Monday, May 15, 2023

Dapat kerja Pembantu Hal Ehwal Islam

Kami sering menerima pelajar daripada pelbagai institusi pengajian yang menjalani latihan industri (praktikal). Seminggu lepas raya, berakhir intern beberapa siswa Unipsas.
Hari ini salah seorang daripada mereka melapor diri di Pejabat Agama Islam Daerah Lipis.
Bertugas sebagai Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid Warisan Lipis.
Tahniah kepada Ustaz Nadeer atas pelantikan jawatan tersebut.
Bertugas sehabis baik.
Saya sering brief kepada pelajar intern yang zaman sekarang, ada ijazah bukan jaminan untuk sebelah kaki mendapat tempat terus menjawat jawatan pegawai, eksekutif.
Ada peluang, ambil.
Jangan memilih sangat.

#tahniah #siswa #intern #media #jaip #PermaiMenulis

No comments: