Monday, July 05, 2010

Mini Forum Muqarrabin


Mini Forum Muqarrabin di Masjid Sultan Mahmud (1 Jul 2010)

Panel 1 : Ustaz Jamaludin bin Muhammad
Panel 2 : Ustaz Hamdan Yusi bin Yusof
Panel 3 : Ustaz Norhamizi bin Jamaludin

Panel membincangkan soal kematian, mengingatkan bahawa manusia semuanya akan mati, jadi perlunya membuat persediaan sebelum mati.

Manusia diumpamakan mempunyai 3 orang anak.

Harban, Anis dan Amsal.

Harban ketika manusia hidup mereka sangat sayang kepada Harban. Tetapi bila manusia mati anak yang bernama harban ini hanya menghantar jenazah di tangga rumah sahaja.

Siapa dia Harban?.. harta benda.

memang semua manusia suka dan sayang harta benda, tetapi apabila kita mati, harta benda tetap tinggal di rumah kita.

Anak kedua bernama Anis. Berbanding Harban, Anis masih disayangi oleh sang ayah, walaupun kadang-kadang kena marah tetapi si ayah tetap sayang akan Anis. Tetapi apabila mati, Anak yang bernama Anis hanya boleh menghantar ayahnya sampai ke kubur sahaja.

Siapa dia Anis?...Anak Isteri.

Anak Isteri akan menghantar jenazah sampai ke kubur sahaja. setelah jenazah dikebumikan semuanya akan pulang ke rumah. Tinggallah jenazah bersendirian di kubur.

Anak ketiga bernama Amsal. Semasa si ayah hidup, dia tidak dipedulikan, tidak disayangi. Tetapi apabila si ayah meninggal dunia, anak yang bernama Amsal inilah yang akan menemani si ayah, menemani di dalam kubur dan menemani sampai bila-bila.

Siapa dia Amsal?...Amal Soleh.

Inilah yang diperlukan oleh semua manusia. Kejarlah berbuat amal soleh selagi usia kita masih berbaki. Kita tidak tahu bila kita akan dipanggil Ilahi.

No comments: