Malam semalam pula, selepas solat Isya’ , sesi kelas hafazan
berjalan di Masjid Sultan Mahmud. Mengimbas kembali tiga tahun lepas, untuk
pertama kalinya dalam sejarah masjid Sultan Mahmud, kelas hafazan dijalankan di
masjid. Sebelum daripada ini hanya kelas mengaji dan belajar tajwid sahaja.
Namun setelah cuti pada bulan Ramadhan
bersambung pula dengan syawal.. kelas hafazan tersebut terus bercuti. Awal
tahun 2012, kami telah bercadang semula untuk menghidupkan kembali kelas
hafazan namun perjalannya sangat sukar. Sehinggalah bulan Jun barulah kelas ini
dapat beroperasi semula. Saya mengharapkan kelas ini dapat berjalan lancar
InsyaAllah…
Awal bulan ini juga, Kelas pengajian muslimat (untuk guru-guru al-Quran asrama) yang berjalan pada setiap pagi khamis dan jumaat di masjid Sultan Mahmud terpaksa 'dibubarkan'. Kelas yang telah lama berjalan hampir 8 tahun ini dibimbing oleh Ustaz Abdul Rahman Ngah (Beh Bedu), sehinggalah pagi khamis (pukul 7 lebih) Ustaz Abdul Rahman dipanggil bertemu menghadap ilahi. Anak murid yang ditinggalkan oleh Allahyarham sangat ramai, kerana beliau begitu komited mengajar agama ke merata-rata tempat. Setiap hari hidup beliau dipenuhi dari pagi sehingga malam dengan mengajar Agama.. sama-sama kita doakan mudahan roh Allahyarham bersama dengan para syuhada' as solehin..InsyaAllah.
Kenangan ketika jamuan hari raya (mac 2010) kelas pengajian Ustaz Abd Rahman. Allahyarham (kiri sekali). Kelihatan AF Qadhi Daerah Lipis (sekarang menjawat Imam Besar Masjid Negeri) sedang menyampaikan ucapan.