Sunday, November 05, 2006


GERAKAN KRISTIANISASI DI MALAYSIA

Gerakan Kristianisasi bergiat cergas di kawasan yang mereka istilahkan sebagai "10/40 WINDOW" iaitu Negara-negara yang berada di garis peta latitude 10 ke 40 darjah. Negara-negara yang berada di garisan ini termasuklah Asia Tengah, Malaysia, Indonesia, Timur Tengah dan beberapa buah Negara di Afrika.
Sejarah awal kemasukan Kristianisasi di Malaysia bermula berikutan kedatangan pedagang parsi dari puak Nestorian, Turki Timur dan Cyprus yang beragama Kristian ke Melaka beberapa tahun sebelum penaklukan Melaka oleh Portugis pada tahun 1511M. setelah kehadiran Portugis ke Tanah Melayu, Father Francis Xavier telah menjadikan Melaka sebagai pusat pentadbiran gereja Kristian (Diocase) di Tanah Melayu.
Pada tahun 1641M, Belanda pula menguasai Tanah Melayu dan diikuti penjajahan Inggeris ke atas Pulau Pinang (1786M), Melaka (1795M) dan seluruh Tanah Melayu (1824M). kehadiran Inggeris merancakkan lagi penyebaran Kristianisasi di Tanah Melayu.
Seterusnya, tahun 1810M, paderi-paderi bermazhab Katholik dari Thailand telah menubuhkan Majlis Utama Katholik di Pulau Pinang. Kemudian pada tahun 1815M, mazhab LMS telah diasaskan di Melaka dan di Pulau Pinang, seterusnya Mazhab Protestan diasaskan pada tahun 1842M dan diikuti dengan penubuhan mazhab Open Brethen pada tahun 1860M serta mazhab Methodist pada tahun 1885M. Masyarakat Cina di Johor, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuala Lumpur telah mengasaskan mazhab Prebyterian tidak berapa lama selepas itu..
Gerakan Kristianisasi semakin hebat apabila mereka mula mendekati masyarakat orang asli dari suku kaum Sengoi pada tahun 1932M. mereka telah menghulurkan bantuan kewangan kepada suku kaum ini.
Pada tahun 1882M, gerakan Kristianisasi telah menumpukan usaha mereka kepada masyarakat Cina Hakka di Sabah. Hasilnya, kebanyakan darinya telah menganut agama Kristian. Selepas itu, mereka mengalih perhatian kepada masyarakat India di Sabah. Pada tahun 1972M, penganut Kristian di Sabah berjumlah 150 ribu orang. Untuk melicinkan kerja mereka lagi, Majlis Gereja Sabah (Sabah Council Of Churches)telah ditubuhkan.
Manakala negeri Sarawak pula, Majlis Gereja Anglicans telah menolong pemerintahan Raja Brooke untuk menyebarkan ajaran Kristian bermula dari tahun 1847M. Dalam masa yang sama, puak Cina Foochow yang bermazhab Methodist telah menggiatkan lagi usaha penyebaran agama Kristian apabila mereka berhijrah ke serata Sarawak terutama di wilayah Sibu, sehinggalah tahun 1828M, Majlis Evangelical Australia di Borneo telah memperhebatkan usaha Kristianisasi ke seluruh Tanah Melayu. Tidak lama selepas itu, Missionary di Sarawak telah membentuk Persatuan Gereja Sarawak (Association of Churches of Sarawak) untuk mengambila alih kerja-kerja yang dilakukan oleh majlis Evangelical Australia.
Selepas tamat Perang Dunia Kedua, Majlis Kristian Malaya (Malayan Chirstian Council) telah ditubuhkan pada tahun 1948M. Missionary mula memainkan peranannya seperti menghulurkan bantuan material kepada masyarakat Cina yang dipindahkan ke kampong-kampung baru ketika darurat diwartakan di Malaya.
Apabila Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada tahun 1957M, Missionary dari luar Negara telah mendapat kuasa apabila mereka boleh menetap di Malaysia selama 10 tahun tanpa memperbaharui visa mereka. Bermula 1970an, gereja-gereja di Malaysia telah diuruskan secara langsung oleh Majlis Gereja Singapura, beberapa tahun selepas itu, Majlis Gereja Singapura telah menyerahkan pentadbiran gereja kepada rakyat tempatan. Walaubagaimanapun Majlis ini masih memberikan bantuan kewangan kepada gereja-gereja di Malaysia.
Missionary di Malaysia menumpukan perhatian mereka melalui aspek pendidikan. Mereka banyak membina sekolah-sekolah yang berdaya maju di Malaysia. Sekolah-sekolah Methodist umpamanya, bertebaran di seluruh Malaysia dan mendapat sambutan menggalakkan di kalangan rakyat Malaysia. Mereka juga menumpukan perhatian serius terhadap permasalahan sosialdengan memainkan peranan aktif dalam membantu masyarakat yang kurang berkemampuan. Aktiviti-aktiviti khidmat social seperti menyalurkan bantuan perubatan kepada sesiapa yang memerlukan menjadi agenda penting daripada organisasi Missionary seperti Malaysian CARE, YMCA, Salvation Army dan organisasi lain lagi.
Pada tahun 1983M, Majlis Kristianisasi Kebangsaan (National Evangelical Christian Fellowship / NECF) telah memperkemaskan pentadbiran gereja di seluruh Malaysia. Manakala pada tahun 1986M, mereka telah enubuhkan Persekutuan Kristian dan Gereja Malaysia (Christian Federation of Churches Malaysia) untuk bergabung di bawah Majlis Kristian Malaysia (Christian Council of Malaysia/ MCC) dan NECF.
Sehingga Mei 1999M, Malaysia mempunyai 1.421 juta penganut Kristian., 4553 buah gereja dan 3113 buah darinya merupakan milik mazhab Evangelical.
Taburan pusat Penyebaran Kristian (Dioceses) yang terbesar adalah seperti berikut :
Kuala Lumpur – 74 093 buah.
Melaka & Johor – 31 315 buah
Pulau Pinang – 65 000 buah
Kuching – 109 300 buah
Keningau – 76 827 buah
Kota Kinabalu – 171 426 buah
Miri – 56 774 buah
Sibu – 79 000 buah.

Kajian menunjukkan agama Kristian tetap menjadi agama terpantas berkembang di Malaysia pada hari ini. Maklumat menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya dua gereja dibina dalam masa seminggu…..
Motto mereka : kita menyebarkan kristian bukan hanya dengan kata-kata tetapi juga dengan tingkah laku yang baik. Kita hendaklah bertindak sebagai kaki dan tangan Jesus.

No comments: