Wednesday, May 28, 2014

Sempena Isra' Mikraj tahun 2014M


 Bila saya dijemput ke program ceramah agama/kuliah/tazkirah sempena hari kebesaran Islam, Koleksi Kertas nota ini akan dikeluarkan. Pilih yang sesuai untuk dibawa ke majlis. Nota-nota yang ditulis semenjak tahun 2008. Pesanan al-Fadhil Qadhi Fadli ketika saya di awal-awal perkhidmatan, simpan semua nota-nota ceramah (beliau menulis nota dalam buku tulis). Untuk akan datang tak perlu lagi beria membuat persediaan..sebab notanya dah ada..

 Saya ke masjid kampung Kemahang. Di sini terkenal dengan lauk Keladi Kemahang
 Mimbar lama yang berusia lebih 100 tahun di masjid Kampung Kemahang. Sudah tidak digunakan, hanya menjadi tatapan generasi sekarang.
Tuan Imam masjid Kg Kemahang sedang memberikan aluannya..

Kisah Isra' Mikraj saban tahun kita dengar. Masing-masing sudah tahu ceritanya. Cuma suka saya memetik sedikit cerita sempena Isra' Mikraj. Saya pernah mendengar kupasan yang menarik dari al-Fadhil Dr. Zulkifli Mohd al-Bakri ketika beliau menceritakan profile Prof Dr. Syeikh Yusof al-Qaradawi.

al-Qaradawi pernah bercerita ketika mudanya beliau sering mendengar ceramah-ceramah sempena Isra' dan Mikraj, kebanyakan tempat ceramah dan penceramah menceritakan jalan cerita yang sama. Sehinggalah beliau mendengar ceramah yang disampaikan oleh Imam Hasan al-Banna, al-Banna menukilkan jalan cerita yang cukup berlainan. Kebanyakan penceramah lain hanya membaca ayat pertama surah Isra', tetapi Imam Hasan al-Banna bukan sahaja membaca ayat pertama bahkan beliau membaca ayat-ayat selepas ayat pertama dalam surah Isra' dan mengaitkannya dengan realiti semasa.
Ayat-ayat selepas ayat pertama  menceritakan kisah Bani Israel. al-Banna mengaitkan al-aqsa, Palestin dengan Kaum Israel sekarang dan apa keperluan dan tindakan umat Islam dalam mendepaninya.

Begitulah Ulama Haraki..bukan semata-mata menyampaikan ceramah untuk dijadikan halwa telinga para pendengar, tetapi membangkitkan kesedaran  umat Islam untuk  bangkit menegakkan Islam dan melawan musuh-musuh Islam.

Wallahua'lam..


No comments: