Saturday, February 27, 2010

Bukti Cinta Kepada Rasulullah


26hb Febuari 2010 : Sempena dengan bulan Maulidul Rasul, Masjid Sultan Maahmud Kuala Lipis telah menjemput al-Fadhil Ustaz Fadhil bin Misbah untuk menyampaikan ceramah. Al-Fadhil Ustaz merupakan perunding PYS Management & Servis dan kini menetap di Bandar Nilai Negeri Sembilan. Beberapa isi penting dalam ceramahnya ialah Rasulullah S.a.w sangat cintakan umatnya. Sehinggakan ketika saat wafatnya Baginda masih lagi mengingati dan risaukan umatnya. Namun kita sebagai umat Rasulullah adakah kita cinta kepada Rasulullah? Kalau kita cintakan Rasulullah apakah buktinya. Apakah cukup dengan kita melaungkan slogan tema maulidul rasul, kita membuat program-program seperti perarakan, majlis ceramah, sudah cukup untuk membuktikan bahawa kita telah cinta kepada Rasulullah s.a.w.


Antara perkara-perkara yang perlu kita lakukan untuk membuktikan bahawa kita cinta kepada Rasulullah ialah :
i) Banyak berselawat kepada Rasulullah S.a.w
ii) Menjaga dan memelihara warisan tinggalan Rasulullah -1) Al-Quran 2) Sunnah 3)Ulama’ Warasatul anbiya’
iii) Mengikut dan mencontohi Rasulullah s.a.w dari segala segi baik akhlak mahupun ibadah.

Di akhir ceramah al-Fadhil Ustaz telah mengijazahkan beberapa bacaan selawat yang diperolehi dari gurunya. Mudahan kita semua sentiasa cinta akan Rasulullah setiap waktu dan masa tidak tertakluk pada hari-hari tertentu sahaja.

No comments: