Luahan


Subscribe

RSS Feed (xml)

Friday, March 10, 2017

Nasik Lemak Seringgit di Lipis



Pagi tadi selepas solat subuh di Masjid Negeri 1888, saya bersama Afis meronda ke tempat yang dikatakan ada menjual nasik lemak seringgit. Tapi  kawasan tersebut masih bergelap dan tiada sesiapa pun di situ.

Alang-alang dah sampai ke situ, kami lajak lagi ke depan singgah makan roti banjir di Madeena Bistro.

Selepas bersarapan yang dibelanja oleh seorang hamba Allah, semoga Allah murahkan rezeki beliau, kami lalu semula ke tempat nasik lemak seringgit, Fullamak banyak kereta berhenti di situ. Kami pun ambil peluang membeli sekali nasik lemak seringgit. Kata orang pukul 7.30 pagi gerai dah tutup sebab nasik lemak dah habis. Fuhh. Alhamdulillah  akhirnya pagi ini saya berkesempatan membeli nasik lemak seringgit sebungkus.

Zaman harga minyak melonjak naik, mana nak dapat makanan murah? Tapi tak mustahil sebab masih ada yang menjual nasik lemak seringgit sebungkus. Rasa pun sedap, hirisan telur pun ada, sambal ada, ikan bilis goreng pun ada weh. Tabik la pada  Brader dan Sister yang berani menjual nasik lemak seringgit. Semoga rezeki mereka melimpah ruah.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan nasik lemak seringgit, boleh datang ke gerai jualan mereka berdekatan dengan kedai MDL di tapak Petanque Kuala Lipis. Kena datang awal area pukul 7 pagi. Lewat..  tak merasa lah demeh.

#PermaiMenulis
#PermaiDiHati
#CatatanImamKecil


No comments :