Tuesday, January 28, 2020

Temuduga Guru Kafa

Hari ini menjadi panel temuduga guru Kafa daerah Lipis dan Cameron Highland.
Ramai calonnya, ada yang baru sahaja menerima keputusan STAM, ada yang menunggu keputusan STP, tak kurang ramai juga yang telah bergraduasi dari IPT.
Kebiasaan, mereka yang hadir temuduga 'studi' maut pada malam harinya. Tetapi ada juga yang tidak membuat sebarang persediaan.
Bukan sahaja calon temuduga yang hadir, tetapi ada yang ibu bapa dan keluarga turut sama hadir memeriahkan dan memenuhi ruang Pejabat Agama Islam Daerah untuk memberi sokongan moral kepada calon.
Nak lihat anak mereka dapat kerja. Sebab sekarang bukannya mudah untuk dapat perkerjaan.
Namun untuk dan mereka yang menjadi Guru KAFA jangan ambil mudah.
Kena kuasai dan 'upgrade' ilmu agama terutama al-Quran, bahasa Arab dan tulisan jawi. Jangan ibarat ketam mengajar anak berjalan. Akhirnya sesat anak murid.
Alhamdulillah Saya bersua dan menjadi panel di bawah seliaan Dr Saliturrahim Alias, penolong pengarah Bahagian Pendidikan JAIP. Beliau merupakan guru saya yang mengajar mata pelajaran Sejarah semasa saya bersekolah di SMA Al-Khairiah 22 tahun yang lepas. Sekarang sama-sama berada di bawah bumbung JAIP.

#PermaiMenulis #GengPermai #kafa #jaip #guru #temuduga


https://youtu.be/EPWhRM3tt1E

No comments: