Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Tuesday, April 16, 2013

Menuntut ilmu di ج..م..ع ?

Menuntut ilmu merupakan suatu kefardhuan buat kita semua. Semasa saya baru tiba di Mesir dahulu, senior berpesan kepada kami..carilah ilmu sebanyak-banyaknya di negara lubuk ilmu ini. Ilmu bukan  hanya diperolehi dalam kelas sahaja..tetapi cukup meluas. Antaranya  di : جامعة, جامع, جمعية

جامعة : Di Universiti

جامع : Di Masjid

جمعية : Persatuan

Di negara kita, sememangnya Masjid merupakan tempat utama untuk pencambahan ilmu dan perkembangan agama Islam. Sekarang kami (Masjid Sultan Mahmud) cuba untuk menaik taraf pengajian ilmu di Masjid. Kebiasaannya perjalanan kuliah Maghrib hanya guru sahaja yang berkitab, semua anak murid hanya duduk mendengar. Kini kami cuba memastikan bukan sahaja guru yang berkitab tetapi yang lebih utama anak murid juga berkitab.

Setakat ini 3 kelas pengajian berkitab di Masjid Sultan Mahmud Lipis. 
i) Kuliah Bulanan Kitab Risalah Tauhid bersama Ustaz Ahmad Nafiri
(Setiap hari jumaat minggu ke 2)

ii) Kuliah bulanan Kitab Penawar bagi Hati bersama Maulana Johari bin Ali
(Setiap hari khamis minggu ke 3)

ii) Kuliah mingguan Kitab Muniyatul Musalli bersama Ustaz Abd Karim bin Nor
(Setiap hari ahad selepas solat Zohor)



 Ustaz Ahmad Nafiri

 Nota ditulis di whiteboard untuk lebih difahami


Af Qadhi daerah Lipis turut sama menadah Kitab
Us Akmal sedang membuat 'dhobit' di kitabnya.

Antara cabarannya ialah anak murid tidak mampu untuk membaca kitab jawi, kami sediakan juga kitab terjemahan rumi, itupun ada yang tidak biasa juga. Sebab puluhan tahun mereka sudah terbiasa dengan  hadir ke kuliah hanya  duduk mendengar sahaja, belum biasa menggelek kitab, membaca dan menulis nota-nota ringkas..
Doakan..pengajian Ilmu di Masjid-masjid dan surau di negara kita semakin berkembang dan mendapat sambutan.

Sedikit sedutan Pengajian Risalah Tauhid :

'Ada alam tanda ada Allah'
Kalau alam tiada - Allah tetap ada
Ada alam واجب  ada Allah
Ada Allah  ممكن (harus) ada alam


No comments :