Monday, June 08, 2020

Iktibar dari Smart Phone

Bila kuat dan stabil jangan pernah rasa selesa. Pengalaman kompeni telefon antara contoh yang sesuai.

Era zaman Nokia, jenama yang sangat tersohor. Boleh dikatakan setiap rumah mesti ada yang pakai Nokia, ataupun semuanya menggunakan jenama Nokia.

Paling Syok, Cas " henpon" Nokia boleh kongsi ramai. Pergi travel mana-mana, tiada masalah kalau terlupa nak bawa Charger, boleh tumpang charger member. Bateri pula boleh tahan sampai seminggu.

Saya juga tidak terkecuali, kesemua HP saya semuanya jenama Nokia. Ibaratnya ketika servey nak beli yang baru, tak pernah terlintas nak pilih jenama yang lain.

Tahun 2016 saya pernah menulis berkaitan HP yang saya gunakan, linknya : http://syababgr.blogspot.com/2016/01/cerita-handphone.html?m=1

Agak-agak masa itu kesemua syarikat pengeluar telefon yang lain " bengkek" dengan pencapaian Nokia.


Siapa sangka jenama Nokia boleh merudum dengan dahsyat. Nokia yang menggunakan sistem operasi Symbian ketika itu akhirnya tewas dengan IOS dan Android.

Nokia kemudiannya menggantikan Symbian dengan Microsoft, tetapi masih tidak mampu menarik pengguna untuk " comeback" kepada Nokia.

Akhirnya Nokia terpaksa mengalah dan mengikut arus. Siri Nokia yang terkini seperti Nokia 7.2 telah menggunakan sistem Android 10.


Sama juga dengan jenama Blackberry, tiba - tiba muncul dan dengan cepat meng"wow'kan orang ramai. Tetapi akhirnya Blackberry mengalami kejatuhan yang ibaratnya terus lumpuh walaupun telah menggunakan sistem Android.

Mungkinkah Siri Blackberry key² merupakan penutup bagi jenama Blackberry kerana Blackberry telah pun mengumumkan akan menghentikan pengeluaran smartphone pada bulan Ogos 2020 ini.


Semoga kisah gergasi smartphone boleh dijadikan iktibar dan pedoman buat kita. Kan


Kenangan semasa menggunakan Nokia E90


#PermaiMenulis #GengPermai #Kuat #Stabil #smartphone


No comments: