Thursday, March 24, 2016

Catatan Imam Kecil ; Kipas angin

Musim panas sekarang turut dirasai oleh ahli Masjid Sultan Mahmud. Maklumlah antara masjid daerah yang masih tidak mempunyai penghawa dingin mahupun kipas gergasi atau kipas 'helikopter'. Jika ahli jemaah menyuarakan rasa panas dan tidak nyaman di dalam masjid, pegawai masjid lagilah. Bayangkan jubah rasmi pegawai masjid yang kainnya tebal seperti kut. Memang peluh mengalir laju di sebalik jubah rasmi tersebut. Lainlah masjid yang ada penghawa dingin sangat sesuai untuk para pegawai masjidnya menyarungkan jubah rasmi dan lengkap berstokin hitam. Apa pun bersabo lah ye..

Kipas-kipas semakin banyak diletakkan di antara saf. Saya masih ingat ketika mula masuk ke sini, tiada kipas-kipas ini. Apabila disuarakan kepada pihak yang berkenaan, mereka tidak setuju dengan alasan mengganggu dan mengurangkan bilangan saf. Akan tetapi zaman semakin berubah, sekarang kipas semakin banyak diletakkan walaupun masih kurang selesa namun setakat ini kemampuan pihak masjid menyediakan keselesaan buat para jemaah. Memang hajat di hati ingin menghawa dinginkan masjid ini suatu hari nanti. Semoga impian ini terlaksana.

Sekadar hiasan, Masjid di Koyan yang masih tidak boleh digunakan sehingga sekarang. Harapan supaya pihak berkenaan seperti JKR lebih teliti dalam pemberian tender kepada kontraktor pembinaan supaya kes-kes masjid terbengkalai dapat diatasi.

No comments: