Thursday, November 28, 2024

Ke Chenor

Hari ini ke Sma Chenor. Walaupun hujan rintik, para guru tetap semangat untuk bergambar. Gambar sebagai kenangan indah. Akan datang ada yang bersara dan bertukar ke tempat lain.

Hari ini juga Pekan Sari di Chenor. Tempat untuk mendapatkan kuih muih tradisional. Terima kasih kepada Pengetua Smac yang titipkan bekal kuih muih untuk di bawa pulang ke bandaraya.

Kami juga menjengah ke Kompleks Pemuliaan Al-Quran Negeri Pahang di Chenor. Sebuah lokasi yang boleh dijadikan tempat lawatan untuk pembelajaran.

"Dakwah yang benar tidak terhenti pada program yang terbatas atau kerja yang ditunda. Hentikan gosip dan fokuslah pada tanggungjawab. Jadilah daie yang terus berbakti dengan komitmen tanpa henti."

#MediaJaip
#Dakwah
#smac
#KompleksPemuliaanAlQuranChenor
#PermaiMenulis

Thursday, November 14, 2024

Majlis Menghafaz Al-Quran

Majlis Menghafaz Al-Quran Negeri Pahang 1446H/2024 di Swisbel Tanjung Lumpur.
30 peserta keseluruhan bagi kategori 1-30 juz, 1-20 juz dan 1-10 juz.
Hari ini majlis penutupannya. Boleh saksikan di Live FB Jabatan Agama Islam Pahang.

Kita yang al-faqir, dapat berkhidmat dan berada dalam majlis yang dipenuhi dengan penghafaz al-Quran pun suatu anugerah.

Imam Ibnul Jazari dalam matan Toyyibah al-Nashr menyebut :

فَالْإِنْسَانُ لَيْسَ يَشْرُفُ
إِلَّا بِمَا يَحْفَظُهُ وَيَعْرِفُ

Manusia tidak akan mulia,
kecuali dengan ilmu yang dihafaz dan diketahui.

لِذَاكَ كَانَ حَامِلُو الْقُرْآنِ
أَشْرَفَ الْأُمَّةِ أُولِي الْإِحْسَانِ

Kerana itu, para penghafaz al-Quran,
merupakan golongan yang paling mulia dalam umat ini, yang memiliki kebaikan.

وَإِنَّهُمْ فِي النَّاسِ أَهْلُ اللهِ
وَإِنَّ رَبَّنَا بِهِمْ يُبَاهِي

Mereka adalah Ahli Allah di kalangan manusia,
dan sesungguhnya Tuhan kita membanggakan mereka (di hadapan para malaikat).

#MajlisHafazAlQuran
#AlQuran
#Tahfiz
#MediaJaip
#PermaiMenulis

Saturday, September 28, 2024

Nak Jalan Mudah

Bila hendak jadi hebat, tetapi...
Nak jalan mudah, tak nak bersusah payah dan tak nak fikir masalah.
Kalau boleh semua perkara orang lain tolong setelkan.

"Tertarik dengan sebidang tanah yang lawa molek. Nak la beli tanah tu, tak bayar lagi dah kecoh minta owner pastikan clearkan semua semak samun, sekali dengan pagar kasi lawa."

"Bila dah jadi tuan tanah, tapi tak jaga maintenance, jadi belukar semula la tanah tersebut.
Pastu bising ke owner lama, sebab tanah yang dia beli dah jadi hutan."

"Kebetulan pula owner lama usahakan tempat yang lain, yang dia ni iri hati pulak tengok tempat itu."

Bukan mudah untuk mudah. Dalam liku kehidupan, tetap akan ada cabaran dan tribulasinya.

#MediaJaip
#PermaiMenulis
#AkademiDuat
#Badar
#Dakwah

Tuesday, August 06, 2024

Bahagian Dakwah JAIP

En. Saha, pernah di Bahagian Dakwah JAIP era tahun 80-90an.
Ceritanya, dulu antara job Bahagian Dakwah menggelek (mencetak) teks khutbah jumaat dengan mesin gelek.
Sempat lagi beliau memberi pesanan dan nasihat kepada kami selaku orang baharu.

#mediajaip
#jaip
#dakwah

Tuesday, April 16, 2024

Farah Cie terjadi popular

Cerita isu semasa :
Semalam suspek kes tembakan di KLIA telah diberkas pihak Polis.
Sasaran suspek adalah isterinya sendiri.
Carian media sosial isterinya "Farah Cie" menjadi popular.
Menggambarkan masyarakat sangat mengambil berat isu ini.
Namun ada juga yang tersalah rujuk. Di FB ada satu lagi akaun Farah Cie Al Haramain yang telah dihijack oleh suaminya sendiri. Semasa dalam buruan masih lagi sempat post berita. Memang pyso lah.
Walaupun mangsa telah menjelaskan akaunnya telah kena hijack namun kerana warganet yang tidak gemar membaca tetapi laju nak komen.

Atau pun satu lagi perangai rakyat kita ialah mengambil kesempatan dengan membuat akaun fake.

Isu :
-warganet sering merujuk sumber yang salah.
-akaun fake yang laju mendapat pengikut.
-masyarakat kita mudah kena tipu.
-malas membaca.

#isusemasa
#PermaiMenulis

Monday, April 15, 2024

Insiden Tembakan di KLIA

Masih suasana hari raya, KLIA digemparkan dengan insiden tembakan.

Isu :
-Akses untuk mendapatkan senjata api.

Adakah mudah nak dapatkan senjata api. Sebelum ini kes lelaki warga Israel yang ditahan kerana memiliki senjata api (6 pistol dan 200 peluru).

-Tahap keselamatan di KLIA.
Sebelum ini, abang tiri Presiden Korea mati “dibunuh” di KLIA pada 2017.

Tugas dan tanggungjawab pihak keselamatan seperti polis dan askar semakin mencabar. Termasuk juga syarikat-syarikat perkhidmatan kawalan keselamatan. Ke hadapan kita tak tahu apa lagi yang akan berlaku. Dengan peristiwa ‘orang hilang’, jenayah samun dan rompakan yang sentiasa ada.

Semoga urusan pihak berwajib dipermudahkan dan diberi kekuatan.
Kita pula selaku orang awam, cakna isu semasa dan beri kerjasama pada pihak berwajib.

#klia #isusemasa #PermaiMenulis