Tuesday, June 22, 2010

Program Dr Zulkifli Bin Muhamad al-Bakri


CERAMAH PERDANA
Tarikh : 23 Jun 2010 (Rabu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis
Penceramah : Dr Zulkifli bin Muhamad al-Bakri


SEMINAR HALAQAH ILMU
Tarikh : 24 Jun 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 am-12.00pm
Tempat : Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis
Pembentang : Dr. Zulkifli bin Muhamad al-Bakri
(Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan & Terengganu)
-Perbincangan : Syarah Kitab Hikam
-Syarah Fiqh al-Manhaji
-Soal Jawab.

Monday, June 21, 2010

Makan di Masjid

Sarapan pagi di Masjid Sultan Mahmud, Kuala Lipis.



Jamuan makan merupakan agenda yang sangat diminati. Tidak kira orang kampung, orang bandar, orang biasa, orang elit, tua, muda, kanak-kanak, laki-laki dan perempuan semuanya sangat menyukai agenda ini.
Kita fokuskan di masjid. Agenda makan-makan ini juga merupakan agenda yang sangat penting di kalangan jemaah. Terdapat masjid-masjid kampung tradisional yang jarang beroperasi, ada yang operasinya hanya untuk solat jumaat sahaja. Hari yang lain masjid tutup, memang pemahaman orang kampungnya sudah begitu, pergi masjid untuk solat jumaat sahaja. Imam, bilal dan siak lantikan Majlis Ugama pun hanya bertugas pada hari jumaat, hari lain makan gaji buta?..
Masjid yang kategori operasinya seminggu sekali ini, hari operasinya yang lain ialah hari raya aidil fitri & aidil adha. Waktu lain lagi, dan yang ini paling meriah ialah pada hari-hari kebesaran Islam seperti malam nisfu syaaban. Program biasanya bermula selepas solat maghrib dengan bacaan tahlil. Tetapi agenda yang terlebih utama dibincangkan ialah jamuan makan malam. Pada hari tersebut, terutama kaum ibu awal-awal lagi berkumpul di masjid bergotong royong memasak, sangat meriah apatah lagi jumpa di masjid beberapa kali sahaja dalam seumur hidup.
Lebih takjub, bila tiba waktu solat, seperti solat asar..tak pula mereka menunaikan solat jemaah. Sebabnya mind set mereka datang ke masjid hanya untuk memasak. Mereka akan solat di masjid malam nanti, maghrib dan isya'.
Malamnya selepas solat isya', mereka pun bersama-sama menikmati jamuan makan, selepas makan biasanya mereka tidak bersegera balik ke rumah, lebih syok berborak kosong dahulu sambil-sambil menghisap rokok, rokok daun ada, rokok yang gambar pada kotaknya menggerikan pun ada..macam-macam ada. Senang hati mereka dapat makan bersama di masjid. Tapi yang sedihnya esoknya masjid akan kembali sepi.
Bagi Masjid yang operasinya hari-hari terutamanya di bandar-bandar dan taman perumahan. Agenda makan juga tidak dilupakan. Contohnya Masjid di tempat saya, Kuala Lipis Pahang, beberapa orang ahli jemaah pakat-pakat kumpul duit untuk mengadakan jamuan makan pada malam jumaat, lepas tahlil ada jamuan makan.
Ada masjid yang pengumuman untuk majlis-majlis ceramah, tazkirah dan tahlil di masjid didahulukan dengan pengumuman jamuan makan dan penajanya, barulah disebut maklumat yang lain.
Jika dahulu-dahulu di Masjid Daerah Lipis & Raub, setiap kali program ceramah mesti ada makan. Tetapi sekarang tidak lagi. Tidak semua program ceramah yang ada jamuan selepasnya. Kadang-kadang sahaja. Walaupun ada juga suara-suara tidak puas hati, 'tak de makan?' kata mereka. Hal ini disebabkan beberapa faktor. Antaranya ialah, dahulu-dahulu program ceramah tidaklah kerap sangat. Dalam setahun hanya beberapa kali sahaja jika dibandingkan dengan sekarang. Sebulan kadang-kadang sampai 2-3 program ceramah. Jadi sudah pasti angka kewangan untuk program ceramah pun semakin meningkat. Audien pun semakin bertambah menyebabkan kos untuk penyediaan makanan juga meningkat. Sedangkan jumlah kewangan masjid tidak meningkat naik, statik seperti dahulu..menyebabkan kalau selalu sangat masjid mengadakan jamuan makan, kewangan masjid akan sedikit goyah.
Beberapa alternatif telah pun difikirkan. Antaranya Masjid tidak mengambil catering untuk memasak, hanya memasak secara gotong royong. Menubuhkan Koperasi Masjid untuk mengukuhkan dana kewangan dan mewujudkan skuad sukarelawan masjid.
Apapun, Ada makan atau tidak.. tak lah penting..yang penting kita menjadi manusia yang mengikhlaskan diri..sentiasa hadir ke masjid dengan ikhlas..insyaAllah akan datangnya suatu kemanisan yang jauh lebih enak berbanding dapat makan di masjid.
Waallahua'lam...