Monday, July 28, 2008

Tahfiz mampu jadi PM

Berita Harian ;28 Julai


BANGGA: Pelajar cemerlang Mohammad Nurasyraf Yahaya, 21, (tiga dari kiri) berkongsi kegembiraan bersama ayahnya, Yahaya Othman; ibu, Aishah Mohd Baki dan adiknya pada Konvokesyen Darul Quran Ke-17 di Kuala Kubu Bharu, semalam.

KUALA KUBU BHARU: Graduan Darul Quran mampu menjadi Perdana Menteri, menteri Kabinet dan Ketua Setiausaha Negara, 20 tahun dari sekarang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata hasrat itu tidak mustahil kerana tahfiz berkebolehan memegang jawatan tinggi kerajaan selain berjaya sebagai profesional. “Graduan Darul Quran seharusnya berada di barisan depan dalam masyarakat, bukan sekadar menghafal dan mengajar di sekolah serta menjadi imam masjid. Saya berharap mereka mengambil kursus profesional selepas tamat pengajian.

“Kita mahu melihat ramai menteri Kabinet dari kalangan ahli tahfiz. Saya sedang mengusahakan hasrat ini,” katanya selepas merasmikan Konvokesyen Darul Quran Ke-17 dan menyampaikan Diploma Tahfiz al-Quran, Sijil Tahfiz al-Quran dan Sijil Tarannum al-Quran kepada 401 graduan, semalam. Darul Quran diasaskan pada 1966 di Masjid Negara Kuala Lumpur dan muncul sebagai institusi pendidikan tertua di Malaysia yang menawarkan program Diploma Tahfiz al-Quran. Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan menaik taraf Darul Quran sebagai kolej universiti dan bakal muncul universiti tahfiz pertama di Asia Tenggara dalam masa terdekat.

Katanya, tenaga pengajar Darul Quran digalakkan mengambil pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah bagi meningkatkan kelayakan, manakala 900 pelajar yang mengikuti pengajian ketika ini bakal menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda.
INFO: Konvo Darul Quran
Pelajar pangkat mumtaz menerima hadiah wang tunai RM500.

Muhammad Rashidi Ab Hamid Shaafiqah Idris dipilih sebagai pelajar mithali.
Darul Quran dianugerah Sijil MS ISO 9001:2000 daripada Sirim Berhad.
p/s: tahniah buat graduan MTNP... :)

No comments: