Thursday, June 07, 2012

Tetamu Saya..


Semalam, Si Ular Hitam bertandang ke teratak usang kami, tapi dia masuk dulu sebelum tuan rumah, Tuan rumah pula yang follow, siap dapat tangkap gambar lagi.
Terpaksalah saya menjemput Abg2 Bomba datang menyusul. Ini merupakan susulan yang kedua dari Abg2 bomba.

 Cuba menjejaki Si Ular hitam, tetapi tak dapat.. Ular hitam lagi tangkas masuk ke dalam lubang.
Teratak dan Masjid kami memang selalu terima tetamu dari pelbagai jenis makhluk, bukan terbatas kepada bangsa-bangsa dan kaum dari jenis manusia sahaja. Dalam gambar kelihatan Cik Wak (biawak) di pintu pejabat Setiusaha Masjid. Agaknya ada hajat dengan SU Masjid.

No comments: