Thursday, August 18, 2022

Minum Di Pantai Sepat



Petang ini, minum di Pantai Sepat.
Kedai anak sedara Dato' Salehuddin (solah). Dato' lahir di Kampung Sepat, Penor.

Dato' bacth pertama pelajar tahfiz al-Quran di Masjid Negara iaitu pada tahun 1966 bersama-sama dengan 7 orang yang sangat bertuah. Iaitu
1.Datuk Hj Abu Hassan Lebai Din (Perlis)
2.Tan Sri Syeikh Hj Ismail Muhammad (Terengganu)
3. Syeikh Zainal Abidin Ahmad (Terengganu)
4. Syeikh Mohsen Shekh Ahmad (Negeri Sembilan)
5. Sheikh Osman Mohammad Noor (Kedah)
6. Sheikh Kamaruddin Hj Amri (Perak)
7. Syeikh Shafie Ayub (Selangor),

Hanya 8 orang sahaja pelajar kumpulan pertama Tahfiz Masjid Negara yang diambil dan Dato' merupakan pelajar tunggal dari Negeri Pahang.

Tahun 1969, Dato' bersama rakan-rakannya yang lain telah melanjutkan pelajaran ke Mesir. Setelah hampir 7 tahun, 1976 Dato' telah berjaya menyelesaikan pengajiannya di peringkat Ijazah di Universiti Al-Azhar.

Jawatan Dato' Salehuddin dalam perkhidmatan :

1- Qadhi daerah Maran, Pahang pada tahun 1977 hingga 1980.
2- Pengetua Darul Quran Jabatan Kemajuan lslam Malaysia bermula dari tahun 1980 hingga
tahun 1993.
3- Pengetua Institut Tahfiz al-Quran Sultan Haji Hasanul Bolkiah, Brunei bermula dari tahun
1993 hingga tahun 1999.
4- Pensyarah dan guru talaqqi al-Quran di Darul Quran Singapura bertempat di Majid Kg Siglap. Pengajaran dua kali setiap bulan dan kelas ini bermula dari tahun 2000.
5- Pengerusi Lajnah Tashih Quran Kementerian Dalam Negeri KDN. Bermula tahun 2018.
6- Hakim Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sehingga sekarang.


Anugerah Diperolehi :
1. Diatas sumbangannya yang besar dalam perkembangan al-Quran, Sultan Pahang berkenan
menganugerahkan bintang kebesaran negeri yang membawa gelaran Dato’ pada 2006.

2. Tokoh Maal Hijrah Tahun 2005 Peringkat Negeri Pahang.

3. Tokoh Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 2016.
                               
Kini dalam usia 77 tahun. Dato' masih giat mengajar al-Quran dan al-Qiraat baik di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Tahun 2022,  Hanya 3 orang Permata Al-Quran dari 8 orang kumpulan pertama Tahfiz Masjid Negara  yang masih bersama dengan kita.
Semoga  Allah  SWT  menaungi
kehidupan mereka dengan rahmat, taufiq dan hidayahNya, mengurniakan umur yang panjang,
rezeki yang murah dan barakah. Amin.

#Alquran #tahfiz #maahadtahfiz #shoubra #darulquran #PermaiMenulis

No comments: