Wednesday, July 06, 2011

Kursus Intensif Haji Lipis

Kursus intensif haji 1432h peringkat daerah Lipis. Kursus berlangsung selama dua hari (5-6 Julai) dari jam 8 pagi -5 petang bertempat di masjid Sultan Mahmud. Sebenarnya amat segan juga dengan pihak pengurusan Tabung Haji atas kedhaifan yang amat sangat kemudahan asas yang ada di masjid ini. (mungkin boleh menang kategori masjid daerah A yang terdhaif) Contohnya dewan kuliah, dewan makan.. rasanya sekolah agama rakyat cantik lagi dari dewan-dewan masjid kerajaan ini. AJKnya pula pemikirannya sudah tidak berkembang. Depa fikir projek yang ada kepentingan sikit sebanyak dengan depa sahaja... al-maklumlah ada AMP, PJK,SMP, PPN....saya ada juga..PMR, SMA, SPM ;)












Alhamdulillah, selesai dah tunai haji daerah, lepas ini haji peringkat negeri pula, lepas itu barulah berlepas ke Mekah..


No comments: