Saturday, October 03, 2020

Mahasiswa bising daftar ipt tangguh

Kes covid kembali meningkat. Adakah nak bagi terus meningkat ?
Senang je, Langgar je semua SOP yang telah ditaklimatkan ke atas semua orang sejak berbulan-bulan.

Sehari dua ni, Antara yang agak bising dan terkesan ialah mahasiswa yang dijadualkan mendaftar pengajian dalam minggu ini. Bahkan dah ada yang telah sampai pun ke tempat pendaftaran.

Ramai yang marah sebab tiba-tiba KPT dan pihak IPT membuat keputusan mengejut.
Sampai ada yang mencarut, keluar kata-kata kesat, dan mendesak menteri letak jawatan termasuklah mak ayah yang dari segi usianya telah matang juga tidak terkecuali sama-sama tumpang sekaki memaki hamun.
Tapi takde pula yang kata : merajuklah kerajaan buat macamni, tak jadilah masuk u. Ke ada ;)

Kenapa keputusan tiba-tiba?
Tentulah ianya diluar jangka dan memerlukan keputusan besar dibuat segera.
Pemimpin perlu memandang menyeluruh, big picture atau seperti mata helang dari atas awan.

Berbeza dengan kita yang hanya pandang dalam posisi kita dari bawah, dan hanya untuk kepentingan peribadi kita sahaja. Ibarat mata semut yang berada bawah di dalam tanah.

Sebenarnya, tanpa sedari kita telah pun biasa dengan keputusan atau tindakan tiba-tiba walaupun jarang-jarang berlaku.
Contohnya, kita plan untuk melancong, bahkan dah otw pun. Tiba-tiba!, Kita mendapat call yang menyatakan keluarga paling terdekat kita meninggal dunia atau pun cedera yang sangat kritikal disebabkan kemalangan.
Siapa yang tetap meneruskan otw ke tempat melancong atau pun berapa ramai yang akan patah balik cansel untuk melancong.

Contoh lain lagi, kita jadi pengarah atau ajk sesebuah event. Ketika event nak berlangsung sangat dah atau pun dah berlangsung pun tiba-tiba dapat info ayah kita meninggal dunia.
Ada sesiapa yang berani bagitahu kami yang dia tak pedulikan info yang dapat mengejut tu, bahkan terus stay di tempat event tersebut ?
Kalau ada, anda memang layak untuk 'membantai' pihak Ipt, Kpt dan pihak berkuasa yang lain.

Beberapa bulan yang lepas, kita semua ada pengalaman berkurung di rumah. Bahkan ada yang 'tersangkut' tak lepas balik di IPT.
Lebih baik boleh balik rumah sekarang dari tersangkut di kampus. Kan?
Andainya nauzubillah minta jauh, tersangkut di IPT. Mulalah mahasiswa dan parent yang dulunya lantang memaki pihak berwajib sebab batalkan pendaftaran bersemuka, beria pula memaki dan merayu minta pihak berwajib hantar balik sampai ke depan pintu rumah. Kan?

Jika ramainya mahasiswa yang berfikiran begini, walhal sering dicanang akan memimpin negara suatu masa nanti. Bayangkan masa depan negara. Mau lagi haru biru dari kepimpinan sedia ada sekarang.

Selaku mahasiswa anak muda yang cerdik pandai, lebih baik mencadangkan solusi penyelesaian yang berhemah kepada pihak berwajib.
Di samping itu, jangan bimbang akan ada banyak pihak terutama dari pihak kerajaan, NGO dan aktivis yang akan membantu. Pengalaman beberapa bulan sebelum ini telah membuktikan. Sabarlah sedikit bro.

Insya-Allah, kita yakin semua musibah adalah kehendak Allah SWT jua. Adalah hikmah dan pengajaran di sebaliknya.
Teruskan berdoa, solat hajat dan akrab dengan amal ibadah di samping beri kerjasama kepada pihak berkuasa yang bertungkus lumus mengekang penularan virus covid.
Hargai usaha pihak KKM sampai hantar staff dari semenanjung ke Sabah untuk membantu di sana.
Sama-sama anggap kita semua juga adalah front liner.

Kita belum menang.

PERMAI

#PermaiMenulis #Solusi #matang #islammemimpin

No comments: