bersalah. Sewaktu kita berurus niaga di kedai atau pasaraya, kita seringkali berhadapan dengan situasi apabila kita tidak diberi layanan yang baik, atau tidak dilayan langsung oleh jurujual yang bertugas. Bahasa yang digunakan kasar dan tidak sesuai. Adakalanya, kiraan yang dibuat tidak tepat dengan harga barangan yang tertera. Pelanggan pula ada yang mencuri dan berlaku tidak jujur. Hal-hal sebegini adalah antara contoh-contoh situasi yang tidak berintegriti di pasaraya dan di kedai yang sering kita temui. Di sekolah juga kita biasa berdepan dengan individu dan organisasi yang mempunyai integriti yang rendah. Sebagai contoh, terdapat sebilangan pelajar yang suka melakukan vandalisme terhadap hartabenda sekolah seperti kerusi meja, papan kenyataan, paip air, tandas dan sebagainya. Mereka juga suka menconteng dinding-dinding bangunan sekolah terutamanya di dalam tandas dengan perkataan-perkataan yang tidak baik. Lebih mengharukan, terdapat juga guru walaupun segelintir yang tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna seperti tidak masuk ke kelas dan tidak memeriksa tugasan pelajar. Mereka ini tidak memberikan contoh yang baik kepada anak murid mereka. Ketika berada di kantin pula, terdapat individu yang tidak berintegriti yang tidak beratur atau memotong barisan ketika membeli makanan. Meja dikotorkan dengan tumpahan makanan, begitu juga sinki dan lantai. Bagi jurujual kantin pula, terdapat di kalangan mereka yang tidak menjaga kebersihan diri, pakaian, dapur serta premis mereka. Mereka lebih mementingkan keuntungan semata-mata tanpa mengambil kira kualiti makanan yang mereka sediakan. Tandas awam juga memperlihatkan kerendahan integriti masyarakat dan pengguna. Kebanyakan tandas awam amat rendah tahap kebersihannya. Kemudahannnya tidak terjaga. Ada di antaranya yang sudah tidak berpintu, pam dan paip yang tidak berfungsi, tandas tersumbat dan terdapat contengan-contengan yang tidak menyenangkan di dinding. Pampsers, puntung rokok dan sampah dibuang begitu sahaja. Hal ini semuanya berhubung kait dengan integriti masyarakat kita. Contoh seterusnya ialah telefon awam. Banyak telefon awam baik di kampung mahupun di bandar tidak dapat digunakan lagi kerana telah rosak akibat perbuatan tidak berintegriti sesetengah pihak. Mereka hanya memikirkan keseronokan sementara tanpa mengambil kira kesusahan yang bakal mereka hadapi suatu hari nanti. Begitu juga keadaannya dengan tempat membuang sampah. Terdapat individu yang tidak bertanggungjawab yang tidak menggunakan kemudahan yang disediakan dengan betul. Mereka sengaja membuang sampah di merata-rata tempat yang tidak sepatutnya tanpa merasai sedikitpun perasaan bersalah. Di stesyen-stesyen bas atau teksi, kita selalu melihat situasi yang tidak selesa dengan suasana yang bising dan keadaan yang kotor dan tidak terjaga. Selain itu, kita juga perlu berwaspada kerana seringkali berlaku kecurian dan kes-kes ragut di stesyen bas atau teksi. Bagi pemandu teksi pula, terdapat mereka yang mengenakan tambang sesuka hati tanpa mengikut meter atau kadar yang sepatutnya. Situasi seterusnya dapat dilihat pada penggunaan lif. Seharusnya, individu yang berintegriti akan memberi laluan kepada pengguna di dalam lif yang ingin keluar sebelum kita masuk ke dalam lif tersebut. Ketika berada di dalam lif pula, kita mestilah menunjukkan akhlak yang baik dengan tidak membuat bising atau merosakkan lif. Dengan sikap seperti ini akan mewujudkan suasana yang harmoni dan keselesaan kepada pengguna-pengguna lif. Akan tetapi apa yang didapati ialah keadaan sebaliknya. Dinding lif diconteng dengan kata-kata kotor dan tidak bermaruah. Sampah bersepah, kemudahan lif seperti kipas dan lampu dirosakkan. Di pasar pula yang kita temui suasana yang bising, busuk, dan kotor. Keadaan ini belum mengambil kira sikap jurujual yang hanya mengutamakan keuntungan. Ada di kalangan mereka sanggup menipu dalam jual beli seperti menggunakan timbangan yang tidak tepat atau mencampur adukkan barangan yang elok dengan barangan yang telah rosak. Jelasnya, mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri tanpa berfikir samada perkara yang mereka lakukan itu patut atau tidak, halal atau haram. Di taman-taman perumahan atau flat-flat pula, terdapat banyak fenomena yang menggambarkan sikap individu atau organisasi yang tidak berintegriti. Terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab yang tidak mengambil berat dengan kebersihan kawasan rumah mereka. Walaupun kekotoran itu di kawasan rumah mereka, namun ia akan turut mendatangkan masalah kepada penduduk di sekitarnya. Sebagaimana yang kita sedia maklum, kawasan perumahan yang kotor akan menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, lipas, dan tikus yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit kepada tetangga. Selain itu, terdapat juga penduduk taman atau flat yang suka membuat bising tanpa mengendahkan jiran tetangga yang mempunyai bayi kecil atau mereka yang tidur pada waktu malam. Satu bidang lagi yang menunjukkan kerendahan integriti masyarakat ialah budaya dalam berhutang. Terdapat penghutang yang sengaja tidak membayar hutangnya pada waktu yang telah disepakati oleh kedua-dua belah pihak. Terdapat juga penghutang yang sanggup menipu dengan mengatakan mereka telah melangsaikan hutang mereka walaupun pada hakikatnya mereka hanya membayar sebahagian atau tidak membayar langsung hutang tersebut. Mengikut kepercayaan mereka adalah untung jika mereka berjaya mengelak dari membayar hutang. Gejala ini bukan hanya melibatkan mereka yang tidak berpelajaran, malah golongan berpelajaran tinggi juga turut terlibat Bagi pemiutang pula, mereka sengaja mengenakan faedah yang tinggi yang sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Hal ini bukan sahaja menyusahkan penghutang, tetapi juga ianya salah di sisi agama. Berdasarkan contoh-contoh situasi yang diberikan, kita dapat menilai tahap atau gambaran integriti pegawai-pegawai, pengguna dan masyarakat keseluruhannya. Semua ini menggambarkan betapa pentingnya integriti kepada seseorang individu dan sesebuah organisasi. Integriti bagi sesebuah masyarakat itu penting kerana ia boleh mencerminkan imej agama, bangsa, dan negara. Persoalannya, adakah kita juga tergolong di kalangan mereka yang tidak berintegriti? Seterusnya, apakah tindakan yang telah dan perlu kita ambil untuk mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan integriti ini? Kita seharusnya menilai diri kita terlebih dahulu sebelum orang lain menilai diri kita. Faktor integriti merosot Terdapat banyak faktor yang menyebabkan integriti seseorang individu dan sesebuah organisasi itu rendah atau merosot. Ia berkaitan dengan individu itu sendiri, ksepimpinan, system dan prosedur, struktur dan institusi serta budaya. Faktor utama yang mempengaruhi keintegritian seseorang itu ialah sikap individu itu sendiri. Hal ini adalah kerana hanya tuan empunya diri sahaja yang boleh mengawal tindakan, tingkah laku dan akhlak masing-masing. Jika dia ingin menjadi seorang yang baik dan mempunyai peribadi yang unggul, dia akan melakukan perbuatan yang baik selaras dengan kehendak hatinya. Sekiranya dia hanya mengikut hawa nafsu tanpa menggunakan pertimbangan akal fikiran yang waras, dia akan sanggup melakukan sesuatu yang tidak berintegriti. Seseorang itu akan hanya mementingkan kebahagiaan dirinya sendiri tanpa memikirkan kesusahan yang terpaksa dihadapi oleh orang lain akibat perbuatannya itu. Di samping itu, mereka juga sanggup mempengaruhi orang lain untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya. Mereka ini tidak mempunyai asas keagamaan yang kuat serta jati diri yang teguh. Faktor seterusnya yang mempengaruhi integriti seseorang individu atau sesebuah organisasi itu ialah kepimpinan. Secara umumnya, ketua memainkan peranan yang penting serta mempunyai pengaruh yang kuat untuk mengawal serta mentadbir sesebuah organisasi itu. Mereka juga berperanan sebagai model kepada anak buahnya samada di dalam institusi yang besar atau kecil. Oleh yang demikian, apabila kepimpinan yang dijalankan atau diterapkan serta contoh yang diberikan adalah tidak berkualiti, ini akan mempengaruhi peribadi atau integriti anak buah serta masyarakat secara tidak langsung. Selain itu, sistem dan prosedur yang tidak teratur juga boleh mempengaruhi integriti seseorang. Ada system dan prosedur kerja yang memberi ruang dan peluang kepada pekerja untuk melakukan penyelewengan.Sebagai contoh ialah mengenai rasuah. Sistem pemeriksaan di sekatan jalan raya memberi ruang berlakunya rasuah di samping pengguna sendiri suka memberi rasuah bagi memudahkan urusan mereka. Jika sistem dan prosedur yang memberi ruang dan peluang ini tidak diperbaiki, maka sukar untuk membanteras gejala yang tidak berintegriti ini dari terus berleluasa. Budaya juga memainkan peranan yang penting. Walaupun sebenarnya budaya kita unggul dan murni, namun oleh kerana pengaruh budaya luar yang kuat menyebabkan generasi sekarang lebih terdedah kepada budaya tersebut yang cenderung kepada perkara-perkara yang tidak sihat Jika perkara negatif ini tidak dibetulkan segera, ia akan menjadi amalan dan akhirnya terbentuk menjadi budaya. Langkah-langkah mengatasinya Integriti dapat melahirkan individu dan organisasi yang mempunyai akhlak dan personaliti yang mulia. Hal ini seterusnya dapat memberi hasil kerja serta produk yang berkesan, sempurna dan berkualiti. Manusia yang menyedari realiti sebenar tugasan atau kerja yang mereka lakukan pasti akan tahu menghargainya. Kerja adalah 'the law of existence, a gift of God.' "Once Rasulullah came across Saad bin Muaz and when he shook hands with him, he found that Saad's hands were dark, blistered, rough, hard and full of cracks. He asked Saad why his hands were in that state. "Ya Rasulullah, I am a farmer and I use agricultural implements, rope and leather straps to till the land. From this land, I get the sustainance and the provision to feed my wife and family." When Rasulullah heard this, the Prophet lifted the hands of Saad, kissing them and said "These are the very hands and palms that Allah loves most." Kerja yang dilakukan dianggap ibadah sekiranya ia dilakukan dengan niat yang baik melalui jalan yang dihalalkan syarak. Kekosongan Rohani (Spiritual Vacuum) Rohani atau jiwa yang kosong menyebabkan seseorang individu itu melakukan sesuatu yang tidak berintegriti. Generasi sekarang banyak terdedah kepada unsur-unsur yang tidak baik. Anak-anak dididik oleh `ibubapa palsu’ seperti televisyen, permainan komputer, internet, motor, muzik, hiburan, pub, cyber cafĂ©, telefon bimbit serta kawan-kawan. Semua ini adalah perkara-perkara melalaikan yang mendorong mereka kepada keseronokan duniawi yang sementara. Mereka suka membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah tanpa memikirkan bahawa mereka adalah generasi pelapis yang akan mentadbir negara pada suatu hari nanti. Jiwa mereka tidak dididik dengan iman dan takwa. Kekosongan jiwa ini adalah salah satu faktor berlakunya masalah tidak selesai yang sering melanda negara kita seperti kes-kes jenayah, gejala sosial termasuklah penagihan dadah yang semakin meruncing, seks bebas, penyakit HIV, bersekedudukan dan kes-kes disiplin yang lain. Skor Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah yang dilakukan oleh Transparency International ialah 5.2 dan menduduki tempat ke 37 daripada 133 negara. (Data tahun 2003) Iman Masalah integriti di kalangan masyarakat dapat diatasi sekiranya kekosongan rohani diisi dengan iman yang teguh. Orang yang beriman mempunyai ciri seperti yang difirmankan Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 3 dan 4. iaitu mereka yang beriman dengan perkara-perkara ghaib, mendirikan sembahyang, menginfak (memberi nafkah) rezeki yang Allah berikan kepada mereka, beriman kepada Al-Quran dan kitab-kitab terdahulu serta meyakini hari akhirat. Di dalam surah Al-Qiamah pula Allah berfirman yang bermaksud: "Apakah manusia mengira bahawa dia akan dibiarkan begitu sahaja? Bukankah dia dahulu berasal daripada setitis air mani yang ditumpahkan, kemudian menjadi segumpal darah lalu Allah menciptakan dan menyempurnakannya. Lalu Allah menjadikan daripadanya sepasang lelaki dan perempuan. Bukankah (Allah yang berbuat) demikian berkuasa (pula) mengidupkan orang yang mati." (Al-Qiamah: 36-40) Dengan mempercayai perkara ghaib serta hari pembalasan, seseorang itu akan lebih berhati-hati terhadap tingkahlakunya kerana ia tahu bahawa setiap perlakuannya akan dibalas diakhirat kelak. Ia akan menjaga halal - haram, baik dan buruk. Seluruh tingkahlakunya akan dipandu oleh Al-Quran dan hadis. Seterusnya di dalam surah Al-Muddassir, Allah berfirman yang bermaksud: "Ingatlah demi bulan. Dan malam apabila ia berlalu. Dan waktu subuh apabila ia mula terang. Sesungguhnya (neraka saqar itu) adalah salah satu yang besar. Peringatan bagi manusia. Bagi sesiapa di antara kamu yang mahu maju atau mundur. Setiap diri terikat dengan apa yang telah dikerjakannya. Kecuali golongan kanan. Dalam syurga saling bertanya. Tentang orang yang berdosa. Jalan apa (yang kamu lalui sehingga memasuki neraka) saqar. Mereka menjawab, kami bukan dari kalangan orang yang sembahyang. Dan kami tidak memberi makan orang miskin. Kami memperkatakan perkara yang tidak betul bersama orang yang memperkatakan. Kami mendustakan hari pembalasan. Sehingga kami didatangi kepastian (mati). Maka tidak berguna lagi kepada mereka syafaat orang yang memberi syafaat. Kenapakah mereka berpaling dari peringatan (Al-Quran)? Mereka seolah-olah sekumpulan keldai liar yang lari bertempiaran. Lari dari singa. Bahkan setiap mereka mahu supaya diberikan surat terbuka. Tidak! Sebenarnya mereka tidak takutkan hari akhirat. Ketahuilah sesungguhnya ia adalah suatu peringatan. Siapa yang mahu, ia akan ingat. Mereka tidak akan ingat kecuali jika Allah kehendaki. Dia yang memberi taqwa dan memberi pengampunan." (Al-Muddassir : 32-56) Allah berfirman lagi di dalam surah Al-An'am: "Katakanlah: Apakah aku patut mencari tuhan selain Allah? Dialah Tuhan bagi setiap sesuatu dan tiadalah apa-apa (kejahatan) yang diusahakan oleh seseorang itu melainkan untuk dirinya sendiri, dan seseorang itu tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali dan Dia akan menerangkan kepada kamu tentang apa yang kamu perselisihkan. Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan darjat sebahagian daripada kamu daripada sebahagian yang lain untuk menguji kamu dengan apa yang diberi. Sesungguhnya Tuhan kamu sangat cepat memberi balas. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang." (Al-An'am : 164-165) Penutup Kita mestilah menghargai diri kita dan nikmat yang telah dan sedang kita kecapi ini dengan sebaiknya. Semuanya amat bernilai untuk dilepaskan dengan begitu sahaja. Allah menjadikan diri manusia supaya mereka ada pendorong semulajadi untuk mencapai sesuatu yang diperlukan dalam hidupnya. Integriti diri yang sempurna dapat diwujudkan gabungan daripada enam prinsip mudah yang perlu dihayati bersama iaitu pertamanya dengan menghayati konsep syahadah tauhid dan syahadah Rasul. Ertinya, kita mestilah memahami dan menghayati bersungguh-sungguh maksud keimanan dan kesaksian kita kepada Allah dan RasulNya bahawa Allahlah yang maha besar dan maha berkuasa, sedangkan makhluk tidak besar dan tidak berkuasa. Keluarkan kebesaran makhluk dari hati kita dan masukkan kebesaran Allah. Kita hendaklah patuh kepada segala perintah Allah mengikut cara yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad (S.A.W). Kedua, kita mestilah khusyuk dan khuduk ketika melakukan solat. Melaluinya, kita akan merasai ketenangan dan keamanan yang boleh mengisi kekosongan rohani. Kita tunaikan solat 5 waktu setiap hari tanpa gagal mengikut cara yang ditunjukkan oleh nabi iaitu dengan berjamaah di masjid. Para wanita melakukan di rumah pada awal waktu. Anak-anak lelaki dididik sejak kecil menunaikan solat di masjid berjamaah dengan bapanya, manakala anak-anak perempuan bersama ibunya di rumah. Dengan menunaikan solat lima waktu kita akan terkawal dari melakukan perkara buruk dan keji, apatah lagi perkara yang tidak berintegriti. Ketiga, kita mestilah sentiasa berusaha mendalami ilmu pengetahuan yang berfaedah serta berzikir kepada Allah. Ilmu pengetahuan dan zikir dapat membezakan nilai diri kita daripada orang lain yang tidak mempunyai keduanya. Ia dapat meninggikan darjat diri kita di kalangan masyarakat serta dipandang mulia. Dengan ilmu kita akan mengetahui apa yang Allah suka dan apa yang Allah benci, apa yang Allah perintah dan apa yang Allah larang. Keempat, selalulah berusaha untuk memuliakan orang lain. Hanya orang yang mulia sahaja yang sanggup memuliakan orang lain. Dengan ini, semua orang akan sentiasa hormat-menghormati, tolong-menolong, sayang-menyayangi, dan dapat merapatkan hubungan persaudaraan sesama insan. Tiada lagi sifat cemburu, dengki, iri hati dan khianat yang berlaku. Segala hak orang lain kita tunaikan sepenuhnya, manakala hak kita sendiri kita sanggup korbankan. Inilah sifat altruistic yang tidak ternilai harganya. Kelimanya, kita mestilah ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. Ikhlas lahir dari hati yang suci dan jujur tidak menipu atau berpura-pura. Akhir sekali kita mestilah memperbetulkan salah faham yang selama ini kita percaya bahawa diri, masa dan harta kita adalah milik pribadi kita sendiri sedangkan pada hakikatnya itu semua adalah milik Allah pencipta kita. Dengan fahaman yang betul ini barulah kita sanggup menunaikan segala kehendakNya mengikut cara yang dikehendakiNya iaitu berintegriti.