Monday, May 31, 2010

KOPERASI MASJID SULTAN MAHMUD MULA BEROPERASI

Alhamdulillah akhirnya pada 28.5.2010. Projek perniagaan Koperasi Masjid Sultan Mahmud Kuala Lipis Berhad dapat dijalankan. Projek perniagaan ini insyaAllah bermula sedikit demi sedikit. Kata orang bermula dari tahap 'zero', tanpa sebarang pengalaman cuma mempunyai kehendak yang tinggi sahaja. Di peringkat permulaan ini, perniagaan Koperasi hanya pada hari jumaat sahaja. Perniagaan yang dijalankan pun hanya tertumpu kepada jualan makanan. Jika pada 28hb baru ini, Koperasi menyediakan menu nasi minyak, insyaAllah selepas dari ini menu yang lain pula iaitu Nasi Kebuli. Jika ingin tahu apa dia nasi Kebuli jemputlah singgah ke gerai koperasi Masjid nanti.

InsyaAllah doakan di masa-masa akan datang koperasi ini akan meningkat naik dengan projek-projeknya yang semakin bertambah. Sesuai dengan hasratnya untuk memanusiakan manusia dengan menjadikan umat Islam terlibat dalam membangunkan ekonomi umat Islam sendiri.

Ketika kami memulakan hasrat menubuhkan koperasi ini, dan selepas mesyuarat agong permulaannya bermacam-macam suara diutarakan kepada kami. Antaranya ada yang berkata : "koperasi ini tak payah jual barangan runcit, rumit dan leceh, untung pun tidak besar".

"Koperasi Masjid ini jual barangan 'ibadah' sahaja seperti kopiah, jubah, kain pelikat, minyak atar, jangan jual yang lain sebab koperasi kita ini koperasi masjid, jadi biarlah ada kaitan dengan masjid dan agama"

"ahli yang jadi agen travel: nanti koperasi buat ziarah ke indonesia, umrah.. keuntungan masuk ke koperasi"

"koperasi jangan ambil orang yang nak letak barang, kita terima komisyen sahaja, sikit sangat untungnya"

......dan bermacam-macam lagi orang yang berkata....memang nak berkata cukup senang...
apa yang koperasi mahukan ialah bukan hanya kata-kata tetapi tenaga yang berkerja membangunkan koperasi.

Saya berpendapat : Koperasi masjid akan masuk ke segenap ruang dan peluang yang ada. Islam itu bukan hanya terletak di masjid, bukan pada ibadah, bukan pada upacara agama, bukan pada perlancongan, bukan pada keperluan harian...tetapi Islam itu kesemuanya..kesemua hidup kita adalah Islam...Islam yang syumul, yang menyeluruh, meliputi semua kehidupan manusia..InsyaAllah










No comments: