Thursday, March 13, 2014

Persidangan Imam Besar Kebangsaan kali ke 5 tahun 2014

 Dr Naim Mokhtar, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
 Tn Hj Yasim bin Mohamad, Nazir Masjid As Salam, Puchong
 Ustaz Rashidy Jamil, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan & Penyelidikan JAKIM
Sahabat Imam-imam Masjid Daerah Pahang.


Sempena Majlis menghafaz Al-Quran peringkat kebangsaan, JAKIM menganjurkan persidangan bagi imam-imam masjid Negeri dan daerah seluruh Malaysia. Pelbagai input dan perkongsian yang diperolehi bertujuan untuk memajukan lagi pengurusan imam dan masjid.

Namun kadang-kadang input tersebut hanya sekadar menjadi pengetahuan yang disimpan dalam hati sahaja kerana kami menghadapi beberapa kekangan dan keterbatasan untuk melaksanakan dan mengaplikasinya.

Sepanjang pengalaman saya menjawat jawatan imam di Masjid daerah, antara beberapa kekangan yang kami para imam hadapi ialah :

-Bidang tugas yang tidak jelas.  Kami sangat jelas dan arif mengenai bidang tugas kami (seperti yang tercatat dalam fail meja), cuma orang lain baik di peringkat AJK Masjid, Pegawai Jabatan-Jabatan lain, pelbagai agensi, orang awam  bahkan Pegawai dari  Jabatan Agama sendiri yang tidak jelas dan kabur.

-Bidang Kuasa yang dinafi. Mengikut enakmen, mereka yang menjawat  jawatan imam akan menjadi Ex-Oficio.  Dalam taklimat pegawai-pegawai masjid, kami diberi maklum akan perkara tersebut, akan tetapi realitinya tidak.. sehingga ada di kalangan imam yang kedudukannya di bawah sekali, selepas semua AJK barulah imam. 

Begitulah antara keunikan dan kepelikan yang berlaku kepada Pegawai Jabatan kerajaan (Pegawai Hal Ehwal Islam) yang menjawat sebagai imam. Saya percaya ianya tidak berlaku kepada mana-mana pegawai kerajaan yang lain.

#Sekadar lontaran dari seorang imam, tidak sama dengan yang bercakap secara teori.



No comments: