Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Monday, June 23, 2008

Pilot Peluk Islam

Merujuk kepada majalah MASTIKA keluaran Julai 2008 ; suatu artikel yang bertajuk ‘Pilot Peluk Islam Setelah pesawat bawa jenazah ulama dipayungi awan’. Dalam artikel di halaman 118-121 tersebut mengisahkan seorang lelaki india (pilot) mendapat hidayah selepas mengalami suatu peristiwa yang berlaku empat tahun lalu.
Ketika dia memandu pesawat membawa jenazah seorang ulama, suatu fenomena ajaib telah berlaku iaitu pesawatnya dipayungi awan. Sepanjang perjalanan dipayungi awan seolah-olah ada awan mengekori sehinggakan langsung tidak kena panas terik. Setelah kejadian aneh tersebut akhirnya pilot tersebut memeluk agama Islam.
Walaupun pilot tersebut tidak menyebut siapakah ulama tersebut. Namun terdapat beberapa ‘point’ berkenaan ulama tersebut yang boleh kita mengagak siapakah sebenarnya ulama yang pilot tersebut maksudkan.
Antaranya ialah :
:Seorang ulama terkenal yang buat kerja-kerja dakwah Islam.
:Meninggal dunia akibat sakit jantung di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
:Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.

:Disemadikan di sebuah madrasah yang menempatkan sebuah kolej pengajian Islam di negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.

:Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara ‘point’ yang menggambarkan jenazah ulama tersebut. Ramai sahabat-sahabat setelah membaca artikel pilot tersebut membuat kesimpulan bahawa jenazah yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor.

Cerita ini mungkin benar atau tidak, Wallahua’lam. Namun kesimpulannya Jika berjuang dengan ikhlas, insyaAllah ganjaran dari Allah menanti bukan hanya di akhirat tetapi telah dinampakkan di dunia lagi. Jika kita mengimbau kisah perjuangan Almarhum Ustaz Fadhil memang tidak dinafikan memang beliau merupakan seorang pejuang gigih yang berjuang sepenuh jiwa dan raga. Asalnya bekerja sebagai seorang pensyarah di UTM kemudiannya dipecat disebabkan beliau bertanding dalam pilihan raya. Selepas itu dengan tidak mempunyai sumber pencarian ekonomi yang kukuh difahamkan beliau pernah menjaja kain di majlis-majlis ceramah untuk menampung kehidupannya sekeluarga.. Tetapi semangat juang Almarhum tidak pernah luntur. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham.

Mudahan kisah ini dapat menjadi suatu inspirasi terhadap kita untuk terus berjuang menegakkan Islam di atas muka bumi ini… insyaAllah.

Al-Fatihah….

No comments :